Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi merekod keterangan Datuk Rohana Rozhan di Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini, susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut sumber, ia bagi mendapatkan penjelasan berkaitan beberapa isu dan SPRM turut merampas dokumen kewangan yang berkenaan untuk membantu siasatan.