KALAU NAK LAKU PUN, JANGAN LA LEKEHKAN BANGSA LAIN

 



Adrian Lim Che An


Sebelum wujudnya Dasar Fried Chicken, sebuah lagi pengusaha makanan ayam goreng telah wujud jauh di Malaysia Timur.


BORENOS FRIED CHICKEN wujud di Sabah sejak tahun 2015. Tahun ini masuk tahun ke-9. Setahun lagi masuk tahun ke-10.


Perusahaan ini 100% HALAL dan diiktiraf oleh JAKIM.

DFC yang menjual agama dan bangsa sebagai marketing gimmick, tak pastilah apa status halal mereka. Cuba semak website JAKIM tersenarai tak syarikat DFC.


Rata-rata orang Sabah sememangnya sokong Borenos. Cuba tanya mana-mana orang Sabah. Semuanya kenal Borenos.


Kualitinya baik.

Rasanya baik.

Harganya pun berpatutan.


Dan yang paling penting, Borenos tidak pernah memainkan sentimen agama atau kaum demi meraih sokongan sales. Mereka fokus pada kualiti, saiz dan rasa hidangan mereka.


Sebab itu mereka semakin berkembang selepas 9 10 tahun.


Selain Borenos, terdapat ramai lagi perusahaan-perusahaan tempatan yg bekerja ketas dan berjaya tanpa men-"doggy" kaum bangsa dan agama.


Kita wajar sokong mereka berdasarkan nilai yang diberi melalui perusahaan mereka.



JAUH SANGAT KOT MAT JARGON. KO BELUM KENA TAHAN LAGI.... JANGAN SAMPAI KENA ANGKUT SEBAB FITNAH


 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 ni nak sangat merasa kekejaman Israel kot. Tu yang dia boleh nak samakan kerajaan dengan Israhell tum.



Puak 𝗭𝗮𝗶𝘆𝗼𝗻𝗶𝘀 bunuh beberapa wartawan. Ada dengar mana-mana wartawan di Malaysia dibunuh? Jangan kan wartawan, pengkhianat yang 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 pun masih bebas berkeliaran.


Dia cakap MCMC suruh turunkan video dia tu, dia ada bukti ke? Kadang-kadang ada video diturunkan sebab 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 daripada pengguna lain. Tak semestinya kerajaan turun.


Walaun biasa buat. Page aku sebelum ni sampai kena 𝙨𝙝𝙖𝙙𝙤𝙬 𝙗𝙖𝙣 disebabkan walaun 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵 sampai aku 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘥𝘰𝘯 page aku yang dah 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄𝗲𝗿 tu dan mula page baru.


Disebabkan Wan Fayhsal dah kata begitu, aku rasa ada baiknya 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂. Cuba kerajaan buat 𝘴𝘵𝘺𝘭𝘦 Israhell sikit. Sumbatkan dia dalam penjara, jangan dibicarakan, jangan bagi makan, biar dia jadi sasau. Tengok dia boleh tahan tak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MAMAT NI NAK BUAT PERSEPSI APA LAK NI


Ini apa jenis politik yang cuba dimainkan oleh 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻? Tak pasal nak 𝗯𝗮𝗯𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗛 dalam kejadian jenayah menyerang pemain bolasepak negara.



Paling 𝘸𝘪𝘯, dia tanya pula 𝗺𝗼𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂. Dia pun tahu tak ada motif. Kalau dah tak ada motif, untuk apa serangan dibuat? Jadi tuduhan dia berdasarkan apa?


Kalau nak tuduh pemimpin PN 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵. Boleh je kata nak kisah ini tutup 𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗠𝗕 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 ataupun cerita calon PN di PRK KKB 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸.


Tapi kita tak main 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂. Kita tak guna fitnah atau tuduhan tanpa asas sebagai senjata politik untuk tewaskan lawan. Tapi tengoklah sifat walaun.


Selama walaun aktif buat fitnah, pernah nampak lebai atau mana-mana pemimpin PN 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮? Tak ada kan? Itu bukti pemimpin PN sokong fitnah yang walaun buat. Nak angkat orang begitu jadi pemimpin? Fikirkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




KEH.. KEH.. KEH


 

INDIA MANA YANG MARAH... MINYAK MASAK MANA?


 

PENGUNDI TERENGGANU KENA CING SAMPAI LA TAK DAPAT SEDUIT PUN


 

PERTEMUAN BERSAMA PMX


 

KALAU PEMANDU EHAILLING MACAM GINI KENA BUAT PERATURAN AGAR LEBIH KEMAS DAN TERATUR


 

Lelaki itu!!! mengapa dia dimusuhi?



 Lelaki itu!!!

mengapa dia dimusuhi?


Abu Mishkat✍️✍️✍️


Kerana dia pejuang yang berjuang sejak zaman bujang. Bersuara utk rakyat bawahan yg tak cukup makan... walaupun tanpa jubah dan serban.


Kerana dia cuba merubah keadaan. Masuk dalam kerajaan, menjiwai pelbagai medan perjuangan, menggunakan peluang dan kuasa agar rakyat lebih terbela, menikmati keadilan.


Kerana dia pemimpin Melayu yang tidak menipu bangsa Melayu. Beliau berjuang utk semua rakyat miskin semua kaum dan bangsa. Kesederhanaan diri dan keluarganya disaksikan semua, termasuk mantan duta2 asing dari pelbagai benua. 


Kerana dia tidak mesra dan tidak membela kapitalis dan sang penguasa berharta. Kapitalis pembolot harta negara melalui politik, GLC dan korporat sudah tentu tidak percaya lelaki itu menyebelahi mereka.


Kerana dia telah membuktikan keupayaan menguruskan negara lebih baik dengan pengiktirafan antarabangsa. 


Kerana dia mempunyai jalinan dan jaringan antarabangsa serta sangat rapat dengan tokoh2 politik dan ekonomi barat serta pemuka gerakan Islam dan ulama sedunia. 


Maka musuhnya ramai... politikus penipu bangsa, kapitalis pelahap harta, ulama agamawan pencari nama dan entah siapa lagi yang cemburukannya.


Maka peribadinya diserang selama beberapa dasawarsa... kononnya penyalahguna kuasa, peliwat, rakus, liberal, pluralis, agen asing, bahkan difitnah oleh agamawan duta bertaraf menteri sebagai suka budak lelaki muda, suka kacau isteri orang dan disokong gerakan Freemason. 


Teruskan langkahmu Anwar, jalanmu terang bercahaya persis namamu dieja.  


Demi Allah, aku dan semua rakyat Malaysia yang jujur belum menemui seorang politikus pejuang yang menolak kemewahan dan hidup senang di perantauan serta sanggup menempuh ranjau duri keringat kepayahan keaiban pemenjaraan demi pertiwi dan nusa tercinta. 


Semoga Allah s.w.t. memeliharamu untuk rakyat Malaysia. Ameen..!!


The man, why is he hated?

Abu Mishkat ✍️✍️✍️


Because he is a fighter who has been fighting since he was a bachelor. Speak up for the subordinate people who don't have enough to eat... even without a robe and turban.


Because he tried to change the situation. Enter the government, enliven various fields of struggle, use opportunities and power so that the people are better protected, enjoy justice.


Because he is a Malay leader who does not deceive the Malay nation. He fought for all poor people of all races and nationalities. The simplicity of himself and his family was witnessed by all, including former foreign ambassadors from various continents.


Because he is not friendly and does not defend the capitalists and the wealthy rulers. Capitalists hoarding national wealth through politics, GLCs and corporations certainly do not believe the man is on their side.


Because he has proven the ability to manage the country better with international recognition.


Because he has international ties and networks and is very close to western political and economic figures as well as leaders of the Islamic movement and scholars worldwide.


So his enemies are many... politicians who deceive the nation, capitalists who are greedy for wealth, religious scholars seeking name and I don't know who else is jealous of him.


So his personality was attacked for several decades... allegedly abuser of power, promiscuous, greedy, liberal, pluralist, foreign agent, even slandered by minister-level religious ambassadors as a lover of young boys, likes to mess with people's wives and supported the Freemason movement.


Keep going Anwar, your path is bright and shining exactly as your name is spelled.


For God's sake, I and all honest Malaysians have yet to meet a fighting politician who rejects luxury and easy living abroad and is willing to go through the minefield of sweat, hardship, shame and imprisonment for the sake of the beloved nation and Nusa.


May Allah s.w.t. protect you for the people of Malaysia. Amen..


Credit:Abu Mishkat



PENDEDAHAN PALING MENGEJUTKAN! ADAKAH AHLI UMNO MASIH SOKONG PN SELEPAS ...

“MOHON MAAF DEMI PERUNTUKAN” YB SANY TEMPELAK KAW KAW SANUSI!

Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh di Ceramah Kelompok PRK Kuala Kubu Bha...

PENDEDAHAN BEKAS ADUN BERSATU BAGAIMANA PAS YANG RAKUSKAN KUASA!

MACAI NAJIB LAGI



Mohd Shahrim


 Kerja keras LSS..

Nak jugak nafikan kejayaan Kjaan Perpaduan dan PMX..

😆😆😆




TAK ADA SAPA NAK BERDWNGKI.. BARU SATU KEDAI... BOLEH ORANG NAK BELI.. LANGSUNG LARI.

 




Kisahnya. Baru 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 je. Tapi dia punya perasan macam hebat sangat sampai 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶. Kalau dah tahu baru nak menapak, baru satu kedai, jagalah kelaku tu. Jangan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝘂𝗱𝘂 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝘂𝗮𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




KETAYAP TAK LEH PAKAI



 Ingat kabel type-C ada pakai tudung penutup tadi...emm..rupanya pakai ketayap...dan mask..




JANGAN BERTANGGUH LAGI, SEBAIKNYA MCA KELUAR BN DENGAN SEGERA

 

Kesimpulan paling mudah yang dapat dilihat daripada apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Wee Ka Siong dalam temu bual podcast KS semalam ialah parti itu seperti sudah jadi orang asing dalam BN.

Ia bukan saja disebabkan MCA sendiri semacam menjauhkan diri daripada pendirian BN seperti enggan membantu calon DAP di Kuala Kubu Bharu, malah pendirian yang dikatakan atas nama BN pun, misalnya keputusan gabungan itu untuk terus bekerjasama dengan PH selepas PRU16, tidak dibawa dibincangkan dengan parti itu.

 Dengan itu, Wee membayangkan jika BN tetap dengan keputusan untuk bekerjasama dengan PH yang bermakna bersama dengan DAP pada PRU16 akan datang, maka MCA tidak teragak-agak untuk bertanding secara sendirian.

“Saya tergamam bila Presiden UMNO kata BN akan teruskan kerjasama (dengan PH) selepas PRU16, kerana kita tidak pernah bincangkannya di dalam mesyuarat BN.

“Sejak bila ketetapan ini? Belum ada, tak pernah dibincangkan pun dan bagi saya ia hanya cadangan Presiden UMNO,” katanya lagi.

Wee berkata, kiranya UMNO berdegil untuk tetap ‘cium mulut’ bersama DAP pada PRU16, partinya tidak akan teragak-agak bergerak solo.

 “Kalau sebarang keputusan dibuat secara unilateral (sebelah pihak), MCA akan berkecuali.

“Kalau sesama kita ada parti komponen dah lari nak memeluk orang lain ke apa bermaksud MCA akan kekal sebagai parti walaupun ditakdirkan berpisah dah tak boleh buat apa sebab kawan kita dah tak setia dengan BN,” tambahnya.

Wee menegaskan, beliau tidak akan membiarkan MCA menjadi ‘bidak catur’ pihak lain.

“MCA tidak boleh diperkotak-katikkan sebagai bidak-bidak catur mana-mana pihak… yang saya inginkan ialah kesetiaan kepada parti keramat kita BN.

 “Saya lihat sekarang… orang dah peluk pihak satu lagi. Bagi saya, ia seolah-olah kita utamakan orang lain.

“Kita duduk dalam satu keluarga, kemudian jiran kita yang dulunya maki hamun kita sekarang mengintai… dan kita dalam satu keluarga sebenarnya patut bincang, apa pendirian kita, keluarga kita macam mana,” ujar bekas Menteri Pengangkutan itu.

Berdasarkan situasi semasa dan keselesaan Zahid Hamidi sendiri, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa beliau pasti akan terus membawa BN bekerjasama dengan PH.

Seperti mana matlamat PH untuk melihat Anwar Ibrahim terus kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua, Zahid Hamidi juga mahu dirinya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk penggal kedua dengan bantuan serta kerjasama PH.

 Hanya dengan menyokong Anwar kekal sebagai Perdana Menteri saja membolehkan Zahid Hamidi turut sama kekal lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam hal ini, MCA harus sedar bila BN ingin terus bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya, ia dengan sendirinya akan menjadikan MCA sebagai parti yang kecil dan bertanding sedikit saja kerusi pada PRU16 akan datang.

Oleh itu, pilihan yang terbaik untuk MCA terus relevan ialah dengan bergerak solo atau berganding dengan gabungan lain.

Hanya dengan cara tidak bersama BN saja dapat membolehkan MCA bertanding lebih banyak kerusi dan kemudian berusaha sehabis baik untuk menang di sebahagian besar kerusi-kerusi yang ditandinginya.

Dalam hal ini, MCA tidak perlu tunggu lama-lama lagi untuk memuktamadkan pendiriannya.

Hakikatnya, beliau tidak mungkin mampu mengubah pendirian Zahid Hamidi sebagaimana telah dinyatakannya ingin terus bersama PH pada PRU16 dan mengekalkan lagi Anwar bagi penggal kedua.

Segera umum keluar BN dan mulakan kerja menghadapi PRU16 akan datang daripada sekarang.

Ini dapat menjamin kemenangan lebih banyak kerusi mampu diperolehi, sebaliknya kekal dalam BN, tetapi semua keputusan hanya ikut kehendak Zahid Hamidi, MCA akan “mati berdiri”, manakala yang akan tegak berdiri ialah DAP. –

 ShahbudinHusin 08Mei2024.

5 

Mufti Besar Australia puji keberanian PM bela Palestin

 


Kesungguhan dan keberanian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahan hak rakyat Palestin mendapat pujian seorang ulama antarabangsa.



Syaikh Abdul Quddoos Al-Azhari yang juga Mufti Besar Australia berkata keberanian Anwar mempersoal sikap berat sebelah Barat tidak dilakukan oleh mana-mana pemimpin lain sejak bumi Palestin diserang Israel lapan bulan lalu.



"Saya menghormati semua mereka yang cintakan keamanan dan keberanian rakyat Palestin.



"Saya juga menghormati Perdana Menteri yang menjawab kepada Jerman apabila media bertanya beliau mengenai serangan 7 Oktober dan beliau bertanya, bagaimana dengan peristiwa Nakbah 1948?

"Itu keberanian. Tiada pemimpin atau pemerintah bertanya mengenainya dalam tempoh lapan bulan lalu," katanya dipetik.



Beliau berkata begitu pada ucapan di Majlis Ulama Asia 2024 di Kuala Lumpur pada Rabu.

Perdana Menteri pada sidang akhbar bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz di Berlin pada Mac lalu mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza sebaliknya mengecam Hamas.



Dipetik laporan Agensi Anadolu (AA), Anwar menggesa negara Barat menghentikan sikap memilih-milih dan mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap sesuatu.



Perdana Menteri berkata, beliau menolak keras naratif yang seolah-olah menggambarkan semua masalah itu bermula dan berakhir pada 7 Oktober, sedangkan ia bermula empat dekad sebelum itu dan berterusan setiap hari.



TAK DAPAT DIPERTAHAN LAGI, DUA WAKIL RAKYAT BERSATU MEMANG TERLUCUT KEAHLIAN SECARA AUTOMATIK

 

Sementara Bersatu sudah memutuskan akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang telah mengkhianati parti berkaitan status keahlian masing-masing pada minggu depan, dua daripada mereka dianggap sudah pun sah terlucut keahliannya.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin berkata, dua wakil yang telah dianggap gugur keahlian secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Menurut beliau, keahlian mereka dianggap gugur berikutan kedua-duanya terlibat menyertai kempen untuk menyokong calon DAP yang mewakili PH dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

“Dua wakil rakyat Bersatu itu berceramah di pentas PH dalam kempen PRK KKB, kalau ikut perlembagaan kita (Bersatu) secara automatik (keahlian) mereka ini terhenti,” katanya selepas menghadiri ceramah Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali.

Jelasnya, disebabkan keahlian mereka telah terhenti, selaras dengan akta lompat parti, kedua-duanya perlu mengosongkan kerusi Parlimen dan DUN bagi membolehkan PRK diadakan.

Kata Hamzah lagi, sebaik PRK KKB, pihaknya akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu yang telah mengkhianati parti dan beralih menyokong Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari.

Selain Dr Zulkafperi dan Abdul Rashin yang berkempen untuk PH di KKB, lima yang lain ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Dalam kes dua wakil rakyat Bersatu yang secara terbuka menyertai kempen menyokong calon PH di KKB, adalah jelas perbuatan mereka itu tidak dapat untuk dipertahankan lagi.

Di bawah akta lompat parti dan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan RoS baru-baru ini, ia adalah kesalahan yang sangat jelas.

Cuba kita bayangkan jika ada wakil rakyat PH yang turun berkempen untuk calon PN, apakah boleh kita mempertahankan mereka agar tidak diambil tindakan?

Begitu juga, jika ada wakil rakyat UMNO yang secara terbuka berucap di pentas PN dan bersungguh-sungguh berlempen agar calon PH dikalahkan, apa logiknya untuk mempertahankan mereka daripada tidak diambil tindakan?

Akta lompat parti yang diluluskan di Parlimen secara mudahnya ialah untuk menghalang perbuatan khianat dan menjual sokongan kepada pihak yang bertentangan dengan pendirian parti yang wakil rakyat itu wakili.

Ia bukan saja salah jika dilakukan oleh wakil rakyat Bersatu, tetapi juga oleh sesiapa dan daripada parti mana sekali pun.

Dengan itu, khususnya kepada Dr Zulkafperi dan Abdul Rashid, jika benar mereka masih ada maruah serta harga diri, eloklah secara sukarela mengumumkan keluar parti dan mengosongkan kerusi yang diwakili.

Tak perlu tunggu parti mengambil tindakan dan tak usahlah juga berdalih macam-macam lagi untuk terus mempertahankan kerusi dan elaun wakil rakyat yang sedang diterima, sebaliknya insaflah bahawa kedudukan yang diperlolehi sekarang ini adalah atas nama dan tiket parti.

Begitu juga dengan lima lagi wakil rakyat Bersatu yang bakal menerima surat pada minggu depan, daripada segi maruah dan harga diri, mereka juga harus mengosongkan kerusi masing-masing.

Tiada mana-mana parti menghalalkan perbuatan khianat, maka wajarlah kerusi yang dipegang sekarang dikembalikan dan biarlah pengundi membuat pilihan senula. – ShahbudinHusin 09Mei2024.

 

KALAU NDAK NEGARA AMAN, JANGAN UNDI PAS


 

UNTUK APA NAFI, KERAJAAN NAK JAGA HATI SIAPA?

 

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil menafikan siasatan pihak polis terhadap Bloomberg adalah atas arahan kerajaan.

Katanya, tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Bloomberg.

“Pihak polis memulakan siasatan selepas ada aduan dikemukakan oleh firma guaman yang mewakili salah satu pihak yang disebut dalam laporan Bloomberg itu.

“Laporan polis dibuat oleh pihak Berjaya Corp Bhd. yang didakwa dalam laporan Bloomberg kononnya terlibat dalam cubaan membuka kasino di Forest City.

“Berdasarkan laporan media yang saya teliti, laporan polis yang dibuat mengenai isu ini ialah daripada pihak Berjaya, bukan laporan dari pihak kerajaan, bukan dari kementerian, dan bukan dari MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” ujarnya lagi.

Fahmi menambah, disebabkan sudah ada laporan polis, maka pihak berkuasa mengambil langkah seperti sepatutnya iaitu menjalankan siasatan.

“Jadi saya tegaskan, siasatan dibuat bukan atas arahan kerajaan, tapi hasil laporan polis yang dibuat oleh firma guaman yang mewakili syarikat yang dikaitkan dalam laporan oleh Bloomberg itu,” tambah beliau.

Dua tiga kali saya membaca laporan berita mengenai Fahmi ini dan saya tertanya-tanya, untuk apa Fahmi mengeluarkan kenyataan demikian?

Rasanya semua orang tahu dan faham bahawa yang membuat laporan polis mengenai Bloomberg itu ialah Berjaya Corp. Bhd.

Tetapi, untuk apa Fahmi bertegas mengatakan kerajaan tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk pihak polis menyiasat Bloomberg?

Sepatutnya dalam isu fitnah oleh Bloomberg itu, meskipun Berjaya lebih dulu membuat laporan polis, kerajaan harus juga membuat laporan polis susulan untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan menolak fitnah yang agensi berita itu lakukan.

Setidak-tidaknya, jika itu dilakukan, kerajaan boleh dengan bangga mengatakan mereka juga telah membuat laporan polis dan mahu fitnah tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Ini tidak, sudahlah pihak kerajaan tidak membuat laporan polis bila difitnah oleh Bloomberg, kemudian bersungguh-sungguh pula menafikan kerajaan tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan arahan bila agensi berita itu sudah disiasat atas laporan polis yang dibuat oleh Berjaya Corp. Bhd.?

Kerajaan seujurnya patut malu kerana dengan penegasan tidak terlibat dalam siasatan polis terhadap Bloomberg sebagaimana ditegaskan Fahmi itu, ia dengan sendirinya menunjukkan kerajaan tidak berbuat apa-apa terhadap fitnah dilakukan agensi berita itu.

Saya masih mencari jawapan, apakah tujuan penafian Fahmi itu dan ia untuk jaga hati siapa? – ShahbudinHusin 08Mei2024.

 

DIA MAI NEGERI ORANG DIA MAKI SAJA...APA PUN DIA TAK BAGI...ADAKAH KERAJAAN PMX NI ISLAM TERANCAM ?


 

DOK BEREBUT BUAT APA..HANGPA TAK BAGI APA PUN PADA RAKYAT


 

MUHYIDDIN BOHONG ORANG

 


ISU DALAM KARTUN.


Sebelum ini Muhyiddin bagitahu Mahkamah bahawa dia diperdaya dalam kes JANA WIBAWA, tapi dua hari lepas, Mahkamah sahkan ada bukti kukuh.






KEMBALI BERSIARAN. TALIAN TERPUTUS SEJAK SEMALAM



MAAF KEPADA PENGUNJUNG. 

TALIAN BARU BERSAMBUNG