MINYAK KAMPIT MANA DIA ??? PMX HENTAM HAMZAH ZAINUDDIN CAKAP SEMBERONO


 

MENANTU PULA KENA CEKUP..UMPAMA CURAH AIR PADA KERA... DIA DATANG KEMBALI.


 

PADAN MUKA HANGPA...DULU HANGPA DENGAQ SANUSI DOK GELEMBONG HANGPA. HINA ANWAR..LA ANWAR JUGA HANGPA MINTAK TOLONG...BARU OADAN NGAN MUKA HANGPA.


 

KAT ALOHA TAK DENGAQ SEBUT PUNG....SAMA JA MANA PUN...KALAU GINI HANGPA TAK TAU MEMANG HANGPA JENIS BEEMUKA MUKA JA LA.


 

BOIKOT..

 

Fuh.. Ni lah akib4tnya kau bo!kot melulu je. Menyus4hkan pengusaha kedai. Kna ada ilmu ni👇




Adakah kita terlepas dari tanggungjawab?

 


Nik Hasyudeen


Walaupun saya gembira dengan kejayaan anak jalanan di Chow Kit ini, saya juga tertanya adakah kita boleh terlepas dari dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat?


Jika seorang anak boleh berjaya, bagaimana anak-anak lain yang tidak boleh bersekolah disebabkan sistem dan juga keadaan keluarga? Adakah semata-mata sebab kita tak pernah berjumpa mereka maka kita tak bertanggungjawab walaupun mereka dalam satu komuniti dengan kita? Mereka tak termasuk di dalam kategori “saudara”? Boleh pilih siapa yang kita nak iktiraf sebagai saudara dan siapa yang kita boleh buat macam mereka tak wujud?


Bagi saya, sikap “bersaudara secara terpilih” ni membahayakan kita di akhirat. 


Syukur seorang anak sudah berjaya dibantu, bagaimana dengan yang lain?


Cikgu Rohayu






TAK SEMUDAH TU ADA PILIHANRAYA.


MSO


 Apa yang tersimpul dalam kepala pemerhati politik kini kedudukan enam ahli parlimen dan seorang Adun Bersatu yang diberi notis untuk menyatakan kesetiaan mereka kepada parti. 


Jika mereka abaikan dan tidak sedia bersetia kepada parti mereka akan dipecat manakala kerusi mereka kosong maka pilihan raya diadakan. Itu harapan Bersatu.


Tetapi hakikatnya bukan semudah itu. Kita percaya tujuh wakil rakyat itu akan serahkan kedudukan mereka kepada Speaker agar menentukan apakah kedudukan mereka terbatal atau tidak. 


Dalam pada itu Speaker pula diyakini akan buat keputusan berdasarkan keputusan mahkamah. Speaker tidak apa formula lain untuk menentukan kedudukan mereka itu tanpa ada keputusan mahkamah. Bila mereka diistyharkan tidak sah mereka akan rujuk kepada mahkamah. 


Apabila menanti keputusan mahkamah dipercaya tidak semudah itu mahkamah untuk membuat keputusan. Mahkamah boleh menangguh keputusan selama mana tempoh tertentu mungkin sampai berbulan bulan sehingga 3/4 penggal parlimen berlalu. 


Jika demikian keadaan tertakdir kedudukan wakil rakyat itu terbatal atau digugurkan SPR boleh untuk tidak memanggil bagi mengadakan pilihan raya kecil kerana situasinya tidak terdesak.


Jika ini berlaku harapan Bersatu untuk melihat akan adanya pirake tidak menjadi kenyataan, dan pindaan undang undang parti itu bertujuan untuk batalkan tujuh wakil rakyat itu sia sia saja. Trims.



DEPA KATA BELI BARANG OK JA..

 

Bukannya saya sengaja berdua-duaan dengan pasangan tanpa ikatan yang sah, tapi keadaan memaksa. Mungkin kalau orang di luar sana turut berada dalam situasi saya, mereka akan memilih jalan yang sama," jelas Azlan.cerita lanjut 👇




PMX MENERIMA KUNJUNGAN MUBADALA ENERGY.









 Pagi tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Energy, Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed, seraya diapitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.


Mubadala Energy ialah syarikat tenaga antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi dengan pelaburan di 7 buah negara termasuk Malaysia. 


Syarikat ini kini aktif dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan melalui pelaburan dalam pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan penangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan (CCUS). 


Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai fokus dan kemajuan pelaksanaan pelaburan Mubadala Energy di Malaysia. 


Malaysia mengalu-alukan perancangan pelaburan ini yang turut terkait projek-projek berimpak tinggi tenaga boleh diperbaharu. 


Kehadiran pelabur-pelabur yang kukuh seperti Mubadala Energy adalah selari dengan usaha Kerajaan melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga. 


Sehubungan itu, saya maklumkan sokongan Kerajaan dalam memastikan pelaburan-pelaburan asing berjalan lancar dan memulakan operasi mengikut jadual.


#MalaysiaMADANI



KERAJAAN KELANTAN TOLONG JAWAB ISU BLACKROCK


 

UNDI PH KAMI SELESAIKAN MASAALAH AYAQ HANGPA.


 

HAAA.. INI YANG SALAHNYA...


 

TU DIA ALOHA...TAK PA KA ALOHA...MANA PI HABIH YB YB LEBAI...


 

PMX UCAP TAHNIAH KEPADA CALON YANG BERJAYA. MANAKALA YANG LAIN,, BANYAK LAGI CABANG USAHA DAN PELUANG YANG BOLEH DIBUAT

 


Tahniah buat anak-anak yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Kepada yang peroleh keputusan cemerlang, teruskan usaha kalian dalam mendepani fasa berikutnya dalam kehidupan.


Kepada yang kurang bernasib baik, ini bukan pengakhiran, sebaliknya masih banyak ruang dan peluang untuk cipta kejayaan baharu.


#MalaysiaMADANI



INI BUKAN TAKSUB PADA BANG NON...INI REAL..



 KENALI PMX.


PAKAR PERUNDING KEWANGAN.


1. Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia yang pertama sebagai ' PAKAR PERUNDING KEWANGAN ' yang diakui oleh Bank Dunia pada tahun 2008 berdasarkan pencapain cermerlang beliau ketika memeggang Portpolio Menteri Kewangan 1991 hingga 1998.


2. Sebaik DSAI diistihar sebagai Pakar Perunding Kewangan oleh Bank Dunia, 6 negara dari 10 yang terkaya di dunia memohon KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN dari DSAI.Negara-Negara tersebut adalah:


1. Arab Saudi.

2. UAE.

3. Qatar.

4. Kuwait.

5. Brunai.

6. Singapura.


3. Kerajaan Singapura mohon khidmat Nasihat Kewangan dari DSAI dan mereka bayar SD 100 Ribu bagi setiap satu Jam khidmat Nasihat Kewangan yang disampaikan oleh DSAI.


Sila rujuk Dato Saifuddin Nasution kerana beliau yang menyertai DSAI ke Singapura.


Nota:


1. Tulisan ini bukan bermaksud TAKSUB kepada DSAI,saya sedar DSAI hanyalah manusia biasa.


2. Matlamat tulisan ini adalah untuk mengekang,membendung dan melawan PEMBUNUHAN WATAK yang dilakukan ke atas DSAI oleh musuh-musuh politiknya.


3. Pembunuhan Watak bermaksud Fitnah atau Mengatakan hal yang TIDAK BENAR terhadap seseorang Individu agar rakyat dan masyarakat benci dan tidak suka serta tidak percaya kepada orang tersebut.


4. Pembunuhan Watak/ Character Assassination ialah usaha yang disengajakan dan berterusan untuk merosakan nama baik,reputasi atau kredibiliti Dato' Seri Anwar Ibrahim.


5.Pembunuhan watak adalah sebahagian dari Sains Politik yang harus dijawab dan dilawan dengan data serta maklumat yang berfakta.


6. Saya bekas pelajar DSAI di Yayasan Anda Akademik Kuala Lumpur dan juga bekas JEMAAH beliau dalam Pertubuhan Dakwah, Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) ketika itu DSAI adalah Presiden Saya.


Abdul Rauf Hj.Jainullah.



YANG NI LAGI BENGGONG- AKIBAT MAKAN NASI DENGAN AIR OREN....DIA PUNYA BANGGANG TAK BOLEH BLAH.....


 

HAAA...TUA DIAA...NI SATU LAGI EXCO DI KEDAH.

 


NAJIB DAPAT SOKONGAN AFIDAVIT KEDUA UNTUK JALANI TAHANAN RUMAH



Permohonan Najib Razak melalui semakan kehakiman untuk mengesahkan kewujudan titah adendum yang membenarkannya diberi tahanan rumah mendapat satu lagi sokongan melalui afidavit.


Jika sebelum ini, afidavit pertama melalui Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, kali ini afidavit kedua dilakukan oleh Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail.


Sama seperti Zahid Hamidi, Wan Rosdy juga menyokong agar Najib diberikan tahanan rumah sebagaimana titah adendum dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Dalam afidavit berkenaan, Wan Rosdy berkata, beliau juga telah diberitahu mengenai kewujudan titah adendum supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.


Dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas, Wan Rosdy memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai titah diraja itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 30 Januari lalu.


“Tengku Zafrul Tengku telah memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Aging ke-16 telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama) iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.


“Kedua, dengan terbit keputusan pertama, Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum) yang memerintahkan supaya Najib menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” jelasnya.


Berdasarkan cop masa pada dokumen itu, Menteri Besar Pahang itu memfailkan afidavit berkenaan pada 21 Mei lalu.


Menurut Wan Rosdy lagi, selepas dimaklumkan mengenai dakwaan titah adendum itu, beliau kemudian menghadiri mesyuarat dengan beberapa pemimpin UMNO lain di rumah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi di Kajang di mana perkara itu ada dibincangkan.


“Zahid Hamidi memberitahu dalam mesyuarat itu bahawa Zafrul telah memaklumkan perkara yang sama kepadanya sebelum ini, kata Wan Rosdy.


“Beliau (Zahid) juga menyatakan telah membaca perintah adendum tersebut sebagaimana ditunjukkan Zafrul kepadanya,” tambah Menteri Besar itu lagi.


Sebelum ini, Zahid memfailkan afidavitnya pada 9 April lalu bagi menyokong permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah.


Bagaimanapun, menurut surat-menyurat oleh Jabatan Peguam Negara kepada mahkamah sivil bertarikh 23 Mei, jabatan itu membantah permohonan Najib untuk memasukkan afidavit Wan Rosdy ke dalam prosiding.


AGC berhujah bahawa ini adalah kerana permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memasukkan afidavit tambahan oleh Wan Rosdy dibuat sangat lewat dalam prosiding semakan kehakiman.


Peguam responden berhujah bahawa Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak membenarkan pemfailan lewat sedemikian, terutamanya apabila mahkamah sivil telah mendengar hujahan lisan pihak-pihak terlibatpada 17 April, dan telah menetapkan 5 Jun ini untuk memutuskan sama ada Najib boleh mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman itu atau sebaliknya.


Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 1 April lalu ketika menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang atas sabitan dalam kes rasuah SRC International melibatkan dana RM42 juta.


Menurut afidavit Najib bagi menyokong semakan kehakiman tersebut, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, titah diraja membenarkan pengurangan hukuman itu disertakan dengan perintah tambahan yang mengandungi perintah tahanan rumah.


Bekas Presiden UMNO itu seterusnya memohon perintah mahkamah agar menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan, dan beberapa responden lain mengesahkan tidah adendum berkenaan.


Menurut salinan permohonan semakan kehakiman itu, Najib mendakwa Agong mengeluarkan titah adendum pada 29 Januari, hari yang sama dengan titah agar hukuman terhadapnya dikurangkan.


Najib memohon perintah mahkamah agar responden bukan sahaja mengesahkan titah tambahan itu tetapi juga “mengeluarkan segera pemohon dari penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, di mana pemohon akan terus menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.”


Najib juga memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberikan versi asal titah adendum, kos, dan sebarang relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Najib mendakwa dalam afidavitnya bahawa haknya telah terjejas dan dicabuli oleh responden apabila mengabaikan pertanyaannya berhubung titah adendum tersebut.


Beliau mendakwa tindakan responden yang tidak menghiraukan permintaannya merupakan pencerobohan langsung terhadap hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga penghinaan langsung kepada Agong.


Najib seterusnya mendakwa bahawa responden cuba menyembunyikan kewujudan titah adendum itu.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/27/najib-dapat-sokongan-afidavit-kedua-untuk-jalani-tahanan-rumah.html



BSKL MENINGKAT


MOHD SHAHRIM


 Jangan lah naik banyak sangat, bimbang beri impak pada kesihatan mental pembenci kerajaan..😇😇




SEDEKAHKAN PADA KELUARGA.



Mukhlis Eddie


 Oleh Ustaz Zolkharnain Abidin 


Pesan saya...



Gunakan duit yang kita ada hasil titik peluh kita untuk keluarga. Penuhi keperluan isteri. Utamakan keperluan pendidikan anak-anak.


Berikan mereka pakaian yang selesa, kediaman yang sesuai, makanan berkhasiat dan keperluan harian yang mencukupi.


Itulah sedekah paling utama.


Abaikan mana-mana agamawan yang meminta sumbangan untuk baiyai pusat pengajian yang dia buka. 


Abaikan saja. Itu bukan tanggungjawab asasi kita. Keluarga lebih utama berbanding pusat pengajian itu meskipun atas nama agama.


Jika pusat pengajian itu terpaksa ditutup sekalipun, biarkan. Pusat pengajian kerajaan yang beroperasi dengan sempurna masih ada. 


Kita dan ummah tak rugi setara mana pun jika pusat pengajian sebegitu ditutup. Bahkan kadang-kadang, penutupan pusat pengajian sebegitu menyelamatkan agama daripada terfitnah.


Juga, abaikan agamawan yang meminta sumbangan atas nama peribadi atau pertubuhan bertopengkan agama. Kononnya untuk dakwah dan ummah.


Agamawan sebegitu hidup senang, pakai kereta besar, makan angin di luar negara dan makan di restoran mewah bersama anak bini. Siap tunjuk gambar dalam media sosial lagi.


Kita yang menyumbang kepada agamawan sebegitu dapat apa? Dapat pahala atau dapat bala? 


Jika mahu bersedekah lagi, carilah jiran, saudara-mara yang benar-benar susah dan perlukan bantuan. Santunilah mereka seadanya.


Itu lebih baik daripada menghulur bantuan kepada agamawan yang menagih-nagih simpati untuk baiki kereta yang eksiden.


Memalukan...!




DIA MEMANG MAHAZALIM DEMI ANAKNYA

 


Mahathir 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 di pentas antarabangsa dengan membuat dakwaan negara ini 𝗱𝗶𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗰𝗲𝗸𝗮𝗽.


Tindakan itu membuktikan betapa Mahathir 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸 untuk 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Dan itu tidak lain tidak bukan hanya demi 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮.


Mahathir sedar sokongan terhadap DS Anwar semakin meningkat. Indikasi ekonomi seperti 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 yang kian stabil, peningkatan 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁, kadar pertumbuhan meningkat peratusan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 yang rendah dan pertambahan 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 makin menyukarkan misinya.


Kini Mahathir cuba untuk 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 dengan harapan pemulihan ekonomi akan terganggu sekali gus merosakkan kredibiliti PMX.


Itulah Mahathir. Dia tak peduli 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Kepentingan keluarganya 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Biar negara melingkup asal keluarga dan kroninya selamat.


Tapi apa yang Mahathir buat hanya menikam dirinya sendiri. Dia rasa dirinya dewa yang semua cakapnya 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮. Dia silap.


Dunia sekarang, 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗿𝗶. Bila dia bercakap, orang akan periksa dahulu. Segala info yang ada akan tonjolkan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴.


Kredibiliti Mahathir sendiri akan terjejas. Dunia akan melihat Mahathir sebagai 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝘆𝗮.


Mahathir ni akalnya masih terperangkap di era 80an. Sayang otaknya tak mampu bergerak 𝘀𝗲𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻. Sebab itu dia masih fikir dia masih mampu untuk menipu dunia seperti yang dilakukannya dulu.


Kalau keluarga Mahathir sayangkan dia, kalau mereka tak mahu Mahathir 𝗵𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮, nasihatilah dia.


Ini bukan zamannya lagi. Lagi banyak dia bersuara, makin teruk imejnya tercalar. Lebih baik dia tumpukan beribadah, bertaubat atas dosa silamnya yang banyak 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶𝗮𝘆𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

WOIII SANUSI... SETAKAT NI ANWAR DAN MAHADED JA YANG BERCAKAP DI OXFORD NU... TAKAT HANG NI DOK TANGGA OXFORD SAJA.. HANG NAK MUHONG SAPA WOIIII


 

FAHAM KA WALAUN

 

Bob Kelanang. 


RM2.06walaun ( trilion ) tertinggi dalam tempoh 3 tahun. Ini petanda ekonomi negara makin pulih. Walaunbodo faham ke dak?



TAK BAIK TAU. JANGAN PERCAYA BERITA PALESU... GITEWWW.

 

Ibrahim Mat Isa



Sebelum ni macam² kita dengar tohmahan orang kononnya kerajaan dah tandatangan. Ini kenyataan terbaru oleh Dr Dzul. Benda belum berlaku jangan duk fitnah kerajaan. Tak baik tau..







BUAT KERJA BIAR IKHLAS... BUKAN MALAS...

 

KAK GEE KEMBALI TERAJUI KEADILAN PAHANG 



Timbalan Menteri KPDN, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh  kini kembali terajui kepimpinan MPN Pahang dan beliau akan dibantu oleh Timbalannya, Sdr Rizal Jamin  iaitu Ketua Cabang K.Lipis yang kekal memegang jawatan tersebut dalam pengumuman yang dikeluarkan oleh Keadilan pusat semalam.


Semalam, Keadilan telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diPengerusikan oleh Presiden Keadilan, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.  Di dalam mesyuarat tersebut, turut diumumkan adalah pengerusi-pengerusi MPN yang baru bagi beberapa negeri lain.


Kembalinya YB (Senator) Fuziah atau lebih dikenali sebagai Kak Gee bukanlah satu berita yang mengejutkan.  Sebelum ini saya telah menulis bahawa terdapat kemungkinan beliau akan kembali menerajui MPN Pahang berdasarkan pengalaman beliau yang luas.  Namun ketika itu saya lebih yakin bahawa Sdr Rizal Jamin, Ketua Cabang K.Lipis akan diberi peluang sebagai pengerusi yang baru memandangkan beliau adalah Timbalan Pengerusi sebelum ini sewaktu di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Amiruddin Shari, MB Selangor sebelum PRU15 yang lalu.  


Kemunculan semula Kak Gee di dalam MPN Pahang rata-ratanya disambut baik oleh semua kepimpinan Cabang di seluruh negeri ini.  Saya yakin, Keadilan Pahang akan lebih bertenaga, aktif dan efisyen lagi dengan kembalinya Kak Gee ditampuk kepimpinan apatah lagi diperkuatkan oleh pemimpin muda Sdr Rizal Jamin selaku timbalannya.


Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kak Gee dan Sdr Rizal di atas perlantikan tersebut.  Keadilan Pahang mempunyai tugas yang amat berat dan besar selepas ini kerana kita perlu bersedia bagi menghadapi PRU16 sekitar tiga ke empat tahun lagi.  Tugas utama kita selain dari memperkuatkan kerajaan perpaduan yang terbentuk di negeri ini, Keadilan juga mesti bersedia untuk merampas kembali dua kerusi Parlimen kita yang hilang pada PRU15.  Keadilan juga mesti mempamerkan keikhlasan, kesungguhan dan komitmen yang tinggi di dalam mengeratkan lagi kerjasama dengan rakan-rakan parti yang lain di dalam Kerajaan Perpaduan.  


InsyaAllah, berkat kesungguhan semua kepimpinan di dalam MPN, peringkat Cabang dan akar umbi, Kerajaan Perpaduan di negeri Pahang akan terus kekal dan bertambah kuat lagi selepas PRU16 nanti, InsyaAllah.


Selamat berjuang 


WFAUZDIN NS



TMBAHAN RM 3 JUTA BAGI PROGRAM BELIA NEGARA








 Sewaktu berucap di Sambutan Hari Belia Negara 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka, saya singgung kepentingan dan peranan belia dalam memacu halatuju negara pada masa kini dan mendatang.


Bukan sahaja suara para belia perlu didengari, malah permintaan golongan tersebut perlu dilaksanakan dengan mengambil kira perubahan dunia ketika ini yang lebih ke arah pendigitalan dan modenisasi.


Justeru, undang-undang Suruhanjaya Gig terkait permintaan belia akan disiapkan dan Insya-Allah boleh dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.


Bagi memperkasa peranan para belia, saya mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM3 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi melaksanakan program dan pengurusan kelab-kelab belia seluruh negara.


Moga program belia seperti Rakan Muda terus diberikan keutamaan sekaligus dapat memanfaatkan kualiti dan taraf hidup golongan ini untuk kekal berdaya saing di pentas tempatan dan antarabangsa.


#MalaysiaMADANI



NAK BOIKOT JUGA? SAHAM SYARIKAT DI BLACKROCK


Rizal Akhir

 Saham syarikat Yahudi Blackrock di Malaysia. Nak boikot jugak ka?




PI JUMPA DUTA MALAYSIA SAJA... MENGARUT SANUSI NI...


 

MB SANUSI DI OXFORD UNIVERSITI? BIAR BETUL... BAHASA INGGERIS KAU PUN MELALUT. TAK PERNAH DENGAR PUN KAU BERCAKAP..... RUPANYA SAJA AMBIL GAMBAR KONONNYA BERI CERMAH... KAH.. KAH.. KAH



 



NAK SESUATU DARI KERAJAAN PUSAT.. JANGAN MAIN UGUT


 

KENA BATANG HIDUNG SENDIRI DIAM MEMBISU.. TU LA WALAUN DAN LEBAI



 

POLIS SEDANG MENGESAN CERITA PARTI DALAM GERABAK KTM YANG DISEWA.


 

MUHYIDDIN AKAN KE PENJARA... INI KISAHNYA. 10 JAM LALU