Kukuhkan politik Melayu-SAPA KATA....????

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Politik Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaumnya yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain yang hendak mengambil kesempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.
“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.

Patut lama dah den sodar nih


‘‘Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’ tegasnya.


den tanyo pado mahathir tu...bahaso melayu bahaso kebangsaan ko???den ingat bahaso inggeris


“Ekonomi bumiputera kini melebihi paras 30 peratus daripada segi perolehan aset. Malangnya, bumiputera masih dikatakan berada di tahap kurang 20 peratus. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap?
“Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib lain. Sebagai warga Malaysia, tidak salah jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50 atau 60 peratus sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi,” katanya.

sapo punya dasor nih...den pun tak tahuuuu....

MINYAK TURUN RM15 SEN SAJA MALAM NI

MINYAK TURUN LAGI RM 15 SEN MALAM NI ......PATUT TURUN LAGI....

TERKINI JAM 630 PETANG.

PM dan TPM tiada didalam negara, siapa yang jadi pemangku?

Isnin, 17 November 2008 •

Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional


KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER (SK) - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalanya, Najib Abdul Razak dilaporkan kini mengadakan lawatan kerja di luar negara.
Menurut laporan media, Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari manakala Najib pula akan ke Lima, Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-16 esok dan seterusnya ke New York dan dilaporkan hanya akan pulang pada awal bulan depan.


Ketika mengulas mengenai hal ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berada diluar negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini.
Lim berkata, ini bermakna, pada Rabu dan Khamis ini, kedua-dua mereka tidak ada di dalam negara. Justeru beliau mempersoalkan siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri pada dua hari tersebut.


“Bolehkah menteri yang paling senior di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok atau Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Ong Tee Keat?,” katanya menurut laporan akhbar.
Lim juga dilaporkan berkata, perkara ini adalah satu kritikan terhadap Ahli Parlimen Umno yang tidak menerima kedudukan yang termaktub dalam perlembagaan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak mengira bangsa, agama atau wilayah.