MAAF TAN SRI. JANGAN GOPOH SANGAT

 


SABERY CHEEK






Maaf Tan Sri, jangan gopoh sangat. Cerita jangan tak habis.

https://www.astroawani.com/.../pelupusan-hutang-peneroka...

Betul, tahun 2021 diumum hutang peneroka kepada Felda dilupus. Tapi Felda pulak berhutang melalui sukuk untuk ambik alih FGV, bayar hutang KWSP dan May Bank. Banyak tu lebih RM 9 Bilion.

Macamana Felda nak bayar hutang?

Dulu Tan Sri semasa jadi PM kata kerajaan akan bayar RM 1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya dah mula bayar tahun 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh2.

Ia hanya janji, tapi tak laksana. Sebab tak ada hitam putih dengan Felda untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu.

PMX, Kerajaan Perpaduan baru2 ini putuskan penyelesaian. Buat Perjanjian dengan Felda untuk selesaikan sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan hutang itu.

Alhamdulillah Felda lega dan boleh bantu lagi peneroka.