SUARA 160 KETUA BAHAGIAN UMNO SEDIKIT PUN TIDAK MEMBUATKAN PM GENTAR



18 July 2025


Seramai 160 Ketua Bahagian UMNO dilaporkan mencapai kata sepakat mendesak Perdana Menteri agar melaksanakan dengan segera titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan.


Ketetapan itu diambil dalam perjumpaan yang dihadiri 145 Ketua-Ketua UMNO Bahagian di sebuah hotel di Bukit Bintang, malam tadi.


Desakan lain ialah menggesa Peguam Negara menarik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman berhubung titah adendum tersebut.


Persoalan pokok dalam perkara ini ialah apakah Anwar Ibrahim ada rasa gentar dengan desakan itu, kemudian tunduk untuk memenuhinya?


Walaupun UMNO ada 191 bahagian di seluruh negara dan jumlah 160 Ketua Bahagian yang setuju dengan desakan itu boleh dikira memiliki majoriti yang kuat, tetapi percayalah, semua ini tidak membuatkan Perdana Menteri bimbang, jauh sekali untuk berasa gentar.


Yang Perdana Menteri ada sedikit gentar hanyalah jika 26 Ahli Parlimen UMNO yang membuat desakan tersebut.


Tentunya lebih membuatkan Anwar menggigil jika 26 Ahli Parlimen UMNO itu turut berani mengugut untuk menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, kiranya desakan mereka tidak diberi perhatian.


Kenapa langkah seperti ini tidak dilakukan?


Setakat suara 160 Ketua Bahagian, walau sekuat mana sekali pun mereka menjerit, Anwar tidak  gentar walau sedikit pun, bahkan sehelai bulu romanya pun tidak jatuh  selagi Presiden UMNO dan 26 Ahli Parlimen parti itu masih sayangkan kedudukan serta jawatan dalam kerajaan.


Persoalan seterusnya, dalam 160 Ketua Bahagian yang membuat desakan itu, berapa ramai Ahli Parlimen ada di dalamnya?


Jika tiada seorang pun Ahli Parlimen turut terbabit, semua ini tidak lebih sekadar drama untuk menghiburkan hati Najib semata-mata.


Selain itu, Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sendiri tidak hadir dan dilaporkan berada di New Zealand ketika ini.


Kenapa UMNO mengadakan pertemuan berkaitan isu sepenting ini, tetapi diadakan ketika Presiden UMNO berada di luar negara?


Kenapa tidak ditangguh dan diadakan pada tarikh lain di ketika Presiden UMNO berada di dalam negara?


Bukankah jika UMNO benar-benar mahu memperjuangkan keadilan buat Najib bersama perjuangan untuk mendaulatkan titah Raja, ia sepatutnya mesti dihadiri Presiden serta semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO sekali?


Apakah keadaan ini satu lagi drama yang sengaja dipentaskan menjelang Perhimpunan Agung UMNO sebelum hujung tahun ini?


Dalam hal ini, memetik kata-kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebelum ini – kalau UMNO keluar kerajaan, dua jam kemudian akan ada parti lain jadi penggantinya.


Ertinya apa tuan-tuan? – ertinya Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang ada kuasa berbuat sesuatu atas nama parti itu hanya memikirkan jawatan dan kedudukan, bukan perjuangan. – ShahbudinHusin 18July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/suara-160-ketua-bahagian-umno-sedikit-pun-tidak-membuatkan-pm-gentar/




HIMPUNAN ALOQ SETAQ ...TAK CUKUP JOMLAHHH.


Sham Ghaz.



 Fadhli Shaari gelabah, kehadiran 15% daripada target. Tin Milo tak penuh.


Target 20,000 mai 3,000 je. 


Tengoklah sendiri riak muka ceroi dia malam tadi 😅





Nampaknya bukan Anwar Ibrahim yang bukan kena turun, yang WAJIB TURUN adalah Abdul Hadi Awang, Muhyiddin Yassin, Sanusi Md Nor, Hamzah Zainudin, Mahathir bin Mohamad.


Dah jadi warga emas duk rumah jaga cucu sudah lah




Peristiwa Memali. Mati Katak vs mati SYAHID= Sepenta.


Che Ibrahim 


Peristiwa Memali.


Haji Hadi kata mati syahid, Mahathir kata mati katak. 


Nak pakai wat mana???

Kedua dua sekarang berada sekandang atas nama negarawan.







SEKALI SEKALA TENGOK VIDEO SANUSI HILANG STRESS


 

ZAMAN MAHATHIR PECAT HAKIM.

 


Krisis kehakiman zaman 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dulu sebab dia 𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 yang tak buat keputusan selaras dengan kehendak dia.


Sebab dia 𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁! Bukan masa lantikan sebab lantikan ikut lunas perlembagaan. Faham? Soal orang dia ke apa, kalau YDP Agong setuju, habis kira.


Hari ni, 𝗧𝘂𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗠𝗮𝗶𝗺𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯. Bukan kena pecat macam 𝗧𝘂𝗻 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 𝗔𝗯𝗮𝘀 pun. Krisis apa yang ada walaun oi? Gila?


𝗦𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 yang pecat hakim sesuka hati walaun sanjung. Yang ikut peraturan dia suruh turun. Sah sah walaun ni 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀. Nak suruh orang ikut jalan yang salah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡 | 𝟭𝟵 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱




Siri Kaunter Bergerak Parlimen Pandan akan diteruskan lagi pada hari Sabtu ini.


Kaunter Bergerak Parlimen Pandan akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu)

Masa: 9 pagi - 12 tengah hari

Tempat: Pangsapuri Inai ABCD, Pandan Indah, Jalan Pandan Indah 21


Kepada rakan-rakan Pandan yang ada sebarang aduan, boleh terus adukan kepada saya pada sesi ini. Mohon sebarkan kepada semua.




PM ANWAR SOLAT JUMAAT DI PERSINT 14

 


Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14 Putrajaya bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh keberkatan, damai dan ukhuwah.









Solat Jumaat dipimpin Imam dan Khatib jemputan, Zainuddin Abdul Rahman yang menyampaikan khutbah bertajuk “Bayang yang Penuh Dusta”.


Khutbah menyentuh realiti hidup hari ini tentang tipu daya, kepalsuan dan helah yang kian menjadi kebiasaan lantas umat Islam diseru kembali kepada jalan kebenaran, kejujuran, dan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran Islam.


Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.


Mari terus memperbaiki diri, menjaga amanah, dan hidup dengan penuh keinsafan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




KENA KENCANG PUN WALAUN PERCAYA

 


USTAZ MUHAIZAD JAWAB HADI


 

ANWAR.... JADI MACAM MAHATHIR... TAK PAYAH NAK MEMBANTU LA NEGERI PEMBANGKANG NI.. BIAFKAN ZAJ.


 

PANDANGAN ANAK MUDZ TERPELAJAR

 


PAKAT ELOK ELOK LAM DEWAN... BUKAN PAYAH PUN


 

BANTUAN DAPAT... KERJA LA KUAT SIKIT...


 

CERAMAH KITA PAW


 

MAI QAMAI QAMAI.... ANWAR TAK JATUH


 

ANGAN ANGAN TEBUK ATAP MUSNAH

 


𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗚𝗜𝗚𝗜𝗛

 






𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱


𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗚𝗜𝗚𝗜𝗛


Pengumuman bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru sedikit meredakan kebimbangan awam mengenai isu-isu bersabit kebebasan badan kehakiman.


Bersama-sama dengan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, ia melengkapkan kepimpinan tertinggi badan kehakiman buat masa ini.


Reaksi awal kepada pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah bercampur- campur, memandangkan latar belakang beliau yang pernah menjadi pemimpin Umno suatu ketika dahulu dan dilihat lebih junior berbanding sebahagian hakim-hakim yang lain.


Kami berharap sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, Datuk Wan Ahmad Farid menerima pelbagai pandangan ini dengan terbuka.


Ia sewajarnya menjadi pedoman dan dorongan untuk membuktikan kepimpinan beliau kelak akan mempertahankan kebebasan badan kehakiman dengan lebih baik, mengatasi rekod cemerlang Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menyandang jawatan itu sebelum ini.


Oleh itu, sebagai ahli-ahli parlimen, kami berharap kepimpinan badan kehakiman di bawah Datuk Wan Ahmad Farid akan meneruskan usaha mengukuhkan kebebasan badan kehakiman, dengan menyelesaikan isu-isu berikut yang telah timbul:


1) Memuktamadkan lantikan hakim-hakim untuk mengisi 31 kekosongan secepat mungkin, untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan pentadbiran kehakiman;


2) Memastikan lantikan hakim-hakim adalah benar-benar berasaskan merit dan senarai kekananan, agar ia berlaku adil kepada hakim-hakim yang telah lama berkhidmat dan bertanggungjawab menjaga mutu dan nama baik badan kehakiman;

 

3) Memastikan lantikan hakim-hakim mengikut proses yang sewajarnya di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta JAC, supaya pelantikan dibuat berasaskan merit dan senarai kekananan dengan sewajarnya;


4) Memastikan tidak ada campur tangan untuk mencatur, mengawal atau mempengaruhi lantikan hakim-hakim yang bertentangan dengan prinsip kebebasan badan kehakiman, Perlembagaan Persekutuan, Akta JAC mahu pun semangat tatacara yang perlu dipatuhi supaya proses lantikan adalah mengikut merit dan berlaku adil kepada hakim-hakim, dan


5) Menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan di dalam mesyuarat JAC sebelum ini, termasuklah tindakan susulan untuk menyiasat tuduhan cuba mempengaruhi keputusan kehakiman yang dibuat terhadap seorang hakim Mahkamah Persekutuan.


Kemelut pelantikan kepimpinan badan kehakiman mutakhir ini menunjukkan perlunya reformasi untuk mengukuhkan lagi proses lantikan hakim, supaya perkara ini tidak berulang lagi.


Kami berharap pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak memandang perkara ini telah selesai sepenuhnya, selagi penambahbaikan kepada proses lantikan badan kehakiman tidak dibentangkan kepada rakyat dan dilaksanakan.


Ini meliputi beberapa pandangan yang wajar diambil kira, termasuklah:


i. Cadangan supaya kuasa Perdana Menteri menolak senarai pencalonan dari JAC ditambahbaik, agar kuasa ini ada hadnya dan Perdana Menteri wajar memberi alasan rasmi (sama ada kepada JAC atau Parlimen) kenapa calon yang telah disaring oleh JAC ditolak;


ii. Cadangan supaya calon-calon dari badan guaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilantik secara automatik menganggotai JAC, seterusnya mengurangkan kuasa Perdana Menteri untuk melantik majoriti anggota JAC seperti sekarang; dan


iii. Cadangan supaya Parlimen dilibatkan dalam mengesahkan pencalonan dari JAC sebelum dibawa kepada Perdana Menteri, sama ada dalam bentuk pendengaran pengesahan (𝘤𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘩𝘦𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨) seperti yang berlaku di negara-negara lain, atau dalam bentuk undi parlimen (mengikut mekanisme undian yang boleh ditentukan kelak).

 

Kami akan terus memberi perhatian kepada perkara-perkara ini supaya ada suara dari 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘣𝘦𝘯𝘤𝘩𝘦𝘳𝘴 untuk memastikan proses reformasi ini dapat berjalan secara berterusan.


𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮, 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝗵𝗹𝗶-𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜, Ahli Parlimen Pandan

𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗, Ahli Parlimen Setiawangsa

𝗪𝗢𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗘𝗡, Ahli Parlimen Subang 

𝗥𝗢𝗗𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟, Ahli Parlimen Ampang

𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡, Ahli Parlimen Wangsa Maju

𝗕𝗔𝗞𝗛𝗧𝗜𝗔𝗥 𝗪𝗔𝗡 𝗖𝗛𝗜𝗞, Ahli Parlimen Balik Pulau 

𝗦𝗬𝗘𝗗 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗦𝗬𝗘𝗗 𝗡𝗢𝗛, Ahli Parlimen Ledang 

𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗩𝗔𝗡, Ahli Parlimen Sungai Siput

𝗢𝗡𝗡 𝗔𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥, Ahli Parlimen Batu Pahat




DESAKAN KETUA BAHAGIAN UMNO KETERLALUAN

 

Razef RAKIMIN.


Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah selepas perjumpaan bersama 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara berkenaan isu Titah Adendum kepada Datuk Seri Najib Razak.


Saya melihat kenyataan terdesak yang dibuat tanpa meneliti isu dan prosedur adalah tindakan bodoh dan jelas menunjukkan tidak ada yang cerdik di kalangan Ketua-ketua Bahagian UMNO.


Dalam isu pengampunan kepada Najib Razak, Lembaga Pengampunan telah bersetuju mengurangkan hukuman penjara kepada enam (6) tahun dan denda sebanyak Rm50 juta berbanding hukuman 12 tahun penjara dan Rm210 juta denda sebelum ini. Ini sahaja.


Titah adendum untuk memberikan Najib Razak tahanan rumah cuma dikeluarkan selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan. Jika dilihat dari sudut Perlembagaan, titah ini tidak 'valid' kerana tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.


UMNO yang saya percaya ramai pengamal undang-undang harus faham menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 42(4), kuasa pengampunan tertakluk kepada nasihat Lembaga Pengampunan. Dan menurut pindaan 1994 Perkara 40(1A), nasihat ini mesti dipatuhi Yang DiPertuan Agong.


Maka UMNO atau keluarga Najib Razak sepatutnya menuruti titah Yang DiPertuan Agong untuk membuat permohonan baru supaya ianya dapat melalui proses yang betul melalui Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan.


Tindakan mengugut menggunakan titah adendum yang dikeluarkan tanpa melalui prosedur sah hanya menunjukkan UMNO dipenuhi oleh pimpinan kurang cerdik. Sekurang-kurangnya UMNO perlu hormat undang-undang dan sistem kehakiman dengan menunggu prosedur mahkamah berkaitan adendum diselesaikan terlebih dahulu.


Mereka sepatutnya berterima kasih kerana walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah dihukum penjara ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri, namun beliau tidak berdendam sebaliknya memohon hukuman Najib Razak dikurangkan bagi mengenang jasa beliau ketika menjadi Perdana Menteri.

@highlight




ORANG RAMAI PUN TAK PERCAYA PAS PEJUANG ISLAM, MELAINKAN MENUNGGANG AGAMA.

 

Che Ibrahim


Tidak ada sesiapa lagi yang percaya Pas berjuang untuk Islam kecuali walaun. 


Pas hanyalah parti politik sebagaimana parti parti politik yang lain, bezanya Pas menunggang Islam untuk politik.




UMNO ada 3 team tapi masih berpura-pura bersatu


Mukhlis Addie





1. Team Perpaduan UMNO–PH


Mereka inilah yang sanggup peluk PH demi kuasa.


Sanggup telan segala ludah lama asal dapat jawatan.


Kononnya demi kestabilan, padahal demi survival peribadi.


2. Team UMNO Solo


Ini team “berprinsip” kata depa.


Tak mahu kerjasama dengan PH sebab dulu PH musuh utama.


Asyik hentam PH siang malam, tapi tak ada pelan konkrit nak menang solo.


Kadang lebih mesra PAS walaupun PAS dah tikam berkali-kali.


3. Team Najib (Bossku)


Masih setia dengan “naratif penganiayaan”.


Kononnya bersama perpaduan, tapi hakikatnya sakit hati sebab Najib tak dibela.


Depan senyum dengan PH, belakang tabur fitnah dan jadi batu api untuk porak-perandakan kjaan perpaduan.


Nak PH tolong lepas Najib tapi dalam diam tikam kiri kanan.


p/s UMNO nampak macam bersatu... tapi hakikatnya masing² bawa agenda sendiri. Yang jadi mangsa? Rakyat. Yang penting bagi mereka bukan masa depan negara, tapi masa depan politik masing-masing.




UMNO AKAN TERUS DI BENAM JIKA TERUS DESAK ISU NAJIB


 ISWARDY Morni


Tak payah nak ugut ugutla. Umum je keluar kerajaan senang. Puad zakarshi pun sokong. Umno dah tak releven kerana najib dan akan terus kena benam kalau masih sokong najib



TAK HABIS LAGI BAB ADDENDUM? SAYA ULANG SIARLAH: DISOROKKAH ADDENDUM ITU?



(Tulisan asal 15 Januari 2025)






Dalam satu perbincangan hangat di kalangan pimpinan Keadilan sendiri, saya sudah memberi satu analogi, Ketua Cabang punya kuasa prerogatif (mutlak) untuk melantik Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiausaha Pengelola Cabang contohnya, tetapi persoalannya, bolehkah perlantikan ini dibuat di luar mesyuarat Cabang?


Titah Addendum sudah disahkan ada, diserahkan oleh Tuanku Al-Sultan Abdullah semasa baginda masih bergelar Yang di-Pertuan Agong kepada Peguam Negara. Masalahnya titah ini bertarikh 29 Januari 2024, sedang keesokan harinya, 30 Januari 2024 adalah hari terakhir Tuanku Al-Sultan Abdullah bersemayam di Istana Negara, bahkan pada 30 Januari itu juga berlangsung Majlis Istiadat Keberangkatan Balik YDPA ke Negeri Pahang. Peguam Negara yang menerima Titah Addendum itu kemudiannya menyerahkan titah tersebut kepada Agong yang baru, Tuanku Sultan Ibrahim.


Jelas Titah Addendum tidak pernah melalui dan memasuki mesyuarat Lembaga Pengampunan. Oleh kerana itu ada sebab mengapa kerajaan (Menteri Wilayah berada dalam Lembaga Pengampunan) tidak pernah memberi komen tentang persoalan Titah Addendum itu, kerana mereka tidak punya kapasiti untuk memberi komentar, pertama kerana titah tersebut tidak pernah sampai ke Lembaga Pengampunan, kedua kerana titah tersebut sudah berada di tangan Agong yang baru, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengampunan. Menteri-menteri ini, waima Perdana Menteri sekalipun tidak boleh bertindak mendahului YDPA (semasa).


Perkara 42(1) dan (2) memang memberi kuasa prerogatif kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Tetapi Perkara 42 bukan hanya wujud dengan dua fasal. Perkara 42(4) menyatakan, "Kuasa yang disebut dalam Perkara ini--


(a) adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang peruntukan berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40."


Maka ia mesti dibaca bersama dengan Perkara 40(3) iaitu, Undang-Undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya.


Kumpulan orang selain Jemaah Menteri ini adalah Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 42(11).


Lalu saya, berdasarkan kepada fakta-fakta di atas percaya bahawa Peguam Negara telah bertindak secara jujur hati (bona fide) bila menyerahkan Titah Addendum itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru demi menjaga kemurnian dan integriti institusi Raja Berperlembagaan itu sendiri. Disorokkah ia?


Kalau ada yang mahu berkata ia disorok sekalipun, tanyalah kepada Bendahara Paduka Raja, kenapa sorokkan Hang Tuah di Hulu Melaka? Padahal titah Raja adalah untuk menghukum bunuhnya. Derhakakah Bendahara? Padahal dia sedang mempertahan kemuliaan dan kedaulatan Rajanya.


~~~~~~ tamat tulisan asal ~~~~~~


Persoalannya, selagimana Yang di-Pertuan Agong sekarang tidak memanggil mesyuarat Lembaga Pengampunan dan membincang serta membuat keputusan berkait dengan titah addendum ini, bagaimana pihak kerajaan mahu melaksanakannya?


Zukri Aksah 

Timbalan Ketua Cabang 

Keadilan Indera Mahkota 


#keadilan25 #keadilan25tahun #neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #kamikeadilan #KerajaanMadani #AkuKeadilan #PMX #Adendum #Addendum #DemiPertiwi #harapan #UMNOMalaysia 

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Najib Razak Parti Keadilan Rakyat Keadilan Pahang  Pakatan Harapan UMNO Online MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia




PM ANWAR HADAPI TEKANAN.


Hamdan Taha



 160 ketua bahagian umno mendesak PM dan Kerajaan segera laksanakan tahanan rumah untuk Dato Seri Najib


2. Perpecahan pemilihan PKR yang tidak dapat di selesaikan


3. Serangan Pembangkang turun Anwar di susun setiap negeri sehingga perhimpunan di KL pada 26 saptu minggu hadapan


4. Masalah dengan pihak kuning yang nak segala benda berniaga


5. Kepercayaan rakyat biasa yang tidak berparti berkurang keyakinan kepada pmx


6. Rakyat berbangsa cina dan india yang mula hilang kepercayaan pada pmx


7. Pilihanraya negeri sabah, melaka dan johor yang sudah dekat, satu cabaran buat pkr, bn dan ph sama ada boleh bekerjasama atau pun tidak..


Semua ni cabaran buat pmx dan zahid hamidi. Ketua ketua umno kita lihat boleh bertindak di luar pemikiran ahli pkr, jika pkr lemah dan gantung atau pecat 9 mp mereka pkr adalah parti kedua terkecil selepas Amanah dan upco dalam PH... Cabaran ini akan menguntungkan pihak tertentu kerana ketergantungan pmx pada beliau, dan belisu akan mengunakan kesempatan ini untuk mengaut segala kekayaan negara kepada beliau... Pmx akan ikut saja apa juga kehendaknya...


Akan ada pembentukan kabinet baru dan ada kemungkinan menteri kdn pun berpindah ke kementerian atau terus tak pegang jawatan... Kita tunggu dan lihat...


Perlantikan ketua hakim yang baru mengembirakan semua ketua umno bahagian kerana semua ketua bahagian kenal ketus hakim tersebut... Keyakinan umno tiba tiba bertambah dan mereka mula kearah najib kembali, walaupun dari 160 yang berkumpul hari ni ada beratus juga yang telah letak najib di luar persahabatan mereka, tapi kali ni dah sokong semula najib.... Politik ni sukar untuk kita faham... Tapi PMX terkesan...


Bila ada keluar arahan minta amk, cabang buat lapuran polis, kenyataan media untuk sokong pmx kekal PM dan buat lapuran supaya polis ambil tindakan kepada perhimpunan pada 26,semua ni duluuuuuuu umno dan pm umno jer yang buat kerja macam ni, dan masa tu pkr ketawa dan mengutuk cara kerja umno tersebut.... Tapi hari ni pkr buat perkara yang sama yang mereka benci dan kutuk dulu... Dunia kita berputar dan bulat...




2 PERISTIWA BUAT PEMBANGKANG TERJUN GAUNG!


Sham Ghaz








Menjawab semua persoalan bab perlantikan Ketua Hakim Negara.


Terima kasih YDP Agong dan Majlis Raja Raja. 


Akhirnya Tan Sri Wan Ahmad Farid dilantik jadi Ketua Hakim Negara.


Pembangkang mati kutu. Berhimpun di Stadium Bola Alor Setar, Kedah. 


Target 20,000 orang, datang cuma 3,000 sahaja.


Nampaknya bukan Anwar yang kena turun, kena Mahathir, Hadi Awang, Muhyiddin dan Sanusi kena TURUN.


Checkmate!!!




MINTA JA LEBAI SELESAIKAN.

Tarmizi Mohd Jam.


 Pidah oo Pidah. Suruh la Ostad baju hijau, serban hijau tu selesaikan kemelut kat Kg Sungai Baru tu. Mesti boleh! Amacam?




DiMANA BUKTINYA PMX CAMPURTANGAN

 



Faiz Hajari


Tuan Saiful Izham Ramli, saya yakin tuan ada salinan minit yang bocor tu. Jika tuan ada, boleh rujuk perkara 4.1.1.1(c)(2) yang antara lain menyatakan (tanpa mengikut harfiah ayat)


"beliau (tan sri Ahmad Terri) semasa menjadi Peguam Negara telah membantu PM pada ketika itu untuk menasihatkan YDPA akan perlantikan seorang individu menjadi Hakim Besar..."


Sedangkan perkara 34 Akta JAC jelas melarang perbuatan tersebut. Hukuman penjara maksimum 2 tahun dan denda maksimum RM100k tau!


"Itu isu Terri..apa kena mengena dengan PM?"


Bukankah Terri ini peguam negara? Tanpa menuduh sesiapa, secara logiknya adakah peguam negara boleh bertindak begitu dahsyat tanpa endorsement pihak atasan beliau? Dan apakah PMX tak sedar tindakan Terri ini bersalahan dengan akta? Jika beliau sedar, kenapa tidak diperbetulkan?


Sebab itu PMX kena jawab persoalan2 ini. Ini tidak...dah nak masuk hari ketiga dah sejak kebocoran tu berlaku, PMX tak sebut apa pun. Memorandum tadi pun Ketua Pengarah bahagian Undang2 je yang terima. Anak papa yang hadir tadi pun taknak tolong sambungkan pemberi memorandum ke papa beliau. Guane



Saiful Izaham Ramli.


Jawapan saya untuk Sdr Fais Al Hajari, semoga ianya memberikan kejelasan tentang isu2 yg dia bangkitkan...


Wallahualam...


Sdr Fais Al-Hajari ,


1. Pertama sekali, dukacita ingin saya maklumkan bahawa saya tidak mempunyai dalam milikan saya keseluruhan minit Mesyuarat JAC yg dibocorkan dan tidak mempunyai sebarang akses kepada minit Mesyuarat tersebut, sebagaimana tanggapan Sdr. 


2. Komen saya di medium media Sosial Twitter atau X yang Sdr kongsikan di ruangan ini adalah berdasarkan kepada gambar2 yg disebarluaskan yg dikatakan sebagai minit Mesyuarat JAC yg dibocorkan dan laporan media oleh Malaysiakini tentang komen Puan Latheefa Koya berkaitan perkara yg sama.


3. Keduanya, sekiranya benar Sdr punya akses kepada keseluruhan minit Mesyuarat JAC tersebut, sepertimana yg Sdr sendiri berikan bayangannya, dan sekiranya benar wujud apa yg Sdr sendiri rujuk sebagai perkara 4.1.1.1(c)(2) dari minit Mesyuarat JAC tersebut, yg Sdr nyatakan ".... yang antara lain menyatakan (tanpa mengikut harfiah ayat), "Beliau (Tan Sri Ahmad Terri) semasa menjadi Peguam Negara telah membantu PM pada ketika itu untuk menasihatkan YDPA akan perlantikan seorang individu menjadi Hakim Besar...", saya berpandangan bahawa tindakan 'membantu PM ketika itu' adalah suatu tugas rasmi/professional beliau selalu Peguam Negara untuk menasihati Perdana Menteri dalam apa-apa perkara berkaitan Perundangan, dan bukanlah merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34 Akta 695 yg Sdr sendiri rujuk.


4. Sila rujuk Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan berkaitan tugas-tugas Peguam Negara.


5. Seksyen 34 Akta Suruhanjaya Perlantikan Hakim 2009 (Akta 695)(Sebagaimana pada 1 Mei 2014) pula menyatakan seperti berikut :


Mempengaruhi atau cuba untuk mempengaruhi Suruhanjaya


_"34. Mana-mana orang yang, selain dalam menjalankan tugasnya, secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui manamana orang lain dengan apa jua cara mempengaruhi atau cuba untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya atau mana-mana anggotanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."_


Seksyen yg saudara rujuk tersebut adalah merupakan satu kesalahan mempengaruhi atau cubaan mempengaruhi sebarang keputusan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) dan/atau mana-mana Anggota JAC.


Ini bukan satu seksyen yg betul utk menafsirkan tindakan seorang Peguam Negara menasihati seorang Perdana Menteri atau mana-mana Anggota kabinetnya dalam apa-apa perkara sekalipun, termasuklah dalam hal berkaitan Perlantikan mana-mana Hakim, sebagai satu kesalahan di bawah Akta 695, kerana ITU adalah sememangnya tugas seorang Peguam Negara sepertimana yang diperuntukkan di bawah Faisal 2 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


Sebaiknya, Sdr memaparkan keseluruhan kandungan Seksyen 34 yg Sdr rujuk (disebut sebagai Seksyen, dan bukannya Perkara), supaya pembaca2 dan peminat2 penulisan saudara dapat memahami konteks sebenarnya Seksyen yg saudara rujuk tersebut.


Jadi, sekali lagi, dengan merujuk kepada kedua2 isu yang Sdr sendiri timbulkan, termasuklah dari minit Mesyuarat JAC yg dibocorkan, dekat celah mana yang dikatakan PMX cuba mencampuri dan/atau mempengaruhi keputusan dan/atau urusan Perlantikan Hakim mengikut Akta yang sedia ada?


Wallahualam....


Mohon dibetulkan sekiranya tafsiran Dan pandangan saya berkaitan undang2, terutamanya tentang peruntukan2 di dalam Perlembagaan Dan Akta sedia Ada, adalah Salah mengikut pandangan Sdr.



SYABAS DAN TAHNIAH YB RAFIZI DILANTIK DAN DIPILIH SEMULA?

Zaid Dedah Rancangan Sulit PAS?! Hamzah Calon PM, Bukan Muhyiddin??!!

Pemuda PH anjur himpunan, serah memorandum esok bantah penyokong Zionisme jadi Duta AS




Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan Himpunan Bantahan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia pukul 2 petang esok.


Perhimpunan di hadapan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur tersebut akan menyaksikan penyerahan memorandum rasmi kepada pihak kedutaan menolak pencalonan penyokong Zionisme itu.


Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK), Danish Hairudin, berkata bantahan di hadapan Kedutaan AS itu bertujuan mendesak Washington menarik semula pencalonan Adams dan menggantikannya dengan individu yang lebih sesuai.



Tegasnya, Adams merupakan individu yang sering membuat kenyataan celupar, memecah-belahkan dan provokatif, serta tidak selari dengan norma masyarakat majmuk di Malaysia.


“Dia telah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti Islam, menyokong secara terbuka rejim Zionis, serta mengutarakan pandangan yang merendahkan martabat wanita.


“Ini amat tidak wajar bagi seseorang yang akan mewakili AS ke Malaysia,” katanya pada sidang media di Restoran Amjal, Bangsar di ibu negara hari ini.



Turut hadir Ketua Biro Antarabangsa Pemuda PKR, Arief Izuadin Ahmad Jefferi; wakil Pemuda AMANAH, Mus’ab Muzahar; dan Iskandar Fareez (DAP).

Menurut Danish lagi, dibimbangi sikap dan pandangan Adams bukan hanya berisiko menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan AS, bahkan juga berisiko mencetuskan ketegangan yang tidak perlu di peringkat serantau.

Pengumuman Donald Trump mengenai pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia dihujani bantahan pelbagai pihak termasuk ahli politik negara ini.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Adams sebagai seorang nasionalis luar biasa serta usahawan yang sangat berjaya.


Trump turut memuji komitmen Adams terhadap apa yang digelarnya sebagai ‘Nilai Keunggulan Amerika’.





Selepas polis serbu pesta gay di Kelantan, Hadi kutuk lesbian dan gay



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengaitkan berlakunya keruntuhan moral dengan kemunculan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) kerana salah mengundi pemimpin yang bersifat perosak.


Kenyataan teraju Pas itu susulan tindakan polis melakukan serbuan terhadap perjumpaan kumpulan gay dihadiri hampir 100 lelaki di Kota Bharu, Kelantan bulan lalu.


Menurutnya, umat Islam kini ditimpa bencana sekularisme yang menyesatkan, apabila memisahkan urusan dunia daripada agama terutama kewajipan memilih pemimpin kerajaan tanpa sempadan agama Allah.


Akibatnya, kata Ahli Parlimen Marang itu, melantik pemimpin yang tidak layak dari segi ilmu dan akhlaknya, serta pembohong dan yang diputuskan kesalahannya di mahkamah.

“Apabila dia memohon pengampunan, bermakna dia mengaku akan kesalahannya.

“Keadaan ini menyebabkan umat Islam ditimpa berbagai-bagai kesusahan di alam dunia sebelum meninggal dunia dan menanti bencana hukuman Allah pada Hari Akhirat yang lebih menyeksa.


“Apabila tangan salah mengundi pemimpin yang disifatkan dengan ciri-ciri perosak dalam senarainya, iaitu berpolitik dengan kebendaan (rasuah), menipu dengan janji-janji bohong, dan melobi diri menjadi pemimpin, maka datanglah kerosakan aqidah melalui fahaman liberalisme dan pluralisme serta politik sekular yang terpisah daripada agama dan turutannya,” kata Hadi.

Selain itu, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan, turut berlaku ekonomi yang membebankan rakyat dengan inflasi disebabkan bergantung kepada jibayah (cukai), bukan hidayah yang memanfaatkan hasil dan sumber manusia.


“Demikian juga, serta bertambahnya kadar kemungkaran yang lemah dicegah, diikuti dengan kemusnahan alam sekitar.









“Maka, muhasabah wajib dilakukan dengan mengubah kepada pemimpin yang benar-benar beriman dan budiman bersama ilmunya, bukan pemimpin yang berlagak,” kata Hadi menerusi siri Minda Presiden semalam.



Pada pertengahan bulan lalu, polis menyerbu perjumpaan kumpulan gay di sebuah banglo di Jalan Kemumin, di Kota Bharu yang dipercayai disertai hampir 100 lelaki.


Dalam serbuan yang dilakukan jam 1 pagi itu, polis turut merampas ratusan kondom dan ubat HIV hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, bagaimanapun berkata, ketika serbuan dilakukan, puluhan lelaki yang lain sudah pulang dan 20 lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun.


Jelasnya, daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya dikenakan tuduhan di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.


“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan.


“Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” kata Mohd Yusoff lagi.





Pastikan pemimpin, penyokong Pas tidak celupar tuduh orang lain dengan isu LGBT


 

Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed menasihatkan Pas yang menerajui kerajaan negeri agar tidak memfitnah pihak lain terbabit dalam gejala negatif lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Pastikan dalam usaha mencegah, pemimpin/penyokong Pas tidak celupar mulut menuduh orang lain dengan isu liwat, LGBT atau seumpamanya,” katanya.

Ustaz Che Ibrahim Mohamed

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud (gambar atas) susulan pesta gay dihadiri kira-kira 100 lelaki di Kota Bharu.



Kenyataan Ketua Penerangan Pas Kelantan itu juga selepas negara digemparkan dengan sejumlah kes berkaitan dadah di negeri berkenaan termasuk melibatkan pengusaha salun dan kedai makan yang dikenali sebagai ‘Yuyu’.


“Isu pelbagai jenayah dan kemungkaran seperti pengedaran dadah, LGBT, scammer yang menjalar hendaklah diambil tanggungjawab dan ditangani bersama.


“Agenda amal Islami dalam masyarakat hendaklah dipertingkat di semua institusi; keagamaan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kesihatan, pendidikan termasuklah perniagaan dan penguatkuasaan,” katanya.


Kelantan terus dibelenggu masalah penyalahgunaan dadah apabila mencatatkan jumlah statistik tertinggi di Malaysia membabitkan 1,130 kes dalam setiap 100,000 penduduknya.


Terengganu pula kedua tertinggi dengan 914 kes, diikuti Perlis (965 kes) dan Kedah (898 kes) bagi jumlah penduduk sama.


Pada Mac lalu, polis Kelantan mendedahkan, ramai pengasas produk dan pempengaruh di negeri itu dikesan terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kebanyakan mereka menggunakan modus operandi sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah.


Menurutnya, kes pertama membabitkan tangkapan pengasas produk bersama dadah bernilai RM5 juta pada 2020 yang menjadikan perniagaan sebagai topeng kepada kegiatan haram.






CERMIN DULU MUKA LEBAI PRESIDEN KATA KERAJAAN GAGAL! KERAJAAN PAS MACAM ...

DISKUSI ANAK MUDA MADANI TOLAK PAS - WAN MAHUSIN & AFNAN OMAR

HRC LIVE!! - RAFIZI BERSEDIA DIPECAT | AMANAT ORANG KELUAR GUA DIKEDAH



Rafizi Ramli berikrar untuk terus bersuara meskipun ada usaha untuk menutup mulutnya dengan saranan agar keanggotaannya dalam PKR digantung selepas menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi meneliti isu pelantikan hakim-hakim kanan. Penggantungan terhadap Rafizi serta lapan ahli parlimen PKR yang lain tidak akan menyelesaikan sebarang isu yang wujud dalam parti. Tindakan disiplin hanya akan mencemarkan imej PKR, terutamanya kerana parti itu pernah menghadapi kritikan yang jauh lebih keras daripada ahlinya sendiri.






KONTRAVERSI KEHAKIMAN SAH TAMAT


 

NAK JUGA NAJIB KELUAR...HUTANG BUAT BILLION BILLION MINTA GAK KELUAR..REGA SAHAM FELDA TINGGAI 105 PUN NAK JUGA DIA BEBAS..


 Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh negara malam ini sebulat suara mendesak kerajaan agar segera melaksanakan Titah Addendum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang memperkenankan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.











Jurucakap pertemuan, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Shafie Abdullah berkata, keputusan itu dicapai dalam satu perjumpaan khas yang diadakan sebagai respon kepada kenyataan media Setiausaha Agung UMNO bertarikh 11 Julai lepas.


📸 TRI