KHALID KENA INGAT JAWATAN MB BUKAN MILIK PERIBADI...

Anwar: Parti akan putuskan nasib MB





  Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hanya parti yang dapat memutuskan sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim layak untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Khalid hari ini yang bertegas untuk kekal sebagai menteri besar untuk penggal kedua.

“Keputusan itu di tangan parti, tiada siapa yang boleh kata seseorang itu boleh kekal di kedudukan tertentu,” kata Anwar kepada pemberita, tanpa merujuk kepada Khalid secara khusus.

Beliau tidak menjawab soalan yang secara khusus meminta beliau menjelaskan jika Khalid akan kekal sebagai MB untuk penggal kedua.

"Saya sudah nasihatkan (Khalid) supaya tidak buat kenyataan yang menunjukkan parti atau ADUN tiada ruang untuk menuntut perubahan (kepimpinan),” katanya.

Pinjaman Deepak: Rafizi ada bukti campur tangan menteri


SUNGAI BESI 16 JULAI:  Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempunyai bukti campurtangan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam pemberian pinjaman kepada niagawan, Deepak Jaikishen.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti lengkap menerusi 13 dokumen yang diserahkan kepada National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW).

“Dokumen yang diserahkan kepada NOW adalah melibatkan surat-menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Hasan, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain lagi.

“Ia bukan sahaja bukti campur tangan Hasan dalam pengurusan Bank tetapi memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak dan bagaimana dia mendapat layanan yang baik dari pihak bank tersebut,” katanya pada sidang media di pejabat NOW dekat sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan campurtangan Hasan meluluskan pinjaman RM32 juta kepada Deepak tanpa faedah. Keenganannya bersetuju dengan pinjaman itu mengakibatkan kontraknya tidak disambung.

Bagaimanapun, semalam Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa hutang Deepak kepada bank itu berjumlah RM215 Juta melalui dua lagi pinjaman dan bukan RM32 juta.

Dalam pada itu, Rafizi mendedahkan beliau memiliki surat daripada Hasan kepada Pengarah Urusan Bank itu,  yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa kepada Deepak. Ia katanya bertentangan dengan amalam biasa bank.

“Pertemuan diadakan di antara Menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak pada 30 Januari lepas, ini menunjukkan ada salah guna kuasa dan rasuah,” ujarnya.

Tambah Rafizi lagi, sebelum ini Hasan Malek menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan pengurusan bank tersebut dan meluluskan pinjaman yang dibuatnya.

“Sebelum ini nafikan hal ini, tapi saya ada bukti yang mengatakan dia (Hasan) terlibat dalam urusan bank tersebut. Hal ini telah menyebabkan Bank Rakyat terpaksa tunduk kepada Deepak,” jelasnya.

Katanya, NOW akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri tersebut pada 18 Julai ini, jam 11 pagi, dan satu laporan terahadap Pengarah Urusan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman pada jam 3 petang pada hari yang sama.

“NOW akan mendedahkan secara bersiri dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini dan selepas raya supaya tindakan segera diambil terhadap mereka,” tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62152

Plaintif diperintah kemuka kenyataan saksi kes saman Hadi Published: 1

















Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menetapkan dua hari iaitu 25 dan 26 Ogos sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar).

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Rusita Md Lazim yang turut mengeluarkan perintah terhadap plaintif mengemukakan kenyataan saksi pada tarikh perbicaraan itu.
Shamsul bersama peguamnya Alias Ibrahim hadir di mahkamah hari ini manakala Hadi selaku defendan dan peguamnya tidak hadir.


Pada 23 Februari lalu, Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif. Bagaimanapun pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Hadi setelah mendapati writ saman yang difailkan Shamsul selaku plaintif pada 17 Februari lalu tidak mengikut prosedur mahkamah.

Shamsul mengambil tindakan itu selepas Hadi mengeluarkan kenyataan ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di kawasan DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya, Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong masyarakat.
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Bukit Besi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi menewaskan calon PAS, Roslan Ismail (4,408) dan Shamsul yang cuma memperoleh 52 undi.– Bernama, 16 Julai, 2014.


HA..HA..HA TAK MAU TURUN...LAGI JAGA PROJEK Umno..

Saya akan teruskan jawatan MB hingga akhir penggal, kata Khalid

 

 

1.Hari ni peringkat presiden bermesyuarat.

2. Presiden PAS tetap tak mahu Khalid lepas jawatan

3. Khalid dapat kekebalan kerana nak selamatkan banyak yang terhutang budi.

4. Jaga KIDEX,Jaga Langat dan banyak lagi bakal dibina dan dibuat... 

Menteri Besar Selango Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Julai, 2014.Menteri Besar Selango Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Julai, 2014.





















Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak akan berundur daripada kedudukannya walaupun menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau hanya akan berundur selepas habis penggal Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Saya dah nyatakan yang akan kekal hingga habis penggal.


"Sebagaimana yang saya janjikan, saya ambil tanggungjawab ini untuk tadbir Selangor sampai PRU akan datang," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat dijangka akan membincangkan kedudukan Khalid dalam mesyuarat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Difahamkan dalam mesyuarat itu nanti, PAS akan membawa ketetapan tidak bersama dengan PKR dan DAP supaya Khalid digugurkan.

Kedatangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kediaman peribadi Khalid selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Sabtu lalu juga dikatakan membawa mesej PAS berdiri menyokong kedudukan Khalid.

Namun, Setiausaha PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media kelmarin berkata ia hanya pertemuan biasa dan tidak membincangkan isu menteri besar.

Sementara itu, Khalid dalam sidang media hari ini turut mengumumkan pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang melibatkan kos RM2 bilion dan dijangka siap pada Julai 2016.