ADAKAH ANWAR BERSALAH ?

 


May be an image of 1 person and text that says "Raja Gelap 4h Ada ramai sebenarnya akar umbi yang bising DS Anwar tak hapuskan saki baki kartel dalam Keadilan. Dan aku pula, walaupun bukan ahlı, aku sokong tindakan DS Anwar. Kalau ketika ni saki baki kartel dikeluarkan, Keadilan akan jadi lebih huru hara. Ramai akar umbi yang akan bising. Sebab kartel ini kewujudannya tidak kelihatan dengan mata kasar. Tak ramai rakyat dan akar umbi parti sendiri yang pasti sama ada MP mereka kartel atau bukan.... See more PA EN MAL WG MEDIA 1 MALAYSIAKINI.COM Naib presiden PKR keluar parti, sokong PN Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar mengumumkan kelua..."


Ada ramai sebenarnya akar umbi yang bising DS Anwar tak hapuskan saki baki kartel dalam Keadilan. Dan aku pula, walaupun bukan ahli, aku sokong tindakan DS Anwar.

Kalau ketika ini saki baki kartel dikeluarkan, Keadilan akan jadi lebih huru hara. Ramai akar umbi yang akan bising. Sebab kartel ini kewujudannya tidak kelihatan dengan mata kasar.

Tak ramai rakyat dan akar umbi parti sendiri yang pasti sama ada MP mereka kartel atau bukan.

Contoh Xavier ini. Kalaulah disingkirkan lebih awal, kemudian dia dakwa disingkirkan secara tidak adil, yang akan terkena tohmahan adalah JK Disiplin parti. Dan tempiasnya akan terkena ke presiden.

Jadi baik dibiarkan sahaja. Tapi perhatikan secara dekat. Singkirkan mereka ketika penamaan calon dalam PRU15 nanti. Itu lebih mudah dan lebih licin.

Dan rasanya Azmin sendiri memang berharap mereka ini dipecat. Kalau aku di kedudukan Azmin, aku akan fikir begitu. Lebih mudah untuk calarkan reputasi DS Anwar sekiranya mereka dipecat.

Tapi keadaan semasa, di mana pada ketika ini PN sendiri goyah kerana kekurangan majoriti, dengan UMNO sendiri kerap bermain tarik tali, Azmin tidak punya banyak pilihan selain menyuruh khadamnya melompat sekarang demi selamatkan PN.

Xavier ini dan ada beberapa nama lagi telah lama diketahui sememangnya orang Azmin. Jadi bagi aku ini tidak mengejutkan pun. Dan aku panjatkan syukur akhirnya ini terjadi.

Apakah Keadilan akan lumpuh?

Mungkin bilangan ahli parlimen Keadilan telah berkurang dengan signifikan sekarang. Tapi aku yakin Keadilan tetap gagah. Kerana yang hidupkan Keadilan adalah akar umbi.

Aku yakin mereka yang tinggalkan Keadilan dan PH ini akan dapat 'bayarannya' ketika PRU15 nanti. Para pengundi akan jelaskan 'bayaran tertunggak' atas kertas undi bila tiba masanya nanti.

Jadi tiada apa nak dirisaukan.

Dan atas sebab itu aku lebih suka PRU berbanding kerajaan SD. Kerana dengan PRU, PH boleh singkirkan cucu cicit kartel dalam cara yang paling berkesan tetapi kesan buruk yang minima.

Tapi percayalah, ini bukan yang terakhir. Akan ada lagi kartel yang bakal melompat. Mereka tahu PRU semakin dekat. Dan mereka juga tahu nama mereka akan digugurkan dari senarai calon.

Jadi mereka perlu bertindak sekarang dengan keluar parti. Jika nama mereka gugur dari senarai calon, itu akan lebih merugikan mereka.

Ada beberapa bulan lagi sebelum PRU. Akan ada beberapa lagi katak akan melompat. Lepas cukup bilangan, dewan akan bersidang sekali atau dua kali dan baharulah parlimen dibubarkan.

Oh ya... Ada beberapa orang yang salahkan DS Anwar kerana pengkhianat jadi calon semasa PRU lepas. Tapi jangan lupa ketika itu DS Anwar berada dalam penjara. Ini semua kerja Azmin.

Sekarang tak perlu banyak bicara. Tunggu lagi 2 atau tiga orang lompat dan kemudian dewan bersidang. Lepas itu kita berentap di gelanggang PRU. Rakyat pun dah tak sabar ni sebenarnya.

Raja Gelap

 

Kerjasama PH + Umno, WAJAR Atau TIDAK ?

ORDINAN DARURAT 2021 - ADAKAH PEMBERI MAKLUMAT DILINDUNGI?



Dalam perkembangan yang berkaitan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai isu pemberi maklumat yang mendedahkan kelemahan dalam pelaksanaan program vaksinasi. “IGP faham. Dia juga seorang whistle blower. Saya tidak mahu dilihat atau tidak boleh mengganggu kerja polis. Tetapi kerana ini adalah masalah kepentingan awam, saya mesti menjelaskan bahawa saya telah bercakap dengan IGP mengenai perkara ini untuk tidak mengganggu pemberi maklumat.”




RAKAMAN (Live) Dr Mujahid Rawa Yusuf: Respon Khas

INI BUKAN BERITA PALESU

 May be an image of one or more people and text that says "malaysiakini BERITA Azneal Ishak malaysiakini.com Isu vaksin: KJ minta IGP tak hukum pemberi maklumat 12 Mar 2021, 10:58 am Dikemaskini 1 hari lepas 3"


Khairi mengesahkan isu vaksin dan potong barisan dikelantan adalah benar? Apa macam lebai?




KELUARLAH BERAPA BANYAK PUN NAMUN KEADILAN TETAP TOLAK BAPAK PENGKHIANAT IAITU MAHATHIR

 





Kalau sepuluh lagi pengkhianat akan keluar parti Keadilan, jangan harap kami nak terima atok saka. Bagi MP yg keluar sblm PRU15, ianya memberi peluang calon berjiwa reform untuk mengisi tempat.

Satu saja Keadilan kena ingat. Jika pengkhianat dengan sendirinya keluar parti untuk sokong pengkhianat, jangan pula Keadilan bawa masuk bapak pengkhianat iaitu Mahathir berada dlm PH.

Sesiapa yang rasa dirinya ada buat salah atau rasuah, sila keluar dari Keadilan segera. Biar semua perasuah berkumpul satu rumah dengan perasuah dan semburit.

WFAUZDIN NS

 

RAKAMAN (Live) Ezam Mohd Nor: Jelajah Gerak98 Kedah

ZAID - KENAPA LAYAN RAKYAT MACAM MUSUH..??

BOB KELANANG 


May be an image of 1 person, sitting, indoor and text that says "Ameal Ishak malaysiakini.com Aznea"



Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim mempersoalkan mengapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperlakukan rakyat seperti musuh dengan mewartakan Ordinan Darurat yang bertujuan memerangi "berita palsu" berkaitan Covid-19.

"Kita laksanakan Darurat ini untuk menangani Covid-19, itulah yang dikatakan kerajaan. Oleh itu, jika Covid-19 adalah musuh, mengapa bertindak seolah-olah rakyat adalah musuh?" kata Zaid dalam wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya hari ini.

Kerajaan persekutuan semalam dilapor mewartakan Ordinan Darurat untuk memerangi "berita palsu" yang berkaitan dengan Covid-19 atau perisytiharan darurat.

Ini akan membolehkan kerajaan memiliki kuasa yang besar dan memberikan implikasi terhadap kebebasan akhbar.

Ordinan itu yang berkuatkuasa pada 12 Mac, menyatakan mana-mana pihak yang "mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan" berita tidak benar dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain boleh dikenakan tindakan.

Ordinan ini juga memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan berita yang diputuskan sebagai "berita palsu" untuk dipadamkan dan jika gagal mahkamah boleh mengarahkan polis atau pihak berkuasa untuk mengambil "langkah-langkah yang perlu" untuk menghapuskan berita tersebut.

'Google, FB pun sukar pastikan berita palsu'

Zaid berkata sedangkan syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Facebook menghadapi kesukaran bagi menentukan apakah sesuatu berita adalah palsu di platform mereka, apatah lagi rakyat biasa.

Oleh itu, katanya, peluang perlu diberikan kepada mana-mana pelaku untuk menarik balik kenyataan mereka yang ditentukan sebagai palsu.

"Seharusnya tidak menjadi kesalahan jika tiada apa yang palsu yang disengajakan yang mengganggu kepentingan umum," tambahnya.

Selain itu, kata Zaid, ada cara lain yang lebih baik bagi menangani masalah "berita palsu" berbanding dengan pelaksanaan hukuman.

"Kamu boleh periksa fakta, ajar literasi kepada orang ramai mengenai apa yang boleh dibaca dan apa yang harus dipercayai.

"Perlukan pengetahuan mengenai perkara ini, jadi kita mesti keluarkan belanja untuk didik orang ramai.

"Inilah yang akan dilakukan oleh kerajaan yang peduli, berbanding melihat mereka (rakyat) sebagai musuh," katanya.

 

REFORMIS APA KALAU TAKUT.....

 


Reformis apa kejadahnya, belum apa lagi dah lompat parti

Reformis apa kejadahnya, belum apa lagi dah lompat parti

Aku dah sebut dah.. Ramai lagi MP PKR akan keluar parti..Baru bulan lepas aku sebut pasal Xavier dan pembantu dia, yang juga orang kanan Pembantu Peribadi Ds Anwar dalam MPN di Perak..Inilah kelompok Reformis, Geng Ezam sejak awal 1998..

Depa tak sedar hat Usung Ezam tu tak lama kena game lah.. asal berjuang julang ampu Presiden dia jadi PM..terus diiktiraf Reformis..Reform tu bukan maksud presiden hang mesti jadi PM lah.. Aku pun nak tengok Ds Anwar jadi PM..tapi bila tengok pengampu sekeliling..naik menyampah..

depa tak tau Ezam ni budak Azmin..sejarah kerja dgn Najib di Kementerian kewangan.. aku dah sebut sebelum ni ,geng terlebih semangat mcm Chegu Bard..Mcm Ezam.. tak boleh Pakai..Mcm tu lah Gobala Krishnan dulu..

Pembantu Xavier ni lah hat buat Kek PM ke 8..org kanan si Selvador.. dengan tulisan pada kek, menanti kepimpinan mu.. punya lah ampu.. Tu sebab aku kata Aqidah nak jadikan Ds Anwar PM..Kerja Bodoh.. akhirnya membuka ruang pengampu..oppurtunis dalam parti..hat dalam Amanah pun teruja..mengampu sama.. tu aku heran.. tapi kalau bekas Scammer apa nak heran sangat..

Kalau Takda stand jelas..dan orang parti sendiri tanda stand jelas..Dari deal dengan Zahid dan Najib.. Apa beza Deal ngan Muhyidin.. sama jer… Aku dah kata sebab PN teruk jer..Kalau tak ramai hat bosan dari PKR sendiri keluar parti.. Baik depa keluar parti.. Tu sebab aku kata kena berdiri atas Prinsip..Slogan Reformasi semua tu Sembang jer..

Sekurang kurang, Yg depa dok tuduh Amanah giler jawatan.. Pembantu Salehuddin, Khalid Samad dan Mat Sabu..Kena tekan..Kena dakwa.. Relax jer lawan PN..Lawan UMNO..Sikit pun tak gentar.. Ini baru buat drama jumpa Cash dalam rumah mcm Syed Saddiq.. Dah lari rumah.. Apa barang Reformis konon..

Tapi tak heran lah.. Memang kes rasuah tu, Aku dah sebut sebelum ni..Itu yang dihadapi tekanan kepada Syed Saddiq..Syed Saddiq siap depa guna gambar lucah..tuduhan peribadi lagi..Punya Jahat..

bab tuduhan Peribadi ni, Sapa tahu sejarah tuduhan liwat pertama, ada org dengan Hamzah Zaidnuddin..Faham lah..Mcm peranan Aziz Shamsudin.. Dulu Ketua Hakim Syariah Perak pun kena tuduh ambil rasuah dari GRO.. Rasa rasa sapa punya kerja..Tapi malas nak sembang lebih..

Tu pun ada hat Percaya dengan Zahid dan Najib..Sapa baca sejarah rampasan kuasa Perak,Taktik licik mcm ni..akan tahu lah kerja sapa.. Tapi sebab taksub.. Sebab orang keliling nak julang jadi PM cepat sangat..sampai buta mata tak kenal mana kawan..mana lawan..

OK lah.. sambung nanti..

Ipohmali



LAWAK SUNGGUH LA KERAJAAN PN NI…

 BOB KELANANG


'DAKWA DARURAT DIISYTIHAR SEBAB KERAJAAN HILANG MAJORITI ADALAH BERITA PALSU'

Tindakan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat melanggar ordinan darurat berkenaan berita palsu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

"Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan," katanya ketika sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah di Putrajaya hari ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya jika dakwaan sejumlah pihak yang kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana ia telah hilang majoriti boleh dianggap sebagai berita palsu.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.

Ordinan itu untuk mengekang "berita tidak benar" berkenaan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pengisytiharan dibuat bagi mengekang peningkatan kes Covid-19. Ketika itu, terdapat sekitar 2,000 hingga 3,000 kes baru dilaporkan setiap hari.

Bagaimanapun, sejumlah pihak mengisytiharkan mengapa Parlimen turut digantung sepanjang tempoh penguatkuasaannya, lebih-lebih lagi setelah perniagaan dan sekolah telah diteruskan semula.

Pengisytiharan darurat dibuat dua hari selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Machang daripada Umno, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya.

Pada hari pengisytiharan pula, seorang lagi ahli Parlimen Umno Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) turut mengambil langkah sama.

Bagaimanapun kerajaan telah mendapat sokongan dua ahli Parlimen PKR, iaitu Steven Choong dan Larry Sng, bagi menampung kehilangan sokongannya, selepas Sultan Abdullah bertitah yang Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

Menurut Takiyuddin, Agong telah mengisytiharkan darurat atas nasihat jemaah menteri, dan ia adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Takiyuddin dan Saifuddin menegaskan di bawah ordinan ini, tujuan menyebarkan berita palsu mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum tertuduh boleh disabit bersalah.

Saifuddin turut memberi satu lagi contoh berita palsu yang boleh disabitkan, iaitu mendakwa ada individu yang mati selepas menerima vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Takiyuddin menegaskan, bertentangan dengan laporan yang membangkitkan undi maksimum RM100,000 di bawah ordinan itu, hakim mahkamah sesyen yang mendengar kes ada budi bicara.

Katanya lagi, hakim malah boleh hanya memberi amaran kepada tertuduh.

"Ordinan hanya menyatakan hukuman maksimum, bermakna hakim boleh menentukan jumlahnya," katanya lagi.

Selain denda maksimum RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, pesalah juga boleh didenda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 May be an image of 1 person and text that says "g BERITA Mukhrizaimmalaysiakinl.com malaysiakini.com Mukhriz Hazim 16 Shares Dakwa darurat diisytihar sebab k'jaan hilang majoriti adalah berita palsu' mk Alyaa Alhadjri & Yasmin Ramlan Diterbitkan 12 Mar 2021, 4:21 pm Dikemaskini 4:25 pm"


Lawak sungguh la Kerajaan PN ni... punya la terdesak sampai mewartakan "Ordinan Darurat" yang menghalang orang ramai memperkatakan tentang "kerajaan yang hilang majoriti"… https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801928559984879&id=100005032563860

KOH KOH KOH… kesian sungguh la...

Memang kesian...

Ape lagi yang mampu nak dibuat nak tutup mulut rakyat... ugut jer la dengan hukuman denda dan penjara...

KOH KOH KOH… lemau sungguh la...

Kalau benda betui... ngaku jer la... ape la masalahnya... sampaikan terpaksa buat ordinan bagai... adoilah...

Bila buat camni... lagi sah la apa yang selama ni orang perkatakan... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801925106651891&id=100005032563860

KOH KOH KOH… kan, kan

KOH KOH KOH… berita palsu la konon... pigirah... jilaker!!

 

Isu pelunasan hutang, Rina Harun enggan ulas

 

Agensi
Isu pelunasan hutang, Rina Harun enggan ulas
Sarl Novovision telah mengajukan saman terhadap Rina menuntut agar hutang itu dibayar sebelum atau pada 31 Julai 2019. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun enggan memberikan sebarang komen berkaitan pelunasan hutangnya kepada sebuah syarikat produksi Perancis.
Portal The Star hari ini melaporkan, Ahli Parlimen Titiwangsa itu hanya memberi reaksi 'biar yang lain jawab' tanpa mengulas lanjut.
Rina diminta mengulas laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda DAP, Jenny Choy yang mempersoalkan sumber kekayaannya dalam menyelesaikan hutang tersebut.

Choy telah membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM Perak pada 18 Februari.
Ia susulan syarikat produksi Perancis, Sarl Novision melalui peguam, Mark Ho memaklumkan Rina telah menjelaskan jumlah hutang awal bulan lalu.
Sarl Novovision sebelum ini telah mengajukan saman terhadap Rina pada 8 November 2018, menuntut agar hutang itu dibayar sebelum atau pada 31 Julai 2019.
Rina, melalui beberapa syarikatnya yang tidak lagi beroperasi iaitu Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd dilaporkan membeli beberapa rancangan komedi dan dokumentari bernilai jutaan ringgit dari syarikat produksi yang berpusat di Paris itu antara 2011 dan 2013.
Kesemua syarikat tersebut ditutup antara Disember 2013 dan Ogos 2015.









KUMPULAN HINA WANITA KEADILAN JOHOR

 May be an image of 1 person and text that says "21 m Apa punya Johor ni sambu "JELAS TINDAKAN INI jalan SANGAT SEKSIS & MENGHINA WANITA DI LUAR SANA" eh ba kat tepi jalan macam tu je. Kalau kau pergi beli kat kedai selalunya taukey kedai akan plastik hitam sebab na beli tu, tapi korang ni a YB JIMMY PUAH WEETSE TIMBALAN PENGERUSIK JOHOR y"


1. Beberapa hari kebelakangan ini tular satu laman kumpulan politik pro Perikatan Nasional di Facebook bertindak menghina dan merendah-rendahkan program anjuran Wanita Keadilan Johor mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan sekitar Tebrau.

2. Pada pandangan saya, tindakan seperti ini sangat seksis, tidak beradab dan tidak bertanggungjawab. Jelas penghinaan kepada kaum hawa diluar sana.

3. Nasihat saya, kita kena lihat sesuatu perkara dengan lebih luas. Saya amat yakin program yang dianjurkan oleh Wanita Keadilan Johor bukan semata-mata mengagihkan tuala wanita secara semberono tetapi sudah tentu ianya punyai mesej yang ingin disampaikan, misalnya berkaitan kebersihan dan kesihatan wanita.

4. Wanita yang datang haid setiap bulan sememangnya satu lumrah. Saya sendiri mengakui, kadangkala ada bantu ahli keluarga atau isteri saya beli tuala wanita di pasaraya. Saya rela dan tidak pernah anggap bantuan ini satu hal yang memalukan.

5. Kepada Wanita Keadilan Johor, jangan putus semangat dan anggaplah ini sebagai satu bentuk ujian supaya anda semua menjadi lebih kuat pada masa hadapan. Perbanyakan lagi program yang kreatif dan jangan sesekali berhenti berkhidmat untuk rakyat.

Sekian,

YB JIMMY PUAH WEE TSE

Timbalan Pengerusi Keadilan Johor,

ADUN Bukit Batu

 

APA STATUS UNTUK NAK SAHKAN BERITA ITU PALSU..ATAU MACAM APA YANG TELAH LEBAI LAKUKAN TERHADAP PH?

 

Macam saya tanya malam tadi,

"Bagaimana anda membuktikan berita itu palsu?" Apa benchmark yg digunakan? Ada vote confidence /no confidence di Parlimen? How? Anda kata ada majority. Siapa boleh verify? Parlimen tak bukak.

Jadi kerajaan akan terus guna undang-undang untuk menakut nakutkan rakyat dan menyebabkan rakyat tidak.boleh bertanya?

====

Ordinan itu untuk mengekang "berita tidak benar" berkenaan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

May be an image of one or more people and text that says "021 malaysiakini wStar MATO ANNANI BERITA Azneal shak malaysiakini.co 'Dakwa darurat diisytihar sebab k'jaan hilang majoriti adalah berita palsu' Alyaa Alhadjri & Yasmin Ramlan"

 

Ahli Parlimen PKR lompat parti, apa maksud ciapan Azmin?

 


Firdaus Azil
Ahli Parlimen PKR lompat parti, apa maksud ciapan Azmin?
Ciapan Menteri Kanan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Datuk Seri Azmin Ali menguatkan lagi tanggapan kemungkinan ada Ahli Parlimen Pembangkang yang akan melompat parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan keluar parti, beberapa lagi ahli Parlimen dari blok Pembangkang dijangka akan melakukan perkara yang sama.
Antara yang menyatakan pandangan itu ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dan bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Namun, ciapan Menteri Kanan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Datuk Seri Azmin Ali menguatkan lagi tanggapan tersebut.
“1+1+1+...... dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang,” kata Ahli Parlimen Gombak itu ringkas.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon, dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien, meninggalkan PKR.
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini mendakwa terdapat penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang.
"Tetapi sebarang penyalahgunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima," jelas kenyataan itu.
Malah, jelas Pakatan Harapan, tindakan itu dipercayai telah dilakukan terhadap ramai Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan isteri, Larry Sng, Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap Datuk Dr Xavier Jayakumar,” menurut kenyataan itu lagi.
Namun SPRM dalam kenyataan susulan menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya agensi penyiasatan itu dijadikan 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya.
Menerusi satu kenyataan media pada 6 Mac, SPRM turut menegaskan bahawa agensi penyiasatan itu bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang.
Turut membuat penafian ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang tegas mengatakan ia adalah sebuah agensi utama pemungut hasil negara, dan kekal komited menjalankan amanah yang diberikan tanpa rasa bimbang atau pilih kasih.
Pada 7 Mac lepas, Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, juga dari PKR, telah membuat laporan kepada SPRM berhubung cubaan pihak tertentu untuk mendapatkan sokongannya terhadap Perdana Menteri.
"Kejadian itu berlaku pada 3 Mac lepas dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri," menurutnya dalam satu kenyataan.
Natrah berkata, laporan itu dibuat berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 berhubung kewajipan melaporkan tawaran suapan dan berharap SPRM akan dapat menyiasat perkara tersebut dengan segera.



Panas! Najib dakwa ada menteri kanan kerajaan PN tidak didakwa atas alasan video tak cukup HD

 


Panas! Najib dakwa ada menteri kanan kerajaan PN tidak didakwa atas alasan video tak cukup HD


Rasanya ada seseorang bekas naib presiden parti sebelah sana yang juga ahli parlimen telah terbaca posting minggu lepas saya ini.

Beza antara ampu dengan lawan.

Berani lawan. Berani kerana benar.





Anwar Ibrahim: Seminar Antarabangsa Pemikiran Buya Hamka Di Alam Melayu

[[LIVE]] 12.3.2021 Ordinan Tidak benar.

PANAS MELAMPAU BAKAL MELANDA

IBRAHIM MAT ISA


Bersediakah anda?

Equinox bermula hari Sabtu minggu depan 20hb Mac dan beberapa hari sebelum dan selepasnya Malaysia akan mengalami kepanasan melampau. Banyakkan minum air dan elakkan terdedah cuaca panas di luar.

Last week dah ada yang mati kerana strok haba. Sebabnya, selfie di tengah panas dan pengsan..

 

 May be an image of sky and text that says "hit Due to the equinox phenomenon which happen in this month, there is a strong heat wave that that will Malaysia, especially at middays. Prepare yourself with information how to stand the heat best and how to avoid overheating!"

TENGAH SISASAT DAH CABUT LARI MENINGGALKAN PARTI...BAIK MENINGGAL SAHAJA

 

TENGAH SISAT SIAT- ORANG BERKENAAN PUN CABUT LARI...BERSALAH GAMAKNYA YA...KAH....



May be an image of text

SEMBANG JA LA SELAMA INI YA...APA PUNYA TEMBERANG...

 


Pas kata tak boleh larang sebut perkataan Allah

Pas kata tak boleh larang sebut perkataan Allah

PADA dasarnya tidak boleh dilarang sesiapa sahaja untuk menyebutkan perkataan Allah, sama ada seorang Muslim atau apa sahaja anutan agama selain daripada Islam.

Termasuklah penganut agama yang melantik paling banyak Tuhan, bahkan golongan yang tidak beragama dan ateis (tidak percaya akan adanya Tuhan), juga tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah, jika ia mahu diucapkan atau ditulis.

Tidak boleh juga dilarang kepada golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf. Bahkan golongan yang paling gila dan tidak siuman serta tidak mempunyai akal langsung pun, jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah.

Namun, perlu diketahui bahawa maksud perkataan Allah yang sebenar adalah mengikut asal usul daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa asal bagi al-Quran.

Perkataan Allah asalnya tidak terdapat dalam bahasa lain, termasuklah dalam bahasa Melayu, Turki, Parsi, Urdu dan bahasa lain daripada majoriti penganut Islam. Maka, perkataan Allah juga tidak berasal daripada bahasa Inggeris, Eropah, Asia dan Afrika yang bukan daripada bahasa Arab.

Semua bangsa yang menganut Islam tidak menterjemahkan perkataan Allah dalam bahasa masing-masing, kerana tiada perkataan yang seerti dengannya. Sehingga Kamal Ataturk pun gagal memaksa Turki untuk menterjemahkan makna bagi perkataan solat dan azan ke dalam bahasa Turki.

Sekiranya dirujuk kepada perkataan asal dalam Bahasa Arab, perkataan Allah mempunyai makna bahawa sesungguhnya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang layak disembah dengan beribadat kepada-Nya secara ikhlas, dipatuhi hukum dan undang-undang yang telah ditetapkan-Nya, beribadat kepada-Nya sahaja dan tiada lagi Tuhan selain daripada-Nya.

Huraian tentang makna ini telah dinyatakan oleh al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab:

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ١ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ٢ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ٥﴾

“Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1); Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2); Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3); Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4); Hanya engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau jualah sahaja kami memohon pertolongan. (5).” (Surah al-Fatihah: 1-5)

Semua nama dan pujian itu berada dalam satu perkataan Allah SWT bagi mengesakan-Nya dari segi ibadat (‘uluhiyyah) serta dari segi mencipta dan mentadbir alam (rububiyyah).

Al-Quran juga menghuraikan makna bagi nama Allah melalui firman-Nya:

﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ١ اللَّهُ الصَّمَدُ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ٣ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ٤﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. (1); Allah yang menjadi tempat bergantung bagi sekalian makhluk. (2); Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. (3); Dan tiada seorang pun yang serupa (setara) dengan-Nya.’ (4).” (Surah al-Ikhlas: 1-4)

Maka, sebutan Allah oleh mereka yang percaya kepada adanya Tuhan selain daripada Allah SWT atau Allah SWT mempunyai anak dan sebagainya adalah tidak menepati makna yang sebenar.

Al-Quran menjelaskan tentang nama bagi Allah sebagaimana firman-Nya:

﴿وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٨٠﴾

“Dan hanya milik Allah segala nama-nama yang terbaik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebutkan nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam menyebutkan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-A‘raf: 180)

Perkataan Allah merangkumi nama-nama yang terbaik, bahkan semuanya terkandung dalam satu perkataan sahaja iaitu Allah. Begitu juga, segala sifat kepujian yang tiada pada makhluk terkandung dalam makna kalimah Allah.

Firman Allah SWT:

﴿فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ١١﴾

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kalian pasangan-pasangan daripada jenis kalian sendiri, dan menjadikan daripada jenis binatang-binatang ternak itu pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kalian semua. Tiada sesuatu apapun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah al-Syura: 11)

Allah SWT juga melarang sesiapa sahaja melantik tuhan-tuhan selain daripada-Nya berdasarkan firman-Nya:

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ٢١ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ٢٢﴾

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kalian kepada Tuhan yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang terdahulu daripada kalian, supaya kalian (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (21); Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kalian sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kalian; maka janganlah kalian mengada-adakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kalian semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa). (22).” (Surah al-Baqarah: 21-22)

Firman Allah SWT:

﴿شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ١٨ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ١٩﴾

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa menegakkan keadilan, dan para malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (18); Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (Islam); (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (19).” (Surah Ali ‘Imran: 18-19)

Pada asalnya dalam semua kitab agama Allah SWT, telah ditegaskan bahawa Allah SWT sahaja Tuhan yang sebenar. Adapun kepercayaan yang muncul selepas itu telah terseleweng kerana diubah dan dipinda.

Penjelasan ini menunjukkan bahawa perkataan Allah SWT tidak mencapai maksud yang tepat, jika diterjemahkan ke dalam apa-apa sahaja bahasa di dunia ini.

Jika sebutan Allah mahu dipinjamkan kepada mana-mana penganut agama atau bangsa lain, maka ia tidak boleh mencapai maksud asal perkataan Allah kerana kepercayaan mereka bercanggah dengan perkataan Allah mengikut asal perkataan dalam Bahasa Arab.

Semua bahasa terdapat perkataan yang memberikan makna Tuhan. Mengikut bahasa Arab disebut dengan perkataan ‘Ilah’, manakala dalam bahasa Melayu dengan perkataan Tuhan atau bahasa lamanya dengan nama Dewata Mulia Raya, Sang yang Tunggal. Selain itu, bahasa Eropah dengan perkataan ‘God’, bahasa Parsi dan Urdu dengan perkataan Khuda dan perkataan lain. Namun, semua perkataan tersebut tidak mencapai maksud sebenar sebagaimana perkataan Allah dalam bahasa Arab.

Namun begitu, kita tidak boleh melarang sesiapa sahaja untuk menyebutkannya. Akan tetapi, sekiranya sebutan kalimah Allah menyalahi daripada makna yang asal, seseorang itu hendaklah menanggung kesalahannya.

Jika penganut setiap agama menyebutkan perkataan Allah mengikut kepercayaan masing-masing akan adanya Allah (Tuhan), itu adalah hak kebebasan beragama.

Terdapat juga agama selain daripada Islam yang menggunakan perkataan Allah, termasuk masyarakat Arab yang tidak beragama Islam atau bukan Arab juga mengguna pakai perkataan Allah.

Saya pernah mendengar seorang sami Hindu menyebut ‘Yalla’ di hadapan saya dalam doa dan manteranya ketika dalam suatu majlis dialog.

Al-Quran juga menyebutkan secara khusus kepada penganut agama Kitab seperti Kristian yang menggunakan perkataan Allah:

﴿قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ٦٤﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang ada persamaan antara kami dengan kalian, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak menyekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.’ Kemudian jika mereka (ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah kalian bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam (yang berserah diri kepada Allah).’” (Surah Ali ‘Imran: 64)
Begitu juga dalam kalangan penganut berbagai-bagai agama yang lain. Firman Allah SWT:

﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ٦١ اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ٦٢ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ٦٣﴾

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (61); Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. (62); Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang Musyrik) itu: ‘Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Ucapkanlah (wahai Muhammad): ‘Alhamdulillah’ (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (63).” (Surah al-‘Ankabut: 61-63)

Firman Allah SWT:

﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ٨٧ وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ٨٨ فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ٨٩﴾

“Dan sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah!’ (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? (87); Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: ‘Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepada-Mu untuk mengadilinya)!’ (88); (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): ‘Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggal! Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk akibat keingkaran itu)!’ (89).” (Surah al-Zukhruf: 87-89)

Kadang-kadang perlu dilihat tujuan penggunaan sesuatu perkataan itu berpandukan kepada kaedah hukum:

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني.

“Ibrah dalam sesuatu aqad perjanjian itu dilihat kepada maksud tujuan dan maknanya, bukan kepada lafaz dan ungkapannya sahaja.”
الأمور بمقاصدها.

“Semua perkara dilihat kepada tujuannya.”

Jika tujuannya untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, maka ada sempadan (batas-batas) dan hukumnya.

Begitulah kalau diizinkan kepada hospital sakit jiwa yang hendak menghargai dan menggembirakan bekas pesakit yang telah mendapat rawatan dengan mengurniakan ijazah yang membawa gelaran Profesor. Kita terserah apa sahaja perasaan orang Inggeris kalau menggunakan perkataan dalam bahasa mereka pada perkara yang tidak munasabah. Namun, apakah perasaan yang sebenar dalam kalangan ilmuwan, sekiranya gelaran itu diberikan kepada orang-orang yang sedemikian?

Andai kata, kalau perkataan Allah dijadikan jenama kasut yang dipijak, adakah atas nama kebebasan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh membenarkan ia berlaku? Bagaimana pula makanan yang diharamkan terhadap penganut Islam seperti daging babi, diletakkan namanya dengan perkataan ikan halal, adakah ia boleh dibenarkan atas nama kebebasan?

Islam juga melarang penganutnya menyentuh sensitiviti penganut agama lain yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk. Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٠٨﴾

“Dan janganlah kalian mencerca sembahan-semabahan yang mereka sembah selain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan setiap umat akan perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.” (Surah al-An‘am: 108)

Islam juga membawa konsep kebebasan beragama mengikut sempadannya berpandukan perintah Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ٢٥٦﴾

“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang amat teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 256)

Firman Allah SWT:

﴿وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا٢٩﴾

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kalian, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.’ Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberikan pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang bagi mereka.” (Surah al-Kahfi: 29)

Di sini semua pihak perlu meletakkan kebijaksanaan masing-masing dan menjaga sensitiviti dalam konteks masyarakat majmuk mengikut sempadannya yang sebenar dan secara saksama.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Rajab 1442 / 12 Mac 2021 – HD