SANUSI- KILANG TUTUP TINGGAI HUTANG BERPULUH JUTA PADA KEDAH- MACAMANA NI ???






π™‹π™€π™‡π˜Όπ˜½π™π™ π™‡π˜Όπ™π™„, π™‚π™‡π˜Ύ π™†π™€π˜Ώπ˜Όπ™ƒ π˜½π™€π™π™ƒπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‹π˜Όπ™‰ π™ƒπ™π™π˜Όπ™‰π™‚ π˜½π™€π™π™‹π™π™‡π™π™ƒ π™…π™π™π˜Ό

Tak lama dulu Sanusi berbangga dgn pelaburan RM280 juta ASPEN GLOVE, yang kononnya akan mewujudkan 2,500 peluang kerja dalam 5 tahun akan datang.

Sanusi juga berbangga dengan proses yang cepat , pelabur masuk dan boleh beroperasi dalam masa 10 bulan.

Tapi dalam kes Aspen Glove, pelabur masuk dan operasi tapi tutup hanya lepas setahun beroperasi.

Ditinggal pula hutang sukuk kepada Kulim Technology Park (KTPC) sekitar RM25 juta yang KTPC gunakan untuk membina bangunan kilang tersebut.

Pelabur lari, tinggal hutang pula kepada GLC Kedah.

Ni, apa Nusi nak jawab ?

Kredit: Malaysia Forward

 

 GINO MARVELA

RENTETAN NAK HIMPUM MELAYU OLEH ATOK- 2 LOKASI DAH BATAL...TAK JADI ATAU TAK BERANI..CUBA KALAU BERANI






HEBOH DI WASSAP KONONNYA MELAYU SEMUA NI NAK MAMPOIH HABIH DAH. KONONNYA.
PROGRAM  MAHATHIR DAN SUDAH TENTULAH KLUSTER MAHKAMAH DAN JUGA HADI AWANG. DAN MELAYU YANG BAKAL HILANG KUASA DAN BAKAL MERENGKOK DALAM PENJARA.





PKR ANJUR PERHIMPUNAN KHAS DAN ANWAR NYATAKAN  PENDIRIAN BELIAU DIHADAPAN AHLI PKR . JANGAN MAIN MAIN DENGAN ISU PERKAUMAN DAN JANGAN  UGUT SAYA SEBAGAI PM.


KALAU ZAMAN MAHAZALIMTWO DULU, SB AKAN BERGERAK MERATA TEMPAT...HAAAA.....DSAI ADA PENGALAMAN ...HANGPA KATA DIA BANDUAN.....JANGAN MAIN MAIN LA KALI NI KAN....PERNAH DUDK DALAM JAL BERPULUH TAHUN ? SILA CUBA....




PM 10 YAKINKAN RAKYAT BAHAWA KERAJAAN INI AKAN KEKAL SEHINGGA TAMAT TEMPHNYA



Lokasi kedua program Proklamasi Melayu dihadiri Tun M batal lagi .


DR. MAHATHIR MOHAMAD

Sekretariat Proklamasi Orang Melayu dalam kenyataan berkata, pihak 

pengurusan dewan telah memaklumkan pembatalan tempahan pada pukul 

9 malam tadi.

Bagaimanapun, pihak pengurusan dewan tidak menyatakan sebarang sebab 

atas pembatalan tempahan untuk program berkenaan.

“Program khas melibatkan Dr. Mahathir yang dijadual berlangsung pada Ahad

 (esok) menghadapi kesulitan apabila tempahan lokasi awal terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal, maka, pihak penganjur terpaksa memilih lokasi baharu.

“Kami memohon ribuan maaf kepada para tetamu jemputan kerana perubahan lokasi sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara. Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah ke lokasi lain semalam atas masalah tertentu.

Himpunan itu difahamkan dianjur oleh Sekretariat Tanah Air, dan terdapat

 sumber mengesahkan ia tiada kaitan dengan pejabat bekas Ahli Parlimen 

Langkawi itu.

Dr. Mahathir dilaporkan akan hadir ke program itu atas kapasiti peribadi dan 

bukan sebagai wakil parti yang baharu disertainya iaitu Parti Bumiputera 

Perkasa Malaysia (Putra).

Difahamkan, ia bukan acara politik sebaliknya membincangkan isu-isu 

berkaitan komuniti Melayu, manakala Dr. Mahathir dijadual memberi ucapan

 serta menandatangani proklamasi dalam program berkenaan.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam,

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan

 tidak sekali-kali mengizinkan sebarang usaha oleh pihak tertentu untuk cuba mengadu domba dan menghangat suhu kaum dan agama di negara ini.

Katanya, ada pihak dalam kalangan orang yang kehilangan kuasa cuba 

meniup api perkauman dan agama.

Bagaimanapun, beliau menyebut secara khusus nama pemimpin atau

 sesuatu pihak selain tidak merujuk kepada perhimpunan berkenaan. 

– UTUSAN

 

NGO SERU KERTAS SIASATAN DIBUKA SEMULA TERHADAP PELANDUK DUA SERUPA MENYERUPAI AZMIN


 

SETUJU SANGAT- SEBAB NANTI BOLEH BERSIHKAN NAMA- LAGI PULA BARU NI KATA  ANWAR  PELIWAT KAN. ELOK SANGAT....


KEMUDAHAN CUKUP KA ? LAWAK HARI INI......




 MOHD SHAH RIM


Tergempar..!!

Atas desakan Ketua Pemuda PAS Kelantan, SUKMA 2023 akan diadakan tidak lama lagi, Unit AMAL PAS akan dikerahkan menyiapkan Kompleks Sukan Bukit Merbau yang menjadi venue utama..!!

 

KAJIAN MENUNJUKKAN RAKYAT BERPUAS HATI DENGAN PM10







 

Ini berita yang boleh membuatkan lebai tak tidur malam dan para penyakau mengigau di siang hari.

Dapatan daripada satu kaji selidik yang dijalankan oleh FIRM Research menunjukkan lebih separuh daripada rakyat berpuas hati dengan pentadbiran DS Anwar serta yakin negara akan bertambah.

Kaji selidik dari FIRM Research ini lebih menyeluruh berdasarkan kaedah kaji selidik itu dibuat dan juga sasaran responden berbanding undi yang dibuat oleh beberapa portal berita sebelum ini. Baca berita penuh di: https://bit.ly/3FtS3xC.

Ia dilaksana menggunakan tiga metodologi, iaitu temu bual bersemuka, panggilan telefon dan melalui internet membabitkan 310 responden di wilayah utara, tengah (319), selatan (274), timur (155) serta Sabah dan Sarawak (162).

Kaji selidik itu membabitkan responden Melayu seramai 566 orang, Cina (320), India (191), Bumiputera Sarawak (47), Bumiputera Sabah (48) dan lain-lain (48).

Daripada 1,220 orang berumur 20 hingga 70 tahun yang ditanya, 45.6% yakin dan 12.6% lagi yakin sepenuhnya. Bermakna total 58% berpuas hari dan yakin dengan pentadbiran ini.

Jadi tempohari Mahiaddin kata rakyat cakap ini kerajaan gagal tu datang dari mana? Rakyat yang mana? Bermakna Mahiaddin menipu je la kan? Tak sudah nak menipu. Yang pelik ada lagi yang nak percaya. Guane boh?

Raja Gelap

 

BETUL LAH TU-TAK MACAM KAU..BUKAN SAHAJA BAHLOL- AWANG KO PUN TAYANG PADA ORANG




 

Sediakan pendidikan demokrasi, politik buat anak muda.Hidupkanlah semula PLKN dengan dasar yang lebih mesra anak muda.

 

Anak muda Malaysia diberi peluang mengundi pada usia 18 tahun.



Bagaimanapun, menurut pembahas mewakili Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Dr Taufiq Johari, tiada pendidikan politik diberikan kepada anak muda maka generasi itu tidak mampu membuat pilihan yang tepat di dewan mengundi.



"Kita lihat negara kita mengimplementasikan pengundi muda tetapi kita lihat pula bagaimana negara kita mengimplimentasikan Undi 18 tanpa ada persediaan rapi.



"Kita lihat negara Indonesia mengimplementasi Undi 18 tetapi anak muda dilibatkan secara terus dengan politik dan demokrasi



"Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengangkat suara anak muda lebih berkualiti? Ini tanggungjawab kerajaan Madani. Kita perlu menyuapkan anak muda dengan sekolah demokrasi agar anak muda lebih cakna dengan politik sebenar.



"Kita tidak berjaya untuk menyuapkan rohani mereka dengan begitu jitu. Kita perlu pastikan anak muda masuk dewan mengundi, mereka tidak hanya pangkah pemimpin tetapi yang mereka pilih itu adalah masa depan negara Malaysia," katanya sebagai pembahas terakhir pada hari ini.



Menurut beliau lagi, tiba masanya kerajaan menggunakan kementerian dan jabatan bagi memberi pendidikan politik yang murni kepada anak muda.



Hasilnya, kata beliau, Undi 18 kelak akan memilih yang paling berkualiti untuk masa hadapan mereka bukan terikut ikut oleh sentimen semasa yang belum tentu benar dan berguna.



Bagi pilihan raya negeri pula, Dr Taufiq menasihatkan agar parti tidak leka atau alpa selepas berkuasa di peringkat Persekutuan.



Katanya, pembangkang untuk pilihanraya negeri melakukan persediaan yang baik dan hal itu mesti diimbangi oleh parti kerajaan.



"Dulu ini parti derita, kini mungkin ini pari gembira. Tetapi jangan kita alpa, jangan kita leka, lena. Kita melihat perjalanan kita masih jauh walaupun kerajaan sudah berada di bawah tampuk kepimpinan kita.



"Ada beberapa negeri akan mengadakan PRN. Pihak sebelah sana ada kekuatan di Tik Tok. Mereka berhujah tanpa asas maka itu fitnah. Ini harus berbalas dengan hujah dan siapakah yang bertanggungajwab yang menjadi benteng di depan?



"Inilah Angkatan Muda KEADILAN. Jika ingin melihat masa depan KEADILAN, lihatlah AMK," katanya lagi.

 

Ambil tindakan pembangkang fitnah, bodohkan rakyat.Akan tetapi, perlu lihat bagaimana parti menyelesaikannnya melaui media. Jika media pun tidak boleh kuasai, jjangan salahkan orang lain memfitnah.


 

Tohmahan demi tohmahan terhadap agenda Malaysia Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan sehingga ke tahap membodohkan rakyat dan fitnah melampau seharusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.



Wakil pembahas negeri Perlis Nor Azam Karap berkata demikian dalam ucapan menyokong usul presiden tengah hari ini.



"Malaysia Madani merupakan ramuan yang cukup sedap, elok tetapi ada segelintir pemimpin pembangkang tak tau pasal apa sakit hati dengan Malaysia Madani. Terlalu banyak naratif yang mereka bawa seolah olah menjadi agenda pembodohan kepada rakyat.



"Saya minta yang amat berhormat Presiden dan Setiausaha Agung, kita tengok apa sahaja peruntukan undang undang yang boleh diguna pakai untuk ambil tindakan kepada pemimpin pembangkang yang boleh mengancam ketenteraman awam.



"Kita menentang segelintir pembangkang bukan sebab benci mereka tetapi naratif yang mereka bawa menyebabkan kita terkebelakang, terutamanya anak anak muda," kata Nor Azam.



Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar anggota bawahan di negeri yang akan mengadakan pilihanraya untuk segera berkomunikasi dengan pimpinan parti agar sebarang program ke arah persiapan pilihanraya boleh disegerakan.



"Kita sebagai anggota parti di 6 negeri perlu ambil peluang. Ada kekangan dari pimpinan yang menjawat jawatan penting menteri dan sebagainya.



"Namun kita juga perlu berkomunikasi dengan anggota pimpinan yang tidak ada jawatan dan boleh berhubung dengan mereka. Cuba dapatkan nasihat mereka. Panggil mereka, mereka masa nak bertanding cari kita. InshaAllah boleh cari mereka yang berkelapangan bantu kita di 6 negeri," katanya lagi.

 

Kongres Nasional Khas 2023 | Sesi Petang

KATA KATA HIKMAT DARI TMJ- ORANG ATAS NI LIHATNYA BETUL. ..ATOK TENGAH HANGIN KAT BANG NON PASAI BANG NON NAK TANGKAP SAPA CURI DUIT...

 


DULU PANGGE ZIARAH MAHABBAH- LA NI KALAU ZIARAH MUSIBAH- HAROM- KAH..KAH..KAH...WOIIII- UBAH UBAH PULAK ..CILAKA....


 

TWEETER : PAWANG SOOD



Anwar Ibrahim: Ucapan Dasar Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat ...

“TUN MAHATHIR LUMPUHKAN ORANG MELAYU MELALUI DEB”

 

Dr Mahathir Mohamad berjaya menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk melumpuhkan orang Melayu supaya berfikir mereka selamanya memerlukan “topang” untuk mendahului persaingan dengan yang lain, menurut seorang bekas Ahli Parlimen.

Tawfik Ismail berkata, DEB seperti dibayangkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Ismail Abdul Rahman (bapa Tawfik) bertujuan memberikan kelebihan sementara buat orang Melayu, bukan kebergantungan berpanjangan.

Menggunakan handicap golf sebagai analogi, Tawfik berkata, DEB adalah untuk menggalakkan orang Melayu berusaha ke arah menunjukkan kecekapan dan kemahiran yang lebih baik suatu hari nanti.

“Mahathir melihat orang Melayu sebagai ‘handicapped’, atau apa yang orang Melayu panggil ‘cacat’ atau hilang upaya kekal, memerlukan topang sepanjang hayat untuk bertahan.

“Beliau juga bukan ahli sukan, dan tidak tahu bahawa menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan kehidupan. Oleh itu, apabila tewas dalam permainan politik, beliau tidak puas hati,” katanya kepada FMT.

Tawfik, bekas ahli Umno, adalah Ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986-1990. Beliau mengasaskan kumpulan reformasi pilihan raya Bebas Gerak pada 2019. Kumpulan itu berusaha untuk menjadi “kuasa ketiga” pada pilihan raya.

Beliau berkata, kejayaan “indoktrinasi kebergantungan” Mahathir adalah sebab utama orang Melayu sekarang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa bantuan.

“Inilah sebabnya orang Melayu mempunyai mentaliti ‘topang’ ini. Berbanding bersaing dan cuba bermain di padang yang sama rata, mereka sebenarnya terkial-kial, yang saya fikir adalah hasil akhir Mahathirisme.

DEB pertama kali diperkenalkan pada 1970 selepas rusuhan 13 Mei 1969. Dasar itu mengemukakan tindakan afirmatif pro-Bumiputera dengan pengagihan kekayaan sebagai terasnya. Walaupun secara rasmi berakhir pada 1990, ia terus membentuk dasar negara.

Tawfik juga berkata, timbul kebimbangan bahawa jenis Islam yang dijaja oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi orang kanan Mahathir pada 90-an akan kembali.

Ketika Anwar, kini perdana menteri, sedang mempromosikan Islam dan konsep Malaysia Madani, beliau gagal memasukkan peranan sultan sebagai ketua perlembagaan Islam di negeri-negeri, kata Tawfik.

Beliau berkata, Islam versi Anwar juga banyak dipengaruhi oleh Arabisme, yang mengabaikan budaya dan amalan Melayu.

“Ini menggalakkan sejenis pemikiran yang menjadikan gelombang hijau realiti kerana ia menggalakkan pandangan lebih sempit tentang apa itu Islam,” kata Tawfik.

Gelombang hijau merujuk kepada kebangkitan luar biasa dicapai PAS pada PRU15 November lepas, yang menang 44 kerusi, sekali gus muncul sebagai parti politik tunggal terbesar di Dewan Rakyat.

Tawfik berkata Anwar, dalam mempromosikan Islam, gagal mengambil kira multikulturalisme, serta perlindungan perlembagaan lain atas kepercayaan dan budaya lain.

Sumber –FMT




DULU DIA KATA PERCAMBAHAN MINDA- SEKARANG LAIN PULA -PERCAMBAHAN DOSA PULAK.....DAH PERCAMBAHAN DOSA....



GAMBAR TWEETER PAWANG SOOD




'Pejuang melayu' pilih RM200 juta masuk akaun parti, kami pilih selesakan rakyat


 

Kerajaan Perpaduan ditentang dari segenap sudut oleh pembangkang yang kononnya pejuang Melayu tulen.



Namun bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang Melayu bukanlah satu slogan tetapi perlu pembuktian kata kata.



Anehnya, kata beliau, apabila kerajaan memperkenalkan program Inisiatif Pendapatan Rakyat, Rahmah dan basmi kemiskinan tegar, pejuang Melayu tersebut pula yang menentang habis habisan menggunakan hujah Melayu, Islam dan agama.



"Itu satu langkah (program merakyat ekonomi), kedua kita ada tokoh yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar (hartawan Melayu) yang dikaitkan dengan Jana Wibawa dan lain lain. Kita buat pilihan, orang yang ada kekuatan dana, tidak ada masalah dia laksana projek besar, pelabuhan dan lain lain.



"Tetapi bila menyentuh kedudukan pesawah padi, saya minta beliau untuk memberi sumbangan besar kepada pesawah. Maka diserahkan RM60 juta Disember tahun lalu dan awal tahun ini. Saya bicara lagi dengan dia maka dia berikan 30% keuntungan Bernas setiap tahun kepada pesawah padi.



"Itu pilihan kita. Apa pilihan mereka (pembangkang)? RM200 juta masuk akaun parti.



"Jadi saudara pilih. Kita 'bukan pejuang Melayu', bukan 'pejuang rakyat'. Yang mahu dihimpunkan esok kononnya termasuk pejuang rakyat, pejuang Melayu tulen. Kamu pejuang Melayu tulen, ambil dana masuk parti dan kamu mentekedarah untuk kamu dan keluarga kamu," katanya dalam ucapan di Stadium Melawati, Shah Alam, pagi ini.



Justeru Anwar mahu jentera KEADILAN mengulang ulang fakta Kerajaan Perpaduan memilih untuk memperjuangkan rakyat sebagai mesej utama kempen dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.



"Kami memilih untuk menjaga kepentingan rakyat, pesawah yang miskin. Saya percaya saudara bawa naratif ini, kita pilih bela nasib rakyat. Kita tidak guna kuasa untuk menyogok pemimpin parti sehingga jadi kaya raya. Membeli orang dalam pilihan raya. Kita akan lawan mereka berdasarkan prinsip ini dan inshaAllah kita akan menang," katanya lagi.



Dalam ucapan itu juga Anwar mahu Malaysia bukan sahaja dikenali dengan Menara Berkembar Petronas, Putrajaya kota megah tetapi juga rakyat biasa yang dimuliakan seperti warung dan gerai makan yang terjaga dan perumahan rakyat teratur.