TAK DUDUK SEMEJA..DOK SEBELAH SAJA.

 


Che Ibrahim







Mereka berdua hanya duduk bersebelahan, bukan duduk semeja. 


Takkan kerusi dengan meja pun kamu bertukar???




NAMPAKNYA IBRAHIM ALI SUDAH LAMA DIGANTI


 

Sempat mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent.

 


Sempat mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent.













Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang terus berkembang dalam pelbagai bidang strategik, termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan.


Kami juga menyentuh kepentingan mempererat kerjasama dalam memelihara dan mengangkat khazanah tamadun Islam serta tradisi keilmuan yang telah melahirkan tokoh-tokoh besar dan menyumbang kepada kegemilangan peradaban manusia.


Dalam sektor tenaga, kami melihat ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama, khususnya dalam industri gas dan petroleum, yang bukan sahaja berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi, malah menyumbang kepada agenda keselamatan tenaga dan pembangunan mampan.


Saya turut menghargai komitmen Uzbekistan dalam memperkukuh hubungan dengan negara-negara ASEAN serta peranannya yang semakin penting di rantau Asia Tengah.


Sebelum meneruskan penerbangan ke Kazan, saya ambil peluang ucap selamat maju jaya kepada Pasukan Kebangsaan Uzbekistan yang bakal membuka tirai aksi mereka di pentas Piala Dunia 2026 menentang Colombia.


Mudah-mudahan hubungan persahabatan ini akan terus diperkukuh, bukan sekadar demi manfaat ekonomi dan perdagangan, tetapi juga untuk mengangkat martabat insan, memperkasa ilmu dan menjayakan pembangunan yang lebih adil serta inklusif.


======


Had a meaningful meeting with the President of Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev during a brief transit stop in Tashkent.


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡ΊπŸ‡Ώ


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja 

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI