Pas jangan bertindak macam wakil umat Islam nak maafkan Nik Zawawi


 


Aktivis politik, Fairul Al Qasas mengkritik Pas supaya tidak bertindak seperti mewakili umat Islam di Malaysia dalam isu memaafkan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau mengingatkan parti itu bahawa urusan umat Islam adalah urusan semua, bukan urusan Pas.

Pas katanya, tidak mewakili umat Islam di Malaysia dan tidak boleh menerima permohonan maaf Nik Zawawi dengan tujuan untuk menutup kes ini.

“Penghinaan kepada para Sahabat Khalifah ar-Rashidin adalah sangat berat. Ucapan beliau penuh dengan kesombongan, pembohongan dan penghinaan.

“Nik Zawawi wajib disiasat, beliau perlu tunjukkan kitab rujukan beliau, kitab itu juga wajib dirampas dan dikaji supaya tidak digunakan oleh pihak lain untuk mengelakkan kesesatan,” katanya di Facebook.

Beliau menambah, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu wajib mengaku salah, mengaku menyebarkan maklumat bohong, mengaku bahawa ceramah tersebut tidak benar dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan terbaharu Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan Pas menerima permohonan maaf dibuat pemimpin parti itu.

Tuan Ibrahim berkata, orang ramai juga memahami bahawa kesilapan para sahabat Rasulullah SAW pada era sebelum Islam mereka sudah diampuni Allah, justeru masing-masing berjuang bersama nabi.

“Kepimpinan parti menerima penjelasan dan permohonan maaf daripada YB Nik Muhammad Zawawi atas kekhilafan yang berlaku ekoran ucapan beliau dalam ceramah di Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan petang tadi.




Ketua baharu SPRM laung amaran, tiada lagi kompromi


 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman memberi bayangan pendekatan lebih tegas terhadap rasuah apabila menegaskan suruhanjaya itu tidak akan lagi berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa.

Dalam kenyataan sulungnya selepas memulakan tugas secara rasmi, Abd Halim berkata SPRM di bawah kepimpinan baharu akan bertindak secara lebih tegas, adil dan profesional tanpa mengira kedudukan, pangkat atau pengaruh individu terlibat.

“Rasuah dalam apa juga bentuk adalah sama sekali tidak boleh diterima. Ia merupakan pengkhianatan terbesar terhadap rakyat serta ancaman parah kepada masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM kini menjadi keutamaan utama termasuk memperhebat aspek penguatkuasaan serta meningkatkan ketelusan dalam setiap siasatan.

Menurut beliau, semua siasatan perlu dilaksanakan dengan profesionalisme tertinggi dan berpaksikan prinsip keadilan menyeluruh.

“Pemulihan keyakinan masyarakat ini bukan satu pilihan tetapi merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh ditangguhkan,” katanya lagi.

Abd Halim turut menegaskan perlindungan terhadap pemberi maklumat akan diperkukuh selain kerjasama strategik bersama pelbagai pihak akan dipertingkat bagi membudayakan integriti dalam negara.

Bekas hakim berusia 69 tahun itu berkata pengalaman panjangnya dalam institusi kehakiman akan dijadikan asas memperkukuh SPRM sebagai badan penguatkuasa yang bebas dan berwibawa.

“Saya berharap dapat memacu pembentukan SPRM yang lebih tegas, berwibawa serta bebas sepenuhnya supaya suruhanjaya ini dapat bertindak tanpa gentar dan pilih kasih,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menolak rasuah kerana usaha membanteras jenayah itu bukan hanya tanggungjawab SPRM semata-mata.

Abd Halim yang berasal dari Kampung Alai, Melaka merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Undang-Undang di University of Hull, United Kingdom.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara pada 1982 sebelum memegang pelbagai jawatan dalam institusi kehakiman termasuk majistret, hakim Mahkamah Sesyen, Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim Mahkamah Tinggi.

Sepanjang kariernya, beliau pernah berkhidmat di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Shah Alam sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketujuh menggantikan Tan Sri Azam Baki





1MDB: PKORM Bantah Sebarang Usaha Pengampunan Terhadap Jho Low

 


Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansor menggesa Jho Low menghadapi pertuduhan jenayah yang disenaraikan agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) memandang serius laporan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low didakwa sedang cuba mendapatkan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menerusi kenyataan media hari ini, PKORM menegaskan bahawa Jho Low yang masih berstatus Notis Merah dalam senarai Polis Antarabangsa (Interpol) tidak boleh melarikan diri daripada tindakan undang-undang negara.

“Beliau masih menjadi individu yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia bagi menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah berkaitan skandal kewangan antarabangsa.

Foto pelayaran kapal layar bernama Alfa Nero yang dinaiki Najib dan keluarganya bersama Jho Low pada tahun 2009 di perairan selatan Perancis.

“Sehubungan itu, PKORM membantah sebarang tindakan untuk memberikan pengampunan kepada individu yang hidup dalam buangan serta masih gagal memberi kerjasama penuh kepada proses perundangan negara.

“PKORM turut menggesa rakyat Malaysia supaya menyuarakan bantahan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana individu tersebut masih dikehendaki di Malaysia bagi menghadapi pertuduhan yang disenaraikan oleh agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, PKORM berpandangan jalan terbaik ialah Jho Low menyerah diri kepada pihak berkuasa di negara di mana beliau berada ketika ini.

Jho Low kekal menjadi buruan pihak berkuasa termasuk Interpol dalam skandal 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 26 Disember 2025. Foto Bloomberg

“Kerajaan Malaysia juga disaran meneruskan usaha memohon ekstradisi bagi membawa beliau pulang ke tanah air, sebagaimana tindakan yang telah dikenakan terhadap beberapa proksi beliau sebelum ini.

Terdahulu, menurut laporan media antarabangsa, laman web United States Department of Justice (USDOJ) menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low yang masih dalam proses bagi kategori “Pengampunan selepas Menjalani Hukuman” yang difailkan tahun ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih dilaporkan berkata bahawa permohonan tersebut tidak berada dalam perhatian pejabat presiden AS itu ketika ini.

“PKORM menegaskan bahawa prinsip keadilan wajib ditegakkan tanpa campur tangan politik atau perlindungan antarabangsa terhadap mana-mana individu yang sedang diburu pihak berkuasa.

“Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang. Rakyat Malaysia mahu keadilan ditegakkan sepenuhnya,” tegas kenyataan itu lagi.




Usaha Diplomasi Diharap Mampu Redakan Konflik AS-Iran – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Seyyed Vali Reza Nasr di Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 13 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap, usaha diplomasi masyarakat antarabangsa dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.

Ketika menerima kunjungan hormat sarjana, penulis dan pakar hubungan antarabangsa terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam, Seyyed Vali Reza Nasr, Perdana Menteri menegaskan, pertemuan itu dimanfaatkan bagi bertukar pandangan tentang ketidak tentuan konflik global yang berlaku kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Seyyed Vali Reza Nasr di Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami memanfaatkan ruang pertemuan ini untuk bertukar pandangan berhubung perkembangan konflik AS-Iran, termasuk implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.

“Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Seyyed Vali Reza Nasr di Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi perkongsian di media sosial itu juga, Perdana Menteri turut disertai Rektor Universiti Islam Antzrabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emiritus Datuk Dr Osman Bakar.

Walaupun terkesan dengan krisis di Asia Barat, Malaysia antara negara yang paling berjaya mengatasi krisis tenaga global selain China menurut laporan JP Morgan akhir bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Seyyed Vali Reza Nasr di Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


HALA TUJU POLITIK RAFIZI DAN NIK NAZMI


 

PROJEK LRA. SAYA TAK TAU APA.


 

HINA SAHABAT- KERAJAAN AKAN AMBIL TINDAKAN


 

TUTUP PINTU RUNDINGAN


 

IMPAK RAFIZI DAN HAMZAH


 

GEMPAK! LAPORAN POLIS DAIE MADANI BERSAMA AMK TERHADAP KENYATAAN MENGHINA USTAZ ZAWAWI!


 

Jho Low nak ‘padam rekod’? : Nama Malaysia kembali panas selepas laporan pengampunan Trump


 


Nama ahli perniagaan buruan Jho Low kembali menjadi perhatian dunia selepas The Wall Street Journal melaporkan beliau didakwa sedang berusaha mendapatkan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Laporan itu sekali lagi mengheret nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi bayang panjang skandal 1MDB yang pernah menggoncang politik dan ekonomi negara.

Menurut laporan tersebut, individu yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB itu didakwa cuba menggunakan isu pemulangan aset dan kerjasama kewangan sebagai sebahagian daripada usaha membersihkan namanya di Amerika Syarikat

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Rumah Putih, laporan berkenaan cukup untuk mencetuskan semula perdebatan global mengenai kes yang pernah digelar antara skandal kewangan terbesar dunia.

Bagi rakyat Malaysia, nama Jho Low bukan sekadar figura korporat kontroversi. Beliau telah menjadi simbol kepada episod hitam yang pernah menyebabkan negara disebut hampir setiap hari oleh media antarabangsa. 

Kes itu bukan sahaja mencalarkan reputasi Malaysia, malah membuka pelbagai siasatan rentas negara melibatkan bank, syarikat pelaburan dan institusi kewangan dunia.

Amerika Syarikat sebelum ini mendakwa berbilion dolar diseleweng daripada 1MDB dan sebahagian dana tersebut digunakan untuk membeli hartanah mewah, karya seni, kapal layar serta membiayai kehidupan glamor di Hollywood. 

Nama Jho Low menjadi tumpuan kerana beliau didakwa memainkan peranan penting dalam aliran wang yang dikaitkan dengan skandal tersebut.

Laporan terbaru WSJ menyebut bahawa pihak yang mewakili Jho Low didakwa berhujah bahawa beliau boleh membantu memulangkan lebih banyak aset kepada Malaysia sekiranya diberikan ruang penyelesaian tertentu di Amerika Syarikat. Dakwaan itu bagaimanapun masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Apa yang menjadikan laporan ini lebih menarik ialah masanya. Ia muncul ketika Donald Trump berada di Beijing dalam lawatan penting yang turut melibatkan isu perdagangan dan hubungan strategik Amerika Syarikat-China. Dalam suasana geopolitik dunia yang semakin tegang, nama Malaysia tiba-tiba kembali muncul menerusi isu lama yang belum benar-benar selesai.

Di media sosial pula, ramai pengguna internet mula mengungkit semula episod 1MDB yang pernah menjadi bahan berita utama dunia. Nama kapal layar Equanimity, filem The Wolf of Wall Street dan pelbagai kisah gaya hidup mewah kembali berlegar dalam perbincangan netizen. 

Bagi generasi muda, sebahagian besar kisah itu mungkin hanya dikenali melalui meme dan video TikTok, namun bagi generasi yang mengikuti perkembangan politik sejak sedekad lalu, isu tersebut masih meninggalkan kesan mendalam.

Kes 1MDB pernah menyebabkan Malaysia berada dalam tekanan antarabangsa yang luar biasa. Ia bukan sekadar isu politik domestik, sebaliknya berkembang menjadi siasatan global melibatkan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan beberapa negara lain. Sebab itu, setiap kali nama Jho Low muncul semula, perhatian dunia akan kembali terarah kepada Malaysia.

Donald Trump sendiri bukan asing dengan kontroversi berkaitan pengampunan presiden. Sepanjang karier politiknya, beliau pernah memberikan pengampunan kepada beberapa individu berprofil tinggi yang mempunyai kaitan dengan dunia korporat dan politik Amerika. Faktor itu menyebabkan laporan mengenai usaha mendapatkan pengampunan presiden cepat menarik perhatian media antarabangsa.

Walaupun proses pengampunan di Amerika Syarikat merupakan urusan dalaman negara itu, implikasi persepsi terhadap Malaysia tetap besar. Dunia luar sering melihat kes 1MDB sebagai isu yang melibatkan imej institusi dan tata kelola negara, bukannya sekadar tindakan individu tertentu.

Malaysia hari ini sedang cuba membina semula naratif baharu sebagai negara yang memberi tumpuan kepada pelaburan teknologi, kecerdasan buatan, ekonomi hijau dan industri strategik. Namun berita seperti ini menunjukkan bahawa bayang skandal lama masih belum benar-benar hilang daripada ingatan antarabangsa.

Dalam era digital, sejarah politik dan kewangan sesebuah negara sukar dipadam sepenuhnya. Apa sahaja perkembangan melibatkan Jho Low akan sentiasa mempunyai nilai berita tinggi kerana beliau dianggap antara watak paling misteri dalam skandal kewangan moden.

Laporan WSJ itu juga mengingatkan bahawa dunia masih memerhati bagaimana Malaysia menguruskan kesan jangka panjang skandal 1MDB. Walaupun kerajaan telah bertukar dan pelbagai usaha pemulihan dilakukan, reputasi antarabangsa biasanya mengambil masa yang lama untuk dipulihkan sepenuhnya.

Setakat ini, keberadaan sebenar Jho Low masih menjadi misteri. Pelbagai spekulasi pernah timbul mengenai lokasi beliau, namun tiada pengesahan rasmi berjaya dibuat oleh pihak berkuasa antarabangsa. Faktor itu menjadikan setiap perkembangan berkaitan dirinya terus mendapat perhatian luar biasa.

Apa yang pasti, laporan terbaru ini membuktikan satu perkara, nama Jho Low masih mampu menggegarkan tajuk utama media dunia, dan setiap kali itu berlaku, Malaysia secara automatik akan kembali menjadi sebahagian daripada cerita besar tersebut.





Delegasi Perniagaan AS-ASEAN Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 13 Mei – Kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian McFeeters serta delegasi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencerminkan persefahaman kukuh kedua-dua pihak.

Menerusi hantaran di laman media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, kunjungan berkenaan diadakan bersempena dengan Misi Perniagaan Malaysia 2026 diketuai McFeeters.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pertemuan itu jelas Anwar, membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi memperkukuh pelaburan dan kerjasama strategik merentas pelbagai sektor antara AS dan ASEAN, khususnya Malaysia.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia terus mempertingkat daya saing negara melalui kerangka ekonomi yang jelas seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang lebih bersasar dan berasaskan hasil,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, usaha itu memperjelas komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kemampanan, daya tahan ekonomi dan penaiktarafan industri negara, di samping memastikan pelaburan berkualiti terus memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 22 firma dari AS menyertai misi pelaburan di Malaysia bagi meninjau peluang pelaburan merentas pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

McFeeters dilaporkan berkata, delegasi beliau terdiri daripada firma merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan industri insurans.

Mengiringi Anwar pada kunjungan berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


NAMPAK GAYA BAKAL NAIK JADI MENTERI

 



Khairy Puji PM Anwar Berjaya Stabilkan Ekonomi

Khairy Jamaluddin memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menstabilkan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Malaysia di mata pelabur pada 14 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menstabilkan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Malaysia di mata pelabur.

Tetapi, beliau berkata, rakyat belum merasai manfaatnya, berkemungkinan kesan daripada ketidak tentuan politik global serta kenaikan harga barangan tertentu juga kesan daripada konflik berkenaan.

Ironinya, kenyataan Khairy disokong dengan fakta ekonomi Malaysia berkembang 5.3% pada suku pertama tahun ini, mengatasi pencapaian Thailand dan Singapura, manakala ringgit meneruskan prestasinya sebagai mata wang paling kukuh di Asia berbanding dolar Amerika untuk tahun kedua berturut-turut (2024 dan 2025).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku keempat 2025 yang melonjak kepada 5.7 peratus pada 16 Januari 2026. Foto PMO

“Rakyat tidak merasai angka makroekonomi, pertumbuhan KDNK, kadar pengangguran lebih rendah atau ringgit lebih kukuh,” katanya menurut Bloomberg.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, pengundi muda mahu ahli politik yang benar-benar memahami kebimbangan mereka berhubung kos sara hidup, identiti, peluang pekerjaan dan mobiliti ekonomi.

Jelasnya, beliau memahami sentimen itu kerana dirinya berada dekat dengan masyarakat.

“Saya telah berbual dengan rakyat Malaysia selama tiga tahun, sama ada melalui audio siar saya atau radio,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia antara dua negara selain China setakat ini kerana mempunyai struktur tenaga serta kekuatan ekonomi yang lebih stabil berbanding negara lain di rantau ini.

Penganalisis JP Morgan pada kenyataan 29 Mac lalu menjangkakan ekonomi Asia dijangka berdepan risiko tinggi sekiranya berlaku kejutan dalam sektor tenaga global.

Penganalisis JP Morgan, Rajiv Batra ketika ditemubual dalam segmen ‘Squax Box Asia’ terbitan CNBC baru-baru ini.

“Situasi ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga global, sekali gus memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi,” kata Rajiv Batra dalam sesi temu bual bersama CNBC “Squax Box Asia” baru-baru ini.



HANG MUHONG


 

SANUSI JAWAB ISU LRA


 

EKONOMI LEBIH MANTAP




 Momentum reformasi ekonomi negara dijangka dapat diperkukuh sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperoleh mandat yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).




Menurut penganalisis, kesinambungan dasar yang stabil dilihat penting bagi memastikan agenda reformasi ekonomi dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan.


Laporan itu menyatakan bahawa prestasi ekonomi Malaysia ketika ini masih menunjukkan daya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global dan cabaran luaran.


Bagaimanapun, hala tuju reformasi ekonomi banyak bergantung kepada keputusan politik dalam PRU16 yang akan datang.


Penganalisis berpendapat, kemenangan mandat yang jelas akan memberi ruang kepada kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi.


Antara fokus utama reformasi termasuk memperkukuh kedudukan fiskal negara serta meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan.


Selain itu, usaha memperbaiki iklim pelaburan dan meningkatkan keyakinan pelabur juga dijangka menjadi keutamaan dalam agenda reformasi tersebut.


Dalam masa sama, risiko luaran seperti kenaikan harga minyak global dan ketidaktentuan ekonomi dunia boleh memberi tekanan kepada kedudukan fiskal negara. 


Penganalisis turut memberi amaran bahawa momentum reformasi boleh menjadi perlahan atau terhenti sekiranya berlaku perubahan kerajaan atau ketidaktentuan politik. 


Sehubungan itu, kestabilan politik dilihat sebagai faktor kritikal dalam memastikan kesinambungan dasar serta kejayaan reformasi ekonomi negara dalam jangka panjang.




DIA MEMAAFKAN BUKAN MINTA MAAF..


 

TERUK LA..SPRM BILA NAK MASUK CHECK IN KAT KEDAH NI


 

NI DIA MINTA MAAF ATAU DIA MAAFKAN ORANG...KIOK.


 

SAYA SIMPATI PADA ANWAR




13 Mei 2026


Saya sesungguhnya amat bersimpati kepada Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas beberapa sebab.


Pertama, hasil kajian yang dilakukan oleh PKR sendiri mendapati kerusi Parlimen yang sekarang didudukinya - Tambun - didapati bukan lagi kerusi yang selamat buat parti itu pada PRU akan datang.


Apabila kerusi Tambun dikategorikan sebagai kerusi yang marginal atau tipis buat PKR, bermakna ia juga kerusi yang marginal atau tipis untuk Anwar terus bertanding di kerusi itu.


Sepatutnya, oleh sebab Tambun telah dimenangi oleh Anwar, kerusi itu kekal selamat, tak kira sama ada beliau bertanding lagi di situ atau orang lain menggantikannya.


Takkan pengundi Tambun tak teruja dan terus setia kerana dapat Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen mereka?


Sejak merdeka, setiap Perdana Menteri sentiasa ada kerusi yang selamat dan tetap buat mereka.


Contohnya, Tun Mahathir Mohamad di Kubang Pasu, Tun Abdullah Badawi di Kepala Batas, Najib Razak di Pekan, Muhyiddin Yassin di Pagoh dan Ismail Sabri Yaakob di Bera.


Selain dalam keadaan parti menguasai kerajaan dan mereka bergelar Perdana Menteri, kawasan tersebut dengan mudah dimenangi, bahkan ketika parti kecundang, misalnya Najib pada 2018 dan Ismail Sabri pada 2022, kedua-duanya tetap berjaya menang di Pekan dan Bera.


Tidak pernah sama sekali sebelum ini kerusi Parlimen yang sedang diwakili Perdana Menteri dikategorikan sebagai kerusi yang tidak selamat.


Malang sekali buat Anwar, dalam keadaan beliau masih bergelar Perdana Menteri, kerusi Tambun yang didudukinya sudah dikategorikan sebagai kerusi yang tidak selamat.


Ini membuatkan saya simpati.


Kedua, hasil dapatan yang sama juga mendapati hanya ada tujuh kerusi yang selamat buat PKR pada PRU16 iaitu Bayan Baru, Selayang, Ampang, Pandan, Subang, Petaling Jaya dan Batu.


Anwar adalah Perdana Menteri yang tersohor dan disanjung tinggi di seluruh dunia dan dalam semua lawatannya ke pelbagai negara, sambutan dan keraian yang diberikan kepadanya amat membangakan kita sebagai rakyat Malaysia.


Bahkan ramai pemimpin dunia boleh dihubunginya hanya melalui telefon dan Presiden Iran misalnya, dengan mesra memanggilnya “Brother Anwar.”


Pendeknya, jika beliau bertanding di beberapa negara yang pernah dilawatinya itu, senang-senang kemenangan boleh diraihnya.


Tetapi sayang sekali, di negaranya sendiri dan ketika beliau masih bergelar Perdana Menteri, hanya ada tujuh kerusi selamat untuk partinya.


Dengan PKR hanya ada tujuh kerusi yang selamat, macam mana nak kekal berkuasa?


Sekali lagi, saya bersimpati kepada Anwar.


 Ketiga, di antara tujuh kerusi yang selamat itu, empat daripadanya berpihak kepada Kumpulan Rafizi Ramli, bekas Timbalan Presiden PKR yang kini menjadi musuh utamanya.


Ini bermakna, jika empat Ahli Parlimen pro Rafizi itu bertanding semula di kawasan tersebut, tak kira atas tiket apa, potensi untuk mereka menang adalah cerah sekali.


Kerusi Pandan yang kini diwakili Rafizi pula turut tersenarai antara tujuh kerusi yang selamat itu.


Keadaan ini menjadikan, meskipun Rafizi telah dikerat sebagai Timbalan Presiden PKR, beliau tetap mempunyai kerusi yang selamat berbanding Anwar selaku Presiden PKR sendiri.


Sungguh-sungguh  saya simpati dibuatnya.


Keempat, apabila PKR sendiri mendapati kerusi Tambun tidak lagi selamat, di mana Anwar mahu bertanding pada PRU akan datang?


Berikutan Anwar didapati tidak lagi kerap turun ke Tambun, tidak sebagaimana beliau rajin turun ke Port Dickson sebelum ini,  banyak khabar mengatakan beliau tidak lagi bertanding di kerusi tersebut selepas ini.


Ada yang mengatakan beliau akan berpatah balik ke Permatang Pauh atau mungkin bertanding di salah satu daripada tujuh kerusi yang dikategorikan selamat itu, tetapi jikq itu berlaku, ia menjadikan beliau satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang bersifat nomad atau berpindah randah.


Tidak sepatutnya seorang Perdana Menteri berpindah-randah dan tiada kerusi tetap yang selamat buatnya.


Kali ini bukan lagi simpati, bahkan rasa macam saya nak menangis dibuatnya.


Hakikatnya, kalau untuk dirinya pun tiada kerusi yang selamat, bagaimana Anwar mampu menyelamatkan PKR dan PH daripada hilang kuasa? - ShahbudinHusin 13Mei2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1284087340381049&id=100063393840098



PROFF KANGKUNG TIPU ORANG KAMPUNG


 

ISU KERAKYATAN SARAWAK.

 


Epy Al Fateh



Isu pemberian status Bumiputera Melanau kepada Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, kembali hangat apabila Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng, membangkitkannya sebagai asas perbandingan. Beliau mempersoalkan kelulusan pantas yang diberikan kepada warga asing kelahiran Syria tersebut berbanding komuniti Cina Sarawak generasi ketiga yang telah menetap ratusan tahun tetapi kekal sebagai bukan Bumiputera. Ragad Kurdi dilaporkan memperoleh status etnik Melanau tersebut secara rasmi menerusi peruntukan di bawah Ordinan Mahkamah Anak Negeri Sarawak, yang membolehkan warga asing diserap menjadi sebahagian daripada komuniti peribumi tempatan melalui proses pengangkatan adat.




Tindakan membangkitkan isu ini bagaimanapun mendapat bidasan keras daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. Beliau menyifatkan cadangan Larry Sng untuk memberikan status Bumiputera kepada masyarakat Cina sebagai satu topik yang toksik dan mampu mencetuskan polemik perkauman yang tidak harmoni. Awang Asfia menegaskan bahawa hak keistimewaan Bumiputera dilindungi dengan ketat di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang tubuh negeri Sarawak. Beliau turut mencabar Larry Sng supaya membawa usul tuntutan status tersebut terus ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan, memandangkan sebarang perubahan struktur perlembagaan negara memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di peringkat Parlimen.




BILA PEMFUTNAH TIDSK DIAMBIL TINDAKAN.

 



Masalahnye orang fitnah tak ambil tindakkan.... kalau ambik tindakkan pun last2 maafkan setel luar...macam mana fitnah tak berleluasa..!!!!





MAAF YANG BUKAN MAAF



Aman Muhamad









Aku meneliti semula video 'permohonan maaf' oleh ulamak jahat PAS yang menghina Sahabat Nabi sebagai BAPAK CETI dan HOBI BERZINA, dan aku dapati 'permohonan maaf'nya sangat bermasalah.


1. Tarik balik 'PERKATAAN', bukan tarik balik 'FITNAH'.


Ulamak Jahat ini berkata dia berasa 'kesal' kerana menggunakan perkataan yang tidak wajar, maka dia tarik balik PERKATAAN tersebut.


Apa yang umat Islam tuntut ialah tarik balik FITNAH yang ulamak jahat tu kata Saidina Abu Bakar sebagai BAPAK CETI dan Saidina Umar ada HOBI BERZINA.


Bila tarik balik perkataan, bermakna FITNAH itu masih kekal, dan dia masih berpendirian yang sama, cuma perkataan sahaja ditarik balik.


Dengan kata lain, Ulamak Jahat PAS ini masih lagi berpendirian Saidina Abu Bakar masih lagi 'BAPAK CETI', cuma perkataan 'BAPAK CETI' sahaja ditarik balik, dan Saidina Umar masih ada 'HOBI BERZINA', cuma perkataan 'HOBI BERZINA' tu sahaja ditarik balik.


Ya Allah, jahatnya PAS ini!


2. Memohon maaf kepada pihak yang TERASA HATI.


Ulamak Jahat PAS dengan liciknya menggunakan 'pihak yang TERASA HATI'. 


Sewajbnya ulamak jahat PAS ini patut memohon maaf kepada keseluruhan umat Islam atau seluruh rakyat Malaysia amnya, bukan sekadar yang terasa hati semata-mata.


Keceluparan dan kelancnagan mulut ulamak jahat PAS yang memfitnah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar tidak cukup dengan sekadar mohon maaf kepada pihak yang TERASA HATI semata-mata.


3. Jangan buat teguran MELULU.


Dalam keadaan ulamak jahat PAS ini kononnya meminta maaf, masih ada lagi sifat ego dan sombongnya untuk mengecam pihak yang menegurnya sebagai 'teguran melulu'.


Hoi ulamak jahat! Tiada teguran pun dibuat secara melulu dalam isu ini. Semua teguran dibuat dengan cara ilmiah dan berfakta. Jika ada yang bernada marah, itu memang hak mereka sebagai orang Islam untuk marah kepada mulut celupar seperti kamu yang jelas menghina dan mencela Sahabat Nabi.


Hak kami sebagai umat Islam untuk marah.

Dan apa hak kamau untuk memfitnah dan mencela Sahabat Nabi?


Dasar ulamak jahat!


4. Di zaman jahiliyah tiada riwayat.


Dan akhir sekali dia mengaku, di zaman jahiliyah ni tiada riwayat. Bermakna ulamak jahat PAS sendiri pun tahu, cerita Saidina Abu Bakar sebagai BAPAK CETI dan Saidina Umar ada HOBI BERZINA adalah cerita palsu semata-mata.


Tapi disebabkan hatinya jahat nak serang PMX, nak fitnah PMX, nak melakukan Qazaf terhadap PMX, akhirnya Allah takdirkan dia menjadi sehina-hina makhluk yang mencela Sahabat Nabi pada malam tu juga.


Di malam yang sama, bukan sahaja ulamak jahat PAS ini melakukan Qazaf terhadap PMX dengan gelaran 'KAKI PUNGGUNG'. ulamak jahat PAS ini juga menuduh Saidina Umar ni berzina dengan isteri dan anak dara orang.


Perlu diingatkan, hukum Qazaf tetap jatuh di sisi Allah walaupun cerita itu dikatakan berlaku di zaman Jahiliyah sekalipun.


Kesimpulan.


Ulamak jahat PAS ini langsung tidak insaf pun.


Permohonan maafnya bukan permohonan maaf yang benar pun.


Yang ditarik balik adalah perkataan, bukannya fitnah itu sendiri.


Berdasarkan al-Quran, ulamak jahat PAS ini sudah menjadi manusia fasiq seumur hidup kerana telah melakukan Qazaf.


Qazaf kepada Saidina Umar.

Qazaf kepada PMX.


Semoga Allah melaknat manusia fasiq ini, kerana celupar mencela para Sahabat Nabi.


Ya Allah, berikanlah azab yang pedih kepada semua ulamak PAS yang mencela Sahabat Nabi, dan semua ulamak PAS yang mempertahankan ulamak jahat PAS ini, dan berikanlah azab yang pedih kepada semua penyokong PAS yang masih menyokong ulamak PAS yang mencela Sahabat Nabi ini.


Nab SAW bersabda:


"Barang siapa yang mencela sahabat-sahabatku, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia"

(HR At-Tabarani)


Amin ya Allah

🤲


p/s; Aku berharap pihak polis ambil tindakan tegas sebagaimana polis ambil tindakan tegas ke atas pemijak al-Quran. Kedua-duanya adalah penghina Islam!