Nome Nome
Tadi masa berbuka puasa, aku berborak dengan ayah aku pasal politik semasa. Ayah aku ni dia apolitikal—tak pernah daftar mengundi pun. Dia rasa politik ni hanyalah permainan orang kaya-kaya dan dia tak berminat.
Cuma sejak dua menjak ni dia macam ada kecenderungan untuk ambil tahu. Maklumlah, maklumat ada di hujung jari.
Dia tanya pada aku "kenapa Anwar Ibrahim nak sangat dakwa keluarga Daim Zainuddin ni? Orang tu dah meninggal dah pun, kenapa nak anak-anak dia pun kena sekali? Kenapa nak had Perdana Menteri dua penggal ni?"
Tang Daim tu aku jawablah "dalam politik zaman Dinasti Qin, Maharaja Qin Shi Huangdi bila dia hukum musuh dia, dia akan pastikan keluarga musuh dia, kawan musuh dia, segala yang ada kait-mengait dengan musuh dia, dia pancung. Sama juga macam Jozef Stalin buat, sama macam Kim buat kat Korea Utara. Sebab tak nak ada orang yang balas dendam."
Ayah aku jawab: Mana boleh macam tu. Negara ni ada undang-undang.
Aku jawab balik: Sebab tu pentingnya Azam Baki dalam hal ni. Setiap raja akan ada Sang Algojonya. Tukang gedebenya. Lagipun sekat duit Daim, maka sekatlah duit Mahathir. Tak bolehlah orang tua tu buat move dia kalau dia tak ada duit cukup.
Bak kata game Red Alert: Insufficient funds.
Tang had dua penggal, walaupun aku memang nak sistem had dua penggal ni, sebab aku tak suka orang tua pegang kuasa lama-lama, tapi aku memang dah agak dari awal yang ia takkan boleh buat.
UK, Australia, Kanada dan New Zealand yang liberal progresif tu pun tak boleh buat, inikan lagi Malaysia ni.
Tapi aku tau kenapa Anwar buat benda ni. Aku jawab pada ayah aku:
Sejak PRN Sabah, pemimpin DAP dilanda perasaan susah hati. Sebelum ni dorang rasa dorang ni kebal dengan undi Cina. Guan Eng dengan kes terowong, masih setia sokong. ADUN Tronoh Paul Yong r0g*I amah, masih setia sokong DAP. Tapi sejak pengundi Cina Sabah punya swing tolak DAP, dorang dah cuak. Jadi dorang perlu tunjuk pada pengundi dorang yang dorang akan membawa perubahan.
Jadi Anwar gunakan had dua penggal ini sebagai point yang dia komited untuk reformasi. Tapi tengok-tengok, tak cukup dua orang untuk undi gubal Perlembagaan. Tak cukup dua pertiga. Maksudnya undi tu telah digagalkan. Siapa yang gagalkan?
Sembrong dan Presiden MIC. Dua orang ni tak masuk Dewan masa pengundian dijalankan. Bila tak cukup korum, apa boleh buat? Tak jalanlah.
Selalu puak-puak progresif dan reformis ni selalu kata, "Anwar dah ada dua pertiga dalam parlimen, apa lagi nak tunggu? Jalankanlah reformasi yang dijanjikan tu!"
Tapi dua orang MP tak datang pun dah gagal.
Sekarang nampak tak dua pertiga tu sokong Anwar jadi PM, tapi tak semestinya nak sokong agenda reformasi. Ada bezanya tu.
Dan lately, sama ada Anwar dan PH melakukan own goal, atau memang sengaja suruh goalkeeper campakkan bola dalam gawang sendiri. Siapa yang rajin main game FIFA tau lah apa aku maksudkan ni.
Dari isu 'melalak' ke macam-macam isu yang lain, nampak macam ada satu percaturan. Kerana bila reformis pun dah give up, DAP pun gerak solo, tapi dalam masa sama Bersatu pun berpecah, PAS pun masih belum firm nak sokong kem Muhyiddin ke kem Hamzah, aku nampak satu je.
Nak bagi UMNO menang. Mungkin ramai yang rasa—payah UMNO nak menang dengan reputasi Zahid sekarang.
Tapi harus diingat—ini sistem Westminster. Tahukah anda—masa pilihan raya Britain tahun 2019, Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn mencatatkan kekalahan paling buruk dalam sejarah parti tu sejak 1935. Parti Buruh menang 202 kerusi Parlimen—dengan 10.2 juta undi popular.
Tapi tahu tak, pilihan raya 2024—Parti Buruh menang besar—Keir Starmer menang 411 kerusi Parlimen, paling besar sejak Tony Blair pada tahun 1997. Kau cuba teka berapa jumlah undi popular?
9.7 juta undi.
Macam mana tahun 2019 pencapaian paling buruk tapi undi popular lagi banyak daripada 2024 pencapaian yang paling cemerlang tapi undi makin sikit?
Ini sistem first-past-the-post, brader.
Bila Parti Konservatif berpecah-belah, dengan Rishi Sunak tak popular, Liz Truss kalah, Boris Johnson ada banyak skandal, separuh pengundi Konservatif sama ada boikot tak nak turun undi, atau sokong Reform UK pimpinan Nigel Farage.
Jadi walaupun orang Melayu majoriti sokong Perikatan Nasional, tapi kalau PN pun berpecah-belah, lepas tu ada pulak Parti Keluarga Malaysia Hamzah ni, kemudian sebelah PH pun geng Rafizi nak boikot undi atau tubuh parti baru, kemudian DAP pun nak gerak solo, kat sini siapa untung?
Aku tak kata Zahid ni popular, tapi dia bijak baca politik.
Aku tak rasa BN akan lepas 60 kerusi pun, let alone 112. Memadailah kalau dapat buat parti-parti lain boikot undi dan berpecah-belah, bolehlah dapat dalam 50 kerusi paling gempak pun.
Tapi parti lain pun akan lebih kurang juga. Jadi kat sini siapa yang akan jadi lynchpin? Kalau katakan Anwar jadi PM untuk penggal kedua pun, dia akan perlukan Zahid dengan lebih kuat lagi.
Aku akhiri tulisan ini dengan kata-kata Presiden Frank Underwood lakonan Kevin Spacey dalam drama TV House of Cards versi Amerika:
"There are two types of Vice President. A doormat, or a matador."
Matador tu yang sukan laga lembu Sepanyol yang lambai kain merah tu. Fikir-fikirkanlah.
Selamat bersahur semua.