SEBELUM NAK TIDUR....KITA BAGI CERITA LAWAK..


 

7 BULAN KERAJAAN PERPADUAN MEMERINTAH INI YANG RAKYAT DAPAT


 

JANGAN TAKUT DENGA.N DAP


 

KETIKA MENJADI MENTERI PELAJARAN SEKITAR AKHIR 90AN. BAB MANDI SAFAR DIHAPUSKAN.


 

APABILA MENTERI ‘TURUN PADANG’



"Semuanya terbongkar susulan tindakan ‘turun padang’ yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Sri Tiong King Sing baru-baru ini." "Mengulas mengenainya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kabinet tidak menafikan wujudnya salah laku dalam kalangan segelintir pegawai Imigresen seperti yang didakwa King Sing dan beberapa pihak lain."

DULU PUN TAK DAPAT APA. KALI NI PUN DIA TAK DAPAT JUGA....







Demi dendam, sampai sanggup jadikan diri selevel dengan pencacai. Kalau nak reka cerita pun, carilah fakta dulu. Ini Ikea tutup sehari je untuk naik taraf sistem, dia nak salahkan PMX juga

Tapi begitulah. Dia pernah mengaku kebenciannya kepada DS Anwar. Jadi tak perlu pelik dia turunkan level dirinya serendah tu. Sebab dendam boleh buat seseorang itu hilang rasional, maruah dan harga diri.

Guane boh?

Raja Gelap

 

MAAF TAN SRI. JANGAN GOPOH SANGAT

 


SABERY CHEEK






Maaf Tan Sri, jangan gopoh sangat. Cerita jangan tak habis.

https://www.astroawani.com/.../pelupusan-hutang-peneroka...

Betul, tahun 2021 diumum hutang peneroka kepada Felda dilupus. Tapi Felda pulak berhutang melalui sukuk untuk ambik alih FGV, bayar hutang KWSP dan May Bank. Banyak tu lebih RM 9 Bilion.

Macamana Felda nak bayar hutang?

Dulu Tan Sri semasa jadi PM kata kerajaan akan bayar RM 1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya dah mula bayar tahun 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh2.

Ia hanya janji, tapi tak laksana. Sebab tak ada hitam putih dengan Felda untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu.

PMX, Kerajaan Perpaduan baru2 ini putuskan penyelesaian. Buat Perjanjian dengan Felda untuk selesaikan sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan hutang itu.

Alhamdulillah Felda lega dan boleh bantu lagi peneroka. 


 

BERMAKNA DAP BUKAN ANCAMAN


 

'Tanpa kutipan hutang Felda tidak boleh hidup, PMX beri RM1 bilion setahun'






 Kenyataan pemimpin pembangkang PN dan bekas Perdana Menteri (PM) ke 8, Mahiaddin Yassin bahawa hutang peneroka Felda telah dilupuskira sejak 2021 adalah tidak tepat.


Hal itu didedahkan oleh Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar, kanan) dalam program bertajuk: "PM 8 Atau PM10 Selesaikan Hutang Peneroka Felda", malam tadi.


Menurut Shabery, Felda sebelum ini telah pun meminjam dalam pasaran kewangan secara menerbitkan sukuk (bon) bernilai hampir RM10 bilion untuk mengambilalih FGV Holding Berhad yang bermasalah.


Oleh itu, katanya, tanpa bayaran hutang bulanan daripada peneroka yang dilupus kira dan tanpa bantuan kerajaan sehingga RM1 bilion setahun, Felda tidak mungkin boleh meneruskan operasinya kerana terpaksa membayar sukuk.


"Sebenarnya PM ke 8 tu cerita tak habis. Betul tahun 2021 dia umum hutang peneroka kepada Felda dilupuskan. Tak payah kutip hutang lama. Felda serap hutang. Tetapi Felda terbeban.


"Perkara yang besar lagi berlaku sebelum itu, Felda ambil alih FGV dengan membeli saham dalam pasaran. Untuk ambil alih dia memerlukan dana RM9.9 bilion.


"Macam mana nak dapat dana, terbitkan sukuk. Iaitu dari KWSP dan Maybank pada waktu itu. (Masalahnya) macam mana Felda nak bayar sukuk ini selepas dapat saham dan miliki sepenuhnya FGV (tanpa mengutip hutang dari peneroka)?" tanyanya.


Kata beliau, kerajaan PN pada era Muhiaddin Yassin berjanji untuk memberi sumbangan kepada Felda hampir RM1 bilion setahun bagi tujuan membayar sukuk.


Malangnya, menurut Shabery janji itu tidak mempunyai jaminan bertulis daripada kerajaan.


Pada 2022, katanya, Kementerian Kewangan tidak memindah sebarang dana kepada Felda kerana tiada apa apa dokumen perjanjian.


Hanya selepas Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan menandatangani dokumen perjanjian, katanya, baharulah dana RM1 bilion tersebut diberikan kepada Felda


"Betul pada waktu itu dibuat janji, kerajaan (PN) akan bayar. Tetapi sampai waktunya duit tidak sampai.


"Bila kita periksa sebenarnya tak ada perjanjian hitam putih antara pihak Felda dan kerajaan. Dia sebut sahaja. Jaminan kerajaan mesti ada (secara bertulis) bahawa kerajaan akan bayar. Oleh kerana tak ada perjanjian maka tidak ada pembayaran dibuat.


"Alhamdulillah PM Datuk Seri Anwar sebelum Hari Peneroka lalu dia buat perjanjian (jaminan kerajaan bayar RM1 bilion)


"Sekarang perjanjian dibuat dan membolehkan kerajaan membayar RM1 bilion setahun supaya boleh bayar sukuk," katanya lagi.

DUA TOKOH ALMARHUM ULAMAK PAS INI, TIDAK PERNAH BERDOA AGAR HADI AWANG JADI PM.





EZRA AZRIN 

Almarhum Tuan Guru Fadhil Nor pernah berdoa agar Tun Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat sendiri kerosakan yang telah beliau lakukan dan kemusnahan karier politiknya. Kini ianya telah berlaku.

Selain itu ATFN dan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pernah mendoakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM satu hari nanti. Alhamdulillah kini ternyata DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Subhanallah..Semuanya dgn izin Allah SWT

 

INI MASA SUKAR YANG KITA LALUI.ZAMAN PN .... NAK ULANG LAGI ? LIHAT APA TIM MENTERI JAWAB.....




 

JANGAN PERCAYA FITNAH WALAUN

 




Jangan cepat sangat percaya fitnah pembangkang, fakta sebenarnya ialah pengeluaran ansuran 55 tahun ini masih belum ditentukan.. most probably hanya melibatkan pencarum generasi baru.. kita yang dan carom lama tak terlibat pun kalau ia dilaksanakan.

Faham tak un?

 

'Pulau Pinang di sebelah tetapi Kedah mundur juga'


 Teori terbaharu Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor kononnya Selangor maju kerana menumpang 'tuah' Kuala Lumpur yang telah lama maju ditempelak MB Selangor.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sekiranya ukuran kemajuan adalah menumpang jiran maka Kedah pun telah lama maju kerana menumpang Pulau Pinang sebagai negeri ketiga termaju di Malaysia.


"Kedah sebelah dia Pulau Pinang, pun (mundur) macam itu juga.


"Sebelum dia bertolak ke Selangor (dari Kedah) dia lalu Pulau Pinang. Dia lalu tepi laut, nampak di cermin (tingkap kereta). Penang dekat sebelah (Kedah), apa impaknya?


"Jadi jangan fikir macam itu," kata Amirudin sinis ketika ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Madani Afiat di Dewan Rakyat Batu Caves, Selangor pagi tadi.


Tambah MB, memang benar Selangor maju dan mengambil peluang daripada kemajuan Kuala Lumpur. Namun Selangor telah menubuhkan bandar satelit di Petaling Jaya sejak era 1970an lagi.


Kedah juga, katanya, perlu melakukan demikian dalam mengambil 'tuah' daripada kemajuan Pulau Pinang.


Namun, menurut Amirudin, berbanding sumbangan ekonomi Selangor sebanyak 25% KDNK Persekutuan, sumbangan Kedah hanya sekitar 3%.


"Sanusi, mata dia ke tempat lain tetapi tidak tengok pada masalah negeri dia.


"Minggu depan saya akan pergi Kedah. Saya akan terangkan macam mana nak jadi (negeri) yang terbaik," katanya.


Menyentuh persediaan pilihanraya dan kekuatan PN di kawasan Selangor Utara sebagaimana ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu, Amirudin berkata, kawasan berkenaan bukanlah kubu kuat sesiapa


Katanya, sebelum PRU 2018 kawasan itu kubu kebal BN namun pada waktu ini ia boleh dimenangi oleh mana mana parti yang bekerja keras.


"Selangor Utara ini tidak menjadi kawasan tradisi mana mana pihak. Secara tradisinya dahulu kawasan itu kawasan BN kemudian pada 2018 kita telah menembusi kawasan sana di bawah bendera PH.


"Hanya baru baru ini PN mungkin mendapat sedikit kelebihan di kawasan utara Selangor. Jadi saya rasa persaingan masih terbuka di kawasan itu untuk semua parti bersaing


"Kita yakin dengan program kita dan suntikan baru dari rakan kongsi BN. Kita harap akan berjaya menawan kembali kerusi di sana dengan selangat Kerajaan Perpaduan," katanya.


bagaimanapun, tegas Amirudin, sekiranya PN hanya berkubu dan mengharap kekuatan di Selangor utara maka itu menunjukkan mereka tidak berupaya menawan Selangor.


"Dalam masa sama, itu juga menunjukkan ketidakyakinan PN menawan Selangor kerana mereka hanya menumpukan utara Selangor. Kalau macam itu mereka hanya bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat," katanya lagi.