AKIBAT DISERGAH SPRM...Naib Presiden PKR umum letak jawatan dan keluar parti

 


Gempar!!! Naib Presiden PKR umum letak jawatan dan keluar parti


Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti yang disertainya sejak tahun 1998, berkuat kuasa serta merta.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya akan terus terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli parlimen bebas dan saya akan penuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat di Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini merupakan perkembangan terbaru selepas dua ahli parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) meninggalkan parti itu pada penghujung Feb lalu.