Tohmahan demi tohmahan terhadap agenda Malaysia Madani yang dibawa
Kerajaan Perpaduan sehingga ke tahap membodohkan rakyat dan fitnah melampau
seharusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Wakil pembahas negeri Perlis Nor Azam Karap berkata demikian dalam
ucapan menyokong usul presiden tengah hari ini.
"Malaysia Madani merupakan ramuan yang cukup sedap, elok
tetapi ada segelintir pemimpin pembangkang tak tau pasal apa sakit hati dengan
Malaysia Madani. Terlalu banyak naratif yang mereka bawa seolah olah menjadi
agenda pembodohan kepada rakyat.
"Saya minta yang amat berhormat Presiden dan Setiausaha
Agung, kita tengok apa sahaja peruntukan undang undang yang boleh diguna pakai
untuk ambil tindakan kepada pemimpin pembangkang yang boleh mengancam
ketenteraman awam.
"Kita menentang segelintir pembangkang bukan sebab benci
mereka tetapi naratif yang mereka bawa menyebabkan kita terkebelakang,
terutamanya anak anak muda," kata Nor Azam.
Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar anggota bawahan di
negeri yang akan mengadakan pilihanraya untuk segera berkomunikasi dengan
pimpinan parti agar sebarang program ke arah persiapan pilihanraya boleh
disegerakan.
"Kita sebagai anggota parti di 6 negeri perlu ambil peluang.
Ada kekangan dari pimpinan yang menjawat jawatan penting menteri dan
sebagainya.
"Namun kita juga perlu berkomunikasi dengan anggota pimpinan
yang tidak ada jawatan dan boleh berhubung dengan mereka. Cuba dapatkan nasihat
mereka. Panggil mereka, mereka masa nak bertanding cari kita. InshaAllah boleh
cari mereka yang berkelapangan bantu kita di 6 negeri," katanya lagi.