The Ghost of Kyiv: The Legend Pilot of Ukraine

[TERKINI] Kes 1MDB | SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan lagi



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi merekod keterangan Datuk Rohana Rozhan di Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini, susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut sumber, ia bagi mendapatkan penjelasan berkaitan beberapa isu dan SPRM turut merampas dokumen kewangan yang berkenaan untuk membantu siasatan.

28.02.2022 - FOKUS 6.45 | ANWAR KEMUKA USUL BAHAS ISU PENDEDAHAN LEISSNE...



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengemukakan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk membahaskan pendedahan Tim Leissner mengenai pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin.



Jom meronda Renggam dengan menaiki bas!!

 

Jom meronda Renggam dengan menaiki bas!!

Bas yang penuh nostalgik dipekan yang begitu banyak nostalgia.

Walkabout YB Nurul Izzah Anwar bersama YB Dr Maszlee Malik di Renggam pagi tadi. PIC program oleh Sdr Sukri Zakaria.

#LayangLayang #Renggam

#simpangrenggamdihatiku







TAK HABIS HABIS JUAL AGAMA

 

W.FAUDZIN

Waktu suka kat Umno, jual nama Tuhan kononnya arahan Tuhan. Sekarang ni kutuk umno sebagai itik patah kaki dan gelar umno kleptokrat, dan sokong Bersatu, arahan Tuhan gak ke? Tak habis-habis lebai jual agama...




KISAH ROSMAH



Zulhafidz Yahaya

264a Fepobrua7rynf2 11ast a09:062d0  · 

Kemain lagi kak mah.

Makan malam Amal memang ruang buat network dan showcase, meja sapa paling mahal dan siapa bayar lebih, diala dapat nama, network dan Anugerah.

Sama juga makan malam Bisness Award, bayar, beli, bernetwork, dan dapat anugerah.

Saya rasa ,Jho Low bukan dalam pelarian

Dia di lindungi di luar negara, dari di tangkap.

Mak bapak dia pun ada je sini, takkan takde cara panggil anak balik, dan apa alasan dia taknak balik takleh balik, takkan INTELLIGENT MALAYSIA begitu Bodoh dan Cikai tak tau Jho Low ada mana..

Banyak nama² besar negara akan di petik jika Low Taek Jho ditangkap.

.............

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low pernah cuba mendapatkan bantuan Goldman Sachs untuk kemunculan ahli politik tertinggi AS dalam satu “majlis kebajikan” yang dihadiri Rosmah Mansor pada 2010.

Hal itu didedahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner dalam keterangannya pada Selasa (22 Feb) semasa perbicaraan bekas pekerja bawahannya Roger Ng di sebuah mahkamah di New York.

Pendakwa raya Drew Rolle menunjukkan kepada mahkamah satu emel daripada Jho Low yang dimajukan kepada Leissner oleh Ng.

Saksi itu diminta membacakan emel tersebut kepada mahkamah.

“Dia tulis, Hi, Tim, inilah acara kebajikan yang Jho minta bantuan kita itu. Tetamu yang dijangka ialah Bloomberg, Cuomo, Schumer, dan lain-lain.

“Adakah Lloyd boleh hubungi (bekas) presiden Clinton. Ia (majlis makan malan) black tie dan kita mungkin diminta hadir, terutamanya jika kita dapat membantu,” Leissner membaca emel yang ditulis Low.

Black tie biasanya merujuk kod pakaian acara, biasanya tuxedo atau sut rasmi.

Leissner menjelaskan kepada mahkamah, Jho Low meminta bantuannya untuk menggunakan rangkaian Goldman Sach - secara khususnya rangkaian Lloyd Blankfein yang pada ketika itu merupakan pengerusi dan CEO syarikat.

“(Jho Low mahu) Blankfein untuk berhubung atau secara asasnya mendapatkan presiden Clinton untuk menyertai acara buat Wanita Pertama Malaysia ini, dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Blankfein diketahui umum sebagai pro-Demokrat. Nama-nama yang disebut dalam emel Jho Low itu berkemungkinan merujuk ahli parti Demokrat New York lain yang berpengaruh - Michael Bloomberg, Andrew Cuomo, Chuck Schumer dan Bill Clinton.

Akhirnya, Leissner mendekati seseorang bernama Stephanie Jay yang digambarkan sebagai orang dari pejabat Blankfein.

Mahkamah diberitahu, Jay membalas menerusi emel untuk bertanya: “Adakah kamu bertanya bagi pihak Wanita Pertama Malaysia, sama ada Lloyd boleh meminta Bill Clinton untuk hadir acara ini?

Saya gembira untuk membantu, cuma mahu pastikan yang saya tahu betul-betul apakah permintaannya dan siapakah pelanggannya, dan lain-lain?”

Rolle: Dan kamu kemudian membalas dengan berkata, Pelanggan itu merupakan Kerajaan Malaysia?

Leissner: Ya, betul.

Ketika ditanya kenapa dia mendekati Jay, Leissner menjelaskan bahawa membina hubungan untuk Rosmah dan Najib Razak - yang pada ketika itu perdana menteri - akan memberikan manfaat buat Goldman Sachs.

Katanya, ia akan menunjukkan kepada pasaran betapa Goldman Sachs mempunyai hubungan yang

hebat

.

“Pandangan saya pada ketika itu, dengan membantu sebarang jenis hubungan yang dicari perdana menteri, atau isterinya, yang sangat berpengaruh terhadap suaminya, akan sama-sama memanfaatkan kami dalam bentuk hubungan yang elok dengan perdana menteri, sekaligus dengan kerajaan Malaysia.

“Kami juga akan dilihat sebagai satu gerakan yang

hebat

oleh komuniti dan pasaran Malaysia kerana kami berkeupayaan menghubungkan perdana menteri dan isterinya kepada orang-orang yang sangat penting di tempat-tempat lain di dunia, dalam kes ini, Presiden Clinton,” katanya.

Leissner berkata acara itu dianjurkan sepenuhnya oleh Jho Low. Leissner berkata dia dan Ng kedua-duanya menghadiri majlis itu.

Pada 2010, Najib menghadiri perasmian Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington DC pada 12 dan 13 April. Acara yang dianjurkan Jho Low itu pula berlaku pada 16 April di hotel lima bintang St Regis di New York.

Rosmah Mansor di acara di St Regis New York pada 16 April 2010. Berdiri di belakangnya, beberapa bintang filem Hollywood.

Acara itu kurang mendapat perhatian media Malaysia. Bernama melaporkan yang Rosmah menerima ‘Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa’ daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) AS semasa majlis di St Regis itu.

Akhirnya, laporan mendedahkan bahawa bintang Hollywood Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum turut hadir. Pemenang Oscar Jamie Foxx menjadi pengacara majlis dan menurut beberapa laporan, turut berduet bersama Rosmah.

Namun, tidak dapat dipastikan apakah nama-nama ahli Demokrat New York yang disebut dalam emel Jho Low turut hadir atau tidak.

De Niro akhirnya melawat Malaysia tiga bulan kemudian atas jemputan Rosmah.

Bersempena lawatan Rosmah ke New York, seseorang menempah iklan dua muka surat di New York Times, mengalu-alukan kedatangannya ke New York serta mengucapkan tahniah atas penerimaan ‘Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa’.

Rosmah Mansor menerima ‘Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa daripada mantan setiausaha negara AS Lawrence Eagleburger, yang mewakili BCIU pada 16 April 2010.

Menurut Nut Graph, NYT pada mulanya memberitahu mereka yang iklan itu dibayar oleh “Kerajaan Malaysia”.

Dua minggu kemudian, Nut Graph menyiarkan satu lagi artikel tentang NYT menarik balik kenyataannya dan berkata bahawa iklan itu dibayar oleh “Keluarga dan rakan-rakan di USA dan Malaysia”.

Pada 1 Julai 2010, ahli parlimen Padang Serai ketika itu N Gobalakrishnan mengadu bahawa pejabat perdana menteri mengelak soalan bertulisnya bagi mendapatkan perincian kos dibelanjakan untuk lawatan Rosmah ke AS itu.

 


































PH MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT.

 

ABDULLAH MAT ISA


Semasa pentadbiran, PH komited menjaga kepentingan hak

Bumiputera, orang Melayu dan juga agama Islam.

Jangan lagi kita termakan tohmahan jahat UMNO/BN!




KALAHNYA UMNO/PN LEBIH BAIK UNTUK NEGARA?BUKAN UNTUK KESTABILAN NEGARA INI


 Sejak dulu dan sepanjang masa, UMNO sentiasa mengatakan tindakannya mengadakan PRN Johor ialah untuk mewujudkan kestabilan di negeri itu.

Ini kerana UMNO beranggapan dengan hanya memiliki perbezaan satu kerusi dengan blok pembangkang, pentadbiran kerajaan negeri tidak mampu menjanjikan keharmonian serta kestabilan, meskipun hakikatnya tiada sesiapa dilihat mahu menjatuhkan kerajaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun demikian, Bersatu dan PN sentiasa pula dicabar dan dihasut untuk menekan butang bagi menjatuhkan kerajaan.

Di sebalik Mahiaddin Md Yasin telah mengatakan pihaknya tidak akan bertindak bodoh untuk menjatuhkan kerajaan dan setelah ternampak tiada kemungkinan mereka akan menekan butang, UMNO sendiri akhirnya memohon perkenan Sultan Johor bagi membubarkan DUN.

Maka, bolehkah dikata tindakan UMNO itu untuk mewujudkan kestabilan?

Jika kita teliti satu persatu rentetan peristiwa yang berlaku di Johor, dendangan mahu mewujudkan kestabilan itu tidak lebih sebagai mainan kata-kata belaka.

Beberapa faktor dapat dilihat sebagai sebab mengapa PRN Johor diadakan.

Sebab pertama ialah kerana UMNO ingin berkuasa sendiri di Johor.

Melihat kepada sokongan rakyat yang sudah kembali pulih kepadanya, ditambah dengan kemenangan cemerlang yang dicapai dalam PRN Melaka baru-baru ini, UMNO yakin mampu berkuasa sendiri di Johor.

Jika mampu menang sebagaimana dicapai di Melaka, sekaligus mengenepikan Bersatu dan PN yang sama-sama berada dalam kerajaan negeri sebelum ini, ia tentu saja akan menjadikan UMNO berkuasa sendiri atas nama BN dan tidak lagi dengan pertolongan parti-parti lain.

Inilah dinamakan keangkuhan, masa belum cukup kuat sebelum ini sanggup saja berkongsi, tetapi bila sudah rasa cukup kuat, semuanya ingin dibolot sendiri.

Selain itu, jika berjaya di Johor selepas mencapainya di Melaka sebelum ini, ini tentu saja akan memberikan keyakinan kepada UMNO untuk menang di peringkat Parlimen pula.

Sebab kedua adalah kerana UMNO mahu terus mengukuhkan kedudukan kluster mahkamah menjelang PRU15 diadakan.

Sebab itu, dalam PRN Johor ini, bukan saja Najib Razak gigih berkempen sejak sebelum hari penamaan calon lagi, malah beliau juga diletakkan di atas pentas ketika Zahid Hamidi mengumumkan senarai calon BN, baru-baru ini.

Sekadar menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, apakah wajar Najib diletakkan di atas pentas bersama-sama Presiden UMNO dan Menteri Besar Johor?

Adalah jelas dengan memberi keistimewaan kepada Najib itu ia bertujuan untuk mengistimewakan kedudukan Najib dalam UMNO melebihi kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Sebab ketiga ialah UMNO mahu menjadikan PRN Johor sebagai lonjakan menuju PRU15.

Sama ada PRU15 akan diadakan awal atau lewat banyak bergantung kepada keputusan PRN Johor pada 12 Mac ini.

Dengan pengundian PRN Johor ialah pada 12 Mac, manakala Perhimpunan Agung UMNO 2021 bakal bermula pada 16 Mac, jika BN menang dengan bergaya, ia sudah tentu akan menyebabkan PAU2021 itu nanti dipenuhi dengan lonjakan serta desakan agar Perdana Menteri mesti mengadakan PRU15 dengan segera.

Secara tidak langsung, mendesak mengawalkan PRU15 itu adalah suatu pencerobohan kepada prerogatif Ismail Sabri selaku Perdana Menteri kerana membubarkan Parlimen adalah merupakan hak beliau menentukannya tanpa perlu ada tekanan atau desakan daripada mana-mana pihak yang lain.

Sediakah Ismail Sabri akur kepada kehendak UMNO itu, sedangkan beliau mungkin ada banyak perancangan yang ingin dilakukannya kepada negara sebelum PRU15 hendak diadakan?

Hanya jika UMNO tidak menang selesa di Johor, lebih-lebih lagi jika kalah, barulah ia akan menyebabkan desakan mengadakan PRU15 lebih awal akan terhenti dengan sendirinya.

Kesimpulannya, lebih stabilkah UMNO dan politik negara akhirnya jika BN menang di PRN Johor, lebih-lebih lagi jika menang bergaya sebagaimana di Melaka?

Atau kekalahan UMNO di Johor lebih memberi makna kepada kestabilan politik negara? – ShahbudinHusin 28/02/2022.


JANGAN LAKSANA DENDA TERPILIH, HIMPUNAN BN DI PUSAT PENGUNDIAN BAGAIMANA?

 





Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah sesuatu yang baik bagi tujuan mencegah penularan Covid-19 meskipun ada beberapa perkara yang tidak selari dengan semangat demokrasi sempena PRN ini.

Namun, pelaksanaan penguatkuasaan secara terpilih adalah amalan yang tidak bertanggungjawab dan akan menghakis keyakinan orang ramai terhadap peraturan yang dibuat.

Terbaru adalah tindakan mendenda wartawan yang dikatakan tidak mematuhi penjarakan sosial semasa wartawan tersebut menjalankan tugas adalah sesuatu yang menimbulkan kegusaran di kalangan pengamal media terutamanya wartawan di lapangan.

Saya menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang begitu menekankan soal SOP kepada petugas media supaya berlaku adil dan memebuat teguran serupa kepada Barisan Nasional yang secara terang-terangan melanggar peraturan yang digariskan SPR pada hari penamaan calon.

Seringkali kita melihat bagaimana pihak kerajaan khususnya para Menteri menasihatkan rakyat mematuhi SOP tetapi di kalangan mereka sendiri secara terbuka melanggar peraturan yang dibuat.

Justeru, saya juga menggesa tindakan yang sama dikenakan kepada penyokong BN yang berada di kawasan Pusat Penamaan Calon DUN Mahkota di Dewan Serbaguna Taman Sri Kluang yang telah berhimpun dan berarak di kawasan tersebut.

Meskipun sudah diberi teguran namun kumpulan ini langsung tidak mengendahkan dan terus berkumpul tanpa penjarakan sosial. Ini jelas telah melanggar SOP yang digariskan oleh SPR.

Sewajarnya tindakan sama perlu dibuat kepada kumpulan ini seperti mana yang dikenakan kepada wartawan yang didenda hari ini.

TAQIUDDIN CHEMAN

Calon Pakatan Harapan

N.29 Mahkota

 

MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK




1. Saya ada terbaca kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS Harakah bertajuk “YB Pmtg Pasir buktikan diri boneka DAP” di pautan https://harakahdaily.net/.../yb-pmtg-pasir-buktikan-diri.../ berhubung kenyataan saya berkaitan isu kontroversi penjagaan anak melibatkan Pn Loh Siew Hong. Saya menegaskan bahawa kenyataan oleh PAS tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.

2. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kenyataan saya pada 16 Februari lalu adalah bagi memberikan pandangan undang-undang hari ini bahawa penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun memerlukan kebenaran kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa. Oleh itu, penukaran satu pihak oleh ibu atau bapa (unilateral conversion) tidak dibenarkan dan boleh dibatalkan oleh mahkamah. Di mana salahnya kenyataan tersebut?

3. Saya ingin bertanya kembali, apa salahnya saya menyatakan maksud ayat al-Quran bahawa tiada paksaan dalam agama (Surah Al-Baqarah:256)? Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah sama ada melalui mulut, jari atau hati menyokong mana-mana orang Islam dimurtadkan. Justeru itu, PAS diingatkan agar tidak memutar-belit (spin) kenyataan saya semata-mata untuk maraih sokongan politik murahan.

4. Saya tetap berpendirian bahawa keislaman anak-anak tersebut perlu dipertahankan. Seharusnya, pihak berkuasa berunding secara baik dengan ibu mereka dan menawarkan khidmat kebajikan supaya isu ini tidak diapi-apikan dan keislaman mereka terpelihara walaupun dijaga oleh ibu mereka berdasarkan Perintah Mahkamah. Adalah menyedihkan jika keislaman mereka dibatalkan oleh mahkamah, dan jika ini berlaku, siapa yang harus dipersalahkan?

5. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan terbaik melalui tutur bahasa yang baik dan rundingan damai dapat mengharmonikan keadaan dan menguntungkan Islam. Sirah perjanjian Hudaibiyah banyak hikmahnya jika kita bijak menilai dan memahaminya kerana struktur sosial Malaysia yang berbilang agama dan kaum (majmuk).

6. Saya menegaskan sekali lagi bahawa kenyataan saya bukan bersifat politik. Politik nilai dan khidmat serta agenda keadilan sosial dan demokrasi yang saya perjuangkan akan menjadi pertimbangan rakyat untuk menyokong saya. Saya tidak memilih agenda politik sentimen murahan seperti PAS untuk meraih sokongan rakyat pelbagai kaum.

Faiz Fadzil

28 Februari 2022

 

KEMPEN BUKAN SAHAJA TAK BERETIKA , TAPI KURANG CERDIK....















Tahun 2022 masih ada lagi berkempen tidak beretika.

Gerun dengan Biru Muda?

Berlaku di Tenggaroh dimana calon KEADILAN ditandingi oleh anak watan, Puan Zulinah A Johari N33 Tenggaroh .

Laporan polis telah dibuat.

Ayuh! Lawan Tetap Lawan!!!!

#johorbangkitmajubermaruah

#KitaPilihBiruMuda

 

AIRMATA PEMBELI RUMAH PRIMA - TAHU TAPI TERKENA JUGA AKHIRNYA









Aziem Property Terengganu is with Effa Raihani and Aziem Aaz.

S4t069l2fhuou5fn9hsuorf7h  · 

LUBUK JONG

Air mata pembeli. Dulu nasihat demi nasihat pandangan demi pandangan diberi pelbagai pihak, tapi nak buat macam mana orang kita ini kalau sudah kena barulah nak percaya.

Tambah lagi ini projek kerajaan. Jadi sekarang ini kerajaan atau kontraktor yang salah percaturan? Atau kita terima saja sebagai ujian dari Tuhan? Lagi-lagi tuhan di persalahkan, sedangkan usaha ikhtiar haruslah didahulukan sebelum tawakkal.

Orang kita ramai sebenarnya sudah tahu dan faham kawasan ini kawasan rendah. Semuga Allah pelihara pemilik dan penduduk kawasan ini.

#property

 

 

Nelayan temui batu muntah ikan paus, nilainya cecah RM13 juta

 


Nelayan temui batu muntah ikan paus, nilainya cecah RM13 juta


Baru saja dengar kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah di Thailand menemui muntah paus bernilai RM2.9 Juta, kali ini seorang lagi lelaki di Thailand menemui muntah paus yang nilainya jauh lebih tinggi.

Seorang lelaki yang juga nelayan di Thailand, Narit Suwansang menemui muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai sehingga 100 juta bath (RM13.4 juta).

Narit Suwansang, 60, menemui batu muntah paus atau juga dikenali sebagai ambergris itu ketika berjalan di sepanjang pantai Laem Talumphuk.

Ketika berjalan dia menemui bongkah batu besar dan serpihan kecil berwarna kuning. Nalurinya mengatakan batu itu bukan batu sembarangan dan berhasrat untuk membawanya balik ke rumah. Walaubagaimanapun, dia terpaksa balik semula dan memanggil ahli keluarganya untuk membantunya mengangkat batu tersebut kerana terlalu berat untuk diangkat seorang diri.

Dia membuat beberapa ujian kepada batu tersebut dengan menggunakan kaedah pembakaran, dan akhirnya dia mengetahui batu tersebut adalah ambergris yang sangat berharga selepas ianya mengeluarkan bau aneh.

Berat batu tersebut dianggarkan sekitar 100 kg dan paling berat yang pernah ditemui dalam sejarah. Oleh itu, Narit Suwansang sudah hampir pasti menjadi jutawan segera jika berjaya menjualnya kepada pembeli yang berminat.

Tambahnya lagi dia juga sudi bekerjasama dengan pakar-pakar yang berminat untuk memeriksa ketulenan batu ambergris yang ditemuinya itu.

Narit Suwansang memberitahu seorang ahli perniagaan Phuket menawarkan untuk membeli batu itu dengan nilai 960,000 bath (RM128,974) sekilogram jika batu ambergris itu berkualiti dan datang daripada muntah paus gred A.

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap muntah paus (ambergris) ini ditemui di Thailand seperti yang pernah dilaporkan di Rayong, Surat Thani dan wilayah Trang.

Antara kegunaan ambergris ini adalah dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik dimana ianya bahan yang sangat berharga dan berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

SOP kempen ketat, jom naik bas bersama Dr Maszlee




Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen yang amat ketat dan tidak membenarkan calon bertemu orang ramai mengedar risalah atau beramah mesra menyebabkan Calon KEADILAN DUN Layang Layang Dr Maszlee Malik muncul dengan idea kreatif menggunakan bas antik untuk meronda sekeliling kawasan.


Menurut Dr Maszlee, bas pada era 1970 - 1980an tersebut unik dan mengimbau nostalgia mengenai pengangkutan awam di Layang Layang beberapa dekad lalu.


"Bas yang penuh nostalgik di pekan yang begitu banyak nostalgia," katanya.


Semalam, bas tersebut membawa Nurul Izzah Anwar dan jentera kempen KEADILAN menemui pengundi dan mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.



Dr Maszlee, Nurul Izzah dan petugas KEADILAN menaiki bas nostalgia