Taktik kotor memancing anggota AMK untuk melompat parti diketuai bekas Ketua AMK Cabang Parit Faizal Effandi Hashim dengan membuat panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Faizal bertindak demikian kerana kecewa kerana tidak dilantik menggantikan tempat Anuar Zakaria yang meletakkan jawatan pada penghujung 2009."
"Berikutan itu beliau (Faizal) mula menabur fitnah memburukkan parti dan menimbulkan kacau bilau dikalangan anggota AMK." Jamaluddin Mohd Radzi, wakil rakyat Behrang dari PKR yang melompat parti,turut terilbat dengan memperalatkan Faizal sebagai orang tengah."
"Jamaluddin memperalatkan Faizal untuk memancing anggota-anggota AMK dengan tawaran imbuhan yang lumayan."
Satu perjumpaan sulit diatur oleh Faizal pada 22 Mei lalu di salah sebuah kondominium di Ipoh yang dihadiri oleh Jamaluddin serta beberapa anggota AMK.
"Dari maklumat dalaman yang diperolehi butiran perbincangan adalah berkisar tentang keperluan meninggalkan perjuangan PKR dan kaedah untuk keluar parti.
"Sebelum pulang anggota AMK yang terlibat telah diberikan wang saku RM300.00 seorang."
"AMK juga telah menyiapkan laporan berkaitan untuk dihantar kepada Setiausaha Agung dan Lembaga Disiplin Parti agar tindakan tegas segera diambil sebagai peringatan dan langkah pembersihan dari elemen ‘lompat parti’ yang cukup negatif ini."
"Umum mengetahui mereka (wakil rakyat yang lompat parti) mempunyai masalah peribadi dan kewangan yang serius. Maka sokongan mereka terhadap Umno “ibarat sokong membawa rebah.”
"Kehadiran ramai pimpinan AMK Negeri termasuk yang telah membuat pendedahan pada hari ini membuktikan bahawa AMK Negeri Perak tetap kuat dan setia bersama PKR."
"Kita sedar perjuangan kita selama ini bukanlah berdasarkan kepentingan peribadi ataupun amalan politik kolot warisan budaya Umno tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap negara."
LAPORAN MEREKA YANG MEMBUAT PENGAKUAN
Abdul Jamil b. Abdul Halim – Ketua AMK Sungai Siput : Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima panggilan telefon daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin Umno dalam waktu terdekat.
Yahya b. Sijari – Ketua AMK Bagan Datoh : Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dengan mengatakan inilah peluang terbaik untuk mencari kesenangan untuk diri sendiri.
Mohd Uzaimi b. Mohd Yusof – Ketua AMK Gerik : Sekitar Mac 2010 telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan projek. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan pemimpin Umno dalam waktu terdekat.
Mohd Yusri b. Yaacob – Ketua AMK Lumut :Pada 19 Mei 2010 (Rabu) telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin Umno dalam waktu terdekat.
Azzemi b. Adnan – Ketua AMK Tapah : Sekitar Mac 2010 telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang.
Manichalvan a/l Muniandy – Bekas Ketua AMK Beruas :Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima panggilan telefon daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang.
Abdul Yunus Jamhari
Ketua AMK Perak
RAMAI YANG TELAH LARI....ANDA TUNGU LAGI?
|
ADA YANG PERLU DI PERTIMBANGKAN
Di mana ‘Team Impian’ Anwar? — Sang Pelangi
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong adalah ahli parlimen yang terkini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dengan pengumuman ini menjadikan PKR kehilangan 5 wakil dalam Dewan Rakyat. Sesuatu yang perlu dibimbangkan. Walau apa pun justifikasi yang diberikan untuk mengharamkan tindakan Wee Choo Keong tersebut, tindakan Wee Choo Keong adalah satu lagi malapetaka kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Zulkifli Nordin yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru pula mengambil tempat untuk memukul gendang dengan menyatakan 5 orang lagi wakil rakyat PKR yang akan keluar dari parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas. Dalam kekalutan tersebut timbul pula isu 488 ahli PKR di Ipoh Barat yang juga keluar parti. Kali ini di negeri Perak yang menambahkan lagi derita dan kecewa rakyat kepada PKR. Mungkin kepada penyokong tegar pembangkang boleh menerima bahawa semua ini adalah permainan Umno dan BN untuk menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada PKR sekaligus Anwar yang kini sedang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat yang kedua.
Sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib yang menimpa Anwar, saya berpandangan Anwar mempunyai satu team yang lemah baik di peringkat kebangsaan ataupun negeri. Apa yang menjadi persoalan kini adalah di mana peranan yang dimainkan oleh “team” Anwar di peringkat nasional ataupun negeri.
Adalah sesuatu yang amat mustahil untuk Anwar mengemudi PKR seorang diri tanpa satu "team" yang kuat. Team PKR di Perak misalnya kelihatan tempang malah kehilangan taring takala berdepan dengan serang demi serang yang dilancarkan oleh BN. Dalam politik semuanya mungkin. Saya tidak nampak langsung peranan yang dimainkan oleh team Anwar di peringkat negeri tersebut. Saya juga tidak dapat membaca “mode” apa yang sedang dimainkan oleh PKR Perak. Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa PKR Perak tidak bermain apa-apa “mode”!
Begitu juga dengan krisis terbaru yang melanda Kedah apabila Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan cadangan untuk membubarkan DUN Kedah sekiranya 4 orang wakil rakyat daripada PKR dan DAP keluar parti. Sekurang-kurangnya PAS Kedah lebih banyak strategi apabila mencadangkan supaya diadakan ceramah perdana yang bertajuk “DUN Kedah Bubar?” di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan walaupun cadangan tersebut sebenarnya banyak menguntungkan PAS Kedah sahaja.
YB Ahmad Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri tampaknya gagal mengemudi PKR Kedah dengan baik. Walaupun Ahmad Kassim mempunyai tokoh- tokoh politik yang bukan calang seperti YB Johari Abdul yang pastinya dapat membantu beliau berdepan dengan BN Kedah.
Fenomena ini bukan sahaja dilihat dengan jelas di peringkat negeri malah juga pusat. Pengarah strategik PKR yang baru tampaknya jauh panggang dari api. Tiada sebarang usaha yang "berstrategi" yang dilakukan oleh Tian Chua bagi membantu jentera parti yang baru berusia 10 tahun itu. Permainan politik PKR berada di tahap “defensif” tanpa sebarang serangan. Apakah Tian Chua sebenarnya tidak layak untuk menduduki jawatan tersebut?
Saya yakin kebanyakkan pilihan Anwar tepat, tetapi pilihan ini mungkin tidak. Rakyat yang tidak menjadi ahli PKR di peringkat bawah berpandangan tiada kerjasama secara kolektif di antara pimpinan pusat dan negeri. Malah di peringkat negeri pun begitu juga. Komunikasi antara dua hala juga tidak berjalan dengan lancar.
Kekalahan PKR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor juga memberikan petanda betapa lemahnya jentera pilihanraya PKR. Masuk hari kedua, masih ada JDM yang tidak membuka bilik gerakan. Jika trend ini berterusan, PKR akan berdepan dengan laluan sukar dalam Pilihanraya Umum yang ke-13. Mungkin Fuziah Salleh hanya sesuai untuk menjaga Kuantan daripada diberikan beban berat memikul tanggungjawab yang memerlukan orang yang lebih berpengalaman daripada beliau.
Sesuatu yang perlu Anwar sedari adalah aset terbesar yang dipunyai oleh Pakatan Rakyat adalah generasi muda. Pada saya Anwar tidak perlu membuang masa untuk mengutip semula rakan-rakan lama sama ada dari Umno ataupun komponennya untuk membantunya berdepan dengan BN. Apa yang Anwar perlu lakukan adalah menarik minat golongan muda bagi menyokong agenda perubahan negara yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat.
Sekiranya Anwar terlepas pandangan hal ini, Anwar sebenarnya telah melepaskan “lubuk emas” terbesar yang dia sendiri punyai. Jangan nanti Anwar mengigit jari melihat anak muda berbondong-bondong menyokong BN. Tidak sukar buat Anwar untuk mempengaruhi anak muda sebenarnya. Anwar mempunyai tokoh muda yang oleh diketengahkan seperti YB Nik Nazmi, YB Nurul Izzah, YB Yusmadi, YB Ong Chin Wen, YB Sim Tze Tzin yang sememangnya muda dan sebahagian mereka mempunyai pengalaman di zaman mahasiswa yang gemilang.
Sayangnya aset besar ini tidak digunakan secara sepenuhnya menyebabkan anak muda yang bakal menjadi pengundi baru berjumlah 2 Juta di luar sana tidak bersama dengan Pakatan Rayat kerana tidak mendapat sentuhan daripada pemimpin PKR sendiri. Mungkin agenda kaderisasi kepimpinan muda perlu menjadi keutamaan kini. Anwar adalah satu sosok nama besar pada anak-anak muda, malang dan rugi sekiranya tidak digunakan sebaiknya.
Anwar tidak perlu risaukan masalah jentera memandangkan Pakatan Rakyat telah menjadi kerajaan di 4 buah negeri yang mempuyai sumber dan kekuatan tersendiri. Sumber yang ada di keempat-empat buah negeri ini sebenarnya perlu digunakan secara optimum bagi memastikan kemenangan diraih oleh Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Subscribe to:
Posts (Atom)