SANUSI- JANGAN ANGKUH SANGAT. NANTI JADI MACAM RADZI JIDIN.


Norman Radzuan.


 Saya pernah benci Najib, saya juga benci Tun yg bagi saya beliau telah merosakkan negara ini… tapi sebenci saya kpd kedua insan ini, tidak sebenci seperti saya membenci Sanusi. Hatinya busuk, akhlak sgt teruk dan fitnahnya sgt jahat. 


Membuat saya sgt benci kerana ramai umat Islam percaya badut politik sepertinya. Saya tidak lihat org politik seburuk perangai Sanusi sejak saya mengenali politik.


CEPAT SANGAT GELABAHNYA..ISHHH..KATA TAK TAKUT SIAPA. ORANG BUKAN TUDUH HANG PUN....BARU PANGGE S/U NAK SIASAT...YANG KO KETAWA SAKAN HARI TU KENAPA. ? BUAT TIDAK?..




 Cepat sangat tu Radzi... Cepat sangat nafikan tu satu hal. Cepat sangat tuduh siasatan SPRM atas arahan orang atasan. Jangan la gelabah.


Baru-baru ni kan ada orang buat laporan di SPRM. Bila dapat laporan, SPRM akan siasat la. Tak perlu arahan daripada orang atasan pun.


SPRM ni lain sikit. Nak suruh SPRM siasat memang tak susah. Report je. Tak payah tunjuk bukti. Asal meragukan je dah boleh buat laporan.


Tapi kalau betul tak salah, nak takut apa? Ini cepat sangat tuding jari, nampak sangat ketakutan. Cover la sikit. Kena belajar dengan Azmin ni.


Radzi kata, SPRM siasat dia sebab kenyataan yang di buat hari Selasa lalu. Kenyataan apa? Tak ingat. Yang kita ingat Selasa tu Radzi koyak rabak.


DS Anwar hari tu senyum je. Dia ni yang nampak macam nak menangis. Macam tak logik la dia yang koyak, dia pulak yang kena siasat.


Apa pun, tenang je. Cakap "keep calm, this is Radzi Jidin". Gitu... Berani kerana benar. Kalau awal dah takut, macam salah je tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAGU BARU BUAT RADZI JIDIN- TARIK BALIK


 

NI KERJA HANG MASA JADI KPM- PAKAR EKONOMI NI KUTUK HANG.


 

HARI TU TULIS DAH TAJUK. DOK LUAQ HANG CAKAP BESAR. HANG TAKUT PADA ALLAH SAJA. NI MAI UJIAN BRO...NI CENGKERAM AMBIK DAH. SIKIT JA LAGI. 12 TAHUN TAK LARI DAH.




Bekas setiausaha politik menteri kanan disyaki rasuah lulus projek RM80 juta

MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI
23 SEP 2023

SHAH ALAM – Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan antara dua individu direman disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki dipercayai ditahan pada Jumaat kira-kira jam 11 malam ketika memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

“Suspek pertama yang merupakan bekas setiausaha politik berumur lingkungan 20-an bersama suspek kedua iaitu pemilik syarikat berumur lewat 50-an ditahan kira-kira jam 11 malam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

 Kedua suspek ditahan reman selama empat hari.

“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini (Sabtu) sehingga 26 September ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika

 dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya.





LUAHAN BEKAS BANDUAN BERTEMU PMX DI PENJARA SUNGAI BULOH. LUAHAN RASA EKORAN KATA RADZI JIDIN.


 

INI YANG PM KATA TERLIBAT DALAM KERAJAAN...DIA MELOMPAT MACAM BERUK...HAAAAA...




Ini yang PMX maksudkan dengan ayat, you semasa pentadbiran you pun terlibat sama jangan gelak sangat!


Kalau ikutkan masih belum dalam senarai, tapi sebab meroyan sangat macam minta dulu, maka laporan ke SPRM menjadi cengkeram!

PEMFITNAH TEGAR KATA DIA TAK PERNAH LALUI LAGI. NAK BUAT LAGU MANA KALAU ASYIK FITNAH MEMANJANG.MATI TUA SAJA DOK FITNAH ORANG. MASUK NERAKA .

 




Pemfitnah tegar ni kata umur dia dah 63 tahun baru bertemu zaman tak ada beras tempatan di kedai.


Ok la tu. Tak ada di kedai tapi dah ada di FAMA dan beberapa outlet lain yang kerajaan usahakan. Selain itu, beras import pun masih ada lagi.


Tak macam masa umur dia 61 tahun dulu. Tahun 2020/2021. Masa tu zaman tak ada telur, ayam dan minyak masak di kedai. Licin terus.


Bila ada, harga mahal melambung. Tentu dia pun tak pernah jumpa sebelum zaman tu pemimpin tak kisah pun rakyat tak dapat bekalan barangan asas. Pemimpin sibuk kumpul SD je masa tu.


Bukan telur ayam je takde. Telur PM pun hilang. Tak berani nak buka parlimen. Sidang media pun pakai pdf je. Tak pernah jumpa kan zaman begitu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Buka kuota import beras boleh atasi masalah kenaikan harga



Masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dan kenaikan harga beras putih import mungkin boleh diatasi secara jangka pendek dengan membuka kuota pemimportan beras kepada pelbagai pihak.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berpendapat usaha sedemikian perlu dicuba untuk menstabilkan pasaran beras dalam negara buat masa ini.

"Mungkin (boleh difikirkan) untuk membenarkan kuota 20 - 30% import beras kepada NAFAS, FAMA dan syarikat selain Bernas. Persaingan itu sihat," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau juga mencadangkan dilakukan pelepasan sedikit stockpile beras kerajaan sekiranya keadaan menjadi kritikal; pembelian kerajaan ke kerajaan di antara Malaysia dan India; juga menggunakan platform ASEAN Integrated Food Security (AIFS) Framework iaitu beli beras dari negara ASEAN sekiranya berlaku krisis sebagai langkah yang perlu difikirkan.


Jelasnya, pasaran beras global hanya kembali stabil seawal bulan November 2023 atau selewat lewatnya April 2024 apabila India mula membenarkan kembali eksport manakala hasil padi dalam negara pula telah dituai.


Selain itu, mantan Timbalan Menteri Pertanian itu berkata, langkah penguatkuasaan ke atas industri beras turut memainkan peranan penting, terutama mengelak berlakunya penyeludupan dan sindiket tukar beg beras memandangkan jurang harga beras import dan BPT yang jauh berbeza, kira kira 40%.


Di samping itu, Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu juga mencadangkan langkah jangka panjang bagi menjadikan negara mencapai tahap sara diri beras (SSL)


Katanya, tahap SSL hari ini sekitar 65% amat tidak memuaskan dan mengundang krisis makanan sekiranya terjadi malapetaka peringkat global.


"Dalam hal ini negara perlu meningkatkan pengeluaran padi tempatan.


"Jabatan Padi dan Beras yang mengawal semua agensi sektor padi dan beras.


"Juga transformasi seluruh rantaian sektor penanaman padi perlu dilakukan," katanya lagi

Tekad teruskan perancangan Allahyarham Johari - Calon BN Pelangai


Pengundi DUN Pelangai akan mendapat perkhidmatan terbaik berikutan janji calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai untuk merealisasikan pelbagai perancangan yang belum disempurnakan oleh bekas ADUN Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terbunuh dalam nahas kapal terbang pada Ogos lalu.


Calon BN Datuk Amizar Abu Adam berkata, beliau juga akan menambah baik perancangan yang telah dibuat, khususnya untuk generasi muda.


"Perancangan yang Allahyarham laksanakan kita akan teruskan. Kita dah dengar banyak perkara yang dibentangkan Allahyarham dan inilah agenda kita yang akan kita teruskan, kita ingin lakukan di DUN Pelangai.


"Juga tambahan (program) anak muda. Banyak dari program anak muda ini untuk memberikan peluang kepada mereka. Itu manifesto tambahan (PRK)," katanya ketika ditemui wartawan sebaik sahaja selesai proses penamaan calon.


Calon BN, PN dan Bebas disahkan merebut kerusi DUN Pelangai

Terdahulu, Datuk Amizar diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai calon PRK DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong.


Beliau ditentang oleh Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat mewakili PN dan Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang, Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).


PRK pelangai diadakan berikutan kematian Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat jet peribadi di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

PRK Pelangai: Calon BN diarak penyokong Kerajaan Perpaduan






 Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai, Pahang menyaksikan persaingan 3 penjuru di antara calon BN, PN dan Bebas.



Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dari UMNO mendapat sambutan meriah daripada para penyokong BN dan Pakatan Harapan yang berkumpul sejak pukul 7.00 pagi. Beliau diarak ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul oleh kira kira 700 penyokong dan tiba di sana kira kira jam 9.00 pagi.



Datuk Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong diiringi oleh Pengerusi BN Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi, Pengerusi perhubungan BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Bentong dari DAP Young Syefura Othman dan ramai lagi pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Okt manakala 7 Okt sebagai hari pengundian.



Calon BN dijangka ditentang oleh Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat mewakili PN dan Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang, Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).





 

Anwar giat promosi Malaysia di New York, Zafrul puji PM 'jurujual' terbaik


Usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan membuat pertemuan berasingan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Kelmarin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan Anwar sebagai 'jurujual' terbaik Malaysia.



PM bertemu 15 syarikat terkemuka di Amerika, kongsi Kerangka Ekonomi Madani


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis. Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.


"TEMU ANWAR New York" - Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim Bersama Diaspor...


Majlis makan malam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Diaspora dan pelajar-pelajar Malaysia di New York

Anwar pimpin Andrew bersyahadah peluk Islam di New York



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan memimpin syahadah seorang lelaki memeluk Islam selepas menunaikan solat dan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), hari ini. Ketika Perdana Menteri beredar sambil bersalaman dengan jemaah selepas menyampaikan sumbangan al-Quran daripada kerajaan kepada masjid, pengacara majlis memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Andrew Vinals mahu memeluk Islam dan memintanya tampil. Kemudian seorang pegawai masjid dilihat menjemput Anwar sambil pengacara majlis mengumumkan Perdana Menteri akan menyempurnakan pengislaman lelaki berkenaan. Menurut pegawai media daripada Pejabat Perdana Menteri, majlis itu adalah secara kebetulan dan tiada dalam atur cara rasmi. Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah, iaitu masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selepas selesai solat, pengacara mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana sudi menerima jemputan pihak masjid untuk berjemaah dan berkhutbah. Menurutnya, jemaah masjid amat bertuah kerana Perdana Menteri yang menerima sanjungan di peringkat antarabangsa, terutama dunia Islam hadir berjemaah di masjid berkenaan.



Jumu'ah Khutbah by Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia

Kontrak monopoli BERNAS tamat 2021


Gino Marvela.


Muhyiddin dan Ronald Kiandee sambung waktu jadi Kerajaan Pusat! Patut lah orang lebai pas, parti bersatu, cina gerakan & Mahathir marah Anwar minta duit dari taikun untuk di beri kepada pesawah yg ratanya terdiri dari kalangan bangsa Melayu. 


Bila India sekat export beras, petualang inilah yg paling lantang berbunyi. Harga beras import naik mendadak, berlaku pembelian panik beras tempatan yg akhirnya tak cukup tampung keperluan dalaman.


Hari ini bekalan beras tempatan kembali pulih, puak yg mentedarah tu pula kata kerajaan sorok beras ?


Eh...buat-buat tak nampak pula, padahal dia juga yg lanjutkan kontrak monopoli sykt bernas. 


Apa punya kejadah la puak tebuk atap ni...

Menyusahkan rakyat ja!



ANWAR – REFORMASI TIDAK MATI



Perdana  Menteri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.


Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang mendakwa bahawa Anwar telah meninggalkan agenda reformasinya mengenai usaha membanteras rasuah.


“Lihatlah dari sudut positif, seorang ahli dari parti saya sendiri menyuarakan kritikan terhadap saya, ia adalah proses yang sangat demokratik. 


“Kritikannya mengenai isu itu… apa yang anda kira saya perlu lakukan? Adakah saya kemudian mengarahkan sahaja peguam negara supaya mengubah keputusannya?” katanya.


Wawancara dengan Amanpour yang berlangsung di New York disiarkan oleh CNN pada pukul 1 pagi waktu tempatan.


Terdahulu Anwar yang berada di New York sejak Khamis telah menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, buat kali pertama sebagai perdana menteri pada Jumaat.


Perdana menteri juga ditanya mengenai kes mahkamah yang melibatkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa kerana membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, dan Amanpour turut mempersoalkan sama ada ia sekali lagi bertentangan dengan agenda reformasi yang dijanjikan.


“Sistem raja ada tatacaranya…saya rasa ada keperluan untuk melindungi institusi itu, itulah yang rakyat putuskan sejak negara memperoleh kemerdekaan, itulah sistem yang kami warisi.


“Apabila seseorang itu disifatkan menghina raja, dan pertuduhan itu diputuskan oleh peguam negara, saya maksudkan ada undang-undangnya, sehingga kita dapat pinda undang-undang itu, undang-undang itu tetap ada.


Anwar berkata walaupun beliau sendiri dihina setiap hari, tiada sesiapa yang didakwa (dengan pertuduhan menghina).


“Namun apabila anda sentuh mengenai raja-raja, sultan, kami ada undang-undang (mengenainya).


“Saya tidak boleh dikritik kerana (tindakan) pendakwaan itu, ia keputusan mereka (pendakwa), terutama apabila menyentuh mengenai raja-raja. Jika isunya ialah kritikan terhadap perdana menteri, dan perdana menteri mengambil tindakan, maka ia sah, kritikan anda adalah sah, jika tidak, kita perlu menerimanya,” katanya.


Anwar berkata setakat ini tiada siapa yang didakwa kerana mengkritik perdana menteri atau kerajaan.


Mengenai tindakan kerajaan yang melarang penerbitan yang berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer dan sebagainya (LGBTQ+), seperti isu rampasan jam tangan Swatch oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini, Anwar berkata konsensus ramai mesti dihormati.


“Saya tidak akan mempertahankan tindakan itu, tetapi ia undang-undang… orang Islam, begitu juga orang bukan Islam, (sama ada) Kristian atau Hindu atau Buddha, ada kata sepakat dalam negara mengenainya, mereka tidak menerima ini (LGBTQ).


“Tetapi adakah kita kemudiannya ganggu mereka? Itu perkara lain, saya tidak bersetuju sekiranya ada antara mereka yang diganggu,” tambahnya.


Sumber – Bernama, 23 September, 2023.



ALAHAI- SIKIT JA...KAMI AIR TAK DA PUN OK JA...TAKAT NAIK 70....PISHANGGG

 


Kenaikan sewa dari RM30 ke RM100. Peningkatan 230%. 


Tahniah rakyat Terengganu.  Negeri tanpa pembangkang ...

BERITA PELESU DARI PENYAKAW




PARTI AMANAH NEGARA.


 Sejak semalam telah dimainkan fitnah INI oleh pihak penyokong pembangkang.. gambar tahun 2016 direcycle semula..


Gambar tersebut adalah dari program Jualan Peduli Rakyat yang diadakan oleh AMANAH di kawasan² sejak tahun 2016 hinggalah sebelum PRU14.. 


Utk pengetahuan.. Parti Amanah tiada apa apa jawatan dalam kerajaan persekutuan pada waktu itu.. 


Hentikan budaya fitnah tajaan pembangkang...



UCAPAN PMX DI PBB. - TERBAIK BAHASA INGGERIS BELIAU.



 

KUTBAH PMX DI NEW YORK



 

SAYA JELASKAN PENDIRIAN NEGARA- ANWAR

 







Alhamdulillah, saya telah menterjemah ketegasan negara dan rakyat Malaysia berkait realiti cabaran dunia masa kini atau ‘the world’s burning issues’ serta perlunya langkah pembaharuan ke arah keamanan dan kesejahteraan di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.


Saya memanfaatkan pentas UNGA 78 ini untuk mengusulkan konsep Malaysia Madani untuk diguna pakai masyarakat antarabangsa dalam mendepani dilema ‘defisit demokrasi’ yang sedang melanda dunia. 


Mahu tidak mahu, semua negara tidak kira sama ada kuasa-kuasa besar atau kumpulan negara membangun harus menelan hakikat tentang peranan mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok. 


‘Roh’ muafakat dan kerjasama multilateralisme harus terus diperkasa ketika arena ekonomi politik dunia sedang berdepan polarisasi yang kian menebal.


Malaysia juga menzahirkan kebimbangan dengan kemunculan bentuk perkauman baharu atau rasisme baharu yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.


Perbuatan membakar Al-Quran, yang berlaku di beberapa negara juga, adalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan untuk mencetuskan kebencian.


Dalam isu Palestin, saya menggesa komuniti antarabangsa menghentikan hipokrasi sebaliknya terus melaungkan suara yang kuat sebagai manifestasi menentang kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.


Menyentuh isu Rusia-Ukraine, saya menyeru usaha bersepadu pelbagai hala diketuai PBB untuk selesaikan konflik ini.


Malaysia juga komited untuk meneruskan hubungan rakyat yang sedia ada dengan Afghanistan termasuk menerusi bantuan kemanusiaan. Pada masa yang sama, saya menyeru agar hak wanita dan kanak-kanak serta akses terhadap pendidikan di Afghanistan terus dipelihara.


Berkait isu Myanmar, Malaysia menyeru Myanmar segera laksana Konsensus Lima Perkara ASEAN bagi mencapai keamanan dan kestabilan di negara tersebut.


Terkait krisis Iklim, Malaysia meminta negara maju penuhi komitmen gerakkan US$100 bilion setahun bagi bantu negara membangun tangani perubahan iklim.


Saya juga menyentuh soal ekonomi global yang diunjur terus dibelenggu ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan keadaan kewangan yang mencabar.


Pembaharuan drastik, sistemik serta penjajaran semula seluruh institusi global penting dalam tangani jurang besar antara pertumbuhan ekonomi dan pendapatan.


#MalaysiaMADANI 

#UNGA78



Rombak selepas PRK Pelangai



Rombak selepas PRK Pelangai?

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian 



 SPEKULASI rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan kini semakin bertiup kencang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP yang enggan dinamakan dengan beliau menjangkakan Anwar akan meneliti prestasi calon gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu terlebih dahulu sebelum membuat rombakan kecil kabinet.

Jelas beliau, di sebalik keperluan Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk meneliti prestasi BN-PH di PRK berkenaan, sebarang usaha rombakan kabinet sememangnya sudah tidak dapat dielakkan susulan tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah hampir mencecah setahun.