APAKAH LEBIH RAMAI LAGI LETAK JAWATAN DALAM AMANAH SELEPAS INI?


 Untuk makluman, saya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional dan Pengerusi Biro Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional pada 30 okt 2020 yang lalu.

Pemakluman ini telah saya sampaikan kepada YB Tuan Hj Mohamad Sabu selaku Presiden parti pada tarikh yang sama.

Hari ini, jumaat 18 dis 2020, saya umumkan secara resmi bagi mengelak prasangka dan tanda tanya khususnya menjelang Konvensyen Amanah Nasional yang dijadualkan pada 26-27 dis ini di Melaka.

Saya mula terlibat dalam politik sejak tahun 1986. Terlibat dengan PAS dan kini Parti Amanah Negara di era pemerintan BN, PH dan PN. Suka duka, susah senang dan mehnah dalam perjuangan selama 34 tahun; banyak pengalaman yang dirasai dan pengajaran berguna sebagai muhasabah diri.

Saya berhasrat untuk memberi tumpuan penuh kepada beberapa Ngo yang saya dan rakan rakan tubuhkan. Antaranya Majlis Permuafakatan Ngo Felda(MPNF), Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor dan Ngo Malaysia Baru.

Selaku anak peneroka Felda yang dibesarkan dalam persekitaran Felda yang penuh warna warni, saya menerima banyak pendedahan dan berinteraksi dengan banyak pihak. Ia menguji prinsip dan intergriti kita; antara kepentingan peribadi atau peneroka felda yang kerap kali menjadi mangsa ketidak adilan.

Selama setahun empat bulan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, saya terhutang budi khususnya kepada YB Datuk Seri Salahudin Ayub yang memilih saya menggalas amanah di agensi terbesar dalam Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani(MOA) dan menimba banyak pengalaman meskipun dalam tempoh yang singkat. Ia mendorong saya menubuhkan Ngo Pertubuhan Gerak Tani sebagai kesinambungan membina networking para usahawan tani di seluruh negara. Saya mensasarkan 2 tahun bagi Ngo ini memaksimumkan usaha membantu para usahawan tani hingga ke peringkat eksport/antarabangsa.

Sebagai ahli politik yang telah bergelumang dari bawah; polemik dan pertembungan dalaman parti dan berdepan lawan politik yang berbagai sifatnya; kematangan dalam melihat masa hadapan negara adalah amat penting.

Sudah sampai masanya politik baharu@konsolidasi yang merentasi politik kepartian dapat dijayakan.

Meskipun kita berbeza pandangan dan idealogi politik dari sistem demokrasi berparlimen,keutamaannya adalah keselesaan@kebahagiaan hidup rakyat. Political will melalui kemahuan yang kuat untuk mengubah nasib rakyat mesti diserlahkan. Bukan hanya retorik dan saling berebut kuasa yang tiada kesudahannya.

Inilah Malaysia Baru yang saya yakin diimpikan dan menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia .

Melalui Ngo, konsep semak dan imbang dapat diamalkan secara lebih terbuka. Ia menjadi kuasa ke tiga yang sentiasa memberi input kepada dasar dasar kerajaan dan saling bekerjasama dengan berbagai pihak.

Terima kasih atas kepercayaan parti selama ini dan mohon maaf atas kesilapan dan kelemahan sepanjang memegang jawatan.

Datuk Mazlan Aliman

18 dis 2020



PELABUR LUAR TIDAK BERANI LABUR DI MALAYSIA KERANA KERAJAAN MALAYSIA.........????

 Image may contain: text that says "KENAPA SYARIKAT GERGASI MENGELAK DARI BEROPERASI DI MALAYSIA? VIETNAM Apple & Samsung Vietnam untuk buka kilang GU GANGUTARA SINGAPURA GRAB berpindah ke Singapura Alibaba, Bytedance dan Tencent pilih Singapura sebagai headquarters Asianya Sebuah kilang untuk kereta elektrik akan dibina di Indonesia Amazon melabur dalam pusat binaan data di Indonesia Hyundai pilih Indonesia untuk bina kilangnya Google, inc pilih Indonesia untuk set up Google Cloud Tesla pilih Indonesia untuk bangunkan kilang dan kemungkinan besar, SpaceX launchpad juga INDONESIA"

1) Samsung and Apple factories going to Vietnam;

2) Tesla building a factory in Indonesia and even contemplating of SpaceX launchpad too.

3) Amazon invested building data center in Indonesia.

4) GRAB moved to Singapore.

5) Alibaba, Bytedance and Tencent etc all setting up Asia's headquarters in Singapore.

6) Hyundai setting up Factory in Indonesia.

7) Electric car battery factory from China will set up in Indonesia.

Description: 😎Google moving to Indonesia.

Copypaste : Bashir Ahmad Hassan On Anwar Ibrahim Club

 



ADAKAH KEGAGALAN INI DISEBABKAN DSAI.

 

NIZAM AKA

Image may contain: 2 people, text


Ada yang kata jangan bazirkan masa kejar bayang-bayang dan ada yang kata Grand Coalition pembangkang perlu disokong..Semua knyataan itu kluar setelah pembangkang gagal menyekat bajet 2021 drp diluluskan..Dan susuk tubuh yang menjadi sasaran untuk dipersalahkan atas kegagalan pmbangkang itu adalah Dsai.. Betapa mudahnya mereka-mereka menyalahkan Dsai tanpa melihat fakta sebenar kegagalan itu.. Adakah Dsai seorang sahaja yang perlu usahakan segala-galanya?Adakah Dsai seorg sahaja yang bakal nikmati hasil jika usaha mengagalkan bajet itu berjaya dilakukan?

Persoalannya di mana puak-puak yang digelar salahudin akan membentuk Grand Coalition semasa pengundian bajet di peringkat kementerian-kementerian ?Di Mana?

Contoh Bajet untuk JPM..Yang menyokong 105,tak menyokong 95 dan TAK HADIR 20..Puak-puak mana yang Tak Hadir ini?inikah puak-puak yang disebut sebagai Grand Coalition? Grand Coalition atas dahi nenek kamu?Kalau benar-benar ikhlas ingin bersama dalam GC,adakah patut mereka tidak hadir?Akhirnya setiap kali gagal dalam undian bajet peringkat kementerian,maka Dsai yang menjadi sasaran dihentam,dikritik dan diperli.. Sdangkan geng2 yg tdk hadir itu dipuja dan dipuji,malah dianggap sbgai rkn pmbangkang yg baik? Siap bg cadangan utk buat GC lagi?Sdangkan merekalah pnyebab utama bajet itu lulus krana mereka tdk hadir semasa undian bajet peringkat kementerian.

Atas sbb itu,secara peribadi saya bersedia mnyokong tanpa berbelah bahagi jika PKR dan Dsai mengambil keputusan utk tidak bersama dgn mereka2 yg dikatakan ingin wujud GC itu..Kami ada maruah dan harga diri yg perlu dipertahankan..Kalau PKR dan Dsai yg dikatakan pnyebab kpd kegagalan undian bajet itu,maka tinggalkan kami dan pergilah bersama dgn Tun M,Shafie,Salahudin dll dlm GC mengarut itu..

Yg penting,Jgn Celik Tapi Buta.

 (PENULISAN AGAK BAGUS,SAYANGNYA EJAAN SUKAR DIEDIT KERANA BANYAK YANG TERLALU RINGKAS)

.

 

Situasi banjir di Pantai Timur membimbangkan

 

Situasi banjir di Pantai Timur membimbangkan

PETALING JAYA: Situasi banjir di dua negeri Pantai Timur terus membimbangkan, terbaru sebanyak 972 orang daripada 246 keluarga menjadi mangsa di Terengganu setakat 4.30 petang tadi, menurut Bernama.

Di media sosial, pengguna Twitter berkongsi video memaparkan air mengalir begitu deras di Dabong, Kuala Krai, Kelantan petang tadi.

Di Kemaman, lebih 2,000 penduduk di Kampung Seberang Tayor, Kampung Batu 16, dan Kampung Batu 14 Tebak terputus hubungan selepas jalan ke kampung mereka dinaiki air mulai 7.30 pagi tadi.

ADUN Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata hujan lebat berterusan sejak petang Rabu menyebabkan limpahan air Sungai Tebak mula menenggelami jalan di beberapa lokasi.

Di Kampung Padang Kubu, majlis pengurusan komunitinya menggunakan traktor untuk menghantar bantuan kepada 50 mangsa banjir daripada 15 keluarga, selepas laluan utama ke kampung itu juga dinaiki air.

Setiausaha Sudin Muda berkata semua mangsa tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana kediaman terletak di kawasan tinggi.

“Kita perlu pastikan mereka tidak terputus makanan kerana terperangkap di dalam rumah ketika ini.” katanya kepada Bernama.

Di Permaisuri, seorang wanita hamil yang menanti saat melahirkan anak meredah banjir setinggi pinggang sejauh 50m untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.

Nor Hazwani Ghazali, 30, yang sarat mengandung 37 minggu, menaiki bot, kereta pacuan empat roda, dan ambulans sebelum tiba di Klinik Kesihatan Permaisuri yang terletak kira-kira lapan kilometer dari rumahnya.

“Bot fiber tidak dapat masuk ke kawasan rumah dan hanya menunggu di seberang jalan jadi saya terpaksa berjalan kaki meredah banjir dengan berhati-hati kerana risau terjatuh.

“Selepas itu bersilih ganti pula menaiki bot fiber, pacuan empat roda dan ambulans kerana beberapa jalan ditenggelami air,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Besut.

Suri rumah yang akan melahirkan anak ketiga itu bersyukur dan sangat terharu melihat kesungguhan Angkatan Pertahanan Awam memastikan beliau tiba di klinik kesihatan dengan selamat.

Suaminya berada di Kuala Terengganu ketika kejadian. Dua anaknya pula bersama ibunya.

Seorang lagi wanita, Wan Siti Zaharah Wan Ibrahim, 30, mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana anak keduanya baru sahaja bersunat tiga hari lepas.

“Rumah saya tinggi. Selalunya apabila bahagian dapur yang agak rendah dinaiki air barulah kami sekeluarga pindah. Lagipun kesian anak baru bersunat mesti dia tidak selesa berada di PPS.

“Lagipun saya sudah beli barang keperluan dan makanan secukupnya kerana mengetahui setiap kali musim tengkujuh laluan masuk ke rumah akan ditenggelami air. Jadi, kami sekeluarga hanya akan tinggal di dalam rumah sahaja dan tidak dapat pergi ke mana-mana,” katanya.

 

Rakyat tak percaya undi pos!

 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, undi pos lebih sukar dilaksanakan kerana sistem itu tidak dipercayai rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majoriti rakyat lebih mempercayai sistem pengundian secara fizikal berbanding undi pos.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, undi pos lebih sukar dilaksanakan kerana sistem itu tidak dipercayai rakyat.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak ia dilaksanakan namun perlu ditambah baik termasuk meyakinkan rakyat, ia lebih baik dan telus sama seperti undi secara fizikal.

“Kena ada sistem boleh dipercayai, sistem yang cekap dan kalau tengok banyak negara luar sebagai contoh Kanada, semua guna undi pos, tapi negara mereka semua orang percaya sistem itu. Kalau perkenal di sini banyak orang tak percaya, pilihan raya akan huru-hara nanti.

“Jangan kita pandai-pandai nak perkenal sistem itu. Orang lain pemikiran sivik mereka lain, pemikiran sivik kita lain. Saya bukan tak setuju dibanyakkan undi pos tapi lagi sikit jumlahnya lagi baik,” kata bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dalam sidang media selepas program memperkasakan pendidikan sivik dan pengundi.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom berkata, Malaysia masih belum bersedia memperluaskan kaedah pengundian secara pos kepada semua peringkat pengundi seperti dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya presiden baru-baru ini berikutan sistem undi pos digunakan di negara ini tidak direka untuk skala besar.

Katanya, terdapat juga unsur ketidakpercayaan terhadap sistem undi pos dalam kalangan orang awam, lebih-lebih lagi ia tidak pernah dilaksanakan secara terbuka sebelum ini.



Grand Coalition, siapa untung?(ULANG)


The failures and successes of Pakatan Harapan | The Star


Grand Coalition, siapa untung?

Raja Gelap

Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada ‘parti-parti comel’ ini?

Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak ‘Chucky’ dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.

Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.

Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.

Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!

Kenapa tak masuk PH sahaja?

Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.

Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!

Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!

Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.

Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.

Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?

Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?

Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.

Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.

Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.

Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?

Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.

Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.

PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.

Atau paling tidak, terus masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi lain dan cuba hijack jawatan ketua.

Tapi baik tak payah. Ada parti banyak tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?

Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.

Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.

Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.



23 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SILA TEKAN   >    ATAU    OLDER POST. SOKONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN HANYA DENGAN MENEKAN BUTANG IKLAN..ANDA TELAH MEMBANTU SAYA DAN MENGHIDUPKAN BLOG INI.SAYA SEDIAKAN BERITA ANDA MEMBACA NYA UNTUK MEREFORMASIKAN  MALAYSIA KEARAH LEBIH BAIK, JAUH DARI RASUAH DAN POLITIK JUMUD DAN PERKAUMAN.




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR. BERITA TENTANG KECELARUAN DALAM PH AMAT MENDUKACITAKAN.JANGAN LAH LAGI KITA BERGANTUNG KEPADA KEPURA PURAAN MAHATHIR KERANA IANYA ADALAH RACUN YANG AMAT BERBISA BUAT PH.


Dr MiM: Mahathir Tidak Bertanding PRU15 Tapi .....

𝗕𝗘𝗚𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗠 𝗚𝗨𝗔𝗡 𝗘𝗡𝗚 (Juga kepada Mohamad Sabu)

 

𝗕𝗘𝗚𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗠 𝗚𝗨𝗔𝗡 𝗘𝗡𝗚

(Juga kepada Mohamad Sabu)

... panjang leteran ini

Oleh : Zukri Aksah

Dikira dari 9 Mei 2018 hingga sekarang, tempoh masanya adalah kurang lebih 31 bulan. 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan memerintah dengan Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu adalah juga Pengerusi PH.

Kejatuhan Kerajaan PH bermula dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang secara automatiknya membubarkan jemaah kabinet yang ada pada masa itu. Masa "vacuum" itulah digunakan oleh para pengkhianat bagi menjalankan plot mereka melalui apa yang dikenal sebagai Langkah Sheraton, sehingga tertubuhnya sebuah perikatan kerajaan "kabur" dengan nama Perikatan Nasional.

Kesalahan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Anwar Ibrahim ketika itu ialah kerana mendesak Mahathir yang tidak mahu menunaikan janji supaya menunaikan janji.

Dan ya, hari ini tampak bahawa memang segelintir pimpinan Amanah dan DAP menuding jari kepada Anwar memaksudkan bahawa desakan menunaikan janji itu adalah salah!

Berbalik kepada tempoh, selepas 22 bulan, Mahathir tidak lagi bersama PH, Bersatu juga mengambil keputusan keluar dari PH.

Selepas itu baharulah Anwar mengambil-alih kepimpinan Pakatan Harapan. Ditolak 22 bulan dari 31 bulan, bakinya hanyalah 9 bulan! Hingga sekarang, Anwar hanya memimpin PH 9 bulan!

Dan selama 22 bulan sebelum itu, Anwar tiada apa jawatan dan kepentingan pun dalam kerajaan. Hanya kerana sekali kegagalan menolak Bajet, dalam tempoh 9 bulan sahaja Anwar memimpin PH, kamu semua meroyan bagai tidak sedar diri, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan.

Apa yang kamu semua tidak sabar dan kejarkan? Kedudukan? Kuasa? Itu sahaja? Bagi saya (dan saya yakin ini juga pendapat majoriti pendokong reformasi), tidak ada gunanya kedudukan dan kuasa itu bila sudah terbukti bahawa selama 22 bulan di bawah telunjuk orang tua itu, agenda reformasi teras yang menjadi perjuangan kami puluhan tahun gagal dilaksanakan.

Hanya kerana Bajet 2021 lulus, kamu mula bercakap soal "political reset" pembangkang, anjakan baharu perserikatan pembangkang, "grand coalition" melangkaui PH, PH Plus (2).

Semua idea ini secara jelas mempertikaikan kerangka kepimpinan atasan Pakatan Harapan sedia ada, dengan kata lain, kepimpinan Anwar Ibrahim, yang hanya berumur 9 bulan! Ya saya akui, wujud peluang untuk mengambil-alih semula kerajaan dengan kembali bergabung bersama blok Mahathir.

Tetapi seperti yang saya soal tadi, apakah hanya itu kehendak kamu? Pada kuasa dan kedudukan? Sedang kami para pendokong reformasi sudah lama melupa dan melupus kehendak peribadi kami, yang ada hanyalah kehendak perjuangan.

Tiada gunanya kuasa dan kedudukan sama ada ketika 22 bulan PH memerintah, sekarang di bawah Perikatan Nasional atau akan datang dalam impian kamu bersama "grand coalition" jika sampai ke situ pun kita masih diikat dengan dogma lama, orde lama tinggalan 61 tahun pemerintahan Perikatan/Barisan Nasional dahulunya.

20/21 tahun kami menggerakkan perjuangan reformasi adalah untuk merobah tatacara dan tatakelola kerajaan supaya akhirnya kami dapat menutup ketirisan sistem yang selama ini memungkinkan berlakunya salah urus dan salah guna kuasa, korupsi, rasuah serta kezaliman.

Kamu kata pemimpin-pemimpin Umno yang memperdaya Anwar itu sebagai oportunis kuasa, jangan sampai kamu lupa bertanya diri sendiri akan hal yang sama juga. Mahathir pula bagaimana? Apakah kerana dia duduk di kerusi pembangkang, sebahagian dari 108, maka dia sudah menjadi mulia?

Tela'ahlah setiap tutur-katanya, di samping rungutan dan komplennya terhadap Muhyiddin, Najib, Zahid atau Perikatan Nasional, akhir katanya, akhir kalamnya hanya ada dua perkara, pertama dia mahu menjadi Perdana Menteri lagi, kedua dia tidak mahu Anwar menjadi PM, itu sahaja perjuangannya sekarang. Itu bukan "reform," itu kesombongan diri dan dendam peribadi.

Kenapa kamu tiba-tiba menjadi tidak sabar, Anwar seperti saya kata baharu memimpin Pakatan Harapan 9 bulan. Hanya kerana dia tidak berjaya mendapatkan sokongan dari beberapa kerat Ahli Parlimen Umno, kamu katakan dia asyik terkejar bayang-bayang.

Dia sudah berusaha, tetapi dia terus-terusan ditahan, di simpang itu, di simpang ini, menggunakan autoriti-autoriti tertentu supaya usahanya itu terdedah kepada kepanjangan masa yang sengaja dicipta bagi memberi ruang kepada musuhnya membuat serangan dan tawaran balas.

Apakah kamu sudah dibutakan mata dari melihat ini semua? Sungguh kamu orang yang tidak mengenang budi, sama perangainya dengan anak-anak ikan dalam Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini.

Dua puluh tahun kamu angkut sosok ini semasa bebasnya merata-rata, kamu cetak wajahnya merata-rata, kamu tulis namanya merata-rata, kamu jaja mata lebamnya merata-rata, kamu usung isteri dan anaknya merata-rata. Sekali dia gagal kamu sudah anggap dia seperti sepah.

Kenapa dahulu kamu tidak pernah menuding jari kepada Mendiang Pengerusi dan Almarhum Mursyidul Am lama kamu menyalahkan mereka kerana gagal membawa kamu ke Putrajaya?

Atau kerana ketika itu kamu belum merasa empuk kerusi kuasa? Hari ini kamu melihat Anwar seperti tebu, tebu yang sudah habis diperah dan digilis, tinggal sepahnya sahaja, habis madu sepah dibuang!

Kalau kamu merasa Mahathir boleh menjadi madu baharu kamu, bersama yang lain seperti Shafie Apdal dan Warisannya, boleh membentuk satu "grand coalition" yang memungkinkan pengambil-alihan kerajaan serta merealisasikan mimpi terdesak kamu untuk kembali jadi menteri, jadi timbalan menteri, jadi setiausaha politik, sedang seorang gurkha tua Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah pun gagal ditariknya, maka teruskanlah...

Bagi kami mudah, perjuangan reformasi jalan terus!

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜

Zukri Aksah

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #LawanTetapLawan #keadilan21tahun #DSAI4PM #reformasi98 #GERAKANREFORMASI98 #GERAK98 Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Lim Guan Eng Mohamad Sabu - Mantan Menteri Pertahanan Malaysia Gerakan Reformasi Nasional

 

SALAM JUMAAT BUAT ANWAR

 

Image may contain: 1 person



(Dari Mohd Sayuti Omar)

Salam buat sdr Anwar Ibrahim semoga Jumaat ini memberi keberkatan kepada kita semua. Saya nak sebutkan sesuatu hakikat yang mungkin sdr lupa atau tidak mengenangnya kerana berjiwa besar.

Sdr kena sedar bahawa mereka yang bermuafakat politik dengan sdr asalnya mereka yang melawan dan mencemuhi sdr. Semasa sdr berada dalam Umno jadi TPM sdr dikecam dan dilawan. Mereka asalnya dari rahang parti² yang menentang sdr.

Mereka hanya menunjukkan sikap menyokong sdr apabila sdr tidak bersama Umno lagi.

Kenapa mereka menyokong sdr kerana mengharap kepentingan politik. Itu sahaja. Sejuring keikhlasan pun tidak ada pada mereka buat sdr.

Kesengsaraan sdr telah dijadi modal untuk mereka memperolehi sedikit kemenangan. Penderitaan sdr ada sumber rezeki yang tak diterima kasih. Lanjutan itu sdr dilupakan diperlecehkan dan tetap mempersoalkan peribadi sdr walaupun peribadi mereka juga cabuk dan boleh dipertikaikan.

Apabila sdr tidak dapat melantik mereka sebagai menteri, tidak dapat memberi "genak beras" maka sdr tidak dilihat berguna oleh mereka. Mereka adalah pempelahap material.

La Tahzan..sdr ada kekuatan dan prinsip diri. Kuasa bukan segala galanya. Kalau mereka sudah ada pilihan lain dan tidak lagi menjadikan kesengsaraan sdr selama ini modal politik mereka, biarkan saja. Rela dan izin tengok sekuat mana kehebatan sang kerbau menanduk bukit.

Sdr masih ada orang² yang empati dengan sdr yang mengkagumi idealisme perjuangan dan terhimbau dengan gaya dan sosok sdr sebagai pemimpin ada kelas. Sdr jangan mengalah dan menyesali kepada sesiapa pun kerana itu sesuatu yang tidak wajar. Jabgan lagi sdr meminta² sebab telah lama tangan sdr terhukur mahukan kuasa.

Berada dipihak kalah bersama orang ikhlas dan komited lebih baik berada di garis menang bersama orang yang khianat dan terus mengeji. Trims.

- MSO

 

 

FIKIR DAHULU BARU BERTINDAK


Image may contain: 2 people, people sitting

Mat Sabu org lama tapi cara berfikir keanak anakan

PILIH LAH ANTARA ANWAR ATAU MAHATHIR

Sebenarnya Mat Sabu dah lama menolak Anwar sejak dia kehilangan jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Terhutang budi kpd Mahathir... menjadi Menteri di Kementerian yg mendapat penghormatan yg cukup tinggi.

Sebelum ini Mat Sabu mengakui mencalonkan Syafie Apdal sebagai PM. Kata2 Mat Sabu selalu tidak sependapat dgn Anwar berbanding LGE. Pemikiran Mat Sabu tidak kritis. Sepatutnya dia berfikir baru bertindak... bukan bertindak mahu mahu fikir baik dan buruknya.

Jadi kita ingin bertanya kpd Mat Sabu dan sila jawab kpd penyokong2 PH? Saya tidak mahu bertanya kpd LGE kerana partinya besar... parti besar memang pemimpinnya besar kepala. Apatah dia tahu org Cina tetap menyokong DAP walaupun LGE memilih utk bersama Mahathir.

Soalan pertama buat Mat Sabu...Siapakah calon yg layak di pemikiran Mat Sabu utk menggantikan Anwar?...Jika mahu menyuruh seseorang itu turun dari jawatannya, Mat Sabu mesti meletakkan dahulu siapa calon pengganti. Bukan main suruh begitu sahaja. Perangai kekampungan itu jgn dibawa ke dlm PH.

Kedua apakah Mat Sabu memilih hanya mahukan 11 ahli Parlimen bersamanya dan mahu meninggalkan 38 ahli Parlimen yg lain? Adakah itu langkah yg bijak? Dlm perniagaan dianggap bodoh dan dlm politik dianggap bangang. Apatah lagi 4 yg ada pada 'Pejuang' itu barangkali hanya tinggal 1 atau telur ayam pada PRU15 nanti.

Ketiga jika Mat Sabu ini bijak... dijangkakan jika Amanah memilih bersama Dap pasti org Melayu akn menolak parti Amanah. Jika penyokong, ahli2 PKR mengadakan kempen secara agresif menyerang DAP sebagai anti Melayu...

DAP mungkin selamat di kawasan Cina tetapi Amanah akn hancur di semua kawasan Melayu yg mereka bertanding. Berulang kali saya katakan yg pertahankan DAP adalah Melayu intelektual yg rata2 adalah penyokong PKR.

Keempat... mahukah Mat Sabu ( jika bersama PH ) akn kehilangan 2 juta pengundi ( pro Anwar ) kerana masih memilih Mahathir sebagai rakan politik yg dia khianati. Sdgkan di Sabah sentimen kebencian org Sabah kpd Mahathir kerana projek IC masih menebal sehingga Mahathir tidak berani turun berkempen di sana.

Sebab itu dulu walaupun Mat Sabu berteriak sana sini di pentas politik, PAS tidak pernah cemerlang. Menjerit sahaja tanpa menggunakan akal yg waras tidak cukup dlm berpolitik. Ia mesti didokongi dgn tektikal politik. Mat Sabu mesti ingat Anwar mungkin ada 2 juta pendokongnya tapi Mahathir barangkali hanya ada 100 ribu pendokongnya.

Kelima khabarnya ramai dlm Amanah yg ingin membubarkan Cawangan, keluar dari ahli, sabotaj Amanah jika Mat Sabu masih mahu bekerjasama dgn Mahathir. Mat Sabu mesti menjawab dahulu atas dasar apa dia masih mempercayai Mahathir yg terang2 mahu menjatuhkan PH. Ingat ayat ini.." Saya tidak suka Anwar saya juga tidak suka DAP".

Tubuh Mat Sabu realitinya ramai melihat dia bagai dicucuk hidung oleh LGE dan sentimen itulah yg membuatkan ramai pemimpin PAS dulu percaya kpd kata2 Hadi Awang bahawa kelompok ini adalah 'barua' DAP. Ramai rakan2 politik saya mengatakan keputusan Mat Sabu byk dipengaruhi LGE.... Walllahuallam.

Keenam tanggapan Amanah mengatakan PKR jgn sombong seperti PAS yg mempunyai jutaan ahli. PAS beranggapan mereka kuat dan lebih dari itu PAS mengatakan mereka akan menjadi 'King Maker'. Ia menjadi kenyataan dan PAS kini menjadi sebahagian dari kerajaan yg sedia ada.

PAS mempunyai jutaan ahli tetapi ia berselerak. Tiada kawasan fokus dan hanya di Kelantan dan Terengganu dianggap kubu kuat. PKR mempunyai kekuatan di sesetengah kawasan Parlimen terutama di sekitar Lembah Klang, PP, Melaka dan N9.

PKR jika berlaku PRU akn dtg mereka mampu memenangi sekurang kurangnya 40-45 kerusi Parlimen jika bersendirian. DAP juga mungkin mampu mengekalkan jumlah parlimen yg sedia ada. Persoalannya Amanah mereka boleh menang di mana? PKR dgn 40-50 Kerusi Parlimen mereka mampu menjadi King Maker.

Itu sahaja pesanan saya kpd Mat Sabu. Bagi saya akalnya pendek. Apapun seperti yg difikirkan rakan2 yg lain, ada pihak lain yg mempengaruhi Mat Sabu. Bukan lahir dari dirinya sb kita tahu level Mat Sabu berfikir setakat mana.

Buat PKR sebagai pengundi atas pagar... saya syorkan kalian ambil sikap tunggu dan lihat. Saya yakin Anwar ada strategi. Mat Sabu mungkin ada arahan utk memainkan provokasi agar Anwar melompat dan bertindak keluar PH agar mudah Mahathir mengambil alih PH. Anwar nanti dilihat sebagai seorang yg sombong, penting diri sendiri, bercita cita mahu menjadi PM...

Semalam saya dihubungi seorang AMK PKR. Katanya dia yakin Anwar tahu apa yg akn dilakukan. Mcm saya katakan di atas... beliau juga bersetuju bahawa Anwar tahu implikasinya jika beliau bertindak keluar. Biar sahaja Mat Sabu menghalau Anwar dari kerusinya....jika Mat Sabu betul2 berani berbuat demikian bermakna semboyan telah dibunyikan.

Buat Mat Sabu sepatut kamu duduk bersama Anwar utk mengatur langkah strategi PH utk menghadapai PRU 15. Anwar bukan Salahuddin Ayob atau Azmin Ali.... Anwar ini pendokongnya ramai, dikenali dunia luar. Beliau seorang intelektual politik. Sebab itulah dia boleh gabungkan PAS dan DAP. Pelik bila kerani Sekolah suruh Pengetua ditukarkan ke sekolah lain kononnya tidak pandai menguruskan sekolah.

Yg salah dan tak beradab Mat Sabu... ketua PH itu Anwar. Parti PKR itu lebih ramai ahli Parlimennya dari Amanah. Tiba2 yg kecil nak nyahkan yg besar...heeee.

Norman Radzuan