Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PH SABAH CADANG TUBUH KERAJAAN PERPADUAN
PH Sabah cadang tubuh kerajaan perpaduan
on:
Pergolakan politik Sabah boleh diselesaikan secara lunak sekiranya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan mencontohi konsep sama di peringkat Persekutuan.
Hal itu diutarakan oleh Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam kenyataan hari ini bagi menyelesaikan krisis politik ekoran Umno-BN menarik sokongan ke atas pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, ADUN ADUN PH Sabah tetap menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri dan menolak percubaan menubuhkan kerajaan pintu belakang.
“Susulan sokongan ini, kami bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat Persekutuan.
“Kami berdoa agar kemelut politik akan berakhir dalam masa terdekat dan kesejahteraan rakyat Sabah terus dibela dengan sokongan ini,” kata mereka.
Kenyataan itu turut menyebut tentang perlunya kestabilan politik Sabah bagi merealisasikan perjuangan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 bagi kesejahteraaan rakyat.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew; ADUN Tanjung Papat, Datuk Poon Fung Ming; ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe, ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang; ADUN Likas, Tan Lee Fatt dan ADUN Inanam Peto Galim.
HANGPA BUAT KERJA BETOI BETOI- MASA KEMPEN NAK JAWATAN SAMPAI BEREBUT SAKAN. NI NAK PRN NEGERI JANGAN BANYAK DUDUK SAJA .NANTI JADI "MAT SAJA.".BUKAN APA DULU ADA YANG BOLEH DUDUK PEJABAT, KITA CALL NAK MINTA TOLONG, WAH "AKU SIBUK" .BILA TAK DAPAT JAWATAN. LARI LINTANG PUKANG SALAH SANA SINI. PERANGAI MACAM NI TAK PATUT ADA. SEBAB APA, SEBAB JAWATAN SAJA..KEH..KEH..
AMK LIPAT GANDA PENERANGAN MENJELANG PRN
AMK lipat ganda penerangan menjelang PRN
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia akan melipat gandakan usaha penerangan bagi memastikan rakyat memahami perjuangan parti terutama dalam kalangan anak muda.
Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim berkata cabaran utama AMK adalah untuk memberi penerangan ke enam negeri yang akan mengdakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh beberapa bulan.
“Dalam 6 bulan ini kita akan menghadapi PRN. Sebagai sebuah parti politik, fokus kita akan bertanding dalam pilihanraya dan bercita cita memenangi pilihanraya.
“Kita telah melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dalam 2 bulan lepas dan dengan pengalaman cukup mencabar itu sekarang kita tetapkan hala tuju yang tentu sekali sedikit berlainan berbanding PRU lalu
“Ini juga adalah waktu kita memastikan gerak kerja di peringkat lapangan dilipat gandakan. Hala tuju dan penerangan, terutama naratif permasalah tempatan perlu diperhebatkan apatah lagi sebagai sebuah kerajaan, dan orang ramai akan mengharapkan kita menjadi bukan semata mata penyambung suara tetapi menjadi penyelesai masalah.
“Juga pelaksanaan polisi sebagai bechmark yang perlu diisi oleh parti yang sekarang mengisi kepimpinan,” kata Adam Adali ketika ditemui Suara Keadilan selepas mesyuarat Biro Politik di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.
Tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, penerangan yang betul amat perlu digerakkan terutama kepada anak muda di negeri yang bakal penghadapi PRN, yang mana pada PRU lalu mereka dipesongkan melalui propaganda negatif terhadap perjuangan KEADILAN dan Pakatan Harapan.
“Dalam PRU lepas, yang mengusarkan kita ialah maklumat salah, terpesong. Sedikit sebanyak menambah persepsi negatif kepada kita.
“Ini tugas yang kita perlu perhebatkan supaya dalam tempoh akan datang kita terangkan polisi kerajaan dan juga agenda yang dibawa parti sebagai sebuah parti reform.
“Apa perubahan nak dibawa, sama ada peringat kementerian dan di peringkat tempatan atau bagaimana perubahan di peringkat bawah memberi manfaaat (kepada rakyat).
“Ini perlu diperjelaskan dan ini tanggungjawab kita. Sekarang dah masuh tempoh di mana kita tidak anggap bulan madu. Ini tempoh berkerja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Adam Adli turut berpuas hati dengan penyertaan pimpinan AMK dalam pentadbiran kerajaan dan peringkat pentadbiran tempatan.
Beliau berharap pimpinan AMK akan menimba pengalaman di samping lebih bersemangat memperkukuhkan parti.
Kemelut Sabah: Pemimpin GRS, PH, Umno kumpul di kediaman KM
KOTA KINABALU: ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor bersama ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Umno berkumpul di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya.
Mereka tiba berasingan mulai 1.30 tengah hari tadi dan kini semua pemimpin terbabit masuk ke sebuah bilik untuk bermesyuarat.
Tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu namun difahamkan ia berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang akan berlangsung esok.
Selain itu, perjumpaan dipercayai membincangkan mengenai situasi politik semasa yang berlaku di Sabah ketika ini.
Semalam, Hajiji mendakwa beliau memperoleh sokongan 44 ADUN Sabah antaranya daripada GRS, PH dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menafikan kemelut politik itu sudah tamat dan berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta timbalannya yang juga Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kota Kinabalu malam ini bertemu pemimpin BN, GRS dan Warisan.
UMNO TAK JEMPUT ANWAR SERTAI PAU
Pemimpin parti lain, termasuk yang menganggotai kerajaan perpaduan tidak akan dipelawa ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 dari 11 hingga 14 Jan ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.
Katanya, PAU 2022 hanya membabitkan ahli Umno, parti komponen Barisan Nasional (BN) dan “Friends of BN” untuk menyelesaikan isu dalaman parti serta gabungan itu.
“Bukan saja parti lain, malah duta asing juga kita tak jemput, tidak seperti sebelum ini. Setakat ini, itulah keputusannya,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Ahmad berkata, keputusan tidak menjemput parti lain dan duta asing itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi Umno baru-baru ini.
Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno mungkin menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam kerajaan perpaduan untuk menghadiri majlis perasmian PAU 2022.
Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesahkan beliau tidak menerima jemputan untuk menghadiri PAU 2022 dari 11 hingga 14 Jan ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
0
BAGAIMANA UNTUK MENYELESAIKAN MATHEMATIC SOALAN BERBENTUK KBAT INI ? SILA JAWAB
CLUE BAGI SOALAN KBAT NI IALAH :
Kami dah cukup jooomlooooooaaahhhhhhhhhhhhhh
ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB.
PEMBANGKANG SEKARANG
ADRIAN LIM
Menurut laporan berita pada bulan Mei 2022, anak Ridhuan Tee, iaitu Syafi Tee telah dirakam bercium dengan seorang p0ndan.
P0ndan itu sah sah p0ndan sebab p0ndan tersebut mengaku dirinya “transg3nder” dan mengaku dirinya “bukan wanita”.
Pada baru-baru juga, Ridhuan Tee, iaitu bapa kepada pencium p0ndan tersebut telah dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.
MN dikatakan sebuah NGO, tetapi dipimpin oleh ahli-ahli politik pembangkang.
Nampaknya pembangkang sekarang very very colourful.
Ada Paderi Muslim.
Ada p0ndan.
Ada LG8T.
STEVEN SIM MEMBANTU RAKYAT _ Scammer ditangkap dalam 7 hari!!!
Scammer ditangkap dalam 7 hari!!!
Minggu lepas ada orang tag saya kisah Saudari Liz tentang
ayahnya yang jadi mangsa scam. Ayahnya, Encik Kamaruddin ialah pesara guru
berusia 85 tahun.
Saya terus hubungi Liz untuk tahu lebih lanjut. Dia bagitau
saya, ayah tuanya menangis setiap hari memikirkan nasib yang menimpa.
Saya tak dapat bayangkan betapa beratnya ujian ayah Liz. Wang
berjumlah RM50,000 hasil keringat selama ini hilang macam tu je, dalam sekelip
mata.
Liz bagitau ayahnya menitis air mata setiap hari selepas peristiwa malang itu berlaku, tapi hari ini Encik Kamaruddin berasa sangat gembira kerana seorang timbalan menteri datang mengunjung di rumah dan personally bantu untuk mendapatkan keadilan. Saya berjanji dengan Encik Kamaruddin, saya terus lawan scam supaya orang lain tidak jadi mangsa seperti dia.
Itu satu hal. Lagi satu Liz bagitau saya, pihak berkuasa lambat
sangat nak ambil tindakan. Masa tu musim cuti akhir tahun. Dia risau kalau
dilengah-lengahkan nanti scammer confirm akan terlepas.
Saya segera tinjau dan berjumpa pihak berwajib, termasuk BSN Malaysia
dan Polis Diraja Malaysia (
Royal Malaysia Police ) untuk bertindak cepat.
Mujur, masih ada sinar di sebalik kesedihan.
Kerjasama antara Kementerian Kewangan
Malaysia , BSN, Lazada, pihak
telco, dan pihak polis telah berjaya memberkas scammer tersebut dan berjaya
menyelesaikan siasatan dalam masa 7 hari sahaja!
Tapi... ada satu benda yang paling menyakitkan hati.
Rupa-rupanya, scammer tu ialah pembantu rumah Encik Kamaruddin. Bayangkan,
orang yang paling dia percaya pun boleh tikam belakang dia. Harapkan pegar,
pegar makan padi.
Anak-anak Encik Kamaruddin semuanya sayang ayah mereka. Justeru mereka begitu ambil berat kes ini sampai turun beberapa kali jumpa polis, pihak bank dan sebagainya. Saya ajak mereka kita sama-sama lawan scam lepas ni. Terima kasih atas kraftangan yang dihulurkan.
Si scammer ni memang ada direct access kepada phone Encik
Kamaruddin, dan telah guna kemahiran IT sehingga berjaya menggodam akaun BSN
majikannya itu untuk beli lambakan barang kemas dan emas di Lazada. Dia
leburkan RM50,000 dan kemudian bercadang untuk terbang ke Filipina.
Nasib baik Polis kita cekap dan sempat menangkap si scammer pada
saat-saat akhir, sebab dia sudah pun membeli tiket kapal terbang dan bersedia
untuk larikan diri!
Kajian menunjukkan bahawa 37% pendeposit mendedahkan password
kepada orang lain. Ini antara perkara yang paling serius kita kena jaga. Tak
dinafikan, zaman sekarang ni memang mudah untuk melakukan pelbagai urusan
perbankan melalui telefon. Tapi tolong, jangan sesekali dedahkan password kita
kepada orang lain.
Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Inspektor
Sivalingam dan ASP James Lim, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD
Brickfields yang telah bertindak pantas menyelesaikan kes ini. Pengalaman
peribadi saya melihat kecekapan PDRM buat saya rasa amat kagum. Saya harap
kes-kes lain juga akan mendapat perhatian sebegini rupa, supaya kita akan hidup
lebih aman damai.
Kepantasan respon pihak berkuasa merupakan antara elemen paling
penting untuk tangkap si penyangak dan merampas semula wang yang dicuri.
Masa saya bertemu dengan Bank Negara, saya telah gariskan 4
perkara utama yang perlu diteliti dan ditambahbaik segera:
1)Keselamatan
(Security) - sistem keselamatan yang lebih utuh bagi mengelakkan scam.
2)Tindak balas
(Response & Recovery) - tindak balas pantas dari pihak berkuasa pelbagai
jabatan dalam menjejaki scam dan memulangkan semula wang kepada mangsa.
3)Jaminan
(Guarantee) - perkongsian liabiliti antara bank dan pendeposit supaya pihak
bank tidak mencuci tangan dan pendeposit terpaksa tanggung kerugian sepenuhnya.
4)Hukuman
(Penalty) - undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah laku.
Kita mesti kena perangi scam habis-habisan. Amat penting untuk
keseluruhan rakyat dan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan lawan!
Sesiapa yang ada pengalaman kena scam, saya minta anda untuk
terus kongsikan kisah anda, ataupun hantarkan cadangan-cadangan yang berkaitan
untuk memerangi scam. Saya rekod pandangan yang dihantar kepada saya selama ini
untuk diserah kepada pihak berwajib.
Saya akan terus lawan bermati-matian bagi menumpaskan
sindiket-sindiket scam kewangan durjana. Ini soal wang simpanan rakyat, wang
pesara, wang orang susah.
Jalan teruih!
MMMM....NASIB RUU355 - DAN REVIEW JUGA KERJA BUAT MAKAN KENDURI
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Saya tak faham kenapa ramai yang sindir kad laporan Deris Bobobo, ini bukan
untuk sebaran rakyat Malaysia, tapi kepada walaun yang mengundi dia. Sebab
itu bila ada kuasa, ruu355 pun tah ke mana. Bila IQ yang di undi atas sikit dari
yang mengundi, mudah mudahan Un semua puas hati. Saya cadang next
month Deris boleh buat
review makanan dekat kenduri-kendara yang di hodiri.
TUKAR KERAJAAN: SANUSI JANGAN DERHAKA TITAH AGONG
Tukar kerajaan: Sanusi jangan derhaka titah Agong
Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Mat Nor yang menyatakan usaha usaha sedang dibuat untuk menukar Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kepada kerajaan baharu mendapat reaksi negatif rakyat.
Bagi Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu, perkataan Sanusi itu menjelaskan sikap tidak beretika dan membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong oleh pemimpin Pas ketika ini.
Katanya, Sanusi harus sedar Kerajaan Perpaduan yang wujud sekarang dibentuk atas nasihat Agong setelah Perikatan Nasional ‘jual mahal’ dan sombong enggan bekerjasama dengan PH.
“Tidakkah beliau sedar, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini dibentuk hasil titah nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Adakah Sanusi setuju penderhakaan dibuat terhadap titah dan nasihat Tuanku ini?
“Ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertungkus lumus berusaha untuk menstabilkan negara demi kepentingan rakyat dan negara, masih ada lagi pemimpin yang cuba mengulangi Langkah Sheraton yang telah dibuat awal tahun 2020 lalu.
“Tidak sedarkah beliau bahawa negara perlukan kestabilan politik untuk memulihkan ekonomi kita sekarang. Apatah lagi dunia bakal berhadapan dengan tahun kemelesetan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut menyeru kepada Sanusi dan Pas yang bijaksana hukum hakam Islam agar tidak lagi menyimpan niat untuk menganiaya rakyat dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan kembali ke era ketidakstabilan politik pada tempoh 2020 – 2022 lalu.
“Tidak sedarkah beliau betapa rosaknya negara apabila kita berada dalam kerajaan yang tidak stabil sepanjang dua tiga tahun lepas ekoran Langkah Sheraton sehingga kita ada tiga Perdana Menteri yang berbeza sepanjang tempoh berkenaan.
“Sebagai bekas ahli Pas, saya merayu kepada Sanusi lupakanlah kemaruk politik gila kuasa itu buat sementara. Berilah tumpuan untuk membangunkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh mereka itu.
“Bantulah orang-orang Melayu beragama Islam yang sememangnya majoriti dan ramai di ketiga-tiga negeri itu, agar benar-benar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.
Bagi Athirah, Pas yang mempunyai ramai ulama dalam parti berkenaan seharusnya lebih faham konsep takdir dan reda dengan ketentuan Ilahi
Sewajarnya, kata beliau, tumpuan Pas adalah memperbaiki kehidupan rakyat dan mencontohi sikap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi memberi bantuan banjir RM50 juta untuk Kelantan dan juga jumlah sama kepada Terengganu biar pun kedua dua negeri tersebut adalah pembangkang.
Subscribe to:
Posts (Atom)