BOB KELANANG
'DAKWA DARURAT DIISYTIHAR SEBAB KERAJAAN HILANG MAJORITI ADALAH BERITA PALSU'
Tindakan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana
telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat melanggar ordinan darurat berkenaan
berita palsu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-undang) Takiyuddin Hassan.
"Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan,"
katanya ketika sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin
Abdullah di Putrajaya hari ini.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya jika dakwaan sejumlah
pihak yang kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana ia telah hilang
majoriti boleh dianggap sebagai berita palsu.
Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan Ordinan Darurat
Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.
Ordinan itu untuk mengekang "berita tidak benar"
berkenaan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat yang membawa kepada hukuman
denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau
kedua-duanya sekali.
Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan
Ahmad Shah mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin
Yassin.
Pengisytiharan dibuat bagi mengekang peningkatan kes Covid-19.
Ketika itu, terdapat sekitar 2,000 hingga 3,000 kes baru dilaporkan setiap
hari.
Bagaimanapun, sejumlah pihak mengisytiharkan mengapa Parlimen
turut digantung sepanjang tempoh penguatkuasaannya, lebih-lebih lagi setelah
perniagaan dan sekolah telah diteruskan semula.
Pengisytiharan darurat dibuat dua hari selepas kerajaan
Perikatan Nasional (PN) hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat selepas Ahli
Parlimen Machang daripada Umno, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya.
Pada hari pengisytiharan pula, seorang lagi ahli Parlimen Umno
Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) turut mengambil langkah sama.
Bagaimanapun kerajaan telah mendapat sokongan dua ahli Parlimen
PKR, iaitu Steven Choong dan Larry Sng, bagi menampung kehilangan sokongannya,
selepas Sultan Abdullah bertitah yang Parlimen boleh bersidang ketika darurat.
Menurut Takiyuddin, Agong telah mengisytiharkan darurat atas
nasihat jemaah menteri, dan ia adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di
mahkamah.
Takiyuddin dan Saifuddin menegaskan di bawah ordinan ini, tujuan
menyebarkan berita palsu mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum tertuduh
boleh disabit bersalah.
Saifuddin turut memberi satu lagi contoh berita palsu yang boleh
disabitkan, iaitu mendakwa ada individu yang mati selepas menerima vaksin
Covid-19.
Dalam pada itu, Takiyuddin menegaskan, bertentangan dengan
laporan yang membangkitkan undi maksimum RM100,000 di bawah ordinan itu, hakim
mahkamah sesyen yang mendengar kes ada budi bicara.
Katanya lagi, hakim malah boleh hanya memberi amaran kepada
tertuduh.
"Ordinan hanya menyatakan hukuman maksimum, bermakna hakim
boleh menentukan jumlahnya," katanya lagi.
Selain denda maksimum RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga
tahun, pesalah juga boleh didenda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Lawak sungguh la Kerajaan PN ni... punya la terdesak sampai
mewartakan "Ordinan Darurat" yang menghalang orang ramai
memperkatakan tentang "kerajaan yang hilang majoriti"… https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801928559984879&id=100005032563860
KOH KOH KOH… kesian sungguh la...
Memang kesian...
Ape lagi yang mampu nak dibuat nak tutup mulut rakyat... ugut
jer la dengan hukuman denda dan penjara...
KOH KOH KOH… lemau sungguh la...
Kalau benda betui... ngaku jer la... ape la masalahnya...
sampaikan terpaksa buat ordinan bagai... adoilah...
Bila buat camni... lagi sah la apa yang selama ni orang
perkatakan... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801925106651891&id=100005032563860
KOH KOH KOH… kan, kan
KOH KOH KOH… berita palsu la konon... pigirah... jilaker!!