Oleh: Amiruddin Ahmad
KEPALA BATAS PULAU PINANG 18 Ogos : Ceramah BERSATU yang menampilkan berbagai tokoh dalam Pakatan Harapan malam ini berjaya memenuhi hasrat PH untuk menakluki kerusi Parlimen Kepala Batas.Ianya bakal jatuh jika kehadiran malam ini dilihat sebagai petanda kejatuhan Umno berbanding sambutan terhadap DS Najib di Permatang Pauh kelmarin 17hb.Jika Ukuran kedatangan dipaksa dan diwajibkan keatas kakitangan kerajaan, itu bukan penanda aras buat Umno Permatang Pauh.
Malam ini ceramah PPBM bukan sahaja menampilkan berbagai tokoh dalam Pakatan Harapan, malahan ianya menjadi petanda kerjasama jitu berbagai parti didalam Pakatan tersebut.
Antara tokoh utama yang hadir ialah KM pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng, Tokoh PKR Datuk Saifuddin Nasution ,dan barisan kanan PPBM Malaysia. Datuk Saifuddin yang juga Setiausaha Agong PKR yang bercakap berkaitan dengan kerjasama dan pembentukan kerjasama jitu dalam Pakatan harapan.Matlamat utamanya ialah agar pembentukan kerjasama ini dapat menumbangkan kerajaan kleptokrasi yang membebankan rakyat hari ini. "Siapa yang mahu menentang boleh mai duduk bincang dengan kita.Kalau tak mau dok belah sana" jelas beliau dalam ucapannya.
Lim Guang Eng pula menjelaskan tentang betapa GST membebankan rakyat dan kejayaan Pulau Pinang yang ditadbir dan memanfaatkan kebajikan buat rakyat Pulau Pinang kerana tidak mengamalkan rasuah.Beliau juga menjelaskan betapa fitnah dari kerajaan Bn kepada Pulau Pinang adalah kerana mereka gagal mentadbir negara sehingga dikenali sebagai kerajaan Kleptokrasi dan memalukan negara Malaysia di mata dunia.Beliau juga memberi jaminan dengan semua pimpinan bahawa jika Pakatan Harapan di beri kuasa, GST akan dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ini.
DS Mukriz Mahathir pula menceritakan tentang tokoh yang berwibawa didalam Pakatan Harapan dimana pengalaman yang wujud didalam struktur barisan kepimpinan Pakatan Harapan mempunyai pengalaman dalam kerajaan lepas.Menurut beliau lagi dengan kepimpinan ini orang Melayu boleh mengharapkan kepada PH kerana jika tokoh tokoh ini serupa seperti Umno Bn, maka rakyat boleh tolak, namun jika dilihat kepada kerajaan negeri yang di pimpin oleh Pakatan hari ini, terutamanya Selangor dan Pulau Pinang, maka ini lah kebajikan yang akan rakyat terima.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Umno kini sudah tidak boleh ditegur dan rakyat mula menolak kerana keadaan ekonomi yang menimpa mereka.
Tun pula menjelaskan bahawa bahawa keadaan ekonomi yang semakin teruk kerana nilai ringgit yang jatuh menjadikan kuasa beli rakyat sedikit, malahan keadaan diselatan Thai yang suatu ketika dahulu syurga membeli belah rakyat malaysia, kini sudah hilang kuasa membeli.
Pelajar lepasan Universiti pula sukar mendapat pekerjaan kerana pentadbiran negara telah rosak akibat duit kerajaan yang telah dicuri oleh perdana Menteri. "Tidak ada di dunia dimana Perdana Menterinay menjadi penyangak" , jelas Tun dimana kleptokrat yang diamalkan oleh Najib.
Tun Sekali lagi menjelaskan bahawa GST yang diperkenalkan oleh Najib dimana anak yang baru lahir pun kini terkena GST terutamanya apabila membeli barangan bayi. Najib tidak tahu mencari duit sampaikan yang tidor di hotel pun dikenakan cukai.
"Kerajaan bangrap ini duit dalam poket seringgit pun dia nak ambik. Sebabnya duit dimasuk ke dalam poketnya sendiri. Manakala duit juga masuk ke Rosmah"
Tun juga menjelaskan dan mengulangi bahawa apa yang dialami rakyat kini ialah kerana Najib menggunakan duit untuk membeli undi. Apabila duit tak ada , kerajaan mengenakan cukai terhadap bukan sahaja peniaga besar tetapi juga peniaga peniaga kecil yang ingin berniaga dan dikenakan cukai juga.
Langkah menipu peneroka ialah dengan berjanji menghapuskan utang peneroka . " Macamana dia nak hapuskan hutang sebab duit tak ada. Ini adalah janji najib kerana Umno nak kalah jelas Tun lagi."
Sementara di US pula , bukan sahaja membeli lukisan yang mahal, malahan harta yang dicuri itu dibeli rumah yang mahal hasil dari duit curi.Kini pihak berkuasa US sedang menyiasat kes ini.
"Sekarang ini peluang pekerjaan tidak ada,malahan nak jadi doktor pun tak boleh, tak ada kerja. kita harus bergerak supaya pelajar universiti keluar dan ada kerja. Ini peluang pekerjaan tak ada. Dizaman saya 40% adalah terdiri dari orang Melayu. Sebab itu kita tambah bilangan doktor bukan bersadarkan kaum tetapi kita usahakan agar orang Melayu dapat menjadi doktor.Itu dizaman saya.Sekarang doktor tak dak kerja" jelas Tun lagi.
Siapa yang membeli BON ialah kwsp,Tabung haji, dan kerana itu kita kena tentang sebab penyagak guna duit nak bayar hutang,
""Tapi hujung bulan Mei lepas ,Najib kena bayar ke IPIC 300 juta, baru ni tak boleh bayar ,malu kalau tak boleh bayar hutang.Kalau pinjam macam ini kos sara hidup rakyat akan menderita, Peluang peniaga tak ada, pekerjaan tak ada,nilai duit jatuh dan peniagaan tutup. Kita jangan sokong kerajaan ini dan kalau kita kekalkan kerajaan Bn, kita akan teruk kerana mereka terlibat dengan rasuah."
Kalau kita benarkan Bn memerintah lagi , nasib kita akan bertambah teruk lagi. Macaman nak bayar hutang kerana duit dicuri.Bukan sikit hutang, 42 billion . Rakyat yang kena tanggung. jadi kita perlu tumbangkan Bn kerana hutang terlalu banyak dan negara boleh jadi bangrap.
"Saya percaya kedatangan tuan tuan dan puan puan adalah kerana tuan tuan dan puan puan rasa tertekan dengan keadaan ekonomi."
Percayalah kami akan mendirikan kerajaan yang berwibawa, cekap dan amanah supaya negara kita tidak akan ada orang yang bertanya dan kita berasa malu untuk menyatakan kita dari Malaysia.
"Yang ada hari ini dalam Malaysia ialah kita dipimpin oleh penyamun pencuri dan penyangak. Bila kita akan tubuh kerajaan baru,kita akan kembalikan maruah negara dan rakyat tidak malu lagi untuk mengaku rakyat Malaysia bila berada dimana mana." demikian jelas Tun mengakhiri ceramah beliau.
credit photo: Amin Cilik