PM bertemu 15 syarikat terkemuka di Amerika, kongsi Kerangka Ekonomi Madani


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis. Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.


No comments: