KENYATAAN MEDIA DSAI


Saya telah meneliti kenyataan Peguamcara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek hari ini. Saya mengalu-alukan keputusan pihak Jabatan Peguam Negara tersebut serta saya turut ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada pihak berkuasa atas profesionalisme yang ditonjolkan.
Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya.
Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan.
ANWAR IBRAHIM
14 JANUARI 2020

MASIH INGAT KEJADIAN RUNTUHAN TREN DITANAH SUCI..??


MOHD SHAH RIM


𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗥𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗻


Hari ini diadakan Majlis Jamuan Tengahari YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Bersama Waris dan Mangsa Kemalangan Kren di Makkah, di Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis turut diserikan kehadiran Tuan Yang Terutama Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Di Raja Arab Saudi di Malaysia،, YB Timbalan Menteri Puan Hj. Fuziah Salleh, Pengerusi TH Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, CEO TH Tuan Hj Nik Mohd Hasyudeen bin Yusof dan tetamu lain.
Tetamu yang diraikan para waris kepada mangsa, begitu juga mangsa tercedera dalam insiden tersebut.
Pada Musim Haji 1436H, berlaku insiden kemalangan kren di Masjidil Haram mengorbankan 7 jamaah haji Malaysia, dan 3 tercedera.
Insiden berlaku ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kita melahirkan kesedihan dengan apa yang berlaku, terutama kepada semua mangsa dan waris yang terlibat.
Kerajaan melalui Tabung Haji sejak awal, prihatin dengan insiden yang berlaku, bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan RM20,000 kepada waris mangsa, tambahan manfaat RM20,000 di bawah perlindungan Takaful, manakala sumbangan RM2,000 kepada jamaah yang tercedera.
Saya melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Saudi kerana mengambil langkah segera, pantas menangani insiden ini, juga atas keprihatinan Kerajaan Saudi membantu mangsa-mangsa terlibat, memastikan rawatan terbaik diberikan kepada mereka, dan kawasan insiden dibersihkan segera.
Kita menyedari tiada nilai setara dapat menggantikan kehilangan orang tersayang, namun pemberian ini, rasa simpati dan prihatin kerajaan kepada waris mangsa terlibat, sekurangnya dapat membantu waris meneruskan kehidupan seharian dan meringankan beban ditanggung.
Kerajaan Saudi juga berbesar hati ini atas kejadian menimpa semua mangsa, bersetuju menyumbang SR1 juta kepada waris 7 orang mangsa, dan SR500 ribu kepada 3 orang mangsa.
Pembayaran ini akan dibuat terus kepada AMANAH RAYA, bagi memudahkan pengurusan wang tersebut dibahagikan kepada waris dan mangsa terlibat.
YB Dato Seri Mujahid Rawa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Agama).
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, termasuk Jaka Putra, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA: PRESTASI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN TAK MEMUASKAN? INI SALAH SATU SOLUSINYA… Subeditor



ORANGKATA


Sejak Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), macam-macam soalan yang ada pada fikiran rakyat. Antara yang paling popular; bila agaknya pertukaran perdana menteri akan berlaku? Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Malaysia, diorang barangkali boleh jawab macam-macam soalan; tapi persoalan transisi perdana menteri ni mesti dia susah nak agak.
Macam-macam kelompok yang ada apabila kita berbincang pasal transisi ni; ada yang nak proses tu berlaku dengan cepat, ada pulak yang tak nak transisi PM terjadi dan bagi segelintir orang pulak; dia dah tak kisah. Cuma, hari ni kami akan berikan beberapa poin penting kenapa proses transisi ni harus jelas dan perlu dilakukan untuk kebaikan negara.

1. Peralihan kuasa ni merupakan muafakat Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum diorang bertanding pada PRU14

Pada Januari 2018, Pakatan Harapan (PH) umumkan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh jika diorang terima mandat rakyat selepas memenangi PRU 14. Kata diorang masa tu, jika kerajaan dibentuk, calon jawatan timbalan perdana menteri akan disandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


S1
Line up Majlis Presiden Pakatan Harapan. Via PH.com.my

Ketika umumkan benda ni, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah kata; blok pembangkang akan mulakan proses undang-undang untuk dapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Ketua Umum PKR masa tu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selepas mengambil alih pentadbiran, Anwar dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan,” – Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan MyMetro


 Tun Dr Mahathir Mohamad sering ulangi kata-katanya tentang penyerahan kuasa kepada Anwar. Benda ni tunjukkan yang Tun Mahathir yang sebenarnya memang nak serahkan kuasa kepada Anwar, cuma dia tak tahu nak bagi waktu bila. Jadi tak logik sebenarnya kalau ada usaha nak halang benda ni.
“Saya akan umumkan (tarikh) nanti, tapi saya akan pegang janji saya,” – Tun Mahathir, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani,

2. Tanpa tarikh yang jelas, semua orang akan berteka-teki, kesannya akan dirasai oleh rakyat

Kita tak dapat nafikan isu peralihan kuasa yang tengah jadi teka-teki sedikit banyak buatkan koalisi PH tak stabil. Sebabnya kewujudan kelompok yang awal-awal kami cakap tadi tu lah. Lebih teruk kami tengok, dalam kelompok PH; macam ada individu yang nak sailang muafakat ni. Benda ni simple; kalau kat dalam organisasi tu stabil, macam mana nak uruskan negara dengan baik?
Benda ni sama jugak dengan pelabur yang nak laburkan duit diorang kat Malaysia, kalau dengan diorang sekali kena main game teka-teki ni, dah tentu mereka ragu. Setiap perdana menteri mesti ada polisinya yang tersendiri, apabila kita diberitahu tempoh yang jelas tentang peralihan kuasa ni; sekurang-kurangnya pelabur boleh laburkan wang dalam jangka masa pendek, kalau tak selesa dengan PM seterusnya.
Akhirnya kesan dari game tunggu dan lihat ni akan diterima rakyat. Apabila koalisi PH tak dapat berfungsi dengan baik kerana tengah main teka-teki; rakyat akan dapatlah kerajaan yang tak berapa nak function. Nasib baiklah ada beberapa menteri dan wakil rakyat yang nampak ‘function’, terubatlah sikit hati yang panas.
Semua masalah yang susah ni dapat diatasi dengan benda yang simple. Tetapkan tarikh peralihan kuasa supaya kita boleh ‘move on’ dari teka-teki yang tak seronok ni. Dia macam korang pinang perempuanlah; perempuan dah setuju, mesti korang berdua akan tetapkan tarikh kan? Takkanlah nak main tunggu-tunggu je, silap-silap pasangan korang kena kebas.
“Jika diumumkan oleh Majlis Presiden PH dan Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi tarikhnya 31 Disember 2020 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya, maka teka-teki akan berakhir serta menyelesaikan kemelut yang berpanjangan sekian lama. Manakala mereka yang tidak bersetuju besar kemungkinan tidak lagi berani untuk menimbulkan kecelaruan menentang keputusan rasmi arus perdana kepimpinan PH,” – Dr Zaidi Zakaria, seperti yang dilaporkan Malaysiadateline

3. Prestasi Kabinet PH agak teruk, sudah masanya seseorang yang lain ‘memandu’ negara

Satu perkara yang kami perasan tentang beberapa menteri dalam Kabinet PH ni, diorang agak denial apabila ditanya tentang prestasi. Kebanyakan diorang gemar untuk beritahu media yang diorang lakukan kerja dengan bagus. Masuk dalam bakul, lepas tu berguling-guling sendiri. Tapi sebenarnya Tun Mahathir sendiri pernah cakap yang dia tak berapa puas hati dengan prestasi PH secara kiasan. Hal ni diulas tajam oleh Kadir Jasin.

S1
Ini pulak ulasan lain Kadir berkenaan prestasi Menteri PH. Via Korek Blog

Ketika mengulas tentang penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi tahun lepas, Kadir berkata;
“Kita tidak perlulah berpura-pura kerana hendak menjaga hati sesiapa atau mana-mana pihak. Realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata,” – Kadir, dipetik dari MalaysiaKini
Satu lagi benda simple, kalau prestasi Kabinet baik dan stabil; takdenya Dr Maszlee tiba-tiba letak jawatan awal tahun ni. Kalau komentar ni tak cukup lagi, ada jugak undian yang dilakukan oleh MalaysiaKini untuk tunjukkan yang sebenarnya Kabinet Malaysia tengah ada masalah populariti dalam kalangan rakyat.
Dalam undian ni, sebanyak 5,197 undian sah diguna pakai. Ia dijalankan dari 19 hingga 26 Disember 2019. Daripada 28 menteri disenaraikan, hanya 10 peratus menteri dapat tahap penerimaan 50 peratus.

S1
Ini TOP5 corot. Merah tu tanda tak suka. Penilaian ni dilakukan oleh pembaca MalaysiaKini pada akhir bulan lepas. Via MalaysiaKini

Prestasi ini menunjukkan sudah tiba waktu tarikh atau perancangan peralihan kuasa yang jelas dikeluarkan. Sudah masanya orang lain yang jadi nakhoda Kabinet. Kami faham je kalau ada sesetengah menteri risau kalau Anwar jadi PM, sebab kalau diorang teruk, diorang mungkin akan dibuang dari Kabinet.

4. Masih ada kelompok yang percaya, jika Anwar memimpin negara, hala tuju kita berbeza

Bagi mereka yang dah lama mengikuti perjuangan Anwar, terutamanya ketika dia masih lagi pelajar – sudah tentu jauh di sudut hatinya, dia mahu melihat bagaimana Anwar memimpin negara. Korang kena ingat, kat luar sana; ramai orang dah muak dan penat dengan segala drama dalam lensa politik kita. Lebih-lebih lagi ada sesetengah pemimpin PH yang konsisten menolak manifesto PRU14.
Cuma, dalam kalangan orang-orang yang penat dengan politik ni; ada orang yang simpan harapan nak lihat bagaimana Anwar akan memimpin negara dan selesaikan masalah-masalah serius yang ada kat Malaysia. Kami ada je kawan yang kata Anwar harapan last dia, kalau dia tengok Anwar pun tak boleh buat kerja, dia nak lupakan semua benda alah politik ni.
Selalunya sejarah akan berlaku adil pada individu, dengan segala perjuangan yang dia dah lakukan, kami rasa dia akan jadi PM jugak. Apa yang penting sekarang ni – tarikh peralihan kuasa tu ada, jadi rakyat dapat gambaran jelas. Bagi kumpulan yang dah hidap ‘political fatigue’ ni pun sebenarnya boleh dipujuk dengan beri harapan baru; Anwar sebagai PM.

5. Satu benda yang sebabkan PH susah nak efisien, kepala kata lain, badan cakap lain

Salah satu benda yang kami perasan; Tun Mahathir sebenarnya tak percaya pun dengan Buku Harapan. Buku yang memainkan peranan penting yang meletakkan PH berada di Putrajaya. Bukan kita tak ingat; dia pernah mengatakan manifesto tu bukan kitab suci. Ia memperlihatkan dia tak serius dalam bab manifesto ni.

S1
Via The Malaysian Times

So, buku ni macam badan PH, Tun Mahathir pulak kepala. Sebab tu ada beberapa manifesto yang tak jalan. Terutamanya bantuan sosial atau langkah-langkah ke arah pendidikan percuma; senjata utama PH untuk menarik golongan muda. Apa yang buat lagi ramai sakit hati; naratif orang miskin malas – tak henti-henti dilaungkan oleh Tun Mahathir.
Padahal, ketika musim pilihan raya – rumah-rumah orang miskin ni dah jadi macam rumah terbuka. Ahli politik datang dan pergi ambil gambar, tunjukkan rasa yang diorang simpati. Ramai yang kata, orang miskin bukan untuk dihina, tapi dibantu. Kalau naratif inilah yang dijual oleh PM, kami ragu ia akan memberi rasa ‘percaya’ kepada rakyat.

Sekiranya benda peralihan kuasa ni dipandang remeh, PH sedang menuju ke lembah kekalahan

Banyak dah bukti, rakyat menolak PH akibat ulah mereka sendiri. Lihatlah beberapa Pilihan Raya Kecil kebelakangan ini, di Tanjung Piai mereka tersungkur akibat yakin tak bertempat. Peralihan kuasa PM perlu dilakukan untuk mengembalikan kestabilan negara dari segi politik dan ekonomi. Peralihan kuasa bukan disebabkan seorang sosok je, tapi ia akan beri kebaikan kepada banyak pihak.

LEBIH TERPUJI JIKA SENDIRI YANG TENTUKAN BERDASARKAN KONSESUS YANG DIPERSETUJUI



Pagi tadi Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk berundur serta-merta jika itu yang dimahukan oleh Majlis Presiden PH.
“Saya fikir perkara ini akan diputuskan oleh empat parti dalam PH secara bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.
“Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur,” katanya.
Walaupun menyatakan sedia untuk berundur, tetapi Tun Mahathir tetap meletakkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat ketetapan bagi pihaknya.
Daripada satu segi, berbeza dengan banyak kenyataannya sebelum ini yang tidak begitu jelas dan kabur berkenaan tarikh penyerahan kuasa kepada penggantinya yang sudah dipersetujui iaitu Anwar Ibrahim, tetapi kali ini ternampak beliau agak jujur berkenaan dengannya.
Cuma, terserah kepada Majlis Presiden PH bagaimana untuk menyambut kesediaan Tun Mahathir mahu berundur itu.
Bagi kebanyakan orang dan pemerhati politik tempatan, mereka merasakan inilah masa yang terbaik untuk Majlis Presiden PH bertindak menjadikan isu peralihan kuasa itu sebagai agenda mesyuarat yang berikutnya dan kemudian membuat ketetapan berhubung dengannya.
Sesuai dengan kesediaan Tun Mahathir sendiri yang sedia akur kepada ketetapan Majlis Presiden berkenaan pengundurannya bagi menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, dari segi logiknya menentukan tarikh itu bukanlah suatu masalah yang besar.
Ini kerana ia dilihat Tun Mahathir sendiri yang mahu ia ditetapkan.
Lagi pula, Tun Mahathir sendiri sebelum ini berkali-kali ada menyatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja iaitu sehingga Mei 2020.
Bermakna, dalam hal ini Majlis Presiden sama ada mahu memilih Mei 2020 atau tarikh lain yang sesuai bagi peralihan kuasa itu.
Bagaimanapun, sudah tentulah tarikh yang mahu dipilih itu tidak harus melepasi tempoh dua tahun setelah Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.
Tempoh dua tahun itu adalah persefahaman yang telah difahami oleh semua pihak dalam PH sebelum PRU14 lagi kerana ia mengambil kira jangka masa Anwar untuk mendapat pengampunan, selain dua tahun itu juga merupakan tempoh yang selalu disebut dan diulang-ulang oleh Tun Mahathir.
Meskipun demikian, mengambil kira kedudukan Tun Mahathir sebagai seorang negarawan yang masih dipandang tinggi oleh masyarakat, sebenarnya adalah sangat terpuji jika beliau sendiri yang sedia menentukan tarikhnya berundur itu.
Tun Mahathir akan dipandang lebih mulia jika tidak meletakkan beban kepada Majlis Presiden PH sepenuhnya membuat keputusan berkenaan tarikh pengundurannya.
Mungkin ada sesetengah pihak dalam Majlis Presiden PH yang segan atau serba salah untuk bercakap secara berterus-terang kepadanya tentang pengunduran kerana menghormati kedudukannya sebagai Perdana Menteri serta tidak mahu menyinggung perasaannya.
Apa lagi, dalam usia 94 tahun, sebagaimana datuk dan nenek kita di kampung, Tun Mahathir juga difahami tentunya agak sensitif dan mudah terasa hati.
Lalu, dengan memilih sendiri tarikhnya untuk berundur, iaitu selewat-lewatnya 10 Mei 2020, Tun Mahathir dapat memastikan peralihan kuasa berjalan dengan aman, tertib dan lancar serta tidak ada mana-mana pihak yang serba salah jadinya.
Yang lebih penting, melaluinya juga, selain mampu mengekalkan kestabilan PH sebagai sebuah kerajaan, nama dan legasi Tun Mahathir akan terus harum dan disanjung sebagai negarawan yang lebih mementingkan masa depan negara berbanding kepentingan peribadinya sendiri. (ShahbudinHusin 14/01/2020

KENYATAAN MEDIA ALIRAN: Kabinet, Parlimen perlu halang penjualan PLUS kepada pihak swasta


Kabinet, Parlimen perlu halang penjualan PLUS kepada pihak swasta


0
64


PLUS' North-South Expressway - Photograph: Wikipedia
Aliran bimbang tentang kemungkinan penjualan syarikat operasi lebuhraya terbesar negara, PLUS Malaysia Bhd kepada pihak swasta.

Terkini, kerajaan melalui Khazanah memegang 51% saham syarikat manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula 49% saham.
Lebuhraya tidak sepatutnya diswastakan kerana syarikat persendirian semestinya mahu mengaut keuntungan lebih dengan mengambil alih asset ini dengan harga yang rendah.
Tindakan Khazanah yang menentang penjualan saham mereka di dalam PLUS adalah wajar.
Awal Oktober tahun lalu, pengarah urusan Khazanah memberi komen tentang tawaran ambil alih tersebut: “Apa yang telah dibuat adalah mengambil duit daripada kami dengan membayar harga yang kurang dan menggunakan perbezaan nilai untuk menawarkan diskaun… Jika kamu membenarkan syarikat swasta mengambil alih PLUS dan syarikat tersebut mengaut keuntungan yang berlebihan, rakyat akan rasa tidak puas hati.
Dia juga menambah Khazanah harus memastikan aset strategik seperti PLUS tidak dijual kepada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan tanpa mempertimbangan keperluan rakyat. “Jika PLUS membuat keuntungan, ia akan masuk balik ke dalam tangan kerajaan, atau kepada rakyat Malaysia melalui KWSP.”
Walaupun syarikat swasta menambah baik tawaran mereka pada hujung Oktober 2019, Khazanah tetap dengan keputusan mereka untuk tidak menjualkan bahagian mereka.
PLUS seharusnya kekal di bawah tangan rakyat.
Janji untuk menurunkan kadar tol dalam manifesto Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum 2018 mungkin tidak difikirkan dengan baik. Dan janji itu tidak sepatutnya digunakan sekarang sebagai alasan untuk menjual PLUS.
Kerajaan sebaliknya harus menggunakan kutipan tol sebagai leverage atau caj kesesakan untuk menggalak lebih ramai orang untuk mengguna pengangkutan awam. Ini dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam era perubahan iklim ini.
Selain itu, kerajaan harus menggunakan keuntungan dan dividen daripada PLUS untuk membiayai, mensubsidi dan menaik taraf pengangkutan awam (bukannya membenarkan keuntungan dan dividen ini jatuh ke dalam tangan swasta).
Jika lebih ramai orang mengguna pengangkutan awam, ini akan mengurangkan beban pengguna yang kini perlu menanggung bayaran balik pinjaman kenderaan, kos insurans, kos petrol, tol, cukai jalan dan yuran parkir. Penjimatan dalam kos ini akan meningkatkan kualiti hidup orang awam.
Keuntungan dan dividen yang dijana daripada tol PLUS akan memastikan pulangan stabil untuk kerajaan dan pekerja, melalui pulangan yang lebih tinggi dari simpanan KWSP mereka. (Kerajaan juga perlu mengkaji semula kos penyelenggaraan lebuhraya PLUS yang tinggi.)
Oleh itu, Aliran menggesa kabinet dan Parlimen untuk menghalang penjualan PLUS untuk melindungi kepentingan awam
Jawatankuasa eksekutif Aliran


Menerima kunjungan hormat Duta Besar Jerman ke Malaysia

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman


Menerima kunjungan hormat Duta Besar Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff di pejabat pagi ini.

Perbincangan kami menyentuh pelbagai isu semasa terkait kedua-dua negara.

Majlis Perasmian Penutup Malaysia 2nd Campervans & Campers Gathering 2020


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Majlis Perasmian Penutup Malaysia 2nd Campervans & Campers Gathering 2020
Tarikh : 19 Januari 2020, Ahad
Masa : 12.00 tengah hari
Lokasi : H&N Campsite Port Dickson
https://maps.app.goo.gl/VFJ4MPFM3N1jM2AY6
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Syafiq Sunny +6017279325

'Majlis Presiden PH ada kebijaksanaan urus soal peralihan kuasa'

Image result for saifuddin nasution ismail

bernama
Diterbitkan 
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan isu serta perkara berkaitan transisi dan peralihan kuasa perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin Nasution berkata Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat setiap bulan dan beliau percaya ia merupakan platform terbaik untuk sebarang perbincangan dan menyampaikan cadangan berbangkit.
"Yang penting adalah jaminan bahawa ia (peralihan kuasa) harus berlaku secara tertib, licin, lancar dan tidak mewujudkan keresahan. Saya fikir itu keutamaan yang ada, dan saya percaya ‘wisdom’ itu ada pada Majlis Presiden PH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Syarahan Prof Richard Whish anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai cadangan beberapa ahli parlimen PKR agar peralihan kuasa perdana menteri dibuat pada bulan Mei tahun ini.
Hari ini media melaporkan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sedia melepaskan jawatannya sekiranya itu keputusan yang dimahukan Majlis Presiden PH.

TUN MAHATHIR, HENTIKAN MUSLIHAT UNTUK TERUS KEKAL BERKUASA.LAKUKAN PROSES PERALIHAN SEKARANG SECARA JUJUR DAN TERHORMAT.



1.Saya membaca kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung peralihan hari ini dan amat faham maksud yang tersirat daripadanya.

2.Saya lebih faham Mahathir kerana saya pernah bertembung dengannya dan sempat dimasukkan ke penjara dizamannya.Di zaman Najib pula saya sempat bertemu dengannya,berdamai dan bekerjasama demi selamatkan negara dari skandal 1MDB.

3.Sejak beliau menjadi PM saya belum pernah lagi bertemunya.Namun dari jauh saya menyokong usaha beliau khusus soal memerangi rasuah dan pernah membuat kenyataan untuk beliau terus menjadi PM dalam tempoh selama mungkin.

4.Hari ini saya tidak lagi menyokong sebarang usaha beliau terus menjadi PM.Malah saya mahu beliau berhenti segera demi negara.Alasannya ialah:

5.Pertama, Isyarat Tg Piai adalah isyarat jelas untuk beliau berundur.Sejak Merdeka parti yang memerintah tidak pernah kalah lebih teruk dari Tg Piai.Tun M adalah PM dan beliau seharusnya bertanggunjawab dan berundur segera.

6.Kedua, Suasana Ekonomi - ekonomi negara ditahap paling teruk dan antara puncanya ialah ketidaktentuan soal peralihan kuasa.Ianya soal penting bagi pelabur.Perbahasan mengenai sudah banyak dan jelas.

7.Ketiga- Kemunculan kembali kelompok elit jahat berkepentingan yang berjaya mendekati Tun M melalui pemimpin elit PH yang belot.Mereka pengaruhi Tun M untuk terus kekal berkuasa.Episod pintu belakang Hishamudin dan Azmin dan percubaan merosakkan dan menidakkan perjanjian PH soal PM8 adalah bukti ketara.(Termasuk pertemuan kira2 20 MP diketuai Hishamudin di rumah Azmin hanya 3 hari selepas PH kalah teruk di Tg Piai).

8.Keempat - Tindak tanduk Tun M sendiri yang bercanggah dengan janji peralihan.Awal tahun 2020 seharusnya sudah wujud langkah2 ke arah peralihan kuasa Mei tetapi sebaliknya berlaku.Tiba2 beliau bermuslihat disebalik sidang APEC pula, menggugurkan menteri dan sedang merangka merombak kabinet.Kesemuanya bukan tanda persedian ke arah peralihan yang tersusun dan teratur.

9.Hari ini bila ada tekanan untuk peralihan berlaku tuntas beliau berselindung dan menggunakan alasan Majlis PH.Walhal dia adalah PM paling lama di negara ini dan amat arif kuasa PM di Malaysia lebih besar dari kuasa Presiden USA di Amerika.

10.Malah beliau sudah pun tunjukkan kuasa dan taringnya, menggugurkan seorang Menteri yang bersih dan mengekalkan seorang menteri yang jelas kotor.Mesejnya jelas bukan?(Dan dalam Majlis PH semua adalah menteri melainkan DS Anwar).

11.Justeru saya percaya ini adalah muslihat dan perangkap Tun Mahathir untuk terus kekal berkuasa.Cukuplah Tun Mahathir.Jangan sampai rakyat meluat dan kenang Mahathir bukan sahaja sebagai PM yang paling lama tapi paling gila kuasa dan pembelit paling hebat pernah dilahirkan dinegara ini.

12.Peringatan Tg Piai bukan sebarang ingatan.Ambillah iktibar darinya sebelum terlambat,nasi sudah menjadi bubur, nama baik Mahathir sudah rosak dan tidak akan pulih sampai bila-bila.

13.Maka, saya gesa Tun Mahathir - Lakukan sekarang proses peralihan secara jujur dan terhormat.

Mohamad Ezam Mohd Nor
14 Jan 2020, 19 Jamadil awaal 1441H.

DR MAHATHIR BERI LAMPU HIJAU UNTUK BERHENTI



Pernyataan dan pengakuan dibuat Dr Mahathir yang dia sedia berundur sekarang juga jika Majlis Presiden PH buat keputusan perlu dilihat secara serius dan tidak ada yang berasa simpati dengan pernyataannya itu. Semua patut arif dengan caranya

Pernyataan itu dilihat, perdana menteri itu ikhlas untuk akur dengan keputusan majlis presiden. Nah tunggu apa lagi majlis presiden perlu mengambil tanggungjawab meminta Dr Mahathir berundur secara hormat.

Jangan ada yang memperhitungkan kedudukan diri dalam kabinet untuk sepakat minta Dr Mahathir berundur, dengan mengira kalau Dr Mahathir berundur kedudukan mereka dalam kabinet terjejas maka mereka enggan membuat desakan, sikap itu satu hipokrasi besar. Anda akan disumpah.

Apa yang semua pihak khasnya anggota majlis presiden kena pertimbangkan kedudukan kerajaan PH hari yang tidak begitu sumringah dari sudut pandangan mata rakayt bukan mementing tembolok bodoh diri sendiri.

Sementara bagi Dr Mahathir tidak perlu untuk menanti gesaan majlis presiden baru nak berhenti. Lakukan dengan keikhlasan dan kesedaran kerana cara begitu anda akan dilihat memiliki wisdom yang tinggi. Trims.

# ✍🏻 mso ii

SYUKUR TERBUKA JUGA HATI NAK BERUNDUR...MAJLIS PRESIDEN BUKAN BISU KOT...



Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaannya untuk berundur pada bila-bila masa jika Majlis Presiden PH berkehendakan demikian.
“Saya fikir perkara ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) secara bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.
“Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur,” katanya.
Alhamdulillah…apa lagi lafaz kata yang sesuai untuk diucapkan dengan kesediaan Tun Mahathir ini.
Kesediaan Tun Mahathir berundur ini dinyatakannya di tengah-tengah ramai yang tidak setuju dengan hasratnya untuk berundur selepas Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November depan.
Hasrat beliau untuk berundur selepas Sidang Apec itu adalah bertentangan dengan janji awalnya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pengganti yang sudah dipersetujui PH pada bulan Mei ini iaitu setelah dua tahun memegang jawatan tersebut.
Maka itu, ramai yang mahukan Tun Mahathir berpegang kepada janji asalnya iaitu hanya dua tahun saja menjadi Perdana Menteri dan selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar.
Semalam, beberapa ahli Parlimen PKR dalam sebuah forum di Kuala Lumpur menggesa agar peralihan kuasa dikekalkan pada Mei ini dan menolak sebarang perlanjutan tempohnya.
Mereka berpendapat, peralihan harus disegerakan bagi memberi lebih masa kepada Anwar untuk melaksanakan reformasi dalam pentadbiran negara.
Dengan perkembangan terbaru ini iaitu Tun Mahathir sendiri sudah terbuka hati untuk berundur, Majlis Presiden PH harus mengambil langkah susulan yang segera ke arah itu.
Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan datang, tarikh peralihan kuasa mesti segera dijadikan agenda perbincangan supaya ada ketetapan khusus berkenaan dengannya.
Jangan pula Majlis Presiden bersikap terlalu baik hati dan mahu memberi lebih masa lagi kepada beliau menjadi Perdana Menteri.
Dua tahun menjadi Perdana Menteri sudah memadai bagi Tun Mahathir kerana ini adalah buat kali keduanya baginya memegang jawatan itu.
Selepas ini, yang lebih penting ialah PH harus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah kerajaan yang bertunjangkan reformasi serta mampu menang lagi pada PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 14/01/2020)

MAKLUMAN SOSIAL : TIPS DAN NASIHAT DARI KEMENTERIAN KESIHATAN



Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa influenza kali ini adalah serius. 

Kaedah pencegahan adalah dengan mengekalkan kerongkong anda dalam keadaan lembap, jangan biarkan kerongkong anda kering. Oleh itu, jangan biarkan anda dahaga kerana sekali membran di kerongkong anda kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit. Minum 50-80cc air suam, 30-50cc untuk kanak-kanak, mengikut umur. 

Setiap kali anda merasakan tekak anda kering, jangan tunggu, teruskan minum air. Jangan minum banyak pada satu masa kerana ia tidak membantu, sebaliknya minum secara kerap supaya tekak anda lembap. 

Sehingga akhir Mac, jangan pergi ke tempat-tempat yang sesak, gunakan topeng seperti yang diperlukan terutamanya dalam kereta api atau pengangkutan awam. Elakkan makanan goreng atau pedas dan perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin C.

Gejala / keterangan adalah

1. demam tinggi berulang
2 batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5: sangat senang berjangkit

Sekarang musim *Influenza A* menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti *asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil* , ia boleh mendatangkan bahaya

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. 

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan. 

Antara simptom-simptom Influenza A adalah 
- demam dan menggigil
-demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol 
- sakit kepala dan otot 
- sakit tekak dan batuk
- selsema

*Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah*

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- SESAK NAFAS 
- NAFAS LAJU 
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN 
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN 
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM 
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA) 

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah 
- SAKIT DADA 
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN 
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN 
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah 
- rehat di rumah 
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat 
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor 

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

- kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . 

*JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH*

- tutup mulut ketika bersin dan batuk 
- cuci tangan dengan kerap 
- jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital 
- galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah 

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti 
- bayi 
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil 
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung . 

Sama-sama kita cegah penularaan untuk kesejahteraan bersama🥰
#LangkahPencegahanAwal
#copypaste

KILANG DUMEX PULA NAK DITUTUP?




MAN TOBA ORI

Lagi ramai pekerja terpaksa mencari kerja lain akibat kemakmuran dan kemajuan Negara Malaysia....

Diberitakan syarikat pengeluar susu Danone Dumex  pagi ini, pekerja mereka mendapat kejutan "suprise". Ingatkan mereka dapat bonus Chinese New Year rupa nya short notice the whole Malaysia hub shutdown. 


Semua kena diberhentikan. Seluruh operasi akan di pindahkan ke Indonesia dan Thailand. Dijangka lebih kurang 300++ orang bakal kehilangan pekerjaan. By multiplier effect, 300 orang x 4 org (average per family) 1200 akan terkesan dengan pemberhentian ini. 


Ekonomi Malaysia is going bad to worst. Peratusan atau kadar 11% bersamaan 500k rakyat Malaysia yang masih tiada pekerjaan/menganggur bakal meningkat.


#prayformalaysia

#ReMapPH
#ResignAtok