Andaian MB Selangor menjurus kepada Anwar sebagai dalang – Otai Reformis


Image result for otai reformasi


KUALA LUMPUR – Otai Reformis 1998 mencabar Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari mendedahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siapa dalang di sebalik video hubungan seks sejenis.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, dengan membuat andaian bahawa dalang itu adalah seorang yang pernah mengalami perisriwa pahit kira-kira 20 tahun lalu secara tidak langsung meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bahaya.
“Secara terangan kita sebagai Otai Reformis ini membaca andaian menteri besar itu menjurus kepada Anwar.
“Kita marasakan andaian itu terlampau merbahaya kepada Anwar dan kita nak peringatkan kepada Amiruddin bahawa Selangor ketika ini menghadapi masalah air.
“Rakyat bising mengenai pencatuan air dan sepatutnya dia memberi perhatian kepada permasalahan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Abdul Razak berkata, rakyat sekarang ini sedang marah kepada kerajaan Selangor kerana bawah kepimpinannya telah mengurangkan dana untuk Skim Kiss.
Tegasnya, ramai yang menerima bantuan Skim Kiss sebelum ini datang mengadu kepada Otai Reformis mengatakan bantuan telah dibatalkan.
Sebelum ini, katanya, rakyat miskin mendapat bantuan skim berkenaan, tetapi sekarang tidak lagi.
“Kita minta menteri besar memberi fokus menjaga kebajikan rakyat Selangor dan jangan bermain politik dakam isu video lucah ini.
“Kita juga minta jika kamu ada bukti, terus beritahu kepada polis siapa dalang utama. Janganlah berselindung di belakang ini.
“Hendak berpolitik kena berani. kamu kata dalang itu Anwar.. jelaskan ya itu Anwar kepada polis. Kita perlu kepada pemimpin yang lebih wibawa dalam apa kenyataan yang dibuat,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, Otai Reformis tidak terlibat dalam politik PKR, bahkan hanya sebagai pendokong kepada gerakan reformasi.
Mengenai siasatan polis berhubung video itu, Abdul Razak berkata, pihaknya kagum dengan kecekapan polis yang disifatkan antara yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, katanya, agak pelik polis mengambil masa lama menyiasat video hubungan sejenis yang dikatakan turur melibatkan seorang lelaki mirip menteri kanan.
Pada masa sama, ujarnya polis berjaya menangkap lima lelaki bertopeng yang merompak satu keluarg di Kuala Langat dua hari lalu.
“Dalam kes rompakan sekeluarga di Kuala Langat, selepas cctv menayangkan rakaman itu, tidak sampai dua hari, dalam keadaan perompak memakai penutup muka, polis dapat menangkap mereka.
“Padahal gambar dalam rakaman itu agak kecil dan sukar nak cam.. tapi dalam kes videon intim gambar pelakunya terang benderang, polis tidak dapat tangkap,” katanya/MG

TERKINI : Khabar Angin Azmin Keluar Parti Tidak Melemahkan Parti – Saifuddin Nasution






KUALA LUMPUR – Khabar angin mengatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar parti sejak tiga hari lalu tidak melemahkan PKR sebaliknya semakin menguatkan parti itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, walaupun parti dilanda pelbagai masalah dalaman, namun ia tidak menghentikan minat orang ramai untuk menyertai PRK.
“Apa pun masalah dianggap memberi kesan melemahkan parti kalau kegiatan parti terhenti, mesti ada indikatornya, khabar angin keluar, perbalahan sana sini, parti lemah, mesti ada indikatornya.
“Indikator pertama permohonan menjadi ahli parti mesti turun, daripada 10,000 menjadi 500 saja, adakah itu berlaku? Tidak.
“Sebab itu saya kata 5,000 hingga 10,000 kemasukan anggota baru itu konsisten (setiap minggu)
“Kedua, kegiatan parti di semua peringkat, terhenti atau tidak? Jawapannya tidak. Saya terus memenuhi jadual dan pimpinan lain pun macam biasa.
“Contohnya 28 Julai ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan memenuhi undangan dari Sarawak, kita ada majlis makan malam di sana.
“Sebelum itu akan ada pertemuan dan acara-acara parti, jadi kegiatan akan terus berjalan, tidak terhenti kerana khabar angin yang dikatakan melemahkan, tidak berlaku,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan  Parasaya AJ Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.
Sebelum ini tular di media sosial bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dikatakan keluar parti selepas imejnya terpalit dengan video seks songsang yang mirip wajahnya sejak 11 Jun lalu. – MalaysiaGazette

BERGAMBAR : ANWAR DIMAJLIS PENUTUP SIMPOSIUM EKONOMI MALAYSIA





Hadir ke Parlimen pagi tadi bagi menyampaikan ucapan penutup di ‘Simposium Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Depan’ yang dianjurkan Pejabat Speaker Dewan Rakyat dan Pejabat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus serta Backbenchers. Sentuh soal ekonomi dan cabaran-cabaran yang mendatang.


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: orang duduk dan dalaman
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, dalaman

GAMBAR-GAMBAR ANWAR HADIR MAJLIS BACAAN YASSIN YDPA




Majlis bacaan surah Yassin, doa selamat dan solat hajat bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI di Masjid Negara malam ini (SEMALAM). Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda semoga Tuanku sihat walafiat, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan-Nya, kekal qarar bersemayam di atas singgahsana.



Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, meja

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, orang ramai, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, dalaman

TAZKIRAH UNTUK MOKHTAR ANAK SENIK







OLEH : LEBAI KAMPUNG

Baca laporan Malaysiakini tadi, Mokthar Senik tanya mana Suara Mujahid,Mana Ahmad Awang dan Ghani Shamsudin tentang Penghinaan kepada Nabi.. Seolah olah pemimpin PH tak hiraukan Nabi dihina..

Untuk Pengetahuan, Masa Quran dipijak pijak di Kelantan, Dipijak oleh anak Melayu bertudung di Kelantan, Reaksi pemimpin Amanah pun sama, Sedangkan ada bukti video jelas anak Kelantan pijak-pijak Quran....Kami serah kepada pihak berkuasa..


Masa Quran Di Pijak pijak di Kelantan, Pemimpin Amanah tak arahkan seluruh cawangan buat report Polis macam PAS, depa pun tak Melompat lompat marah, berdemo..PAS di Pulau Pinang saja pun dah buat 20 report Polis kes hina Nabi.. masa Quran dipijak di Kelantan, 1 report polis pun takda..

Sedangkan ada bukti video terang-terang pun kami tak report.. apa lagi yang kita tak tahu sapa yg empunya FB.. serah jer pada pihak berkuasa.. yg sebelum ni hina Islam, Hina Nabi semua dah didakwa..ada yang dah dihukum..lagi cepat dari zaman BN..

Masa Quran dipijak pijak anak Kelantan, Kami pun tak tanya, Mana Ahmad yakob, mana Nik Amar, mana Mana Nik Abduh ? Pemimpin Amanah tak kata Islam dipijak pijak Di Kelantan dibawah PAS.. atau kata ia agenda musuh Islam..Sebab kami anggap mereka itu Jahil dalam Agama..

Rasanya Pemimpin Amanah lebih sayang Islam dari orang PAS.. Sebab kami tak jadikan isu Agama, Sentimen Kaum dan Agama untuk meraihkan keuntungan Politik..

Sejak zaman UMNO pun tak henti henti Islam dihina..Kita masih ingat watak Alvin Tan dan kekasih dia.. Cerita gambar Karikatur Ka'bah dihina, Nabi Dihina.. Masa tu PAS tak pandai lagi main politik, turunkan arahan report Polis..turunkan arahan Berdemo...Sebab yg memerintah masa tu UMNO..rakan taawwun PAS.. Tapi hari ini sebab saja nak main Politik, nak nampakkan Kerajaan PH anti Islam.. Itu jer.. Betulkan Niat tu dulu..

Sudah sudah lah main politik, Sentimen kaum dan Agama, Sama lah mcm isu Oktoberfest, Konsert Artist, LGBT, Sajat, Siti Kasim..Sejak dulu depa tu dah ada..Bukan sejak PH memerintah baru depa ni jadi pondan atau jadi Liberal.. sejak kebelakangan ni jer PAS Rajin buat report Polis.. Buat Demo..dulu tak pedulipun..

Ni pun dah masuk bulan Julai, Lagi 3 Bulan Bulan Oktober.. Cuma aku nak bagi tahu awal awal lah kat rakyat Malaysia... 3 Bulan lagi PAS akan main balik isu Oktoberfest.. depa akan demo ramai ramai, Kalau boleh turunkan surat arahan siap siap kepada Cawangan untuk bantah Oktoberfest..

Saja lah nak pesan, Jangan lupa, Bantah Oktoberfest bulan Oktober ni..Kalau tak bantah Oktoberfest.., tak nampak lah PAS ni parti Islam,Pejuang Islam.. 

AMBIL TINDAKAN KAKITANGAN SABOTAJ KERAJAAN PH

MB SELANGOR DAN KHALID JAAFAR TIDAK HARUS TERLEPAS DARIPADA TINDAKAN DISIPLIN


Sebagaimana dilaporkan media, Biro Politik dan Lembaga Disiplin PKR diberitakan bakal mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin dan individu dalam parti itu yang dilihat bertindak atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
Mereka antaranya ialah Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat Politik Azmin di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Khalid Jaafar.
Amiruddin didakwa memberi ucapan yang secara langsung menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang dalam penyebaran video seks yang melibatkan Azmin itu.
Farhash pula dikaitkan dengan ucapannya sebaik dibebaskan daripada tahanan reman Selasa yang menyebut “Azmin semburit” secara terbuka.
Khalid, bekas Setiausaha Akhbar Anwar tapi kini beralih kiblat mentaksubi Azmin kerana menulis artikel yang memburuk-burukkan Anwar dan mendakwa Presiden PKR itu tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Daripada ketiga-tiga mereka itu, perbuatan yang dilakukan oleh Amiruddin dan Khalid adalah kesalahan yang serius serta dilihat sebagai “tindakan kurang ajar” dalam peraturan berorganisasi.
Amiruddin misalnya, tindakannya secara terbuka menuduh Presiden parti di mana beliau bernaung dan meraih nikmat jawatan yang besar sebagai dalang video seks yang dikaitkan dengan Azmin, adalah jelas tindakan kurang ajar yang melampau serta tidak harus dimaafkan.
Mengapakah beliau tiada perasaan hormat kepada Presiden PKR sendiri?
Adakah beliau mempunyai bukti berkaitan tuduhannya itu, sedangkan polis sendiri masih lagi menyiasat siapa dalangnya?
Jika beliau mempunyai bukti, mengapa tidak menyerahkannya kepada pihak polis?
Begitu juga dengan Khalid yang sudah beberapa kali menulis memburuk-burukkan Anwar serta mempertikaikan kelayakannya sebagai bakal Perdana Menteri, tindakannya juga adalah perbuatan kurang ajar yang tidak kurang melampaunya.
Sedarkah Khalid bahawa ketetapan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad adalah konsensus PH yang sudah dimuktamadkan sebelum PRU14 lagi?
Kalau Anwar tidak layak, siapakah lagi yang lebih layak?
Apakah hak beliau mempertikaikan konsensus itu?
Selain itu, sebagai ahli PKR dan pernah bertanding sebagai calon pilihanraya, tetapi tidak pernah menang, jika Khalid tidak setuju Presiden partinya sendiri menjadi Perdana Menteri, kenapa beliau terus berada dalam PKR?
Kenapa beliau tidak keluar saja daripada PKR dan menyertai UMNO atau Bersatu kalau kesetiaan kepada peneraju parti sendiri sudah tiada?
Dalam kes Farhash, walaupun beliau juga agak celupar dalam kata-katanya, tetapi harus difahami bahawa tindakannya itu dilakukan sebaik saja dirinya dibebaskan daripada tahanan reman oleh pihak polis.
Mungkin ketika itu fikiran dan tubuh badannya tidak berapa stabil, bahkan barangkali selama berada lapan hari dalam tahanan reman pihak polis, beliau tidak mendapat maklumat tentang seruan Anwar yang menyeru semua pihak agak bertenang, tidak mengeluarkan kenyataan keterlaluan serta masing-masing harus mengukuhkan perpaduan.
Dalam hal ini, beliau tentu saja boleh dimaafkan kerana ucapannya itu.
Tetapi, Amiruddin dan Khalid telah melakukan semua kesalahan itu dalam keadaan sedar, tubuh serta fikiran yang sihat serta  niat yang tidak diragui jahatnya, malah tahu tentang gesaan Anwar agar semua orang berusaha mengukuhkan perpaduan.
Oleh yang demikian, kedua-dua mereka harus diambil tindakan keras sebagaimana PKR sebelum ini sudah kerapkali menggantung keahlian atau memecat pemimpinnya yang melanggar disiplin parti.
Mereka tidak harus dibiarkan bebas dengan kesalahan serius dan kurang ajar itu kerana sebagai parti tonggak dalam PH, PKR perlu mengekalkan disiplin yang tinggi terhadap ahli dan pemimpinnya bagi menghadapi cabaran mendatang yang lebih besar lagi.
Membiarkan Amiruddin dan Khalid tidak diambil tindakan atau sekadar diberi amaran saja, dengan jawatan serta kedudukan yang mereka sandang dalam kerajaan, PKR ibarat membiarkan virus dan parasit berkembang biak tanpa sebarang ubat pencegahan. (Shahbudindotcom 26/07/2019)

AKAR UMBI SKEPTIKAL KERJASAMA UMNO – PAS