TMBAHAN RM 3 JUTA BAGI PROGRAM BELIA NEGARA








 Sewaktu berucap di Sambutan Hari Belia Negara 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka, saya singgung kepentingan dan peranan belia dalam memacu halatuju negara pada masa kini dan mendatang.


Bukan sahaja suara para belia perlu didengari, malah permintaan golongan tersebut perlu dilaksanakan dengan mengambil kira perubahan dunia ketika ini yang lebih ke arah pendigitalan dan modenisasi.


Justeru, undang-undang Suruhanjaya Gig terkait permintaan belia akan disiapkan dan Insya-Allah boleh dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.


Bagi memperkasa peranan para belia, saya mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM3 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi melaksanakan program dan pengurusan kelab-kelab belia seluruh negara.


Moga program belia seperti Rakan Muda terus diberikan keutamaan sekaligus dapat memanfaatkan kualiti dan taraf hidup golongan ini untuk kekal berdaya saing di pentas tempatan dan antarabangsa.


#MalaysiaMADANI