TMJ BANTU PERMUDAHKAN USAHA EBIT LIEW.




 Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.


Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan. 


Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

.

Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami.



ORANG SAKIT YANG TAK DAK UBAT YANG CAKAP NI..


Saya tak pasti ini petikan tulisan siapa, tapi hati kecil saya berkata - orang ini pasti sedang sakit yang apa2 ubat atau rawatan pun di dunia ini tidak mampu lagi menyembuhkannya...😌🥴



 

Punca utama kejatuhan PH sebab Dr Mahathir letak jawatan tanpa berbincang - Shamsul Iskandar

 


Firdaus Azil
Punca utama kejatuhan PH sebab Dr Mahathir letak jawatan tanpa berbincang - Shamsul Iskandar
Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa berbincang dengan pemimpin komponen lain merupakan fakta yang telah diketahui oleh rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Punca kejatuhan sebenar Pakatan Harapan (PH) adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa berbincang dengan pemimpin komponen lain, tegas Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin.
Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan Dr Mahathir berbuat demikian merupakan fakta yang telah diketahui sekian lama oleh rakyat.
Bahkan, tegas beliau, tindakan Dr Mahathir yang cuba meletakkan kesalahan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca utama kejatuhan PH merupakan ‘sangkaan jahat’.
“Rakyat Malaysia sudah tahu PH jatuh apabila Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Dan yang menjadi parah lagi apabila keputusan beliau letak jawatan itu, pada pandangan saya, tidak ada perbincangan di kalangan pimpinan tertinggi PH.
“Ini tentunya melanggar prinsip musyawarah yang sepatutnya dihayati dan saya yakin Mahathir sebagai orang lama dalam politik faham prinsip ini. Namun, tindakannya itu telah menimbulkan prasangka cukup besar, dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat rakan-rakan komponen PH,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir dalam catatan terbaharu di blognya berkata, sebab yang benar-benar menjatuhkan PH adalah tindakan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari 2020.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, sekiranya pada waktu itu pemimpin PH sepakat memilih namanya sebagai Perdana Menteri, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan berlaku.
“PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana beliau mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.
“Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya,” dakwa Dr Mahathir.
Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, yang benar-benar mengetahui jumlah sokongan sebenar untuk menjadi Perdana Menteri ketika itu, hanyalah Yang di-Pertuan Agong.
Biarpun begitu, beliau berkata, pimpinan kanan PH sudah yakin majoriti ketika itu sudah memihak kepada Anwar.
“Tiada siapa tahu jumlah yang menandatangani akuan bersumpah di hadapan YDP Agong, kecuali Pejabat Istana Negara, khususnya Tuanku sendiri. Kerana kita tanda tangan akuan bersumpah di hadapan Tuanku.
“Kita tanda tangan dokumen, letak nama atau apa saja kita nak letak dalam kolum itu disaksikan YDP Agong. Tiada siapa tahu jumlah… tetapi kami yakin majoriti kepada Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
Selain itu, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya Dr Mahathir berpegang kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar mengikut apa yang telah dipersetujui, perkara itu tidak akan timbul.
Menuju ke hadapan, beliau berkata, peristiwa itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada PH serta gabungan parti politik akan datang, bahawa amat penting untuk mempertahankan muafakat yang telah dipersetujui.
“Kalau tidak Keadilan (PKR) juga boleh pecahkan janji muafakat itu kerana selepas sahaja Pilihan Raya Umum ke-14, yang menjadi pilihan untuk jadi Perdana Menteri waktu itu ialah Presiden Keadilan iaitu Dr Wan Azizah.
“Tapi kerana muafakat, janji tetap janji...maka apabila Dr Mahathir bila kita kata diumumkan jadi calon Perdana Menteri, kita terus berpegang kepada keputusan itu,” kata beliau lagi.


LIVES Isu

BUKAN TAK FAHAM BAHASA



Terdahulu, beberapa media melaporkan Hamzah sebagai berkata polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Anwar Ibrahim ekoran 13 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas beliau. Kononnya ketua pembangkang tersebut menghasut dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara.



(LIVE) Dr Aziz Bari, Syed Ibrahim & Yuneswaran Ramaraj: Darurat, Kemana ...

MUHYIDDIN MEMALUKAN AGONG ....

 

Tindakan warga maya menyuarakan rasa tidak puas dan menyerang Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di ruangan komen laman Facebook Istana Negara pada hakikatnya bukanlah suatu tindakan biadap atau tidak sopan terhadap Yang Dipertuan Agong.

Jauh sekali ia juga bukanlah suatu bentuk penderhakaan kepada Agong kerana tiada pun kata-kata tidak manis diungkapkan terhadap baginda.

Semua luahan itu, walaupun dalam bentuk serangan kepada Muhyiddin, ia adalah jelas untuk menarik perhatian baginda terhadap tingkah laku Muhyiddin yang dianggap tidak layak lagi duduk di kerusi Perdana Menteri.

Selain terlalu banyak sebab tentang kelemahan dan tidak mampunya beliau menjadi Perdana Menteri, ia diburukkan lagi dari segi keabsahannya yang semakin terang tiada lagi majoriti.

Sebelum ini, dalam ruang komen Facebook Muhyiddin sendiri, tidak kira apa juga hantaran yang dikongsinya, semuanya penuh dengan kata-kata penolakan, tidak puas hati, marah dan gesaan agar beliau meletakkan jawatan.

Jika Muhyiddin sedia meluangkan masa meneliti segala komen-komen tersebut, pastilah bellau insaf dan sedar diri bahawa rakyat Malaysia tidak lagi suka atau menyokongnya.

Malangnya, oleh sebab Muhyiddin ini diketahui mempunyai ego besar sejak dulu lagi dan ini diakui oleh ramai mereka yang pernah bekerja dengannya, maka beliau mungkin memandang sepi saja segala komen-komen negatif terhadapnya itu.

Dalam hal ini, seharusnya Muhyiddin sedar, semua komen itu adalah petunjuk atau isyarat yang tidak baik buat dirinya serta boleh dijadikan sebagai sempadan untuk memperbaiki segala kelemahannya atau jika tidak mampu lagi untuk berubah, sebaiknya berundurlah dengan baik.

Apakah Muhyiddin lupa, ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO dulu, beliau sering mengingatkan – berubahlah sebelum rebah?

Kini, dengan luahan tidak puas hari dan serangan rakyat terhadap Muhyiddin sudah merebak hingga ke laman Facebook Istana Negara, ia menunjukkan keadaan sudah benar-benar parah.

Ia bermakna rakyat mahu Agong dan Istana Negara berbuat sesuatu terhadap apa yang mereka luah dan sampaikan itu dengan sesegara yang boleh.

Rakyat akan terus bersuara dan selepas ini apa saja hantaran di laman Facebook Istana Negara yang ada kaitan dengan Muhyiddin, pasti tidak terlepas daripada komen-komen tidak puas hati, marah, menolak serta inginkan beliau diganti segera.

Wujud dan berkembangnya luahan tidak puas hati rakyat di laman Facebook Istana Negara itu juga, baik secara langsung atau tidak langsung, menunjukkan keberadaan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah mengaib dan memalukan Agong sendiri.

Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini, malah tidak mungkin berlaku jika Muhyiddin lebih awal sedia meletakkan jawatan atau lebih awal daripada itu turut berlapang dada membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan terhadapnya di Parlimen.

Ini tidak, sudahlah tak sudah-sudah mendatangkan kesusahan dan kebencian rakyat, sedar tak sedar, Muhyiddin turut meletakkan Agong dalam keadaan turut sama menanggung beban kepada masalah yang dibawanya.

Tidakkah ini benar-benar memalukan Agong sebenarnya?

Maka, sebagai ketua dan payung negara yang disayangi rakyat, tiada salahnya untuk Agong meneliti segala komen-komen tersebut, sambil memahami suara rakyat yang sedang derita serta merana, seterusnya dipohon agar dapatlah baginda sendiri berbuat sesuatu untuk menyelesaikannya.

Harapan rakyat kini hanya kepada Agong saja kerana bagi rakyat, Muhyiddin tidak diterima lagi sebagai Perdana Menteri, malah tiada apa-apa pergantungan yang rakyat akan harapkan daripadanya. 


(Shahbudindotcom 05/02/2021)







Pemuda Pas ni gila ke sombong?

APA LAK LEBAI HADI TARIK SAMAN

 

BOB KELANANG



May be an image of 1 person and smiling


DOK TAK DOK HADI BEWOK BATAL SAMAN...

 

Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, “dok tak dok” tarik balik kes saman malunya terhadap Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Abdul Hadi saman Clare Brown kerana dalam ulasan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” di mana, antara lain, disebutkan bahawa bekas Perdana Menteri itu cuba "memikat" Pas dengan sogokan RM90 juta.

Masa Pas Abdul Hadi mengemukakan saman sivil itu, saya sudah berasa ada sesuatu yang tidak betul dan tidak masuk akal. Maksudnya, macam mana sebuah parti yang mendakwa menegakkan Islam dan bercita-cita mendirikan “Daulah Islamiah” (Negara Islam) sanggup pergi ke negara kafir dan guna undang-undang yang tidak islamik untuk menebus maruah beliau yang tercemar?

Masa Abdul Hadi kemukakan saman itu, banyak orang kata mereka akan lebih percaya Pas tidak terima rasuah itu kalau beliau bersumpah di masjid dengan nama Allah dan Al Quran. Tetapi Abdul Hadi dan para penasihat beliau memilih untuk menebus maruah dan nama baik parti mereka di mahkamah sebuah negara bukan Islam – negara kafir.

Mereka begitu yakin sehingga sanggup membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membayar upah peguam dan belanja mahkamah. Percaya dengan tindakan ketua nombor satu mereka maka ahli dan penyokong Pas dengan murah hati menderma, dikatakan sampai RM2.1 juta, untuk membiayai saman di negara kafir itu. Sekarang tiba-tiba Abdul Hadi batalkan saman itu dan kononnya akan diselesaikan di luar mahkamah.

Perintah persetujuan mahkamah London bertarikh 1 Februari berkata bahawa yang menuntut (Honourable Abdul Hadi MP) dan defendan (Claire RewCastle Brown) bersetuju Abdul Hadi memberhentikan tuntutan, defendan (Claire Brown) memberhentikan tuntutan balas dan tidak ada perintah mengenai kos.

Maksudnya Abdul Hadi batal saman ke atas Claire Brown dan Claire Brown batal saman balas ke atas Abdul Hadi. Tidak ada perintah mengenai kos atau ganti rugi. Maka mulai sekarang apa yang berlaku di antara Abdul Hadi dengan Claire Brown mengenai dakwaan rasuah RM90 juta itu bukan lagi pengadilan mahkamah tetapi perundingan antara peguam. Sekiranya dan apabila penyelesaian dicapai, ia bukanlah penyelesaian mahkamah tapi sekadar hasil rundingan di antara peguam Abdul Hadi dengan Claire Brown.

 


RAKYAT SERANG MUHYIDDIN MELALUI ISTANA..

 

3 Februari 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.
Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.
Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Zakaria Zeck, Azman Mohd Nasir and 10K others
2.8K comments
630 shares
Like
Comment
Share

Comments

Most relevant

  • Kerajaan yang tiada majoriti ialah kerajaan yang tiada moral, tiada integriti dan tiada rasa hormat dari negara luar.
    Kalau berterusan begini, jangan salahkan sesiapa tapi rakyat yang menanggung akibatnya.
    26
    • Like
    • Reply
    • 2 h
  • Ampun Tuanku...kami rakyat jelata sangat tertekan dengan kepayahan hidup dan ancaman wabak yang sedang mengganas. Kerajaan PN ini telah gagal. Gagal mengurus pandemik dan gagal menjaga ekonomi negara. Malu kami ada kerajaan yang lemah dan mengarut ini.… 
    See more
    27
    • Like
    • Reply
    • 1 d
  • Sorang pun wakil istana tidak mahu ambil tindakan atas tuduhan Muhyiddin Yassin bahawa YDPA seorang yg bias dan memilih kasih?
    36
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Rakyar tetekan dengan PM yg bukan pilihan rakyat
    115
    • Like
    • Reply
    • 2 d
    7 replies
  • Ampuan tuanku.. mohon parliment dibenarkan bersidang ketika inj.. sebab rakyat sedia maklum yg muhyidin sekarang sudah hilang majority..
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Ampun Tuanku..... Dengar lah luahan hati kami....
    5
    • Like
    • Reply
    • 3 h
  • Kerajaan haramjadah perlembagaan atuk dan abah punya
    7
    • Like
    • Reply
    • 8 h
  • Ampun Tuanku ... Kami dah letih dan meluat dgn kerajaan PN .. byk menyusahkan rakyat .. Barisan kabinet yg terlalu ramai.. Menghabiskan wang rakyat membayar gaji2 menteri yg tidak berfungsi dan byk lagi kerosakan dari setiap segi .. Memohon restu kpd t… 
    See more
    8
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Pm perutusan..apa nak jd dgn msia ni..makin teruk ekonomi
    2
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Tuanku....negara semakin hancur dgn ekonomi rakyat makin tenat...tolong nyahkan Muhyiddin dgn kerajaan yg tiada mandat....
    5
    • Like
    • Reply
    • 5 h
  • Alhamdulillah...
    terbaik
    • Like
    • Reply
    • 2 d
  • Hahaha bleh lihat beribu komen rakyat sudah teramat benci...xde rasa malu ke muhyidin.. demi rakyat, raja harus bersikap adil.
    9
    • Like
    • Reply
    • 3 h
    2 replies
  • Rakyat dlm kesempitan ni, muhyidin xdk ketokohan sebagai pm
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Kami rakyat msia nakkan Anwar Ibrahim contohnya .seorg yg berkarisma .bkan Muhyidin ni .rakyat sangat terkesan dgn pemerintahan yg gagal ini .ampun tuanku .payungilah rakyat jelata .
    • Like
    • Reply
    • 2 h
  • Dengarlah rintihan rakyat Tuanku.. nanti menyesal xsudah.. menjawablah di depan Allah akhirat kelak!
    21
    • Like
    • Reply
    • 3 h
  • Jangan melindungi politikus yg menzalimi rakyat. Rakyat dah hilang sabar
    3
    • Like
    • Reply
    • 40 m
  • P Indonesia boleh pulak rentas nega