Pengalaman menarik tahun 1998 dan 99 juga tahun 2000Hamdan Taha


---------------
Apabila anwar ibrahim di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 sept 98 saya antara orang secara tak langsung terlibat dengan gerakan refomasi ketika itu. Saya masa itu adalah ketua pemuda umno bahagian teluk intan dan ketua penerangan pemuda negeri perak merangkap ketua seketriat pemuda umno malaysia dan timbalan ketua ceo di yayasan gerakbakti kembangsaan. Ketua pemuda umno masa itu adalah Dato Ahmad Zahid Hamidi

Setiap malam sebelum Anwar di tangkap saya di libatkan banyak perbincangan di rumah Anwar di sri damansara,antara yang sering ada sentiasa di rumah anwar ketika itu bersama saya sudah tentulah sdr Ezam Mohd Nor, Dato dr Zamry Abd Kadir,Dato Zahid Hamidi,Dr rahim ghaus,Saifuddin nasution dan beberapa nama lagi yang sejawatan dengan saya dalam pemuda umno. Antaranya dato KhusairiTalib,dato Azman shah dan ramai lagi yang saya dah tak ingat namanya ...tapi menjelang anwar di tangkap lama kelamaan semua pemuda berkurangan kerana dato hishamudin telah memanggil mereka dan memujuk supaya bersama beliau dan tinggalkan anwar dan juga zahid

Apabila anwar di tangkap mula lah semuanya berpecah belah. Satu hari sdr Ezam mengajak berjumpa di sebuah rumah di kelana jaya. Bersama saya ialah dato khusairi dan dr zambry kadir dan kami berjanji makan di kelana jaya seafood. Saya telah siapkan semua persiapan termasuk pakaian dan di simpan di dalam kereta. Semasa kami makan malam bertiga kami perasan ada seorang lelaki berserban duduk berhampiran kami juga turut makan,dia sempat senyum kepada kami.

Setelah makan dr zambry tinggalkan kereta dia nisan sarena kekal parking di restoran tersebut kami naik kereta proton saga dato khusairi terus menuju rumah yang di janjikan oleh sdr Ezam dan apa bila kami bertiga sampai sdr ezam dan beberapa orang lagi telah ada bersama. Setelah berbincang sdr Ezam beritahu kami dia dapat berita Anwar telah di belasah teruk di tahanan polis oleh rahim nor dalam keadaan mabuk. Aku akan buat kenyataan akbar seluruh dunia memaklumkan anwar sudah di pukul kemungkinan pengsan dan parah. Kita semua kena keluar dari Malaysia sebentar kerana jika kita semua kena tangkap sudah tentu tidak ada gerakan yang bole di buat. Bro Hamdan kita kena ke indonesia cuma masalah kita pasport kita semua akan di tahan kita dah buat pertanyaan kepada kawan kita di jabatan imegresen. Kita kena fikirkan sesuatu....malam ni kita bersurai

Kami bertiga keluar dari rumah tu sambil memikirkan apa nak jadi. Dr zambry minta hantar dia ke kereta supaya dia boleh balik dan buat persiapan. Masa kami berhenti di satu trafik light kami toleh di sebelah ada motor yang orangnya sama sama kami makan di restoran kelana jaya sefood tadi. Terus kita syak dia adalah polis sb yang telah ikut kita. Saya bagitahu khusairi jom kita pecut dan kita cari pusingan kat subang airpot tu kita pusing tiga kali jika dia ikut sah dia polis....

Dato khusairi pecut kereta dengan laju dan terus ke subang airport motor itu betul betul ikut kami buat pusingan tiga kali....ha sudah memang polis....khusairi terus memecut menuju ke sunway dengan pastas dan kelajuan yang luar biasa walaupun proton akhirnya motor tersebut gagal mencari kami. Setelah berehat dalam 2 jam di sebuat tempat tersembunyi dr zambry minta hantar dia ke kelana jaya sefood....kami hantar.....

Setelah hantar saya beberapa kali berhubung dengan sdr Ezam dan kita telah dapat berita beberapa orang telah di tangkap. Tiba tiba hp saya dapat panggilan dari dato zahid....hamdan nampaknya saya di sabah ni ada kemungkinan saya akan di tahan. Saya telah di kelilingi oleh polis kawasan saya ini. Awak teruskan memberikan arahan dan tugaaan kepada kawan kawan jika saya di tangkap. Teruskan perjuangan....saya kata baik dato insyaAllah abg zahid....tamat 

Kemudian saya dan khusairi menuju ke satu tempat dan sebuah hotel yang dari parking terus bole naik ke bilik....setelah berbincang kami dapat satu hotel dan meminta seorang sahabat menempah hotel itu dan bagi no bilik juga tunggu kami datang...

Setelah kami sampai di hotel tersebut saya dapat panggilan dato zahid sudah di tahan....dan dr zambry juga telah di tahan...dan beberapa orang lagi juga sudah di tahan......ada rakan rakan semua sedang menuju ke sempadan untuk ke singapore dan ke batam indonesia.......

Bersambung.....

Ayat polis ketika itu mudah.....burung sudah ada dalam sangkar over....burung baru nak balik sangkar.......

Di zaman itu bil hp saya melebihi sampai dua ke tiga ribu bil...tapi maxis tak pernah potong line hp saya.....adr Ezam sampai puluhan ribu....pun tak berbayar tapi tak kena potong juga....maxis baik hati....sekarang ni tak bayar tengok baru dua ke tiga ratus pun kena potong.....jadi apa nak hairan dato najib pun perbualan dia di rakam.....hamdan taha