[panas] SENDIRI CARI MASALAH JANGAN BERLAKON JADI MANGSA BILA DISIASAT!



Penganjur “Himpunan Selamatkan Rakyat” tidak perlu memainkan naratif seolah-olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata menerusi akta berkenaan penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu. "Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memaklumkan kepada polis dan jika tidak maklum dan ini mengundang kepada tindakan polis untuk memanggil penganjur (beri keterangan). “Penganjur tidak boleh acah-acah jadi mangsa kerana keengganan mereka untuk memaklumkan perkara yang paling asas," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini. ======================================================================================= KPN Razarudin juga menafikan kenyataan bekas ahli parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan. TUNM Dia berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu semalam mengenai dakwaan diperlakukan sebagai penjenayah kerana telah disoal siasat lebih daripada 10 kali sejak beberapa tahun lepas berikutan kenyataan dikeluarkannya. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/694230 2. https://www.malaysiakini.com/news/694200 #tunMpakarSPIN #chegubadDisiasat #pnbestmemfitnah





No comments: