GAMBAR SEKDAR HIASAN
Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemipin PH lain meninggalkan ibu pejabat PKR selepas mengadakan mesyuarat bulanan Majlis PH tanpa bertemu media akan meninggalkan lebih banyak spekulasi mengenai kenyataan beliau yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Anwar masih menunggu tarikh pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentangkan jumlah ahli parlimen yang dikatakan mempunyai bilangan majoriti itu.
Dalam perkembangan terkini, Istana Negara memaklumkan Baginda kini dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan keracunan makanan serta intervensi selepas dinasihatkan menjalani rawatan susulan di IJN.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila baginda dimasukkan ke IJN pada malam 21 Sept lalu.
Mesyuarat bulanan PH meninggalkan media dalam kehampaan kerana tiada sidang media yang dibuat dan dikatakan Anwar beredar tanpa pengetahuan media yang menunggu di ibu pejabat parti itu, sejak kira-kira jam 5.30 petang.
Tambah membingungkan lagi apabila selepas kira-kira sejam setengah mesyuarat berlangsung, beberapa pemimpin kanan PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat mula beredar dari ibu pejabat PKR. Kenyatan hanya didapati dalam di Facebook, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan “usaha mengembalikan mandat rakyat”.
Suatu penjelasan harus diterangkan mengenai bagaimana hendak dilaksanakan usahanya itu. Tanpa bertemu media ia sudah meninggalkan tanggapan bahawa seolah-olah ada sesuatu tidak kena dan harap tiada tanggapan sedemikian timbul.
Sehubungan itu apakah yang dimaksudkan dengan berita: Bagi para wartawan yang menunggu sidang media selepas mesyuarat bulanan PH, tentu ia adalah sesuatu yang baharu, luar biasa atau mengejutkan untuk dinyatakan.
Dalam hal ini secara strukturnya laporan berita juga dimaksudkan bentuk berita mengikut format atau struktur tertentu contohnya piramida terbalik (sekarang tidak perlu lagi) atau format pendulu (news lead format) atau bersandarkan kepada 3W atau 4W (What, When, Where, Who) Why dan How melihat kepada keadaan konteks kejadian dan jenis berita. I samping itu berita harus mempunyai sumber.
Sebenarnya inilah beritanya iaitu “tidak bertemu media”, Anwar yang dikatakan “panas” dengan kenyataan baru-baru ini tetapi seperti “lari” daripada bertemu media dan pemimpin PH seperti Mohamad Sabu membuat tindakan yang sama enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad juga mengunci mulut dari menjawab soalan wartawan.
Bahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang ditemui pemberita juga mengambil sikap yang sama dengan enggan mengulas lanjut intipati mesyuarat hari ini dan hanya menyatakan ia perjumpaan bulanan biasa PH dan jika Anwar pun mengelakkan diri daripada bertemu berita, itulah yang dikatakan berita.
Sebenarnya “no news is hot news” kerana ia menimbulkan banyak spekulasi dalam kalangan media dan rakyat terutamanya berkaitan dengan isu panas di atas.
Ini merupakan mesyuarat pertama PH selepas Anwar mengumumkan mempunyai majoriti sokongan daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Jika mseyuarat bulanan PH ini tidak menjemput media, biasanya media mendapat tahu mengenainya melalui “tips” mengenai mesyuarat bulanan tersebut, malah sekarang lebih mudah melalui media sosial dan mereka meluru ke ibu pejabat PKR. Atau pun mesyuarat bulanan itu ada dalam jadual mereka.
Dengan ketiadaan sidang media seolah-olah memberi gambaran sesuatu yang tidak kena atau tidak ketetapan konkrik. Kita tidak mahu media dan rakyat membuat tanggapan yang usaha Anwar itu menemui jalan buntu lagi. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Anwar atau pemimpin PH lain harus tampil membuat kenyataan mengenai hasil daripada pertemuan mesyuarat kerana ia berlatar belakang kenyataan Anwar mengenai sokongan ahli parlimen mengenai pembentukan kerajaan baharu.
Jika mesyuarat sekadar membincangkan “usaha mengembalikan mandat rakyat” apakah usaha itu dan kerana ada berita yang hendak dilaporkan.
Wartawan yang hadir tidak boleh balik dengan tangan kosong kerana mereka makan gaji dan bagi saya laporan “no news is hot news” dan dalam konteks sekarang akan menimbul berita susulan atau ‘follow-up’ dan banyak lagi komen negatif berhubungan dengan usaha Anwar itu dan ia tentu akan menjejaskan kredibiliti beliau.
Namun satu kenyataan dikeluarkan hari ini (29 September, 2020) oleh Majlis Setiausaha PH yang tidak akan berkompromi terhadap rasuah dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.
Penegasan tersebut dicapai dalam mesyuarat bulanan Majlis Setiausaha yang membincangkan keputusan Pilihanraya Negeri Sabah (PRN), serta usaha di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan semula mandat rakyat melalui kenyataan bersama sahaja.
Adakah selepas sehari baru hendak dikeluar kenyataan, seolah-olah baru mendapat idea hendak memutuskan apa yang hendak ditulis. Kenyataan ini seharusnya dikeluarkan semalam. Ini sudah dianggap bukan lagi bahan berita atau berita basi.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil rasanya lebih memahami dalam urusan beliau dengan media.
———————–
Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)