TUBA DI BALAS MADU

Beri tuba dibalas dengan madu. Itulah DS Anwar. Biar macamana celupar sekali pun mulut Sanusi mangga beliau, tapi tetap Kedah tidak diabaikan.


Ternyata semua yang Sanusi kata tentang DS Anwar sebelum ini adalah tohmahan jahat. Jelas DS Anwar bukanlah seorang yang pendendam.


Semoga ini akan membuka mata rakyat Kedah. Jangan tersalah pilih nanti. Pilihlah orang yang jujur. Bukan yang suka reka cerita dan menagih simpati. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


 

NI DIA IDAMAN WALAUN


 

MUKA KERAS JA NUSI.


HAMZAH RIE NA.


Awat muka nusi keraih kejung jaaaa. Demam ka yb? Cuba minum ayaq selut ehhh typo ayaq cap badak untuk sejukan panas badan. Tau la ayaq pun tak adakannnnn.

APA KATA NIK AMAR DAN PROFF KANGKONG DI ATAS PENTAS BERDEBAT

 

Cadangan yang baik. Apa kata diadakan debat terbuka antara Prof. Agus dan Mat Amar. Kita tengok siapa yang the real kangkung nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 


WAN HUSSEIN WAN  ZAIN.


.Dato' Nik Amar apa kata kita sepentaskan Profesor Kangkong dengan Timbalan Menteri Besar Tesco dan rakyat akan buat penilaian. Nik Amar setia dalam PAS, apa rakyat Kelantan dapat?



NAK JATUHKAN KERAJAAN MESTI BERANI SEPERTI ANWAR



Minggu lalu, sekali lagi timbul desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Kali ini komplot itu dikatakan akan dicetuskan melalui tindakan sejumlah Ahli Parlimen BN meletakkan jawatan secara serentak untuk memaksa pilihan raya kecil atau PRK diadakan.


Melalui PRK itu, Ahli-Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan tadi akan bertanding semula sama ada atas tiket PN atau pun Bebas untuk membebaskan diri mereka daripada terus terikat dengan BN yang telah mengikrarkan sokongan kepada Anwar.


Seterusnya, melalui pakatan dengan parti-parti lain, mereka dikatakan akan bekerjasama memastikan Anwar hilang kedudukan sebagai Perdana Menteri.


Dikatakan lagi, perletakan jawatan Ahli Parlimen itu akan berlaku sekitar Jun depan agar PRK itu dapat diadakan serentak dengan PRN di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan serta Terengganu.


Walaupun Presiden MCA, Wee Ka Siong yang didakwa tahu mengenai komplot itu telah membuat penafian dan Timbalan Perdana Menteri, Fadilah Yusof juga turut menolak kemungkinan penglibatan GPS dalam komplot tersebut, namun cakap-cakap mengenainya terus berlegar dan perbualan tentang pertukaran kerajaan seolah-olah tidak pernah ada titik noktahnya.


Di waktu-waktu yang tidak menentu, sering saja timbul khabar angin mengenai gerakan mahu menukar kerajaan dan menjatuhkan Anwar.


Begitu pun, apa yang ketara, meskipun sudah beberapa kali tercetus berita mengenai perkara itu, yang musykil sekali ialah tidak diketahui siapa ketua yang merancangnya dan tidak disebut juga siapa calon Perdana Menterinya.


Baik ketika Hadi Awang, Tun Mahathir Mohamad atau pihak lain yang bercakap mengenai hasrat untuk menukar kerajaan, mereka juga tidak menamakan siapa calon Perdana Menteri yang bakal diangkat untuk menggantikan Anwar.


Dalam komplot terbaru yang tercetus minggu lalu, meski dilaporkan bahawa Mahiaddin Md Yasin akan jadi Perdana Menteri kiranya perancangan itu menjadi kenyataan, tetapi Presiden Bersatu itu sendiri tidak pernah mengia atau menafikannya sehingga sekarang.


Bahkan, berdasarkan gerak geri politiknya yang terlihat “sejuk” sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah hilang keyakinan terhadap Mahiaddin.


Bagaimana seorang yang “sejuk” dan semacam tidak mengetuai sesuatu gerakan menjatuhkan kerajaan mahu dijadikan Perdana Menteri?


Lagi pun, beliau ada kes mahkamah sekarang ini, menonjolkannya sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri mungkin akan menyebabkan wujudnya gelombang penolakan yang ketara daripada Ahli-Ahli Parlimen sendiri.


Dalam masa yang sama, walaupun diketahui bahawa Tun Mahathir memang mahu menjatuhkan Anwar, tetapi beliau sendiri tidak boleh dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kerana bukan merupakan Ahli Parlimen.


Lebih daripada itu, beliau juga tidak pernah menamakan sesiapa untuk menjadi Perdana Menteri jika Anwar berjaya dijatuhkan.


Cubaan Tun Mahathir untuk berbaik-baik dengan pimpinan PN setakat ini masih tidak menampakkan kejayaan di mana majlis berbuka puasa anjurannya pada pertengahan Ramadan lalu tidak pun dihadiri Mahiaddin, Hamzah Zainuddin, Hadi atau lain-lain pemimpin daripada blok pembangkang.


Yang hadir ketika itu hanyalah Ahmad Faizal Azumu atau Peja bersama beberapa orang lagi wakil Bersatu yang tidak cukup besar nama mereka.


Jadi, siapa sebenarnya calon Perdana Menteri di sebalik seringnya wujud komplot mahu menjatuhkan kerajaan itu?


Kalau bukan Mahiaddin, adakah calonnya ialah Hamzah, Ketua Pembangkang sekarang?


Atau Hishammuddin Hussein?


Atau Ismail Sabri Yaakob bakal ditonjolkan sekali lagi?


Siapa? Siapa? Siapa?


Tidak kira bagaimana dan bila gerakan mahu menjatuhkan kerajaan itu mahu dijadikan kenyataan serta sama ada ia benar-benar mampu atau tidak menjadi realiti, salah satu faktor penting menjayakan perkara seperti ini ialah siapa ketua yang merancang dan siapa calon Perdana Menterinya.


Ia akan menjadi penentu sama ada rakyat menyokong atau menerima baik mengenainya.


Lihat bagaimana timbulnya gerakan mahu menukar kerajaan yang berlaku sebelum ini, ia bukan saja digerakkan oleh Anwar fanpa sembunyi, malah beliau sendiri menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.


Meskipun gerakan itu tidak pernah menjadi kenyataan, namun setiap kali ia timbul dan menjadi bahan berita, keterujaan rakyat terlihat amat ketara.


Sebab itu, di sebalik cubaan menukar kerajaan tidak berjaya, Anwar melalui PH telah disokong rakyat dengan mendapat jumlah kerusi paling banyak dalam PRU15 lalu iaitu sebanyak 82 kerusi Parlimen, seterusnya bergabung dengan BN, GPS, GRS, Warisan dan lain-lain untuk membentuk kerajaan perpaduan.


Dalam erti kata lain, untuk menukar atau menjatuhkan kerajaan melalui apa jua gerakan politik, ketua gerakan tersebut dan siapa calon Perdana Menterinya mestilah jelas dan tidak disembunyikan.


Orang itu mesti berani menonjolkan diri sebagaimana beraninya Anwar sebelum ini.


Kalau siapa yang mengetuai gerakan pun tidak diketahui dan siapa calon Perdana Menteri juga masih tidak pasti, lebih baik hentikan saja kerja buang masa itu.


Baik Tun Mahathir, Hadi Awang dan lain-lain pemimpin yang mungkin akan bercakap lagi berkenaan menukar kerajaan selepas ini, harap jangan lupa sebut sekali nama calon Perdana Menteri yang ingin ditonjolkan itu.


Kerajaan tidak akan jatuh jika sekadar digempak oleh gerakan yang berkecamuk, tiada ketua dan calon Perdana Menteri yang tersipu-sipu malu untuk disebut namanya. – ShahbudinHusin 29/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/



LAGI LAGI MENTERI KOMUNIKASI-KEBEBASAN MEDIA ADA TAHAPNYA. KALAU BERBAIK DAN BERJUMPA EDITOR KAN MUDAH.JADIKAN SEIMBANG. TAPI MENTERI SEMBAB...NAK BUAT MACAMANA.

 


* SIKAP AKHBAR HARIAN SEMACAM BERPIHAK KPD PEMBANGKANG*


Saya setiap hari membaca akhbar sama ada Utusan Malaysia (UM), Berita Harian (BH) dan Sinar Harian (SH) didapati beberapa orang wartawan termasuk  Sidang Pengarang/Minda Pengarang masih menyerang Kerajaan Perpaduan ( KP) terutamanya UMNO dan menteri-menteri KP.


Mereka cuba menonjol isu termasuk membela pemimpin tertentu PAS/PN dengan gambaran negatif tindakan KP yang dikatakan mendakwa sipolan A dan sipolan B secara terpilih.


UM dan BH memberi peluang kepada pemimpin Pas bertaraf ustaz yang jelas dalam kuliah/syarahan mereka menyerang parti yang dikatakan tidak memperjuangkan Islam seperti mana mereka.


 Tindakan beberapa buah negeri yang tidak membenarkan mana-mana ustaz dan wakil rakyatnya bergerak bebas memberi kuliah/syarahan di masjid/surau tanpa tauliah adalah satu cabaran pahit yang boleh menggugat agenda Pas yang berkempen atas nama Islam.


Sebelum ini terdapat ustaz / wakil rakyat yang memberi khutbah/kuliah berkempen kepada Pas atas nama Islam. Oleh itu keputusan Al-sultan tidak membenarkan mereka yang tiada tauliah satu keputusan yang bijaksana demi menjaga keharmonian masyarakat islam yang terdiri pelbagai fahaman parti tetapi mereka tetap islam seperti orang Pas juga. Sikap mendakwa  sokonglah parti Islam kerana " Pas itulah Islam"  sedangkan Pas sebuah parti yang berdaftar dengan ROS  walhal Islam itu agama yang dibawa oleh Rasullah untuk semua umat di dunia.


Berbalik sikap UM/BH/SH memberi publisiti  berkenaan isu- isu yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Tebuk Atap digambarkan seolah-olah KP yang menjadi puncanya berlaku satu-satu isu contohnya doktor kontrak, harga barang mahal dan lain-lain.


Saya berharap kebebasan yang diberi kepada akhbar perlu dipantau dan kenalpasti  wartawan yang suka menggunakan isu-isu lama menyerang KP. Sesungguh sikap menteri-menteri tertentu tidak berwaspada akan memberi gambaran negatif kepada KP.


Syabas kepada RTM/TV1/TV2/TV3 kerana menyampaikan informasi yang tidak berat sebelah seperti mana akhbar. Sebelum ini terdapat RTM/Radio Tempatan memberi peluang/ ruang kepada pemimpin Pas dalam program tertentu termasuk membaca doa dan sebagainya. Akibat RTM/radio tempatan memberi peluang " maka wallaun-wallaun Pas mengatakan "Tengok  Ustaz X pun disokong oleh RTM/Radio", ujar wallaun dengan bangga.


Sampai masanya  menteri Komunikasi & Digital serta menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri termasuk Jkom perlu memantau dan memberi nasihat serta amaran kepada mana-mana akhbar supaya bersikap lebih adil kepada KP dan jangan berkiblat kepada Kerajaan Tebuk Atap.


Terima Kasih.

OLEH: AWI



PN DAN PAS NI DENGAR KA SUARA RAKYAT ? RAKYAT KERIAU NAK AIR...HANGPA DENGAR KA.



Amat menggelikan hati bila Ketua Penerangan PAS kata PH akan tewas PRN kerana tak dengar suara rakyat. Tewas atau tidak itu soal kedua. Tapi yang aku nak sentuh tu dia kata 'tak dengar suara rakyat'.


Macamlah PN dan PAS dengar suara rakyat? Cuba tengok apa yang berlaku dia Kedah dan Kelantan. Kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih ke rumah-rumah pun tak dapat disediakan.


Bila diungkit, bermacam alasan dia berikan. Paling best, dia salahkan orang lain. Rungutan rakyat yang ketiadaan air ketika menyambut hari raya langsung tak diendahkan. Tapi sembang nombor 1.


Kemudian masalah jalan sempit di Kelantan. Tiap kali raya, rakyat mengeluh jem panjang. TMB jawab apa? Besarkan jalan pun kalau guna untuk setahun sekali tak guna juga. Begitu dengar suara rakyat ke?


Juga masalah stesen bas. Lepas janji, janji. Tapi tak siap-siap juga. Cerita bukan main gempak. Kalau ada yang tegur, dicemuh. Macam pentabirannya tu sempurna. Nak tambah baik macamana begitu?


Itu belum cerita masa PN jadi kerajaan dulu. Harga barangan naik mendadak. Bila rakyat bersuara apa pemimpin PN jawab? Masalah global, bukan salah kerajaan. Bukan masalah besar.


Paling teruk, dia kata orang yang cari salah kerajaan  tu umpama tupai dan kera. Nampak? Rakyat yang suarakan masalah dikatakan tupai dan kera. Begitu ke yang dinamakan mendengar suara rakyat?


Berbeza dengan PH sekarang. Banyak harga barang yang semakin terkawal. Bekalan untuk hari raya pun stabil. Ada pula inisiatif pendapatan rakyat, bantu rakyat B40 tambah pendapatan.


Waktu PN dulu sampai rakyat terpaksa kibarkan bendera putih. Kes bunuh diri meningkat. PN bukan setakat abaikan rakyat, dia isytiharkan pula darurat. YDP Agong suruh buka parlimen pun dia abaikan.


Buka  setakat tak dengar suara rakyat, titah sultan pun PN derhaka. Tapi ada hati nak kata PH tak dengar suara rakyat. Apa jenis manusia yang dalam PN ni. Dia punya tak diri sedar memang luar biasa. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



HAAAA- JAWAB MAHATHIR


 

4x400 METER LELAKI.TERBUKA SINGAPURA.


 

UCAPAN PM TERHADAP SULTAN KEDAH MENCEMAR DULI HADIR MAJLIS MADANI SEMALAM


 

MAMAT NI JANGAN LAH HANGPA PEGUNAKAN DIA.. KESIAN KE DIA....DIA TAK SIHAT...SAT SANA SAT SINI...JANGAN ....JANGAN KESIAN KE DIA.


 

MASA SAYA TAMBAH 150 JUTA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH AGAMA, HANGPA TAK MAU BISING


 

MALAYSIA DI TANGGA KE SELEPAS SINGAPURA DALAM PENGURUSAN LOGISTIK


 

TEDIA NOH.,..WALAUN TAK TERKATA


SAMBUTAN WALANON MENGALAHKAN WALAUN DI KEDAH


 

RAMAINYA HADIR. WALAUN DOK GEBANG 50K PI UMAH SANUSI


 

PEMUDA INI RASANYA LEBAI NI BERDEBAT.


 

JOM TONTON 4X100 WANITA


 

JOM TONTON 4X400 METER LELAKI MALAYSIA TERBUKA SINGAPORE


 

KALAU NAK TUMBANGKAN KERAJAAN - SAMA MACAM MENJALANKAN SUBBESIF DAN MENENTANG AGONG. HUKUMAN DIA SEUMUR HIDUP


 

NI POLITIK APA NI DOK CERCA ORANG DOK MAKI ORANG DOK FITNAH ORANG...NI ZAMAN DAH MAJU DAN KITA NAK BERGERAK KEHADAPAN.


 

JOM TONTON SUKAN PULAK 4X100 MALAYSIA.


 

QENYEH JA SANUSI. SULTAN PELI APA KA TAK TAU..



HANG SANUSI. AWAT DOK BUATA QAMAI PASAI PA..KELANTAN DAN TERENGGANU OK JA....SILAP SILAP DAPAT PERUNTUKAN LAGI.,..


 

UCAPAN PMX DI MADANI KEDAH


 

SKANDAL SAFURA KINI TERBONGKAR


 

MADANI DI ALOQ SETAR


 

MASAALAH PELAKSANAAN TU LEMBAB .. DIATAS LA...KAMU LEMBAB....




Kualiti perkhidmatan yg dilihat di negeri Klate sekarang ini adalah cerminan kualiti kepimpinan. 


Kualiti kepimpinan negeri adalah cerminan kualiti YB/Exco.


Kualiti YB/Exco adalah cerminan kualiti pengundi yang memilih.

------------------

Ana rela takdop air, janji Nik Amar bulih naik jadi MB pah PRN2023 ni. 📏



SISTEMIK RASUAH- DENGAR SELANJUTNYA BEKAS PENGARAH SPRM PENANG KEDAH MELAKA BERCERITA TENTANG MAHATHIR


 

JEBAT CADANGKAN NUSI JUAI UBAT KUAT SEBAB SEMBANG KUAT


 

SKANDAL BMF MUNCUL DAN ADA BUKTI BARU. TUN DIKATAKAN TERPALIT DENGAN PEMBUNUHAN JALIL IBRAHIM


 

SAMPAI TAK ADA PROTOKOL DAN HAWAQ


HADIR RAMAI DI JAMUAN MADANI


 

KALAU NAK IKUT MARAH MEMANG LA MARAH. TAPI NAK LAYAN WALAUN BODO MEMANG BUKAN DIA LA.



 

BACAAN POLITIK


 

BEZA ANTARA MB KEDAH DENGAN MB N9 MENJAWAB. APA MASAALAHNYA BILA KEADAAN TAK BOLEH MASUK BUKAN SEORANG. SEMUA ..TAPI BANTUAN TETAP SAMPAI


 

MACAMANA HANGPA KATA DIA NI BAGUIH LA..SEMPOI LA.APA PUN TAK BUAT DAN TAK TAU....

 

MMMS


Jenis play victim, macam mana walaun kata mamat ni sempoi? Satu apa pun tak tahu



AMANAH RAYU AGONG TOLAK PENGAMPUNAN NAJIB



Parti komponen Pakatan Harapan (PH), Amanah merayu Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.


Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam satu kenyataan berkata hanya dengan cara itu rakyat akan yakin kerajaan dan Institusi Raja-raja Melayu menyelamatkan negara dari salah guna kuasa sejak sekian lama.


“Amanah berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa. 


“Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya.


Lembaga Pengampunan akan bersidang dan membuat keputusan sama ada memberikan pengampunan kepada Najib atau tidak hari ini.


Khalid berkata, meskipun sifat kesetiaan dan mengenang jasa terhadap pemimpin secara amnya adalah satu sifat positif, namun dalam konteks ini adalah lebih baik Umno bersama PH menunjukkan komitmen terhadap usaha memerangi rasuah yang menjadi paksi masyarakat Madani. 


Tindakan Umno, katanya kelihatan sedikit terpesong daripada wawasan masyarakat Madani yang diperjuangkan bersama.


“Lagipun, Najib berdepan dengan banyak lagi kes di mahkamah yang sedang dibicarakan. Apakah selepas diampunkan, beliau akan masuk ke penjara lagi jika didapati bersalah selepas ini? Atau dianggap beliau berada di satu maqam dan kedudukan istimewa yang kebal undang-undang?”


Mengulas mengenai pendirian Amanah yang hanya “berdiam diri” dalam isu ini, Khalid menegaskan parti itu mengakui dan mengiktiraf pengampunan adalah hak mutlak Agong.


“Namun demikian, tiada salahnya untuk Amanah memberi pandangannya terhadap isu ini. 


“Adalah diharap pandangan ini apabila disuarakan akan membantu Agong untuk membuat keputusan yang baik dan tepat bagi dirinya, Institusi Raja-raja Melayu dan negara ini secara keseluruhannya”.


Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2023/04/28/amanah-rayu-agong-tolak-pengampunan-najib

SYABAS PDRM- WALAUN KALAU BODO KENA AJAR DUDUK LAM LOKAP. KATA KELUAR UNIVERSITI

 




MMMS


Kalau tak bersetuju pun tak perlulah melampau batas. Hujah lawan dengan hujah, jenis baru nak kenal dunia. Harap mereka yang suka incite benda-benda macam ini tolong sediakan peguam ya. 


Tak pasal-pasal dapat raya di dalam lokap.


Syabas tindakan pantas PDRM. 

.............


Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 10.30 malam di pekarangan Balai Polis Binjai di sini, susulan satu laporan polis yang diterima.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lebih kurang 12 tengah hari semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan terkesan dengan satu ciapan yang memaparkan tangkap layar individu mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan ‘boleh pasang nanti bang Non Mai Klate, kasi ajar sikit’ untuk membaling mercun bom.


Katanya, ciapan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak@apanakdikato.


“Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Hasil pemerhatian mendapati sumber asal posting dimuat naik oleh suspek di akaun TikTok @najibnafi99, walau bagaimanapun semakan mendapati video itu sudah dipadam.


“Bertindak atas laporan polis yang diterima, tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.


Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan reman selama tiga hari yang bermula hari ini sehingga 30 April ini untuk siasatan lanjut.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233.


https://www.buletintv3.my/jenayah/polis-tahan-lelaki-buat-ugutan-terhadap-perdana-menteri/#.ZEtpQ4XiPp8.facebook



NI MB KEDAH MENUNGGANG AIDILFITRI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK LA YA.

 Buat rumah terbuka, kemudian kata berdasarkan sambutan, petanda baik untuk PN pada PRN nanti. Jadi rumah terbuka MB ni berkaitan politik la ye?


Macam Taki cakap, ini menunggang aidilfitri untuk kepentingan politik. Maksudnya begitulah kan?


Aku tanya. Bukan tuduh. Sebab pertanyaan aku ni berdasarkan apa yang Sanusi dan pemimpin PN yang lain cakap juga. Guane boh?


 

Raja Gelap

.



NAK CAKAP ATAU NAK RAYU BILA BILA MASA BOLEHJAGA HATI DAN PERASAAN TU ADAKALANYA PENTING.



Maaf cakap, keluarkan statement begini tindakan yang kurang bijak. Dari keluar kenyataan begini, lebih baik berikan penjelasan kepada rakyat yang pengampunan Najib hak YDP Agong semata-mata. Nak rayu YDP Agong pun, buatlah di belakang tabir. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

ORANG MELAYU KENA BELAJAR BERDIKARI DAN RAJIN MACAM BANGSA LAIN. BAIK DALAM APA BIDANG SEKALI PUN.

 


Kerajaan beri pancing. Tak beri ikan terus. Lebih utama berikan mereka punca pendapatan yang stabil berbanding berikan tunai. Alhamdulillah. Inisiatif ini mula membuahkan hasil. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Najib Bakar.

Jualan purata RM300 sehari di bulan puasa untuk waktu sahur sahaja. Bayangkan di bulan biasa dengan 3 waktu, pagi, tengah hari, dan malam!


Insya Allah boleh cecah jualan RM450-550 sehari. Rezeki buat peniaga kecil golongan B40. 


Sebelum hari raya tempoh hari, kami ke UiTM Puncak Alam untuk lihat perkembangan mesin vending Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). 


Kami berjaya temuramah En. Hilmi penerima inisiatif merangkap peniaga mesin vending, Dr. Badrul Timbalan Rektor UiTM Kampus Selangor, En Irwan Pengetua Kolej Angsana, dan pelajar UiTM Puncak Alam.


Menarik hasil temubual. Jemput semua kawan-kawan untuk tonton dan share.


Aku simpulkan, semua institut pengajian tinggi harus terlibat dan memasukkan mesin vending ini ke kampus mereka.


Ini dapat memberikan lebih banyak pilihan makanan buat pelajar dengan harga berpatutan dalam lingkungan RM2-RM5.


Semoga inisiatif ini akan menjadi titik mula menamatkan kemiskinan tegar dan mengangkat taraf hidup golongan B40 di Malaysia.


Tahniah YB Rafizi Ramli atas inisiatif baik ini. Semoga dipermudahkan urusan semua di Kementerian Ekonomi untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia. Aminn!

DULU ORANG RAMAI TAU DIA DERHAKA- ORANG LA KATA- LA NI DIA GELOJOH PULAH SAMPAI ATAP TERBANG BAGAI.

 

Dah gelojoh pulak. Sebelum ni kata rumah terbuka di enam negeri mencemar maruah negeri.


Meh aku beritahu sebenarnya apa yang gelojoh.


Gelojoh tu bila;

1. Sibuk nak tubuh kerajaan walaupun kalah PRU sampai sanggup tebuk atap.


2. Umum nak buat projek besar tapi pelabur pun tarik diri.


3. Umum ada REE bernilai puluhan trillion ringgit tapi kemudian entah apa cerita.


4. Umum dah cukup jumlah nak bentuk kerajaan walaupun pengiraan undi tak habis lagi.


5. Umum dah cukup sokongan melalui SD sampai tak ingat sekarang sokongan melalui parti.


6. Beritahu media dia dipanggil oleh SPRM sebagai saksi sedangkan penyiasatan masih berjalan. Last last dia pun didakwa juga.


7. Hebohkan orang nak halang projek dia padahal projek dia mula pun tak lagi. Orang ramai tahu pun tidak apa projek nak buat.


8. Umum menang perbicaraan padahal kena bayar ke orang yang dia saman tu RM1.4 juta.


9. Bangga jadi wira Islam padahal RUU355 tu cuma baca tajuk je dalam parlimen. Bahaskan pun tidak.


Ada banyak lagi contoh gelojoh yang sebenar. Tapi cukuplah aku senaraikan sembilan je. Nak tambah kat ruangan komen pun boleh.


Lain kali, sebelum nak kata kat orang tu, bukak diari dulu, tengok apa yang dia sendiri dah buat. Belajar cerminkan diri. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



TAK DAK SAPA HASUT PUN. HANG KATA MACAM MACAM PAS TU TUDUH ORANG LEN.



Sebenarnya nak tutup malu. Dah dia kecam PMX dengan macam-macam tohmahan, tak termasuk fitnah yang kini jadi kes mahkamah, mulut dia yang cabul, sekarang dia tuduh ada little Napoleon pulak.


Mengaku saja la sebenarnya mulut kamu tu yang jahat. Jenis cakap tanpa berfikir. Tak perlu orang lain pun, rakyat yang tengok kelaku Sanusi pun naik jelak dan muak dengan perangai dia.


Mujur DS Anwar bukan jenis cepat melatah. Selama Sanusi meroyan, DS Anwar cool dan tak pernah pun layan. Dah nampak mana pemimpin yang baik dan mana yang kebudak-budakan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.