Seorang kenalan memberikan saya video ini. Saya menontonnya dan saya dapati ustaz ini ada menyebut nama Rora. Saya percaya Rora yang ustaz ini sebutkan adalah diri saya. Sesiapa yang ingin menonton video penuh boleh klik link berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=321202005847478&id=117861750013931
Setelah saya mendengarnya saya dapati ustaz ini ada menyebutkan beberapa perkara utama. Berikut adalah perinciannya:
1. Beliau bertanya mengapa saya tidak komen isu dakwaan orang politik yang mengatakan Nabi sallallah alaih wasallam adalah pelarian?
2. Beliau mengatakan bahawa Rora biadab dan memperlekehkan Imam Syafie.
3. Beliau mengatakan bahawa kalam:
Sesiapa yang inginkan akhirat maka dia perlu ilmu, sesiapa yang ingin dunia maka dia perlu ilmu dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya dia perlu ilmu
Adalah athar dari Saidina Ali.
Saya jawab seperti berikut:
1. Isu bantahan terhadap dakwaan yang mengatakan Nabi sallallah alaih wasallam sebagai pelarian telah pun saya lakukan. Saya telah lama menulis bantahan di Page Facebook saya dan dibaca oleh ribuan orang. Boleh rujuk tulisan saya di sini:
https://m.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/3680148048679335
Jika data ustaz tidak mencukupi untuk link tersebut, ustaz boleh rujuk printscreen tulisan saya itu di bahagian komen.
Mufti Perlis siap buat video khas membahaskan isu ini.
Ingat ustaz, jika anda tidak tahu jangan cepat sangat mempertikaikan orang lain.
2. Dakwaan beliau yang kedua ini jika memang beliau tujukan kepada saya maka sangat jelas fitnah terhadap saya. Subuh-subuh lagi dah buat fitnah. Dalam kuliah agama pulak tu. Saya cabar beliau di mana saya perlekehkan Imam al-Syafie? Demi Allah, saya tidak pernah perlekehkan mana-mana ulama muktabar. Sekadar tidak bersetuju dalam beberapa perkara itu ada. Itu pun saya bertaqlid ulama muktabar lain dalam masalah itu.
Ingin saya ingatkan ustaz, jangan buat fitnah pada orang. Ustaz kata golongan yang dilaknat tidak masuk syurga. Ingat ustaz golongan pemfitnah juga berkemungkinan lambat masuk syurga.
3. Berkenaan kalam yang dikatakan Athar dari Ali.
Saya berhajat untuk bertanya terus tentang satu atsar yang disebut oleh ustaz ini tentang sanad dan rujukan beliau. Saya berbesar hati jika beliau dapat menunjukkan kepada saya sumbernya. Tambahan pula ustaz ini mengangkat dirinya bahawa dirinya ingat. Pasti beliau ingatan rujukan dan sanad kalam ini.
Akhir kata, pepatah melayu ada berkata masuk bakul angkat sendiri. Maknanya memuji diri sendiri. Ia perbuatan yang susah. Tapi saya tengok ustaz ini senang betul buat perkara tersebut. Bravo!
Sekian terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle