KEPALA BATAS BAKAL TUMBANG. SAMBUTAN LUAR BIASA BAGI PAKATAN HARAPAN




Oleh: Amiruddin Ahmad


KEPALA BATAS PULAU PINANG 18 Ogos : Ceramah BERSATU yang menampilkan berbagai tokoh dalam Pakatan Harapan malam ini berjaya memenuhi hasrat PH untuk menakluki kerusi Parlimen Kepala Batas.Ianya bakal jatuh jika kehadiran malam ini dilihat sebagai petanda kejatuhan Umno berbanding sambutan terhadap DS Najib di Permatang Pauh kelmarin 17hb.Jika Ukuran kedatangan dipaksa dan diwajibkan  keatas kakitangan kerajaan, itu bukan penanda aras buat Umno Permatang Pauh.

Image may contain: one or more people and people on stage
Malam ini ceramah PPBM bukan sahaja menampilkan berbagai tokoh dalam Pakatan Harapan, malahan ianya menjadi petanda kerjasama jitu berbagai parti didalam Pakatan tersebut.

Antara tokoh utama yang hadir ialah KM pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng, Tokoh PKR Datuk Saifuddin Nasution ,dan barisan kanan PPBM Malaysia. Datuk Saifuddin yang juga Setiausaha Agong PKR yang bercakap berkaitan dengan kerjasama dan pembentukan kerjasama jitu dalam Pakatan harapan.Matlamat utamanya ialah agar pembentukan kerjasama ini dapat menumbangkan  kerajaan kleptokrasi yang membebankan rakyat hari ini. "Siapa yang mahu menentang boleh mai duduk bincang dengan kita.Kalau tak mau dok belah sana" jelas beliau dalam ucapannya.
Image may contain: one or more people and crowd
Lim Guang Eng pula menjelaskan tentang betapa GST membebankan rakyat dan kejayaan Pulau Pinang yang ditadbir dan memanfaatkan kebajikan buat rakyat Pulau Pinang kerana tidak mengamalkan rasuah.Beliau juga menjelaskan betapa fitnah dari kerajaan Bn kepada Pulau Pinang adalah kerana mereka gagal mentadbir negara sehingga dikenali sebagai kerajaan Kleptokrasi dan memalukan negara Malaysia di mata dunia.Beliau juga memberi jaminan dengan semua pimpinan bahawa jika Pakatan Harapan di beri kuasa, GST akan dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ini.

DS Mukriz Mahathir pula menceritakan tentang tokoh yang berwibawa didalam Pakatan Harapan dimana pengalaman yang wujud didalam struktur barisan kepimpinan Pakatan Harapan  mempunyai pengalaman dalam kerajaan lepas.Menurut beliau lagi dengan kepimpinan ini orang Melayu boleh mengharapkan kepada PH kerana jika tokoh tokoh ini serupa seperti Umno Bn, maka rakyat boleh tolak, namun jika dilihat kepada kerajaan negeri yang di pimpin oleh Pakatan hari ini, terutamanya Selangor dan Pulau Pinang, maka ini lah kebajikan yang akan rakyat terima.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Umno kini sudah tidak boleh ditegur dan rakyat mula menolak kerana  keadaan ekonomi yang menimpa mereka. 

Tun pula menjelaskan bahawa bahawa keadaan ekonomi yang semakin teruk kerana nilai ringgit yang jatuh menjadikan kuasa beli rakyat sedikit, malahan keadaan diselatan Thai yang suatu ketika dahulu syurga membeli belah rakyat malaysia, kini sudah hilang kuasa membeli.

Pelajar  lepasan Universiti pula sukar mendapat pekerjaan kerana pentadbiran negara telah rosak akibat duit kerajaan yang telah dicuri oleh perdana Menteri. "Tidak ada di dunia dimana Perdana Menterinay menjadi penyangak" , jelas Tun dimana kleptokrat yang diamalkan oleh Najib.

Tun Sekali lagi menjelaskan bahawa GST yang diperkenalkan oleh Najib dimana anak yang baru lahir pun kini terkena GST terutamanya apabila membeli barangan bayi. Najib tidak tahu mencari duit sampaikan yang tidor di hotel pun dikenakan cukai.

"Kerajaan bangrap ini duit dalam poket seringgit pun dia nak ambik. Sebabnya duit dimasuk ke dalam poketnya sendiri. Manakala duit juga masuk ke Rosmah"

Tun juga menjelaskan dan mengulangi bahawa apa yang dialami rakyat kini ialah kerana Najib menggunakan duit untuk membeli undi. Apabila duit tak ada , kerajaan mengenakan cukai terhadap bukan sahaja peniaga besar tetapi juga peniaga peniaga kecil yang ingin berniaga dan dikenakan cukai juga.

Langkah menipu peneroka ialah dengan berjanji menghapuskan utang peneroka . " Macamana dia nak hapuskan hutang sebab duit tak ada. Ini adalah janji najib kerana Umno nak kalah jelas Tun lagi."

Sementara di US  pula , bukan sahaja membeli lukisan yang mahal, malahan harta yang dicuri itu dibeli rumah yang mahal hasil dari duit curi.Kini pihak berkuasa US sedang menyiasat kes ini.

"Sekarang ini peluang pekerjaan tidak ada,malahan nak jadi doktor pun tak boleh, tak ada kerja. kita harus bergerak supaya pelajar universiti keluar dan ada kerja. Ini peluang pekerjaan tak ada. Dizaman saya 40% adalah terdiri dari orang Melayu. Sebab itu kita tambah bilangan doktor bukan bersadarkan kaum tetapi kita usahakan agar orang Melayu dapat menjadi doktor.Itu dizaman saya.Sekarang doktor tak dak kerja" jelas Tun lagi.

Siapa yang membeli BON ialah kwsp,Tabung haji, dan kerana itu kita kena tentang sebab penyagak guna duit nak bayar hutang, 

""Tapi hujung bulan Mei lepas ,Najib kena bayar ke IPIC 300 juta, baru ni tak boleh bayar ,malu kalau tak boleh bayar hutang.Kalau pinjam macam ini kos sara hidup rakyat akan menderita, Peluang peniaga tak ada, pekerjaan tak ada,nilai duit jatuh dan peniagaan tutup. Kita jangan sokong kerajaan ini dan kalau kita kekalkan kerajaan Bn, kita akan teruk kerana mereka terlibat dengan rasuah."

Kalau kita benarkan Bn memerintah lagi , nasib kita akan bertambah teruk lagi. Macaman nak bayar hutang kerana duit dicuri.Bukan sikit hutang, 42 billion . Rakyat yang kena tanggung. jadi kita perlu tumbangkan Bn kerana hutang terlalu banyak dan  negara boleh  jadi bangrap.

"Saya percaya kedatangan tuan tuan dan puan puan adalah kerana tuan tuan dan puan puan rasa tertekan dengan keadaan ekonomi."

Percayalah kami akan mendirikan kerajaan yang berwibawa, cekap dan amanah supaya negara kita tidak akan ada orang yang bertanya dan kita berasa malu untuk menyatakan kita dari Malaysia.

"Yang ada hari ini dalam Malaysia ialah kita dipimpin oleh penyamun pencuri dan penyangak. Bila kita akan tubuh kerajaan baru,kita akan kembalikan maruah negara dan rakyat tidak malu lagi untuk mengaku rakyat Malaysia bila berada dimana mana." demikian jelas Tun mengakhiri ceramah beliau.


Image may contain: 1 person, crowd and outdoor

credit photo: Amin Cilik

PAS HANYA MAHU HURU-HARAKAN PAKATAN HARAPAN




Sudah banyak kali saya menulis tentang perlunya Pakatan Harapan berdiri atas kekuatan sendiri dan melupakan terus Pas dalam perjuangan mereka memenangi piliharaya dan menyelamatkan Malaysia.

Hakikatnya, semakin Pas dirindui dan cuba dipikat semula, mereka jadi  semakin "getik" dan "mengada-ngada".

Lihatlah perkembangan sehari dua ini apabila PKR menyatakan tidak mustahil mereka akan memulakan rundingan dan bekerjasama semula dengan Pas. 

Belum apa-apa, sudah diminta PKR bertaubat nasuha dan dikata kononnya kerjasama itu hanya untuk menggunakan jentera Pas semata-mata.
Pemimpin Pas yang lain pula cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan dengan mengungkit-ungkit semula apa yang pernah Tun Mahathir Mohamad lakukan kepada Anwar Ibrahim dahulu, sambil dalam masa yang sama meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf kepada keluarga Anwar.

Siapa Pas untuk mendesak Tun Mahathir meminta maaf sedangkan Anwar dan keluarganya pun tidak meminta demikian, malah mereka dengan lapang dada dapat bekerjasama untuk sama-sama menyingkirkan Najib Razak yang dirasakan lebih besar mudaratnya?

Lagi pula, bukankah Anwar sendiri sudah menjelaskan sebelum ini bahawa derita peribadi yang pernah dialaminya hanyalah luka kecil berbanding nasib dan masa depan negara?

Selain itu, Pas juga bukanlah anggota Pakatan Harapan, jauh sekali pemimpin yang membangkitkan perkara itu bersaudara dengan Anwar, jadi kenapa mereka perlu sibuk-sibuk tentang hal hubungan Tun Mahathir dengan Ketua Umum PKR itu?

Dalam hal ini, Pakatan Harapan seharusnya yakin dengan kekuatan yang mereka ada dan menyedari bahawa kecondongan Pas terhadap UMNO dan Najib Razak bukanlah rahsia lagi.
Kepada PKR, sedarlah bahawa Paslah yang memutuskan hubungan dengan mereka sebelum ini. Maka, berpada-padalah jika ingin berbaik semula, jangan sampai bak kata pepatah, "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Sementara mereka bersikap "getik" dan "mengada-ngada" terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta terlihat ingin menghembus angin huru-hara agar gabungan itu berpecah, kecondongan Pas kepada UMNO terus rancak berjalan.

Di Lipis sebelum ini, ada pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat UMNO yang dirasmikan Najib dan semalam di ketika lawatan Perdana Menteri ke Permatang Pauh, sekali lagi pemimpinnya hadir sama. Ini adalah susulan beberapa pendekatan berbaik-baik yang diamalkan sebelum ini, termasuk Hadi Awang berpakaian sedondon merah jambu bersama Najib.

Mereka selalu mengatakan tindakan berbaik-baik dan bekerjasama, malah menghadiri program UMNO atau kerajaan adalah amalan politik matang dan sejahtera. Kononnya itulah budaya politik baru Pas  ketika ini di ketika pemimpinnya juga kedapatan mulai kenal dengan jenama BMW, Range Rover, Mini Cooper, Velfire, Audi dan sebagainya.

Tidak salah Pas mengamalkan politik matang dan sejahtera, tetapi kenapa hanya dengan UMNO, BN dan Najib saja ada amalan politik matang dan sejahtera itu?

Kenapa dengan Pakatan Harapan mereka begitu keras dan benci menggila, tetapi dalam masa yang sama tetap berkata mahu menumbangkan UMNO dan BN?

Berikutan sikap Pas itu, sebagaimana yang selalu ditekankan sebelum ini, adalah membuang masa bagi Pakatan Harapan terus menaruh hati kepada Pas. Selain mahu memecah-belahkan Pakatan Harapan, Pas juga akan terus menimbulkan isu-isu remeh dan meletakkan syarat-syarat tak munasabah jika ingin berbaik dengan mereka.
Hakikatnya, mereka memang tidak mahu bersama Pakatan Harapan. Lupakanlah Pas dan tumpu serta gembleng kekuatan yang ada untuk memenangi pilihanraya dengan asas kemajmukan untuk memberi kesejahteraan dan menyelamatkan negara.

Biarkan saja Pas tenggelam bersama UMNO, BN dan Najib yang kian kelemasan dek arus penolakan rakyat pelbagai kaum ketika ini. Biarkan Pas dikenali sebagai parti Islam, tetapi tidak malu menyokong kleptokrasi.

Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang adalah simbol penyelamat negara, manakala Pas yang kini berbangga dengan amalan politik matang dan sejahtera mereka sebenarnya hanya ingin memastikan Najib terus kekal berkuasa. Noktah.  (ShahbudinHusin 18/08/2017

HINDRAF IKRAR DAPATKAN UNDI INDIA UNTUK PH

PRU 14: UMNO MUNGKIN HILANG 30 KERUSI PARLIMEN – PENGANALISIS

Ketika Isa direman, Felda beli senyap-senyap saham Eagle High Plantation


Tindakan Felda membeli EHP menimbulkan banyak tanda tanya.
Tindakan Felda membeli secara senyap-senyap saham syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantation (EHP) walaupun dibantah pelbagai pihak dan ketika mantan pengerusinya Tan Sri Isa Samad diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad melahirkan kecurigaannya terhadap tindakan Felda membeli saham EHP walaupun harga yang ditawarkan melebihi 2.5 kali lebih tinggi dari harga pasaran.
Beliau juga hairan dengan tindakan Felda membelanjakan RM2.3 bilion untuk membeli saham syarikat terbabit dalam keadaan Felda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai operasinya.

 Malah pihak pengurusan Felda, katanya telah dinasihatkan oleh JP Morgan dan Bank of America supaya tidak membeli 37% saham EHP milik Peter Sondakh yang menerajui Kumpulan Rajawali itu.
Dr Dzulkefly Ahmad"Saya tahu isu positif dan negatif debat pembelian ini. Ya, saya akur tentunya ada baik-buruknya dalam 'cost-benefit analysis'nya.
"Yang diperlukan Felda dan negara, khasnya graduan di negara ini adalah pekerjaan! Ya, bukan menambah pekerjaan untuk warga asing dalam perladangan dan pembinaan.
"Najib pernah secara megah menguar-uarkan tentang 1.8 juta pekerjaan yang beliau kononnya telah jana setelah program transformasi ekonomi (ETP) dan segala program membangun ekonomi," ujarnya.
Menurut beliau, Felda dan entiti perniagaannya Felda Global Ventures Holding (FGV) tidak perlu menambah ladang atau membeli hotel di Kensington atau New York, tetapi perlu melabur dalam industri hiliran (downstream activities) yang berteraskan kelapa sawit.
Beliau merujuk kontroversi pembelian dua hotel mewah melebihi harga pasaran oleh anak syarikat FGV, Felda Investment Corporations (FIC) di London dan Kuching.
Mantan Pengerusi Felda dan FGV Tan Sri Isa Samad direman lima hari oleh SPRM berkaitan isu pembelian dua hotel mewah itu yang turut menyaksikan beberapa pegawai FIC disoal siasat.
Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan peranan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian aset Felda di London memandangkan setiap pelaburan entiti berkaitan kerajaan di luar negara perlu diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan olehnya.

HARAPAN rangka manifesto khas untuk Sabah dan Sarawak


KUCHING, 18 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) telah membentuk Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Sabah-Sarawak bagi membincangkan agenda autonomi dua wilayah itu untuk mencapai status ‘rakan kongsi setara’ yang merupakan asas Pembentukan Malaysia.
Jawatankuasa itu dianggotai pemimpin HARAPAN dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan itu telah pun memulakan perbincangan pada 14 Ogos lalu.
“Antara isu yang dibincangkan ialah penurunan kuasa kepada negeri dan mendefinisikan semua kedudukan negeri-persekutuan untuk mencapai prinsip ‘rakan kongsi setara’ yang merupakan asas kepada pembentukan Malaysia,” kata Naib Presiden HARAPAN, Chong Chieng Jen dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Sabah dan Sarawak

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, sejak 54 tahun lalu, Sabah dan Sarawak gagal meraih keseimbangan pembangunan di bawah Barisan Nasional. Layanan buruk itu termasuk pengagihan peruntukan dasar-dasar yang tidak adil.
“Oleh yang demikian, HARAPAN telah meletakkan matlamat khusus kepada isu yang melanda Sabah dan Sarawak untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional selama ini,” ujarnya yang juga Pengerusi DAP Sarawak.
Chong berkata, manifesto yang dirangka itu akan membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakan setelah HARAPAN membentuk kerajaan persekutusan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Dalam kata lain, perbincangan manifesto itu termasuk mengenai masa depan Sarawak. Kita tidak akan biarkan BN untu terus mengeksploitasi dan memijak-mijak hak dan kebajikan rakyat Sarawak.
“HARAPAN memberikan tawaran baharu yang jauh lebih baik,” katanya lagi. 

JIKA BN MENANG PRU 14, GST 8%, MINYAK MELAMBUNG – TENGKU ZULPURI

TUTUP PINTU: PAS SUKAR KERJASAMA DENGAN PKR – ZUHDI

HADI – TUN M: ‘AKU SETUJU DENGAN MAHATHIR SEBAB LAWAN UMNO’

KERJASAMA PKR – PAS, PENGUNDI CINA BOIKOT – PENGANALISIS

KERJASAMA PRU 14: PKR HULUR TANGAN, PAS TAK PANDANG