CURI CURI....


 

TUNGGU GILIRAN


 

Saya hanya mampu beristighfar.


Sudah lah jurujual produk mengharu birukan pemikiran masyarakat Malaysia - media macam mStar Online ini pun sama sahaja. 


Ingin saya ingatkan disini:


1. Air durian belanda atau daunnya TIDAK membantu rawatan sakit pinggang. TIDAK merawat DIABETES.


2. Jika ada yang dikelirukan macam saya pada permulaannnya, bila ingat penyakit buah pinggang - tidak apa. Ingin saya ingatkan disini, yang ada penyakit kronik buah pinggang, jangan ambil durian belanda kecuali SECUBIT kerana komplikasi garam potassium tinggi yang boleh menyebabkan jantung berhenti dan kematian.


3. Didalam artikel asal yang konon dirujuk oleh mstar, ada disebutkan penurunan tekanan darah untuk darah tinggi dan penyakit kencing manis. Saya difahamkan yang menulis ada jual produk.


Come on, dah 2024.

Cukup cukuplah mengelirukan rakyat Malaysia.

Jangan disebabkan penulisan begini, rakyat jatuh sakit dan mengalami kesihatan yang memudaratkan.


Rafidah Abdullah



PENCEN OH PENCEN!!!




Che Ibrahim


1. Ambo setuju kerajaan kaji balik skim pencen kepada semua penjawat awam termasuk ke atas PM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Adun dan lain lain lantikan politik. 


2. Idea untuk hapuskan skim pencen ni bukan benda baru, masa ambo masih dalam perkhidmatan awam sekitar awal 90', desas desus ini sudah ramai yang berbicara.


3. Ambo yakin kerajaan tentunya akan membuat satu keputusan bijak dengan tidak menjejaskan pesara pesara kerajaan yang sedang menikmati pencen. Sudah tentu skim ini pada hemat saya hanya akan dikuatkuasa kepada lantikan baru, bukan kepada mereka yang sedang berkhidmat kecuali dalam bentuk pilihan. 


3. Adapun isu lantikan dalam bentuk kontrak, ianya hanya bersifat sementara sehingga kajian ke atas Skim Perkhidmatan ini selesai di muktamadkan oleh Kerajaan, kemudian, apabila skim baru ini dikuatkuasa, mereka akan dilantik secara tetap tidak berpencen.



LOKMAN ADAM-PENCEN MP DAN SEANGKATAN JUGA WAJIB DIKAJI SEMULA.

 

SUNGGUHPUN KITA FAHAM BEBAN HUTANG DITANGGUNG KERAJAAN MADANI SELEPAS KEROSAKAN DIBAWA ZAMAN MAHATHIR DAN MUHIYIDDIN, UNTUK BERLAKU ADIL, WAKIL RAKYAT DAN MENTERI BARU JUGA SEWAJARNYA MENGGUNAKAN SKIM KWSP, BUKAN PENCEN

Oleh : Lokman Adam




Sungguhpun ada segelintir rakyat boleh memahami beban fiskal yang diwarisi oleh Kerajaan Madani khususnya bebanan hutang 686.8 Billion yang ditinggalkan oleh Kerajaan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2017 yang hanya 50.8% berbanding KDNK Negara telah meningkat dengan amat dasyat sekali melebihi 1.5 Trillion iaitu lebih 82% setelah negara dirosakkan oleh dua pemerintahan Mahathir-Muhiyiddin.  Namun, tidak semua boleh menerima layanan berbeza diberikan kepada YB-YB dan Menteri baru yang masih menikmati sistem berpencen.


Dizaman Tik Tok yang melahirkan terlalu ramai rakyat yang kurang rasional dan cepat melatah ini, Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat sedar bahawa seseorang ahli politik biasanya telah berkhidmat berpuluh tahun kepada rakyat sebelum diberi peluang menjadi wakil rakyat atatah lagi Menteri.  Ini mengakibatkan mereka berpandangan, adalah tidak adil sekiranya Penjawat Awam lantikan baru diwajibkan mengambil sistem KWSP, manakala Ahli-Ahli Yang Berhormat yang baru masih menikmati pencen setelah berkhidmat untuk tempoh sepenggal sahaja.  Rakyat yang kurang rasional, tidak pernah mempeduli bahawa Perdana Menteri bukan setakat tidak mengambil pencen, malah langsung tidak mengambil gaji beliau.  Mereka juga tidak pernah menganggap bahawa potongan gaji Para Menteri Kerajaan Madani sebanyak 20% selama ini adalah sebahagian dari semangat kebersamaan Para Menteri bersama rakyat mereka dalam menghadapi bebanan kos sara hidup yang kian meningkat.


Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kabinet turut mempertimbangkan agar bakal Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara serta Bakal Menteri dan Exco Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah selepas 1 Februari, 2024, juga tidak lagi menikmati sistem pencen sepertimana sebelum ini dan mereka juga hanya menerima caruman KWSP sepertimana penjawat-penjawat awam yang dilantik selepas 1 Februari, 2024.  Ini sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat dan sekaligus memberikan kerajaan akan dilihat memberikan keadilan kepada semua.



PMX- RANCAKKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN




 YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  percaya dengan merancakkan semula industri pelancongan ia berupaya memberikan limpahan kepada sektor ekonomi yang lain dan berkaitan.

WHO IS DAIM'S REAL WIFE* Who is Naimah Binti Abdul Khalid?


Naresh Narendran. 


This woman is Tun Daim's third wife. If Daim is in power as finance minister by distributing state money to his nominee's family and cronies, then Naimah is the most powerful woman in the Malaysian business world. The following is the involvement of the two husbands and wives in the country's business.


MUHIBBAH ENGINEERING (M) Bhd.


The Edge newspaper, issued on April 23, 2001, published an article questioning MUHIBBAH who are often awarded lavish projects. The newspaper revealed strong connections and cooperation between MUHIBBAH and HCM Engineering Sdn. Bhd. HCM Engineering also has strong ties to politics


Earlier this year MUHIBBAH was awarded a contract amounting to RM422 million to build a military camp on behalf of the Ministry of Defence. Recently MUHIBBAH also got another contract worth RM366 million to build a Naval Center in Kota Kinabalu, Sabah.


Last year, MUHIBBAH through its joint venture company (JV) called ROADCARE (M) Sdn Bhd. Has obtained a federal road maintenance project in Kelantan, Terengganu, Pahang and Selangor with a contract worth RM850 million for 15 years. Their net profit in this contract amounted to Rm297,750 million.


The shareholders in the MUHIBBAH company are Mac Ngan Boon and Naimah Abd. Khalid as its main shareholder.


Chapter Five: Who is Josephine Premla Suvaretnam?


(pp. 43 – 44)


Josephine is the 'TOP HONCO' on behalf of Naimah bte. Abd. Khalid in several interests obtained through the influence of Tun Daim Zainuddin as Minister of Finance.


Josephine and Naimah combined are women who are influenced in the business world in Malaysia.


Among businessmen, Josephine is a director in several companies in which Naimah has an interest. If she is not a director in a certain company, this woman will direct the CEO of the company to look after the interests of Naimah and Daim.


Everyone knows the CEO of Alliance Banking Group (formerly Multi-Purpose Bank) takes orders from Josephine. In short he is the unofficial de facto CEO of Alliance Banking Group. Akbar Khan is the current unofficial de facto CEO of Multi-Purpose Banking Group.


Josephine also directs and administers various overseas investments on behalf of Daim, especially Daim's own banks abroad such as in Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar and Cambodia.


The companies under Josephine's administration have been given multi-billion ringgit contracts offered by the Ministry of Finance. If we do an entire audit in the contract department of the Ministry of Finance, we will be able to carefully describe the contracts.


 


Chapter Six: SPK - Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd.


(pp. 45-47)


Daim's third wife, namely Naimah Binti Abd. Khalid is the majority shareholder in SPK.


The Ministry of Finance through Daim as its minister has given contracts to SPK amounting to RM2.2 billion over the past few years.


The question is whether Daim declared an interest in making an official decision?


If it has been declared, of course people will wonder why give a contract to a company whose wife is the main shareholder?


If Daim did not declare about awarding the project to SPK, why can't legal action be taken against Daim?


These two factors, whether declared or not, Daim can be subject to action based on the Penal Code Act (amendment) 1993 which allows for mandatory flogging and imprisonment for white collar criminals.


Naimah Abd. Khalid can also be sentenced to mandatory flogging and imprisonment for conspiring with her husband as Minister of Finance if convicted.


1. ROBERT TAN HUA CHOO


Holding company Spanco Sdn Bhd. On behalf of Daim. Spanco runs the business of privatizing, owning and maintaining government vehicles, a very lucky operation because the Ministry of Finance was overcharged. Original holder KL City Corp on behalf of Daim until nominee Naimah takes over.


2. DATUK AMIN SHAH


Holding the privatization of Lumut Port and the naval ship construction contract worth RM6.0 on behalf of Daim. Also as a nominee in several other companies


3. Tan Sri WAN AZMI WAN HAMZAH


Holds many interests on behalf of Daim. The most recent is the interest in SPLASH - the privatization of water in Selangor.


MOHD. RAZALI MOHAMAD RAHMAN & HUSSAIN BIN CHIK ABAS


Mastering on behalf of Daim, Landmarks Bhd. Peremba Bhd. And the Saujana Group of Companies.


MOHD. AMIR MOHD SENAWI & MOHD. ANNUAR MOHD SENAWI


Both of them are Daim's nephews where they hold extensive interests on behalf of Daim. Annuar who controls Idris Hydraulic is trying to merge several insurance companies to form one giant insurance company.


 TAN SRI LIM YAN HAI


Holding shares on behalf of Daim in Bolton and Malaysian Plantations Bhd. Where it also controls Alliance Banking Group. Also the Chairman of Malaysian Plantations and Alliance Banking Group.


7. LIM CHEE WAH


Son of Tan Sri Lim GohTong, Tauke Genting Bhd. Also a close business contact and a Daim nominee. Involved in obtaining several contracts from the Ministry of Finance through other nominees. Also offered a multi-billion project in the construction of railways without open bids.


 


CHAPTER Twelve: RM To Save RENONG


(pp. 80-85)


CHAPTER Twelve: RM To Save RENONG


(pp. 80-85)


Everyone knows Tun Daim dominates RENONG BERHAD. Halim Saad is only the nominee.


As Kumpulan Renong is heading towards bankruptcy, Daim had to find a way to save the giant company.


The Ministry of Finance proposed to take over Putra and LRT with a total price of RM 6 billion. Putra by RM4.5 billion while LRT RM1.5 billion.


In order to save Putra, Daim had to involve the LRT to give the impression that molekmolek had to save public transport in the Kelang Valley.


This looks like a 'cover-up'. Investors and financial agencies were quite surprised by this unexpected 'rescue'. It is in the knowledge of corporate members that Putra was developed with a maximum amount of RM3.5 billion and RM1.5 billion has already been sucked out.....


Why use the Government Officer Pension fund, EPF and the bank system to save Time Dotcom? This institution suffered losses of millions of ringgit. It's easy, Time Dotcom's Infrastructure Costs are multiplied to be sucked out too...


No pity for the common people. Pension and EPF money is people's hard earned money. If the Chinese say "Blood and Sweat Money"... If you misuse it, the consequences will be severe. Afraid of being cursed by people.



AMANAH TEMERLOH MENCURAH BAKTI

 




Ziarah Peduli AMANAH Temerloh  ke rumah mangsa kebakaran di Taman Sri Semantan.


Ketua kawasan, Azizul Shah bersama Ketua Warda, Cik NorSazwani  Harmen menyampaikan sumbangan daripada AMANAH Temerloh.


Semoga keluarga ini tabah mengharungi ujian dan terus bangkit.


#PEDULITEMERLOH

#AMANAHTEMERLOH



AYAT ORANG KECEWA


 

ADA LAGI. JANGAN TAHAN MP BEKERJA UNTUK RAKYAT

 


Learry Jabul


Hahaha... Dia juga yang yakin kerajaan akan tumbang....malah dia kata tahu bila kerajaan akan tumbang... Tiba-tiba semakin mengukuh pula kedudukan PMX sebagai perdana menteri malaysia... Mana nak letak muka ooooiiii????



KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL. AKHIRI USAHA TEBUK ATAP


25 Januari 2024 




SOKONGAN AHLI PARLIMEN TANJUNG KARANG KEPADA PERDANA MENTERI AKHIRI USAHA TEBUK ATAP PEMBANGKANG


Pengistiharan ahli parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi menyokong Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tamparan besar buat Perikatan Nasional.


Setelah digembar-gembur bahawa kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim akan tumbang pada 18 Januari, bahkan diakhiri dengan sokongan yang lebih besar kepada beliau.


YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mencabar pihak pembangkang untuk membawa perkara ini melalui saluran yang betul iaitu usul tidak percaya di parlimen, namun sudah lebih setahun masih juga tidak dibangkitkan pembangkang.


Situasi ini menandakan Perikatan Nasional sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk mempertikaikan keutuhan kerajaan perpaduan hari ini.  


Pengisytiharan ini juga bermakna semakin ramai ahli parlimen Perikatan Nasional sudah muak dengan politik kekacauan yang dicetuskan oleh segelintir pimpinan mereka dan akhirnya memilih untuk mendokong kestabilan. 


Pemuda AMANAH mengecam perbuatan sabotaj ini kerana perkara ini secara tidak langsung menyebabkan pelabur takut untuk melabur di negara kita.


Pemuda AMANAH percaya lebih ramai ahli parlimen Perikatan Nasional akan memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan yang lebih besar untuk negara. 


Justeru, Pemuda AMANAH menyeru untuk semua bukan sahaja ahli politik bahkan penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia agar memberikan fokus sepenuhnya kepada pembangunan negara. 


ASMAALIFF ABDUL ADAM

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara



MENCARI BALA SESEBUAH KERAJAAN.





 Kwsp Untuk Kakitangan awam

Bersifat interim Sehinga

Kabinet menetap kan 1 kaedah baru pengambilan baru Kakitangan awam..


Walau Bagaimana pon ia tidak membabitkan Angota Tentera dan Polis

Kerana mereka tertakluk di bawah Akta yg berbeza.


TPM Zahid mengesahkan bahawa pengambilan baru ini merupakan pengambilan TETAP bukan Kontrak

Mengikut amalan biasa pengambilan baru Jabatan kerajaan..


Permohonan boleh di buat seperti biasa melalui

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)



SIASAT BIAR KETIKA DAIM SIHAT

 


Learry Jabul


Jangan siasat sekarang... Pastikan tiada layanan istimewa, hantar juga doktor panel kerajaan untuk menentukan dan mengesahkan tahap kesihatan sebenar beliau... Pastikn beliau benar2 sihat untuk disoal siasat supaya siasatan benar-benar telus... Jika siasatan dilakukan ketika beliau dalam keadaan kurang sihat, ada kemungkinan nanti masalah teknikal boleh berlaku sehingga siasatan menjadi tidak valid..



SEBELUM NAK HAPUSKAN PENCEN PENJAWAT AWAM, APA KATA PM DAN MENTERI2 SECARA SUKARELA TOLAK PENCEN TERLEBIH DAHULU?

 

Berikutan keputusan kabinet sebagaimana diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa lantikan penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini tidak lagi menikmati skim pencen, libasan paling popular untuk menghentam kerajaan yang kedengaran ialah kenapa pencen untuk menteri dan wakil rakyat tidak dihapuskan terlebih dahulu?

Yang turut bersuara sedemikian, selain sebahagian besar netizen melalui pelbagai platform media sosial, adalah Pergerakan Pemuda UMNO sendiri.

Secara logiknya, walaupun keputusan kabinet itu atas alasan kerana beban kewangan yang makin menggunung terpaksa ditanggung kerajaan, ditambah kedudukan ekonomi dan pendapatan negara yang tidak bertambah baik, ia bagaimanapun adalah jelas suatu keputusan yang berat sebelah, sambil tidak malu untuk mengekalkan kepentingan bagi diri sendiri.

Ini kerana kabinet yang terdiri daripada orang-orang politik dilihat hanya membuat keputusan yang menjejaskan pihak lain, tetapi tetap menguntungkan masa depan mereka.

Sepatutnya, jika benar beban kewangan yang menjadi kekangan, sementara pencen untuk penjawat awam pengambilan baharu dilihat wajar untuk dimansuhkan, ia perlu didahului dengan penghapusan semua pencen untuk orang-orang politik, merangkumi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun, Menteri Besar/Ketua Menteri, Exco kerajaan negeri dan juga Setiausaha-Setiausaha Politik.

Lagi pun, syarat untuk penjawat-penjawat politik berkenaan dibolehkan menikmati pencen hanya dengan berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun saja berbanding penjawat awam yang kena berkhidmat berpuluh-puluh tahun sehingga bersara dan hanya selepas itu barulah ada pencen untuk kehidupan selepas bersara.

Jika kerajaan bertukar setiap lima tahun sekali, begitu juga kiranya setiap kali pilihan raya diadakan, Ahli Parlimen dan Adun yang menang sentiasa bersilih ganti – bayangkan berapa banyak wang negara perlu dibelanjakan untuk membayar pencen orang-orang politik?

Lebih parah, termasuk yang kaki tidur, kaki ponteng dan tidak pernah bercakap walau sepatah pun sepanjang lima tahun sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan, di sebalik mereka itu tetap megah membawa gelaran Yang Berhormat ke sana sini, tetapi turut sama beroleh pencen juga.

Bukankah golongan ini yang patut terlebih dahulu dimansuhkan pencennya?

Sebab itu, jika kerajaan benar-benar mahu dilihat bersikap adil dalam penghapusan pencen kakitangan awam ini, tiada pilihan melainkan ia mesti dimulakan dengan memansuhkan pencen orang politik terlebih dahulu.

Dalam hal ini, adalah amat mulia dan terpuji jika Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sendiri dapat mengetuai semua penjawat politik yang dilantik selepas PRU15 lalu untuk tampil secara sukarela memulai persetujuan menolak pencen masing-masing sebagai tanda prihatin kepada kedudukan kewangan negara.

Jika ini dapat dilakukan, diikuti dengan keputusan tiada sama sekali nikmat pencen untuk orang politik adalah kekal selama-lamanya selepas ini, maka barulah keputusan kerajaan mahu menghapuskan pencen untuk pengambilan baharu penjawat awam itu boleh diterima dengan senang hati.

Ini tidak, pencen untuk penjawat awam hendak dihapuskan, tapi pencen bagi diri sendiri sentiasa dikekalkan?

Tambahan lagi, buruk benar wajah masa depan negara kita jika orang politik terus menikmati pencen, sedangkan penjawat awam tidak lagi menikmatinya.

Selain itu, yang pasti juga, tindakan memansuhkan pencen untuk pengambilan baharu kakitangan awam ini turut memberi kesan berangkai kepada kerajaan semasa.

Disamping kerajaan menjadi tidak popular dan perkhidmatan awam bukan lagi suatu tarikan untuk rakyat bekerja, pasti juga wujud tohmahan bahawa kerajaan yang ada ini tidak lagi berpihak kepada orang Melayu.

Tidak dinafikan bahawa lebih 95 peratus daripada kakitangan awam dalam pelbagai sektor adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.

Bahkan, dalam banyak keadaan, sektor awamlah satu-satunya lapangan kerja yang dilihat sebagai tempat orang Melayu mencari rezeki yang boleh menjamin urusan kehidupan mereka sehingga ke liang kubur.

Bersediakan gabungan parti dalam kerajaan sekarang menghadapi hambatan politik daripada parti lawan jika mereka memainkan isu tersebut mulai sekarang sehingga PRU16 akan datang?

Lebih buruk jika ada parti pembangkang pula tampil dengan ketegasan untuk terus mempertahankan pencen kakitangan awam jika mereka diberi kuasa selepas PRU akan datang?

Mampu lagikah PH/BN mengekalkan kuasa pemerintahan yang ada ini? – ShahbudinHusin 25/01/2024.


 

Tarif air T'ganu naik, tingkatkan mutu kecekapan - KEADILAN Kemaman




 

Kenaikan tarif air yang tidak dijadikan senjata menyerang Kerajaan Madani oleh pemimpin PN dan laskar siber mereka kerana Kerajaan Negeri pembangkang turut menginginkannya boleh menjadi satu kaedah berpolitik matang pada masa hadapan dalam hubungan pusat-negeri.



Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, beliau melihat perkembangan tersebut sebagai suatu kesedaran politik yang baik dalam menguruskan hal hal terkait keperluan asas rakyat.



Bagi beliau, dalam konteks Terengganu, kenaikan tarif air seharusnya digunakan untuk meningkatkan lagi mutu dan kecemerlangan perkhidmatan Syarikat Air Terengganu (SATU) kepada pelanggannya.



"KEADILAN Kemaman menyambut baik keputusan kenaikan tarif air, tetapi ia mestilah disusuli perkhidmatan yang lebih baik dan kompeten, misalnya NRW (air tidak berhasil) perlu dapat dikurangkan dan rizab air Terengganu perlu bertambah. Itu yang penting.



"Terengganu dalam konteks Kemaman pula, populasi penduduk dalam 200,000 dan makin bertambah. Jadi perlukan sistem bekalan air yang lebih efisien dan kompeten," katanya kepada Suara Keadilan.



Tegas Ahmad Nadhir, kecekapan perkhidmatan air sangat penting agar isu seperti kerosakan paip di Besut yang mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk dibaiki baru baru ini, tidak berulang.



Katanya, rakyat Terengganu telah bosan mendengar alasan setiap kali paip utama pecah dan mengambil masa terlalu lama untuk diperbaiki, sedangkan hal itu tidak berlaku di negeri lain.



"Diharapkan dengan kenaikan tarikf air, selari dengan peningkatan mutu kecekapan perkhidmatan Syarikat Air Terengganu," katanya lagi.

 


BODO JUGA KERAJAAN MADANI NI- SELAIN SUKA BAGI BOLA TANGGUNG, IANYA MENIMBULKAN KEGELISAHAN RAKYAT- HAPUS DULU PENCEN MENTERI, WAKIL RAKYAT SEBELUM NAK MANSUH PENCEN PENJAWAT AWAM – NETIZEN

 

Seiring cadangan pelaksanaan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu, pengguna media sosial hari ini menuntut langkah itu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan politik.

Selain membabitkan menteri dan timbalan menteri, reaksi pengguna media sosial menerusi komen di Facebook Berita Harian Online mahukan langkah sama turut diambil terhadap wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terdahulu, rancangan melaksanakan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang medianya sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kajang, petang tadi.

Seorang pengguna media sosial, Ae Zal menyifatkan bayaran pencen kepada wakil rakyat sebagai satu pembaziran.

“Bekas MP (Ahli Parlimen) & ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) patut tidak berpencen… membazir,” komennya di ruangan Facebook Berita Harian Online hari ini.

Berikut antara komen pengguna di lama media sosial sama:

Muhammad Firdaus Selamat Ali – “Mansuhkan juga pencen para barisan menteri dan semua wakil rakyat yang ada dalam negara ini…. adalah sangat merugikan duit kerajaan bayar pencen kepada mereka ini semua.. tukar sajalah kepada skim KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). 

Hadi Ghazali – “Sepatutnya pencen Ahli Parlimen dan ADUN serta bekas-bekas menteri dihapuskan.

Singh Singh – “Sama-sama (mansuh) dengan semua menteri-menteri, bekas MP (Ahli Parlimen) dan lain-lain.

Shahrulnizam Aberd – “Kalau menteri yang servis tak sampai lima tahun tu tak ada pencen tu memang patut la kan? Pencen ni pun untuk orang yang servis sekurang-kurangnya 30 tahun jer kan? Kalau nak samakan dengan private (swasta), bonus pun kena sama dengan private (swasta) juga la.

Shukur Shukri – “Menteri pun sama tiada pencen… bagi adil.

Dean Nadzri – “Buat sekali pada YB, menteri dan seangkatannya…. Baru adil… Ni jadi sepenggal (berkhidmat) dah boleh dapat full (penuh) pencen…,”. 

Muhammad Zuhairie – “Pencen menteri, ADUN dan Ahli Parlimen patut sangat dimansuhkan,” katanya. 

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menganggap wajar jika pemansuhan skim bayaran pencen hanya membabitkan wakil rakyat saja, bukannya semua penjawat awam. 

Sebagai contoh Rashid Hamat melalui komennya berkata, “Pemansuhan pencen khusus untuk barisan menteri dan wakil rakyat sahaja. Pencen penjawat awam dikekalkan dan perlu ditambah amaunnya,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam. 

Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP. 

Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1204337/mansuh-dulu-skim-pencen-wakil-rakyat-menteri-netizen

 

[panas] SENDIRI CARI MASALAH JANGAN BERLAKON JADI MANGSA BILA DISIASAT!



Penganjur “Himpunan Selamatkan Rakyat” tidak perlu memainkan naratif seolah-olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata menerusi akta berkenaan penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu. "Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memaklumkan kepada polis dan jika tidak maklum dan ini mengundang kepada tindakan polis untuk memanggil penganjur (beri keterangan). “Penganjur tidak boleh acah-acah jadi mangsa kerana keengganan mereka untuk memaklumkan perkara yang paling asas," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini. ======================================================================================= KPN Razarudin juga menafikan kenyataan bekas ahli parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan. TUNM Dia berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu semalam mengenai dakwaan diperlakukan sebagai penjenayah kerana telah disoal siasat lebih daripada 10 kali sejak beberapa tahun lepas berikutan kenyataan dikeluarkannya. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/694230 2. https://www.malaysiakini.com/news/694200 #tunMpakarSPIN #chegubadDisiasat #pnbestmemfitnah





[MANTAP] BAKAR MENTERI PROF BARJOYAI, SOALAN PANAS DIJAWAB TENANG YB!



Yang Bakar Menteri Ep 2 I YB Rafizi Ramli & Prof. Emer. Dr. Barjoyai Bardai l 22 Januari 2024! Episod 2 Podcast Yang Bakar Menteri (YBM). PEMBAKAR MENTERI yang kedua adalah Prof. Emer. Dr. Barjoyai Bardai, seorang ahli akademik di universiti swasta yang banyak juga mengkritik saya dan pendekatan kerajaan sebelum ini. Antara topik yang akan disentuh adalah persoalan ekonomi makro & mikro serta rancangan dan dasar Ekonomi Madani. Teruskan menonton untuk tengok siapa yang ter'bakar'. Sumber Video FB YB Rafizi Ramli

Rafizi bidas kenyataan Mahathir dakwa Melayu akan hilang


 

Timbul isu dari kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan lenyap dalam masa 10 tahun jika tidak bersatu.



Namun hal itu dibidas oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang melihat keadaan orang Melayu hari ini lebih baik berbanding era Tun Mahathir memerintah selama 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.



Kata Rafizi, golongan menengah Melayu pada waktu ini telah semakin membesar dan untuk mengatasi cabaran ekonomi masa hadapan kaum itu, mereka mestilah memahami cabaran persaingan ekonomi yang diakibatkan dari globalisasi.



"Pandangan saya, ada perkara-perkara yang wajar memberi lebih keyakinan kepada kita bahawa keadaannya tidaklah seperti yang digambarkan Tun Mahathir.



"Contohnya, orang Melayu kini membentuk kelas pertengahan (middle class) yang besar dalam negara kita berbanding 50 tahun dahulu.



"Kejayaan membina kelas pertengahan dan kelas profesional yang besar ini adalah bukti orang Melayu berkemampuan menaiki mobiliti sosial melalui pelaburan kerajaan dalam pendidikan," katanya.



Hal itu amat berbeza dengan kenyataan Mahathir kononnya kaum Melayu di negara ini bakal lenyap jika keadaan tidak berubah, mereka dikatakan akan ditawan bangsa lain tanpa melalui peperangan.



Menurut Rafizi, dalam konteks “Melayu Akan Hilang” yang dibawa Mahathir keadaannya bergantung kepada keterhubungan ekonomi akibat globalisasi dan sejauh mana kaum Melayu mampu melepasinya, bukan sangat ancaman kaum lain di Malaysia.



"Pesaing sebenar ialah produk dan perkhidmatan dari serantau dan luar negara yang memasuki pasaran kita kerana lebih murah atau lebih berteknologi tinggi.



"Selain itu faktor skala operasi dan capaian pasaran dunia menjadi faktor penentu kemampanan sesebuah perniagaan, termasuklah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang banyak diterajui oleh kelas menengah Melayu," ujarnya.



Tambah Rafizi, idea Mahathir melahirkan hartawan Melayu dengan campur tangan kerajaan pada 1990an lalu sebaliknya telah gagal selepas diuji dengan krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998 yang menyaksikan golongan korporat serta 'hartawan segera' itu tumbang satu demi satu.



"Kita juga tahu kesan sampingan dari doktrin mencampur aduk kuasa politik dan korporat yang dibawa oleh Mahathir ini.



"Tata kelola bercampur aduk apabila sektor ekonomi utama boleh diberikan kepada individu tertentu yang perlu menyumbang wang untuk membantu ahli-ahli dan parti-parti politik (sebagai balasan)," katanya lagi.

 

HINA KAH KONTRAK

 Hina ke kontrak?


Yang kerja GIG seperti P-Hailing pun ramai berjodoh. Inikan pula kontrak kerajaan. 


Kerajaan buat kontrak ni sementara untuk pinda akta supaya yang akan datang nanti akan dapat kerja TETAP tapi tidak BERPENCEN. 


Tidak BERPENCEN tapi ada KWSP atau apa skim yang sesuai.


Jadi apa isunya? Berjuta rakyat kerja swasta dengan KWSP ok je...


Dulu penjawat awam tak mahu KWSP sebab tak ada kad pesara, sekarang dapat Kad Pesara dengan kemudahan Perubatan percuma.


Insya-Allah ramai akan sokong.


Lebih mudah bagi mereka yang nak berhenti awal, tak ada lah malas kerja tapi nak berhenti tak boleh sebab kena tunggu umur pencen.


Yang dah cukup pengalaman dan nak cuba kerja swasta pun tak rasa rugi sebab sambung terus simpanan dalam KWSP. 


Insya-Allah ini adalah keputusan terbaik untuk kerajaan dan rakyat pada masa jangka panjang.