Malaysia-Tatarstan Perluas Kerjasama Perdagangan, Tenaga Dan Teknologi – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, di Kazan pada 16 Jun 2026. Foto PMO

KAZAN, 17 Jun – Malaysia dan Republik Tatarstan berpotensi memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga dan teknologi susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung sejurus ketibaan Anwar di Kazan itu turut membuka ruang kerjasama baharu yang dijangka memberi manfaat kepada rakyat serta ekonomi kedua-dua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, di Kazan pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, beliau dan Minnikhanov bertukar pandangan mengenai hubungan sedia ada serta peluang kerjasama yang boleh diteroka pada masa depan.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan serta peluang kerjasama yang boleh diteroka demi manfaat kedua-dua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, di Kazan pada 16 Jun 2026. Foto PMO

“Kami membincangkan potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, industri halal, teknologi dan pembangunan bakat,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kazan atas pengiktirafannya sebagai Bandar Kebudayaan Dunia Islam 2026 oleh ICESCO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, di Kazan pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Anwar pada masa sama menghargai usaha Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerusi penubuhan Strategic Vision Group (SVG) yang disifatkan sebagai platform penting dalam mengukuhkan hubungan antara Rusia dan dunia Islam.

“Saya juga menghargai visi Presiden Vladimir Putin dalam mewujudkan Strategic Vision Group (SVG), yang berperanan sebagai jambatan penting antara Rusia dan dunia Islam dalam memperkukuh dialog serta kerjasama yang lebih bermakna,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, di Kazan pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Menurut beliau, sektor tenaga menjadi antara fokus utama perbincangan memandangkan Tatarstan ialah antara wilayah pengeluar minyak utama di Persekutuan Rusia.

Katanya, kedua-dua pihak melihat potensi kerjasama yang luas dalam industri minyak dan gas, termasuk aktiviti hiliran, penapisan serta petrokimia.

Selain itu, beliau berkata, peranan KazanForum turut disentuh sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan perniagaan serta membuka peluang baharu dalam bidang inovasi, ekonomi digital dan pelaburan strategik.

“Semoga pertemuan ini terus mempererat hubungan Malaysia dan Tatarstan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi kedua-dua pihak,” katanya.



No comments: