Proklamasi Untuk Khianat Kerajaan Perpaduan.
Khabarnya 19 Mac ini dirancang untuk diadakan sidang Proklamasi
Orang Melayu. Proklamasi itu akan dibaca oleh Mahathir Mohamad. Semua orang
Melayu dijemput hadiri. Demikian disebar.
Tujuan proklamasi itu untuk menyatakan kebimbangan nasib dan
kuasa orang Melayu di masa hadapan. Kerajaan yang ada kini tidak diiktiraf dan
tidak jamin Melayu akan selamat walaupun ia dikepalai Melayu dengan sokongan
bukan Melayu.
Dalam erti kata lain sidang berkenaan tidak mengiktiraf jerajaan
Perpaduan yang telah mendapat perkenaan Raja-Raja Melayu, mendapat kerjasama
pegawai kerajaan dan juga pasukan seselamatan polis dan tentera. Dunia luar
juga telah mengiktiraf kerajaan yang ada kini. Kerajaan Perpaduan membuka
landasan kehormonian negara terbaik.
Bahkan kalangan parti politik termasuk pembangkang juga
mengiktiraf kerajaan kini, walaupun ada kritikan kepada PM dan kerajaan dalam
parlimen itu hanya dari sudut teknik politik biasa sahaja. Penerimaan Bajet
2023 sebagai bukti kerajaan Perpaduan diakui.
Sebenarnya sidang proklamasi itu tidak pun perlu. Ia senagaja
direkacipta untuk memberi naratif buruk kepada kehirmonian politik yang ada
kini. Bagi saya ia adalah helah orang² seperti Mahathir yang tidak senang
dengan sesuatu yang baik dilakukan oleh orang lain. Hati syaitannya tampak
terus berdenyut. Mahathir mengekalkan musuhnya kepada semua PM.
Benih kejahatan yang ada dalam dirinya akan cambah dan tumbuh,
dan ia akan kembang jika disupport pula oleh pihak lain. Naratif palsu yang
cuba dibangunkan Mahathir itu adalah ingin mengambil kesempatan atas nasib
diterima presiden Bersatu. Mahathir cuba melemparkan tali kononnya nak
selamatkan Mahiddin yang akhinya nanti tali itu akan menjerut Mahaiddin juga.
Harap Pas tidak akan melupai akan sejarah kejahatan orang ini.
Awas dengan putar belit Dr Mahathir. Beliau sanggup menjadi apa
sahaja asalkan niat busuknnya tercapai. Menggagalkan Anwar adalah cita²nya
sejak dari azali.
Justeru sidang bakal diadakan itu elok dicegah dan tangkap mana²
dalang terbabit. Jika ia dibiarkan sedikit sebanyak ia mengganggu perjalanan
kerajaan kini. Trims.