KRONOLOGI TIMAH :

KRONOLOGI TIMAH :


KEADILAN mensasarkan tambahan 4 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Halim Bachik, parti itu berhasrat bertanding 12 kerusi kali ini berbanding 8 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.
“KEADILAN akan kekal bertanding di 8 DUN yang ditandingi pada PRU 14 dan akan menambah 4 lagi kawasan daripada enam DUN yang ditandingi oleh Bersatu pada PRU lalu.
“KEADILAN mensasarkan 8 kawasan DUN untuk meraih kemenangan pada PRN ini,” katanya.
Enam kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU ke lalu adalah Ayer Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai.
KEADILAN berharap akan bertanding sebahagian daripadanya dan beroleh kemenangan berdasarkan mood semasa rakyat Melaka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar memanggil segera untuk siasatan para pemilik akaun luar pesisir berikutan pendedahan Pandora Papers baru-baru ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, pihaknya menyambut baik tindakan SPRM memanggil Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dirakan keterangan berkaitan maklumat Pandora berkenaan
Namun katanya, penama-penama akaun yang dibariskan di dalam pendedahan tersebut lebih wajar disiasat terlebih dahulu.
“AMK mengambil maklum SPRM akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar untuk dirakam keterangan mengenai Kertas Pandora.
“Datuk Seri Anwar sebelum ini menggesa Parlimen untuk membahaskan Kertas Pandora tetapi tidak dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.
“SPRM melalui Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi berkaitan.
“Namun selain Datuk Seri Anwar, SPRM sepatutnya bersedia mengambil keterangan individu yang dinyatakan memiliki akaun luar persisir antaranya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa individu lagi,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Johor Bahru itu, kesungguhan dan tekad SPRM akan lebih terserlah sekiranya tokoh-tokoh politik dan perniagaan terkenal yang tersenarai disiasat segera.
“AMK menggesa siasatan telus pada kadar segera oleh SPRM berkaitan Kertas Pandora serta memanggil individu terbabit seperti yang disebut dalam dokumen berkenaan.
“AMK juga berharap SPRM tidak menggunakan kuasanya untuk melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat sebaliknya fokus kepada isu yang dibawa,” katanya lagi.
Kertas Pandora merujuk kepada pembocoran dokumen milik firma perkhidmatan kewangan yang memudahkan orang kaya menubuhkan dan menguruskan entiti luar pesisir. Dokumen tersebut didedahkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Pilihan Raya Negeri (PRN) melaka tidak seharusnya dilaksanakan secara terburu-buru tanpa memikirkan risiko jangkitan Covid 19 yang akan ditanggung oleh rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai faktor sepatutnya diambil kira seperti penggunaan sekolah untuk mengundi dan terdedahnya perabot-perabot di sana kepada virus Covid 19 yang boleh mengjangkiti para pelajar, sebelum mengumumkan PRN.
Begitu juga Prosedur Operasi Piawai (SOP) pengundian yang sewajarnya diperketatkan.
“(SOP) harus ada, tetapi maknanya TYT dan Kerajaan Negeri (Melaka) tak fikir implikasinya. Kita bimbang anak sekolah ada yang divaksin ada yang belum vaksin, itu risiko (jangkitan) ada.
“Ini bukan soal politik. Kita bila ada PRN, kita kena berhempas pulas tetapi risiko bagi rakyat bagaimana? Risiko kepada sekolah, anak-anak, ibu bapa bagaimana? Ini tidak difikirkan.
“Sebab itu saya lahirkan rasa dukacita kerana pemimpin tak peka. Cakap soal lain tetapi bila hal macam ini nak rebut apa? Ada masa lagi.
“Biar clear dulu betul-betul masalah Covid ini dan risiko kepada anak-anak sekolah kerana sekolah baru dibuka,” katanya selepas memberi ceramah Maulidur Rasul di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, pagi tadi.
Ditanya mengenai mungkinkah PH menerima 4 ADUN Melaka yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, Anwar menjelaskan akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat PH petang ini.
Katanya, tidak bermakna keempat mereka diundang malam Isnin lalu maka mereka telah diterima bersama PH.
“Kita bincang petang ini. Yang dibangkit oleh DAP itu seorang (Datuk Norhizam Hassan Baktee) tetapi kita akan bincang.
“Kita punya pandangan, mengapa kita jemput mereka malam itu dalam majlis, kerana dia yang mengambil langkah untuk membawa perubahan di Melaka dan masa itu PH Melaka menyokong.
“Kita sekadar ucap terima kasih kepada mereka, wajarlah. Tetapi soal pilihan raya, soal lain pula,” katanya lagi.




We don't want to win the battle but lose the war. PRN Melaka adalah pertarungan kecil untuk PRU15, jangan kerana hendak untung secupak, kita akan rugi segantang. Yang akan mengundi nanti bukan hanya ahli parti tapi majoritinya golongan atas pagar. Biar kalah janji berprinsip, kalau tidak jadilah kita macam parti lebai, siapa bayar lebih depa tadah saja.

MOHD MUKHLIS
Timah = ✘







Bismillahhirrahmannirrahhim..

PETALING JAYA: Pemuda Umno Arau meminta parti mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian itu, Shahidan Kassim susulan penularan surat aduan pelanggaran disiplin parti ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-cawangan di negeri itu, baru-baru ini.
Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, Shahidan sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua cawangan dan ketua sayap cawangan.
“Beliau telah membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti semasa majlis itu. Selain itu, beliau juga mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Pada masa sama, surat itu turut ditujukan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bertarikh 18 Oktober 2021.
Syed Atif berkata, aduan secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan ahli dan pimpinan pelbagai peringkat khususnya di bahagian Arau dan negeri Perlis.
“Demi menjaga nama baik dan maruah parti serta mengelakkan masalah perpecahan yang serius pada masa hadapan, diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih bulu dapat diambil,” tegasnya.
Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Shahidan meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu penularan gambar memaparkan bendera Bersatu yang tergantung di sebuah dewan yang menjadi lokasi mesyuarat Cawangan Umno dirasmikannya.
Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa bendera berkenaan sudah lama dipasang di dewan berkenaan sempena lawatan kerja sehari Muhyiddin Yassin semasa menjadi Perdana Menteri, pada 5 Mac lalu.
Bagaimanapun, Shahidan menjelaskan pihak pengurusan dewan berkenaan tidak sempat menanggalkannya kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan notis singkat diterima untuk mengadakan mesyuarat Umno cawangan baru-baru.
BIDADARI ALKADRI
Gajah Sama gajah berjuang

aswah aswah
Dia ni dah keluar dari pakatan harapan dan kianat pada party lepas tu nk tanding tiket PH ...mana boleh ko le punca kianat sebab tu DAP dah bagi tau ko le punca nya.


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) diingatkan untuk tidak menerima empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan meletakkan mereka sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Penganalisis politik Azmi Hassan berkata, prinsip PH akan dipersoalkan dan ia mengundang risiko “hukuman” daripada pengundi.
“Dengan menerima mereka, saya percaya PH akan memberi gambaran bahawa mereka boleh mengetepikan prinsip dengan mudah selagi dapat mencapai matlamat politik,” kata Azmi kepada FMT.
“Ia tidak memberi sebarang manfaat kepada PH sebaliknya hanya memakan diri selepas ini.”
Seorang lagi penganalisis, Wong Chin Huat berkata, pendirian PH mengenai tindakan lompat parti akan dipersoalkan sekiranya mereka menerima empat ADUN berkenaan yang menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali hingga menyebabkan kerajaan negeri tumbang.
Beliau berkata, PH begitu keras mengkritik mereka yang berpaling tadah daripada gabungan menerusi Langkah Sheraton sebelum ini.
“PH tidak boleh melihat tindakan lompat parti ini sebagai sesuatu yang baik apabila ‘katak’ ini datang kepada mereka, tetapi menyatakannya salah apabila ‘katak’ ini menyertai Barisan Nasional (BN) atau Bersatu,” katanya.
“Pengundi tidak buta.”
Dalam laporan baru-baru ini, Idris Haron, iaitu bekas ADUN Sungai Udang, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) memberi bayangan untuk bertanding atas tiket PH dalam PRN.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan membantah jika bekas ahlinya, Norhizam bertanding di bawah tiket PH tetapi enggan mengulas mengenai Idris, Nor Azman dan Effandi.

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan kehadiran bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dalam majlis perjumpaan ahli PKR negeri itu Isnin lalu hanya untuk mengucapkan terima kasih.
Beliau berkata, PKR Melaka menjemput Idris kerana langkah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu yang sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka disokong oleh Pakatan Harapan (PH) negeri.
“Kita punya pandangan kenapa kita jemput dia dalam majlis pada malam itu kerana dia ambil langkah untuk membawa perubahan di Melaka dan masa itu PH Melaka sokong.
“Jadi bagi kita sekadar ucap terima kasih wajar. Tetapi soal pilihan raya negeri (PRN) soal lain, soal (PRN) akan bincang petang ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Port Dickson.
Idris yang juga bekas ADUN Sungai Udang dan tiga ADUN lain diundang ke majlis itu.
Dalam majlis itu, Idris menunjukkan minat untuk bertanding bawah tiket PH pada PRN Melaka 20 Nov ini.
Tiga ADUN lain ialah bekas wakil rakyat Bebas, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu) dan ADUN Pantai Kundor, Azman Hassan (Umno). Semua mereka dipecat daripada parti masing-masing.
Norhizam dan Noor Effandi juga memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Melaka pimpinan PH sebelum ini.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP tidak bersetuju Norhizam dinamakan sebagai calon PH pada PRN.
Sementara itu, Anwar berkata, soal DAP tidak menerima Norhizam akan dibincangkan petang ini dalam mesyuarat biasa PH.
“Yang dia sebut tak boleh terima seorang nama. Tak apa kita akan bincang petang ini dalam mesyuarat biasa PRN Melaka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar mengesahkan beliau akan diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai Kertas Pandora.
Beliau berkata, tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPRM tetapi beliau berharap siasatan pihak berkuasa itu tidak menyekatnya bersuara dalam isu berkenaan.
Di sebalik Pas masih berharap dapat bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi PRN Melaka dan membawa sekali Bersatu dalam kerjasama tersebut, mereka sebaliknya sudah pun sepakat berpadu tenaga dengan Bersatu melancarkan jentera pilihanraya PN.
Dengan Pas bersama Bersatu melancarkan jentera, adalah jelas gabungan kedua-dua parti itu bersungguh-sungguh bukan saja untuk mengalahkan PH, bahkan juga menumbangkan UMNO dan BN.
Majlis pelancaran turut dihadiri pemimpin utama kedua-dua parti, antaranya Hamzah Zainuddin, Ronald Kiandee, Takiyuddin Hassan, Shamsuri Mokhtar dan lain-lain lagi.
Jika benar ingin bekerjasama, untuk apa dilancarkan jentera pilihanraya yang berasingan dengan UMNO dan BN?
Bukankah lebih wajar ditunggu ada kata putus berkenaan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum pelancaran jentera pilihanraya dilakukan?
Di bawah ini adalah antara gambar-gambar di majlis pelancaran itu.






Dengan demikian, untuk apa lagi UMNO mahu melayan atau menoleh kepada Pas? – ShahbudinHusin 20/10/2021.