Anwar kemuka usul bahas keterangan Leissner

 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keterangan Tim Leissner berkait Bank Negara melibatkan kepentingan orang ramai.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk membahas keterangan Tim Leissner berhubung penglibatan Bank Negara (BNM) berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ia adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya.