KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL. AKHIRI USAHA TEBUK ATAP


25 Januari 2024 




SOKONGAN AHLI PARLIMEN TANJUNG KARANG KEPADA PERDANA MENTERI AKHIRI USAHA TEBUK ATAP PEMBANGKANG


Pengistiharan ahli parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi menyokong Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tamparan besar buat Perikatan Nasional.


Setelah digembar-gembur bahawa kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim akan tumbang pada 18 Januari, bahkan diakhiri dengan sokongan yang lebih besar kepada beliau.


YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mencabar pihak pembangkang untuk membawa perkara ini melalui saluran yang betul iaitu usul tidak percaya di parlimen, namun sudah lebih setahun masih juga tidak dibangkitkan pembangkang.


Situasi ini menandakan Perikatan Nasional sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk mempertikaikan keutuhan kerajaan perpaduan hari ini.  


Pengisytiharan ini juga bermakna semakin ramai ahli parlimen Perikatan Nasional sudah muak dengan politik kekacauan yang dicetuskan oleh segelintir pimpinan mereka dan akhirnya memilih untuk mendokong kestabilan. 


Pemuda AMANAH mengecam perbuatan sabotaj ini kerana perkara ini secara tidak langsung menyebabkan pelabur takut untuk melabur di negara kita.


Pemuda AMANAH percaya lebih ramai ahli parlimen Perikatan Nasional akan memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan yang lebih besar untuk negara. 


Justeru, Pemuda AMANAH menyeru untuk semua bukan sahaja ahli politik bahkan penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia agar memberikan fokus sepenuhnya kepada pembangunan negara. 


ASMAALIFF ABDUL ADAM

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara



No comments: