HINA KAH KONTRAK

 Hina ke kontrak?


Yang kerja GIG seperti P-Hailing pun ramai berjodoh. Inikan pula kontrak kerajaan. 


Kerajaan buat kontrak ni sementara untuk pinda akta supaya yang akan datang nanti akan dapat kerja TETAP tapi tidak BERPENCEN. 


Tidak BERPENCEN tapi ada KWSP atau apa skim yang sesuai.


Jadi apa isunya? Berjuta rakyat kerja swasta dengan KWSP ok je...


Dulu penjawat awam tak mahu KWSP sebab tak ada kad pesara, sekarang dapat Kad Pesara dengan kemudahan Perubatan percuma.


Insya-Allah ramai akan sokong.


Lebih mudah bagi mereka yang nak berhenti awal, tak ada lah malas kerja tapi nak berhenti tak boleh sebab kena tunggu umur pencen.


Yang dah cukup pengalaman dan nak cuba kerja swasta pun tak rasa rugi sebab sambung terus simpanan dalam KWSP. 


Insya-Allah ini adalah keputusan terbaik untuk kerajaan dan rakyat pada masa jangka panjang.



No comments: