Aikkk..?? Sekalang, PAS dah sokong Aslaf desak I Citra RM10k
Tarikh : Sabtu, 26 Februari 2022
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah
Port Dickson
Dijemput semua belia dan anak muda sama-sama
hadir bagi menjayakan sesi santai petang yang akan dihadiri YB Dato' Seri Anwar
Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Port Dickson yang
juga mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Saudara Jufitri Joha,
Presiden MBM.
Daftar kehadiran di http://bit.ly/santaibelia
Sebelum ni pun aku dah pernah tulis. Ramasamy merupakan
liabiliti terhadap DAP dan juga PH. Aku selalu berharap pimpinan utama DAP
berani mengingatkan Ramasamy supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan
kenyataan. Tapi tidak.
Sebab itu aku semakin lama semakin menyokong seruan agar
Keadilan bergerak solo. Kerana DAP akan jadi batu penghalang untuk Keadilan
dapatkan sokongan orang Melayu. Lagi dengan keceluparan mulut pemimpin DAP
seperti Ramasamy ini.
Politik adalah dinamik. Jika dulu DAP rakan yang setia, kini DAP
api dalam sekam. Ditambah lagi kesetiaan Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP
yang lain terhadap Mahathir, maka jika Keadilan berterus menjunjung PH,
Keadilan akan terus gagal.
Ada yang bersuara, kalau bertanding solo, Keadilan tak boleh
menang. Jadi? Apa bezanya jika terus bersama PH? Keadilan akan lebih gagal jika
terus bersama DAP.
Harus diingat, Keadilan akan bertanding di kerusi yang majoriti
Melayu. Dengan reputasi DAP, amat sedikit pengundi yang akan terima Keadilan
dan tak mustahil Keadilan boleh tewas semua kerusi yang ditandingi. Semuanya
disebabkan DAP.
Dulu aku benci orang yang suruh Keadilan jalan solo. Hari ini
aku sendiri yang harap itu terjadi. Sudahlah sudah. DAP bukan sahaja terlihat
sebagai musuh reformasi kerana setia kepada Mahathir. Bahkan terlihat sebagai
musuh Melayu dan Islam kerana manusia seperti Ramasamy ini.
Masa depan Keadilan bukan lagi bersama PH. Jika Keadilan
tinggalkan DAP waktu ini, aku percaya ramai pengundi akan buka mata dan pandang
tinggi Keadilan. Guane boh?
Pemerkasaan Mahkamah Syariah. Satu inisiatif yang pernah
diusahakan oleh Dr. Mujahid ketika PH memerintah.
Tapi waktu itu orang agama pun memandang sepi usaha ini. Usaha
murni Dr. Mujahid dilitupi oleh fitnah tentang TH.
Usaha memperkasakan mahkamah syariah bukan usaha one off. Kena
berterusan. Tapi entah kenapa sekarang senyap.
Guane boh?
Kerajaan BN perlu menaikkan gaji minima daripada RM1,200 kepada
RM1,500 dalam kadar segera memandangkan kos kehidupan yang melambung tinggi
ketika ini.
Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin, proses melaksanakan semakan gaji minimum yang selaras dengan Akta Perundingan Gaji 2011 itu tidak seharusnya dilajutkan terlalu lama.
"Proses semakan tidak wajar mengambil masa begitu lama untuk dimuktamadkan disebabkan rakyat terus dihimpit dan dibelenggu kenaikan harga barang.
"Tambahan pula, kajian perintah gaji minima ini sepatutnya telah disiapkan pada suku keempat 2021. Sehingga sekarang proses tersebut masih di peringkat kajian, seolah olah kerajaan berdolak dalih dalam pelaksanaan perintah gaji minima," katanya.
Tambah beliau, sekiranya Kementerian Sumber Manusia memerlukan tempoh waktu yang lebih lama, disarankan agar peranan Majlis Perundingan Gaji Negara ( MPGN ) digiatkan bagi mencari mekanisme terbaik demi melaksana dan menaikkan kadar gaji minima tersebut.
"Saya berpendapat, sudah tiba waktu kadar gaji minima dinaikkan jika melihat kepada pendapatan garis kemiskinan tebaru PGK 2019, iaitu RM2,208 bagi pendapatan keluarga," katanya.
Aizuddin turut mencadangkan agar Malaysia menggunakan pengukur baharu kepada pendapatan rakyat dan tidak lagi terikat dengan indikator gaji minima.
"Suka saya mencadangkan agar negara beralih kepada indikator 'Optimal Minimum Wage' menggantikan kaedah yang sedia ada iaitu 'Minimum Wage'. Kaedah ini mengambil kira hak, kebajikan, kebahagiaan dan keselesaan pekerja," katanya lagi.
Selain itu, Aizuddin juga menekankan kerajaan tidak seharusnya mewujudkan senario dwi standard di bandar dan luar bandar dalam perintah gaji minimum. Sebagai contoh, katanya, jika di bandar gaji minimanya RM1500, maka di kampung juga jumlah yang sama perlu dibayar majikan.
TuanKayu ni hangpa suruh buat apa saja pun dia sanggup. Janji
kekal jawatan.
KeHKeHKeHKeH
PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dicabar untuk melakukan
sumpah laknat bahawa dirinya menjadi saksi kejadian pertemuan ‘fail bertimbun’
antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Crdits#Pakyobkayuh
HAMDAN TAHA
Perbicaraan Najib
dalam dan luar negara
Terdedah dengan macam
macam kisah tapi rakyat malaysia ni jenis tak suka membaca dan hanya ambil tahu
peringkat awal jer lepas tu tak ambil kisah dari segi kes dan fakta maka lahir
lah penyokong membabi buta
Baik terhadap najib
atau dr m atau Anwar atau Muhidden,cuma Anwar dia telah melalui hukuman di
penjara dan di dapati bersalah,dr m sebab tak pernah di bawa ke mahkamah maka
sukar untuk ramai orang buat serangan,begitu juga Muhidden tidak pernah di bawa
ke mahkamah maka dia boleh tunjuk dia hero
Zahid,LGE dan mana
mana pemimpin yang sedang di dakwa pun masih lagi boleh jadi hero,Anwar Ibrahim
telah membuktikan bahawa Mahkamah boleh perjarakan beliau tetapi penyokong
kepadanya masih tetap ada dan setiap kali bertanding dalam pilihanraya dia
menang
Jadi rakyat malaysia
ni memang tak ada kisah bab jenayah,rompakan atau pun apa juga tuduhan terhadap
pemimpin mereka,bila mereka bertanding menang
Najib dan zahid jika
lah ada pru dan mereka kekal boleh bertanding saya yakin dan percaya mereka
tetap menang di Pekan dan Bqgan Datok tapi tak pasti di tempat lain tempat
mereka sekarang tetap menang
Jika Najib masuk
penjara Pekan tetap menang juga calun yang najib pilih contonya anak beliau
bertanding tidak mungkin parti Pejuang boleh menang di Pekan
Jadi sebenarnya
rakyat dah kebal kan mereka dalam politik
Tapi saya tak dapat
bayangkan Najib dan Zahid dan Rosmah di penjara ketika umur 70 tahun
Dato Zahid baru kena
tahan ISA tahun 98 baru masuk hari ke dua jer dia dah tak tahan dan letak
jawatan ketua pemuda umno malaysia dan isteri juga keluarganya juga tak tahan
KENYATAAN MEDIA
23 Februari 2022
KERAJAAN PERLU SITA RUMAH USD10 JUTA BEKAS KEKASIH LEISSNER 1MDB
Hari ini kita dikejutkan berita kenyataan yang dibuat bekas
pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner bahawa beliau telah menggunakan USD10
juta (RM41.8 juta) wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membeli sebuah
rumah di London untuk kekasihnya pada 2013, Rohana Rozhan.
Hal ini telah disebut dalam keterangan yang Leissner berikan di
mahkamah New York semalam.
Pengakuan Leissner ini perlu disiasat segera oleh Polis Diraja
Malaysia, dan Peguam Negara serta Kerajaan Malaysia, perlu mengambil tindakan
undang-undang termasuk dengan menyita rumah tersebut atau menyaman pemilik
rumah tersebut. Jika benar dana 1MDB telah disalahguna untuk membeli rumah buat
Rohana, maka rumah atau wang tersebut wajib dikembalikan kepada rakyat.
Setakat pertengahan 2021, 1MDB telah “menghadiahkan” rakyat
Malaysia dengan hutang berjumlah RM32 bilion. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa
1MDB adalah antara hasil terbesar “kestabilan” lebih enam dekad pemerintahan
yang hanya “memakmurkan” kelompok, kroni, dan kekasih tertentu, dan bukannya
rakyat secara keseluruhannya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Pengarah Komunikasi KEADILAN
HAMDAN TAHA
Yang ini nampak sangat menipu kerana dalam kenyataan penipu ni
zahid datang sebelum dia jadi PM kali ke dua untuk berbaik baik dan selesaikan
kes mahkamah beliau...
Di mana penipuan dia ni ialah sebelum dia jadi PM kali ke dua
Zahid Hamidi masih TPM....dan jika awal dia jadi PM pun zahid pi jumpa dan
minta tolong kes mahkamah juga tak betui kerana zahid belum lagi di dakwa...
Saya bukan pertahan zahid hamidi ni biar lah dia dengan kesnya
di makamah tapi penipuan orang tua ni saya tak faham...
Baca kenyataan beliau hari penuh teliti...
Bab kenyataan beliau tentang najib saya bersetuju dengan
beliau...
Yang ini nampak sangat menipu kerana dalam kenyataan penipu ni
zahid datang sebelum dia jadi PM kali ke dua untuk berbaik baik dan selesaikan
kes mahkamah beliau...
Di mana penipuan dia ni ialah sebelum dia jadi PM kali ke dua
Zahid Hamidi masih TPM....dan jika awal dia jadi PM pun zahid pi jumpa dan
minta tolong kes mahkamah juga tak betui kerana zahid belum lagi di dakwa...
Saya bukan pertahan zahid hamidi ni biar lah dia dengan kesnya
di makamah tapi penipuan orang tua ni saya tak faham...
Baca kenyataan beliau hari penuh teliti...
Bab kenyataan beliau tentang najib saya bersetuju dengan
beliau...
FAHMI FADZIL
BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner ketika memberi
keterangan di mahkamah di New York semalam mengakui menggunakan wang diterima
daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membeli sebuah rumah di London
bernilai AS$10 juta (RM41.8 juta) untuk kekasihnya pada masa itu, Rohana
Rozhan, lapor Bloomberg.
Rohana pada masa itu ialah ketua pegawai eksekutif Astro
Malaysia Holdings Bhd.
“Jika saya tidak belikan dia rumah, [Rohana] akan memberitahu
pihak berkuasa tentang pembabitan saya dalam skandal 1MDB. Dia ugut saya. Pada
masa itu, 2013 saya sangat takut,” kata Leissner.
Berita penuh: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/3682
Bekas rakan kongsi Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam bahawa dia membeli rumah berharga AS$10 juta di London untuk bekas CEO Astro Rohana Rozhan yang mempunyai hubungan sulit dengannya selepas diugut akan didedahkan penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Leissner, yang mengaku bersalah pada 2018 kerana bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah AS berkata dia membelikan sebuah rumah kepada Rohana di London pada 2013 kerana wanita itu “sangat kecewa” selepas hubungan 10 tahun mereka diputuskan untuk dia mengahwini Kimora Lee Simmons.
“Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.
“Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku,” katanya seperti dilaporkan Bloomberg.
Leissner merupakan bekas ketua operasi Goldman di Asia Tenggara dan kini merupakan salah seorang saksi bagi perbicaraan Roger Ng, bekas ketua bank pelaburan itu di Malaysia.
Sebelum ini, beliau berkata Ng adalah pegawai utama Goldman dalam urusan melibatkan 1MDB dan mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan dari Pulau Pinang Low Taek Jho sejak 2008, di mana dia menjadi orang tengah antara bank itu dan 1MDB.
Pendakwa raya menuduh Ng menerima rasuah dalam bentuk jutaan dolar bagi membantu penyelewengan dana dari 1MDB.
Bagaimanapun, Ng mengaku tidak bersalah bersubahat dalam pengubahan wang haram dan undang-undang anti-rasuah membabitkan dana 1MDB.
Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Leissner berkata hubungan sulitnya dengan Rohana adalah “isu sensitif” kerana bank itu juga menjalankan perniagaan bersama Astro.
Dia berkata bosnya ketika itu, bekas ketua Goldman Asia Richard Gnodde mengingatkannya supaya “berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan klien”.
Walaupun begitu, beliau berkata hubungan sulit antara mereka hanya berlangsung dari 2003 hingga 2013.
Sebelum ini, peguam yang mewakili Ng dilihat cenderung menggambarkan watak Leissner sebagai seorang sosialit yang menyelewengkan duit untuk menampung gaya hidup mewahnya.
Namun, pendakwa raya berkata keterangan Leissner disokong oleh bukti lain.
“Dia akan memberikan gambaran dalaman berhubung rasuah dan pengubahan wang haram yang berlaku,” kata pendakwa raya Brent Wible.
Sumber – https://www.malaysianow.com/berita/2022/02/23/leissner-dakwa-beli-rumah-as10-juta-untuk-bekas-bos-astro-selepas-diugut-berhubung-1mdb/
Pengundi Johor perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) 12 Mac ini memandangkan kerajaan BN tidak peduli dengan kesusahan rakyat
bawahan.
"Tetapi jurang itu lebih melebar. Di Parlimen saya bangkit
Pandora Papers. Apa dia? Pemimpin negara ini simpan wang ratusan juta di luar.
Saya kata siasatlah, sampai sekarang tak siasat kerana tak berani. Oleh itu
rakyat yang harus bangkit dan tentukan. Bukan harap pemimpin," katanya.
Kerajaan Negeri yang mentadbir Johor perlu diubah dalam Pilihan
Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac nanti.
Hal itu, menurut Presiden KEADILAN kerana kerajaan sedia ada tidak mampu menarik pelaburan masuk dan ekonomi negeri tidak beerkembang.
"Saya tanya di Kukup, Pekan Nanas, Johor Bahru, nombor satu isu ekonomi. Menteri mesti tau jaga negeri, bawa pelaburan masuk.
"Kita mahu anak anak tak perlu pergi Norway cari kerja. Tadi ada seorang anaknya ke Norway. Kalau negeri ini baik dia tak perlu ke sana. Tetapi dia tak ada pilihan kerana pemimpin mahu jaga diri saja, bukan jaga negeri.
"Kalau kita tak mau politik, semua orang politik sama. Orang Cina tak mahu, Melayu kata biarlah... Umno yang menang. Kalau Umno boleh buat kerja ok lah. Tetapi sudah 60 tahun jaga negeri, curi sana curi sini. Sebab itu kita kena tentukan.
"Terutama yang muda muda, kamu tentukan negeri ini siapa perintah. Kalau ambil mudah, Umno perintah. Saya sejak 1998 lawan habis habisan Umno sebab kita mahu selamatkan negeri," katanya dalam majlis santai di sebuah restoran Cina di DUN Kukup, petang semalam.
Tambah Anwar, kerajaan Johor sepatutnya telah lama berunding dengan Putrajaya dan kerajaan Singapura untuk membuka laluan di kedua belah negara bagi memudahkan rakyat mencari pekerjaan atau berurus niaga.
"Kita sudah lama tunggu, ekonomi tak jalan. Orang politik atas gaduh, lawan semua, dia senang cari makan. Rakyat cari makan susah. Menteri cari makan projek dapat, tetapi kita kerja susah.
"Kita kalau nak jaga Johor, laluan Singapura kena buka. Orang mau cari makan. Mahu buat SOP, test ok, pakai pelitup muka 24 jam ok. Kalau boleh kerja ekonomi naik balik," katanya lagi.
Dalam majlis itu calon KEADILAN DUN Kukup, Mohd Zaiful Bakri diperkenalkan kepada pengundi dan beliau memberikan sedikit ucapan.
Kisah 3 anak yang dituntut hak penjagaan oleh ibunya tu, janganlah dijadikan polemik. Apatah lagi isu politik.
Aplikasi ADIL yang bakal digunakan dalam Pemilihan Parti Keadilan
Rakyat 2022 dalam peringkat akhir pembangunannya dan bakal diluncurkan dalam
masa yang terdekat.
Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa. Katanya, aplikasi tersebut akan memudahkan proses pembuangan undi secara atas talian yang memungkinkan lebih ramai anggota parti mengundi.
"Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah menerima pelbagai pertanyaan terhadap aplikasi ini, yang kini boleh dimuat turun dalam Google Play Store dari telefon operasi Android dan sedang menanti kelulusan dari Apple App Store untuk telefon yang menggunakan operasi iOS.
"Aplikasi ini masih dalam tempoh percubaan dan JPP akan mengumumkan secara rasmi bilakah ia benar-benar dapat digunakan sepenuhnya atas dual fungsi terawalnya, iaitu kemaskini data keanggotaan yang sekali gus akan menjadi daftar pemilih, dan bagi anggota menyatakan persetujuan untuk mendaftar sebagai pengundi atas talian.
"Jika tidak anggota secara automatik akan merupakan anggota yang boleh hadir secara fizikal di lokasi-lokasi pengundian yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kelak," katanya.
Oleh itu, kata Dr Zaliha, JPP benar-benar menggalakkan dan menyeru seramai mungkin anggota-anggota parti mendaftarkan diri sebagai Pemilih Atas Talian (PAT) kerana ini akan lebih memudahkan urusan pemilihan khususnya di musim jangkitan pandemik Covid 19
"Namun kemaskini yang dibenarkan dari aplikasi ini adalah terhad hanya kepada beberapa maklumat asas iaitu nombor telefon, alamat email dan juga alamat tempat tinggal.
"Justeru pemilih harus benar-benar pasti untuk meletakkan satu sahaja nombor telefon yang bakal digunakan kelak dalam proses pemilihan atas talian, yang dijangkakan akan dilaksanakan pada pertengahan Mei 2022," katanya lagi.
Ada yang tulis katanya sehari dua ini merupakan hari-hari yang suram buat Islam.
Tulisan mereka dinatijahkan atas isu keputusan mahkamah dalam kes penjagaan anak-anak Puan Loh dan juga terbaru semalam keputusan membatalkan larangan sebuah buku berkaitan gaya hidup “gay”.
Saya sejak lama dulu tidak pernah merasa suram buat Islam. Islam tidak pernah suram dalam apa jua keadaan sekali pun. Islam tetap akan di atas, mulia dan tertinggi sesuai dengan status Islam sebagai agama Allah pencipta seluruh alam ini.
Yang menjadi suram dan merasa suram bukan kerana Islam itu suram tetapi kerana pembawa Islam di muka bumi kita sekarang. Mereka membawa Islam dengan cara dan hala tuju mereka sehingga orang melihat Islam yang berbagai sedangkan Islam hanya satu.
Dalam kes anak-anak Puan Loh, jika pembawa Islam tidak sentap, tidak beremosi, tidak melampau, orang luar Islam akan melihat betapa indahnya dan adilnya serta tenangnya Islam.
Ya. Ada beberapa fakta dan tuduhan yang tidak tepat di pihak sebelah sana tetapi mereka itu bukan Islam.
Jika kita yang membawa Islam menentang mereka juga dengan cara mereka, bila Islam akan dilihat dengan nilai yang berbeza. Mereka tuduh kita begitu, kita pula tuduh mereka begini. Akhirnya sama, dua kali lima. Apa bezanya?
Kita yakin Islam akan dibantu Allah dengan usaha kita. Kita berusaha lalu bertawakkal.
Kita kata mereka pelampau kemudian kita juga membalas mereka dengan melampau. Apa beza kita dengan mereka?
Kita sendiri yang suramkan keadaan.
Pada 4 Mei 2014, Pemuda MCA bersama sekumpulan mewakili NGO dengan diketuai oleh Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ketika itu Tan Kok Eng telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan ibu pejabat Pas membantah
rancangan parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.
Penulis tidak pasti adakah pada masa itu Presiden Pas menyalahkan DAP atau tidak kerana MCA membantah pembentangan RUU persendirian hudud itu.
Berikutan dengan itu juga, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas adalah undang-undang kuno yang cadangannya perlu ditentang oleh semua Ahli Parlimen. Adakah pada masa itu DAP juga dipersalahkan?
Inilah keajaiban yang berlaku dalam Pas, apabila tidak dapat menghujah dengan rasional dan berfakta akan sesuatu perkara, yang menjadi mangsa tudingan mereka adala ‘ratib salah DAP’ 33x, ‘ratib sebab DAP’ 33x dan ‘ratib ciptaan DAP’ 33x.
Kini mereka bersama kerajaan yang turut disertai oleh MCA dan MIC, maka mungkin mereka sama-sama meratib dalam satu majlis meratib yang sama!
Inilah yang keajaiban Presiden Pas dan mereka yang bersama dengannya. Mangsa terikini Presiden Pas dengan hujah yang amat cetek dan tidak berfakta adalah cubaan untuk meremehkan dan melunyaikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).
Beliau menyatakan seperti mana tohmahan terdahulu terhadap Parti AMANAH Negara di awal penubuhannya, bahawa MUDA adalah ciptaan DAP untuk mengumpan pengundi Melayu. DAP juga yang salah!
Entah apalah minda Presiden Pas yang sangat kabur, cetek dan jauh sekali dari budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang pernah menjadi slogan ciptaan Pas.
Minda senget dan tumpul sebegini bukan akan membangun ummah tetapi akan mengorbankan ribuan jiwa anak-muda yang mahukan perubahan dan bergerak kehadapan di persada politik negara. Mereka harus digalakkan dan diberikan sinergi untuk membina jati-diri sebagai pemimpin masa hadapan. Kepimpinan itu juga tidak semestinya lahir dari Pas.
Politik matang dan sejahtera harus berlandaskan kepada politik sihat dan keterbukaan. Apalah salah MUDA untuk dikaitkan sebagai lahir dari rahim DAP dalam politik negara.
Mereka harus dibimbing dan diberi peluang langkah pertama untuk masuk gelanggang. Gelanggang itu mestilah yang adil, saksama dan jauh dari budaya hasutan buruk seperti yang diketengahkan oleh minda senget dan tumpul Presiden Pas.
Daripada mana pula lahirnya kesepakatan Pas dalam Perikatan Nasional setelah bersusah-payah memberikan penerangan untuk meyakinkan ahli mengenai kesepakatan dalam Muafakat Nasional bersama Umno! Bercucuran air mata Tan Sri Annuar Musa, SU Agong Umno ketika itu kerana kejayaan mengikat tali pertunangan antara Umno-Pas.
Namun belum lagi sempat menikah, tidak ketahuan mana arah pengantin perempuan dan pengantin lelaki! Adakah kerana kuasa yang dapat membuncitkan poket dengan gaji puluhan ribu, kereta rasmi Vellfire dan kedudukan dalam tahta kekuasaan, maka pertunangan perlu dirungkai.
Mana dia janji-janji menegakkan Islam, membangun bersama Islam, pembentangan RUU Hudud. Adakah kerana kini makan setalam dan tidur sebantal dengan MIC dan MCA, maka kecapilah hidangan yang ada dahulu.
Adakah DAP juga yang salah kerana tidak dapat melancarkan janji-janji manis untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia?
Bersama Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari golongan pengkhianat dan pemecah kesatuan kerajaan yang memenangi pilihanraya, adakah ini juga telah menjadi halal dan suci?
Angkara DAP jugakah perbuatan merungkai pertunangan pertama dengan menerima suntingan mempelai baharu dan terus berijab-kabul. Ini semua angkara DAP!
Begitulah ceteknya pemikiran seorang pemimpin yang ketandusan modal, kecetekan hujah dan kedangkalan idea untuk mematah hujahan dan menilai suasana semasa. Sedangkan politik matang adalah politik bermaklumat dan didokong oleh fakta yang sahih dan berkredibiliti.
Mematah hujah pesaing dan juga menilai perkembangan semasa seharusnya dalam suasana serba bermaklumat dan data-raya nya (big data) hendaklah kukuh, boleh dipertahankan dan berpaksikan kebenaran. Hujah mempersalah dan memandang rendah terhadap kebolehan pesaing kita adalah amalan kolot, cetek, otak senget dan mundur.
Masyarakat Malaysia, marilah kita membuka minda dan menilai kata-kata sumbang pemimpin yang bertopeng jubah dan serban. Mereka hanya mampu menuding jari, hakikatnya mereka miskin akhlak, tumpul idea dan sempit akal serta hujah.
Masyarakat Malaysia, ingatlah pengkhianatan yang telah berlaku. Pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan pendustaan kepada anda dalam janji-janji mereka untuk memimpin dengan penuh kejujuran dan membawa negara kearah reformasi total dari sudut tadbir urus, governan baik, kesaksamaan dan disamping mempertahan kedaulatan negara dengan Raja Berpelembagaan.
Mereka pengkhianat amanah rakyat dalam Pilihanraya ke 14, pengkhianat yang tamak kekuasaan dan sanggup
bersekongkol dengan parasit-parasit yang telah merosakkan negara selama lebih 60 tahun.
Akhirnya buat masyarakat Malaysia, para pengkhianat dan mereka-mereka yang menghulur perpaduan demi kuasa kepada parasit khianat mandat rakyat ini akan sebuah hadith Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim;
Daripada Abdullah Ibn Mas’us R.A dari Nabi S.A.W , baginda bersabda “Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah panji pada hari kiamat yang bertuliskan “Inilah pengkhianatan si fulan” .
Mungkin kamu boleh menyembunyikan khianat kamu dengan perlbagai helah dan alasan didunia, tetapi kamu tidak akan boleh lari dari membawa panji yang berlambangkan “Inilah Pengkhianatan Kami YB sekian dan sekian”. Semua itu bukan salah dan kehendak DAP!
Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan.
Penafian: Penulisan ini merupakan pendapat penulis dan tiada kaitan dengan pendirian akademi