UMNO CUMA RIUH SAHAJA, KATA KHALID SAMAD



Kenyataan Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengeluarkan arahan pada bila-bila masa kepada pemimpin UMNO di dalam kerajaan PERIKATAN NASIONAL untuk meletakkan jawatan mereka ternyata omong-omong kosong sahaja. Begitu juga gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah supaya ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet PERIKATAN NASIONAL menarik diri serta-merta, hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.




PAS SOMBONG DI KELANTAN SAHAJAKAH?

RENTASAN 859 | GEMPAR!!! MOTIF SEBENAR KERAJAAN MUHYIDDIN ISYTIHAR DARUR...




MENARIK DALAM RENTASAN 859

1. AKHIRNYA SIAPAKAH YANG AKAN BELA RAKYAT? 2. PAS TINGGALKAN MUAFAKAT NASIONAL 3. KLUSTER KATAK LEBIH BAHAYA DARIPADA KLUSTER COVID-19 4. SIAPA PEGANG KESTABILAN POLITIK DI MALAYSIA?



KAH...NAK MENIPU PUN INGAT WALAUN KOT

 

AHMAD SHHRIL


Ko buat lawak apa ni taki.....tak habis nk menipu rakyat...woiiii....mangkuk tingkat YDP Agung bertitah blh adakan sidang parlimen.....guna alasan faktor umur data dan sains konon....pirah,kerajaan tak pernah lari laksanakan sidang parlimen konon..nk kata mabuk beer,beer dah tak memabukkan kata nuor musa...



May be an image of 2 people and text that says "Sinar Harian Mac Ahad 2021 cari q >> BERITA> NASIONAL Kerajaar PM tidak pernah ari laksana sidang Parlimen Kerajaan PN tidak pernah lari laksana sidang Parlimen Mac 2021 Datuk Seri Takiyuddin Hassan A- A+ PENDANG Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah lari untuk melaksanakan persidangan Parlimen sebaliknya akan berjalan seperti biasa apabila darurat tamat. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sidang Parlimen tidak dilaksanakan ketika tempoh darurat bagi membolehkan kerajaan menangani dan membendung penularan Covid-19."




NAK GUNA MODAL APA PADA PRU 15 NANTI ?

 

BABA KETITIR


parti isley nak buat modal

PRU ke neelofa

dah habis modal

RUU355 tak boleh nak jual

hudud tak boleh nak jual

PRU nanti apa lagi lobai nak jual

tak kan nak guna neelofa buat

modal tanya tanya walaun



May be an image of one or more people, headscarf and text that says "3:31 44 Astroawani.com … TERKINI ENGLISH MALAYSIA VIDE Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Sinar Harian April 1, 2021 13:41 MYT Neelofa dianugerahkan Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh Kerajaan Kelantan."










(LIVE) Anwar Ibrahim: "Temu Anwar" Bersama Amirudin Shari, Altimet & Afd...

Tempoh darurat lebih panjang? soal Guan Eng

 


Lim Guan Eng turut menyoal sama ada dengan ‘memancung’ kuasa kewangan Parlimen, perdana menteri membayangkan darurat dan penggantungan Parlimen akan berlanjutan.

PETALING JAYA: Pewartaan Ordinan Darurat baharu yang membenarkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu melepasi Parlimen semasa tempoh darurat adalah petanda tempoh darurat berkemungkinan berlanjutan melangkaui 1 Ogos, kata Lim Guan Eng.

Bekas menteri kewangan itu menyifatkan pewartaan ordinan baharu itu sebagai satu jenaka “April’s Fool” yang kejam terhadap demokrasi dan sesuatu yang tidak perlu sekiranya darurat berakhir seperti dijadualkan.

“Kelulusan Parlimen bagi belanjawan tambahan boleh ditangguhkan mengikut undang-undang sehingga akhir tahun ini.

“Ini bermaksud segala belanjawan tambahan untuk perbelanjaan tambahan yang dibuat masih dapat diluluskan oleh Parlimen ketika darurat berakhir dan Parlimen dibuka semula selepas 1 Ogos 2021,” kata setiausaha agung DAP itu.

Beliau turut menyoal sama ada dengan “memancung” kuasa kewangan Parlimen, perdana menteri membayangkan darurat dan penggantungan Parlimen akan dilanjutkan melepasi 1 Ogos 2021.

Ordinan itu menghapus kebertanggungjawaban yang diberikan oleh Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan itu, dengan menyebut pengurangan anggaran Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) daripada RM85.5 juta menjadi RM40.5 juta semasa perbahasan belanjawan yang lalu sebagai contoh pentingnya wacana dan perbahasan.

Katanya, jika dana tambahan memang diperlukan untuk memerangi Covid-19, tidak ada keperluan untuk memintas Parlimen kerana pembangkang kemungkinan menyokong peningkatan perbelanjaan tersebut.

“Tanpa pengawasan Parlimen, ada risiko tinggi bahawa setiap perbelanjaan baharu yang dibuat oleh kerajaan ini tidak akan dipertanggungjawabkan dengan baik, terutama bagi memastikan ia memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya kroni.”





Panas! Najib tempelak menteri UMNO, reka pelbagai alasan, nak terus kekal sebagai menteri

 


Panas! Najib tempelak menteri UMNO, reka pelbagai alasan, nak terus kekal sebagai menteri

April 1, 2021 

Keputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM, Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan masa tarik diri sokong PN.

Sebab itu, tiada keperluan untuk menteri-menteri UMNO letak jawatan selagi MKT UMNO belum putuskan tarik diri secara rasmi dan arahkan pemimpin UMNO untuk letak jawatan dalam kerajaan.

Ini terpulang kepada presiden dan MKT. Saya bukan lagi presiden atau ahli MKT.\

Namun, jika keputusan menteri UMNO untuk tidak letak jawatan adalah untuk bertanggung jawab kepada Rakyat agar imej UMNO tidak tercalar maka ada keperluan untuk mereka tidak lagi membisu apabila kerajaan membuat keputusan tak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan Rakyat.

Antaranya termasuk:
1. Parlimen tidak bersidang sepanjang darurat dengan alasan bahawa terlalu ramai orang tua dalam dewan walaupun YDPA titah parlimen boleh bersidang dalam masa darurat.

Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menggantungkan perlembagaan dan parlimen dengan alasan untuk membendung Covid.

2. Menangguhkan Undi18 ke Sept 2022 (iaitu 3 tahun 2 bulan selepas diluluskan sebulat suara dalam parlimen) dengan alasan SPR di bawah kerajaan perlu mendapat kerjasama dari JPN di bawah kerajaan.

(Bab ini, saya berpuas hati apabila membaca hasrat menteri KBS Reezal Merican dengan sokongon menteri sains Khairy akan membawa isu ini ke kabinet untuk asingkan proses Undi18 dengan pendaftaran automatik. Ini bermakna pengundi umur 18 tahun sekurang-kurangnya boleh mendaftar secara kendiri sebagai pengundi sebagaimana pemilih-pemilih lain walaupun pendaftaran belum lagi automatik.)

3. Ordinan darurat mengejut semalam yang mengetepikan kelulusan parlimen dan memberi kuasa untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dalam tempoh darurat.

Mana wujudnya negara demokrasi dalam dunia di mana kerajaan tidak perlu bertanggung jawab pada parlimen dalam hal perbelanjaan kerajaan?

4. Membawa usul ke parlimen untuk naikkan sekali lagi had hutang kerajaan apabila nisbah hutang sebanyak 62.2% pada akhir tahun 2020 sudah cecah paras 60% (yang dinaikkan dari 55% oleh kerajaan PN dalam parlimen pada bulan Ogos lalu) agar kerajaan tidak melanggar undang-undang sendiri.

5. Membatalkan projek HSR KL-Singapura dan menggantinya dengan projek HSR KL-JB yang kosnya agak sama. Akibatnya, kerajaan telah membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura dan menjejaskan keuntungan projek buat selamanya.

6. Menjual syarikat semikonduktor terbesar Malaysia kepada syarikat gabungan 60-40 Syarikat-China dalam masa darurat dan pada ketika industri semikonduktor dunia sedang berkembang pesat dengan harga RM273 juta. Duit dari penjualan ini tak cukup pun untuk membiayai kos pampasan RM320 juta kepada Singapura.

Jangan beri alasan nak bertanggung jawab pada Rakyat dan tidak mahu mencalar imej UMNO jika masih membisu tentang perkara-perkara di atas yang jelas salah.

Najib Razak

 






Pemuda UMNO dakwa Bersatu pujuk MCA dan MIC keluar BN

 


Panas! Pemuda UMNO dakwa Bersatu pujuk MCA dan MIC keluar BN


Seorang pemimpin Pemuda Umno mendakwa Bersatu secara rahsia cuba menarik MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Apabila kita telah bersama membentuk kerajaan PN, pada satu ketika mereka menarik (MCA dan MIC) di belakang Umno.

“Untuk menarik MIC ke ke dalam PN. Kita tahu, umum tahu… Mungkin ada sikit kekhilafan prosesnya, dan MIC menarik diri.

“MCA juga beberapa kali, saya rasa dua tiga kali kali dipujuk untuk memasuki PN di belakang Umno,” kata exco pergerakan itu Fadzmel Fadzil.

Fadzmel berkata demikian dalam program webinar bertajuk ‘Senario Politik Selepas Perhimpunan Agung Umno’, yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Fadzmel mewakili Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri mesyuarat parti.

Ahli panel lain ialah Naib Ketua Pemuda MCA Chua Hock Kuan dan Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong, dengan ketua eksekutif KLSCAH Ooi Heng sebagai moderator.

Ooi kemudian bertanya kepada Chua berkaitan dakwaan Fadzmel.

“Saya tidak dipujuk. Saya tidak tahu. Saya di tengah sahaja,” kata Chua.

Ketua MCA Kelantan itu berkata bahawa majlis jawatankuasa pusat MCA telah pun membuat keputusan untuk kekal bersama BN dan akan menggunakan logo gabungan itu pada PRU15.

Pada Ogos tahun lepas, MIC mengambil keputusan tidak menyertai PN.

Dalam perhimpunan agung Umno minggu lalu, beberapa pemimpin termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, mendakwa bahawa Bersatu cuba memikat dan memberi rasuah kepada pemimpin Umno.

Sementara itu, mengenai Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 yang akan datang, Chua berkata bahawa keputusan itu pasti akan mempengaruhi hala tuju BN pada masa akan datang.

“Pada saya keputusan yang Umno buat boleh dibuat, namun untuk BN, keputusan itu perlu balik kepada majlis tertinggi BN.

“Kalau dulu (kami) bertanding di bawah BN dan BN membuat keputusan en-bloc menyokong dan mendukung kerajaan PN, keputusan PAU perlu di bawah masuk mesyuarat BN dan dibuat keputusan bersama,” tambahnya.

Chua berkata, dia yakin perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan BN akan datang kerana Zahid juga presiden gabungan itu.

Pada PAU hujung minggu lalu, ahli Umno memberi mandat kepada Zahid dan majlis tertinggi Umno untuk memutuskan tarikh keluar dari kerajaan PN.

Zahid berkata parti itu akan menarik diri sekiranya Bersatu memutuskan untuk tidak memanggi; pilihan raya umum sehingga penggal parlimen sekarang berakhir pada 2023.

Dia juga memberitahu bahawa BN telah memutuskan untuk bertanding PRU15 secara solo. 






Shamsul Anuar, Menteri UMNO pertama isytihar setia pada parti

 


Panas! Shamsul Anuar, Menteri UMNO pertama isytihar setia pada parti


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa kesetiaan beliau tetap pada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Shamsul dalam satu tulisan di Facebooknya pada Khamis berkata, beliau tidak rela hilang UMNO dan BN.

“Saya tidak rela hilang UMNO, BN yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini,” katanya.

Dalam tulisannya di Facebook juga, Ahli Parlimen Lenggong itu turut memaparkan tangkap layar berita pada Isnin yang bertajuk ‘Kejutan! Menteri UMNO dijangka bakal isytihar sertai Bersatu?’.

Pada Rabu, seramai 14 menteri daripada UMNO dilaporkan mencapai persepakatan untuk terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan bersama menteri UMNO pada Isnin lalu. 






BELUM TERLEWAT UNTUK ZAHID HAMIDI BERTINDAK .LAGI LEWAT UMNO UNTUK TINGGALKAN KERAJAAN ,LAGI BESAR MASAALAH DALAMAN UMNO AKAN BERLAKU.



 Kenapa perbalahan dalam UMNO masih berterusan lagi seperti sekarang ini?

Kalau ikut logik, oleh kerana ketetapan putus hubungan dengan Bersatu dan kemudian UMNO akan bertanding sendirian atas tiket BN dalam PRU15 adalah kehendak akar umbi parti itu sendiri, tidak sepatutnya wujud sebarang masalah lagi apabila ketetapan itu sudah dimuktamadkan.

Keputusan tersebut seharusnya disokong penuh oleh semua pihak dalam UMNO, tidak kira oleh kluster mahkamah, kluster menteri atau kluster lain selain itu.

Lagi pun, bukankah hanya dengan bertanding atas tiket BN dan tidak terikat dengan PH atau PN saja yang membolehkan UMNO kembali dominan dan dapat semula jawatan Perdana Menteri?

Meskipun mungkin banyak sebab mengapa kekalutan sekarang berlaku dan lain orang lain hujahnya, tetapi tidak dapat tidak, harus diakui sebab utamanya ialah kerana UMNO lambat membuat keputusan memutuskan hubungannya dengan Bersatu.

Dengan keputusan putus hubungan sudah dimuktamadkan, tetapi terus kekal berada dalam kerajaan PN dan hanya akan meninggalkan kerajaan apabila Parlimen dibubarkan atau menjelang 1 Ogos apabila tempoh darurat berakhir dan PRU dianggap sudah boleh diadakan, ia dengan sendirinya memberi ruang sangat terbuka kepada banyak ‘virus jahat’ dan ‘hantu raya’ mengambil kesempatan.

Kiranya ketetapan putus hubungan yang dimuktamadkan melalui PAU Ahad lalu disekalikan dengan tindakan segera menarik diri daripada kerajaan PN, pasti apa yang terjadi sekarang tidak berlaku.

Ini kerana sudah tiada sebarang ruang untuk apa-apa ‘virus jahat’ dan ‘hantu raya’ untuk mengambil kesempatan lagi.

Meskipun majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul putus hubungan dan kemudian ia dimuktamadkan dalam PAU, harus disedari ketetapan itu bukan perkara yang disenangi oleh Bersatu.


Bersatu sedar, tanpa kerjasama dan kesediaan berkongsi kerusi daripada UMNO, ia akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kuasanya kerana akar umbinya berbeza langit dan bumi dengan UMNO.

Sukar Bersatu mengekalkan kuasa, bermakna sukar jugalah untuk Muhyiddin mempertahankan jawatan Perdana Menterinya.

Lantaran itu, berbekalkan kuasa Perdana Menteri yang sedang dipegangnya, Bersatu memang cuba berusaha sedaya upaya memaksa UMNO bekerjasama dengannya, sekaligus ini bererti memberi laluan lagi kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Begitu pun, ketakutan paling besar bagi pemimpin UMNO yang waras jika Muhyiddin terus berkuasa ialah kemungkinan UMNO akan dimatikan dan Bersatu dijadikan penggantinya.

Melalui kuasa yang dimilikinya, Muhyiddin memperlihatkan ia telah berjaya menarik dan mempengaruhi beberapa sosok dalam UMNO untuk lebih memihak kepada Bersatu berbanding parti yang mereka sendiri menjadi ahlinya.

Menggunakan pelbagai slogan seperti perpaduan Melayu, demi kepentingan rakyat, untuk mengelakkan DAP berkuasa dan pelbagai lainnya, semuanya tidak lain adalah kata-kata manis yang bertujuan untuk mengekalkan lagi kuasa Muhyiddin semata-mata.

Ditambah lagi sejak UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu dan kemudian diberikan jawatan dalam kerajaan atau GLC, terbukti ramai pemimpin UMNO jadi nanar dan tidak sedar diri sehingga sanggup melihat parti dibuli dan dikuasai oleh pihak lain.

Mahu menyalahkan kluster menteri seratus-peratus pun atas masalah yang berlaku dalam UMNO sekarang ternampak agak keterlaluan kerana sejak zaman berzaman lagi, harga sebuah perjuangan memang selalu kecundang dengan nilai kedudukan, habuan, jawatan dan keseronokan memiliki banyak wang.

Oleh itu, apalah nak dihairankan jika sekarang Presiden parti lain yang menjadi Perdana Menteri lebih dihormati dan didengar kata-katanya berbanding Presiden UMNO sendiri.

Dulu ketika Presiden UMNO adalah Perdana Menteri, kluster menteri bukan setakat mencium tangan, memberi tabik, sentiasa menyokong dan mengiyakan segala kata-katanya, malah puji-pujian juga tidak lekang daripada bibir mereka.

Apa pun, berdasarkan kemelut yang ada sekarang, lagi lama tempoh menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan terngaga begitu saja, UMNO akan terus berbalah dan berantakan sesama sendiri.

Berbalas kenyataan dan serang menyerang akan terus berpanjangan, bahkan yang diberi gaji, jawatan dan kedudukan dalam kerajaan akan lebih menyerlahkan keberanian, meski yang diserang, dicemuh dan dibelasah itu adalah pemimpin dan parti mereka sendiri.

Belum terlambat sebenarnya untuk Presiden UMNO, Zahid Hamidi berbuat sesuatu dengan segera, terutama di ketika barisan MT dan akar umbi masih ramai yang memihak dan menyokong kepimpinannya..

Bersama ketetapan putus hubungan dengan Bersatu yang telah dimuktamadkan dan dipersetujujo akar umbi, Zahid Hamidi harus mengadakan mesyuarat MT UMNO dengan segera bagi menetapkan keputusan keluar daripada kerajaan dengan serta-merta.

Perkara itu kini tidak boleh dilambatkan lagi kerana lagi lambat keputusan dibuat, lagi banyak masalah yang menghimpitnya akan timbul nanti.

Apabila banyak masalah timbul, harapan menang PRU15 turut jadi kabur.

Bahkan, dengan menyegerakan tindakan keluar kerajaan juga, yang tidak setuju dengan keputusan itu, termasuk sesiapa daripada kluster menteri, boleh saja diambil tindakan atau mereka memilih meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Akhirnya, siapa musuh dan siapa kawan lebih mudah untuk dikenalpasti dan dikawal.


 (Shahbudinditcom 01/04/2021)





KAH..KAH...KAH..PEJUWANG MELAYU TAKUT HILANG DUIT GAJI DAN JAWATAN

 

HAMZAH RIE NA


Riuh rendah pung pang pung pang dlm dewan cakap pasal maruah, silat gayung silat pulut..

Akhirnya tidak ada keberanian nak lepaskan jawatan didalam GLC..

Kalau letak jawatan nak makan apa ??!

 


May be an image of 2 people and text that says "Sinar Sinar Harian 10h T "MKT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu. la juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini." -Tengku Razaleigh Saya akan terus kekal Pengerusi Prasarana, tegas Tajuddin March 29, 2021 7:40 PM SR SerTasyat f SINAR HARIAN Menteri, timbalan menteri UMNO perlu tarik diri hari ini freemalaysiatoday.com SEMBANG LEBIH!!! Umno main 'silat pulut'"

ADUHHH...PAS OH PAS...KENA HINA PUN KINI DAH MACAM DURI SEMALU...

 AZHAR ISMAIL

Sehina-hina BERSATU dia x hegeh-hegeh macam PAS bila berunding dengan UMNO... Walaupun ahli x ramai, tapi BERSATU boleh ugut UMNO lagi. Take it or leave it. Kalo tengok komen-komen atau posting geng-geng  BERSATU kat fb, mereka selamba jer bedal UMNO...

 

PAS...? Katanya ahli ada 2 juta. Jangan kata nak ugut, berdecit pun x berani. Tengku Razaleigh siap hina kata PAS ni pelacur pun PAS x berani nak bersuara pertahankan maruah parti.Mana tidaknya pada PRU 13, dia belot sokong Anwar mahukan KULI jadi PM..kianatnya lebai…

 

Kalo ada yang bersuara pun, nadanya sedih sangat. "Sanggup terima hinaan demi perpaduan Melayu islam katanya (sambil mngesat air mata)"... Pilu...! Syahdu...!

 

Padahal kalo dengar ceramah-ceramah lebai PAS dulu-dulu, macam singa mengaum. Berdemping-demping. Berdentum-dentum. Dengar jer la Ssudin Copong tu kalo ceramah. Petir pun keluar. Bukan cerita bohong ni. Berlaku depan mata ni. Bukan cerita rekaan...!

 

Belum cerita Unit Anal dia lagi. Kalo pakai baju seragam tu, bintang dia kalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Bnyk bintang dari butang. Kalo tabik tu, lekuk dahi masing-masing kalo

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

lalu dek jari yanng melekat kat dahi...

 

Nak cerita punya garangnya PAS tu. Bukan sembarang. Belum cerita walaun-walaun  dia lagi. Kalo takbir tu, luruh bulu roma kita dengar. Keluar anak tekak masing-masing. Kalo disuruh makan tahi pun diorang makan kalo disuruh lebai. Punya kental semangat juang mreka....

Tapi, bila kena hina dengan UMNO, PAS otomatik jadi mcm pondan tua xda gigi...

Kenapa ntah.... kih..kih…kih

 

PELAWAK VS PELAWOK

 May be a meme of 6 people and text that says "PELAWAK PELAWAK PELAWAK PKR AMANAH BN PELAWOK PAS"

PILIH YANG BERKUASA KOT....UNTUNG SIKIT...

 

W.FAUDZIN


Pas kata, partinya akan pilih parti yang kurang mudharat untuk bersamanya.

Masalahnya, parti Pas itu sendiri besar mudharatnya pada parti lain. Tiada parti yang kekal lama berkawan dengan Pas sebab Pas ini akan tinggalkan kawan bila mereka dah senang.

Itu fakta.

 May be an image of 1 person and text that says "Pas utamakan kurang mudarat jika terpaksa pilih UMNO atau Bersatu BADAN PERONEON S"

ANWAR YANG DIBANGGAKAN

 


May be an image of 1 person


Tidak guna ada "numbers" sejuta pun kalau tidak boleh tembus gerbang kayangan.

Syukur, Alhamdulillah, dia sebagai pemimpin dah laksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk ikhtiar kembalikan mandat rakyat yang dirompak. Atas usaha dan kemampuannya dia telah berjaya, cuma tak diberi ruang untuk membuktikannya. Ada SD, tapi tak boleh lintas pintu gerbang. Ada parlimen, pintu Parlimen dah kena kunci. Setakat itu saja dia boleh lakukan dan dia tak pernah diajar untuk menderhaka. Dia juga tidak mahu kita menderhaka.

Kita patut bangga ada pemimpin sepertinya. Dia lakukan apa yg dia cakap. Dia berani bercakap bila dia benar. Yakinlah, orang yang benar dan bersabar itu pasti akan menang jua.

WFAUZDIN NS

 

HANG NAK SEDIH BUAT PA..P CELAPAK MASUK BERSATU..HILANG LA

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian Khamis 01 April 2021 cari Annuar sedih UMNO tidak seperti Bersatu, Pas MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS 2021 31 Mac Annuar Musa A+ SHAH ALAM Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sedih dan pilu apabila Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperbaharui iltizam untuk terus bekerjasama namun partinya sendiri, UMNO mengambil tindakan sebaliknya."

YEEEEE HAAAA...LEBAI MARANG DAH KELUAR FATWA....

 May be an image of 2 people, people sitting and text that says "i Malaysiakini (BM Version) Hadi: Pihak bantah kerjasama PAS-Umno 'macam Yahudi'"

BILA MENTERI AGAMA PENTINGKAN DIRI DAN PENAKUT BILA BUAT SALAH

 

AHMAD SHAHRIL SHAHRIL

Inilah yang di katakan terlajak perahu tak sempat nak buat u turn delete terus...pak menteri pun delete 404 jugok....nampok tak kesannya bila berkawan dengan walaun.


May be an image of 1 person and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Enggan dikaitkan melanggar SOP, Menteri Agama bertindak padamkan gambar majlis Neelofa March 29, 9,2021 5:10 pm"


Lindungi pekerja gig, mantapkan Akta Persaingan Ekonomi 2010 elak monopoli

 



POSTED BY AMIR WRLR


Perkembangan baharu Revolusi Industri 4.0 yang menjalar ke Malaysia yang telah mewujudkan beberapa bidang pekerjaan baharu menggunakan platform perkhidmatan atas talian seperti Grab dan sebagainya memerlukan Akta Persaingan Ekonomi 2010 dimantap dan diperkasakan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, perkembangan ekonomi gig yang dilihat sebagai model baru ekonomi perlu dipantau kerajaan secara dekat bagi memastikan ianya berjalan secara sihat dan tidak mengheret persekitaran ekonomi negara ke arah amalan monopoli.

Katanya, beliau menyambut baik pandangan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen sewaktu forum webinar dengan topik “Policy Monday: Labour Market Trends – Gig Economy” baru-baru ini yang meluahkan kerisauan mereka terhadap situasi semasa yang dilihat berpotensi membuka ruang monopoli kepada sesetengah pihak dengan merujuk kepada platform seperti Grab.

"Ekonomi gig secara tidak langsung menyuburkan sistem ekonomi secara kapitalisme dan membuka ruang sepenuhnya kepada pihak-pihak pemodal untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka tanpa diganggu oleh kerajaan.

"Tidak dinafikan syarikat-syarikat yang dimaksudkan ini mempunyai kelebihan dan memanfaatkan sepenuhnya peluang sebagai penggerak pertama, namun ianya masih tidak boleh lari daripada risiko berlakunya amalan monopoli yang tidak terkawal dan berpotensi menjadi krisis yang besar di masa hadapan.

"Oleh sebab itu, kerajaan wajar melaksanakan kajian susulan terhadap Akta Persaingan 2010 bagi memastikan tiada kelompongan yang boleh dimanipulasi oleh pemain industri untuk tujuan monopoli dalam perniagaan," kata Akmal dalam satu kenyataan.

Selain itu, kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, kerajaan juga perlu memastikan industri gig ini mampu memberi perlindungan sebaiknya kepada pekerja-pekerja yang terlibat.

"Buat masa ini, pekerja ekonomi gig perlu mendaftar sendiri di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan menurut data yang diperoleh setakat Ogos 2020, jumlah yang berdaftar dengan PERKESO hanyalah sekitar 7 peratus daripada 400,000 individu yang terlibat dalam ekonomi gig di Malaysia.

"Oleh itu kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam hal ini kerana pekerja ekonomi gig juga turut terdedah dengan risiko kemalangan yang tinggi," katanya.

Justeru, Akmal berharap kerajaan menggerakkan usaha mengekang risiko amalan monopoli dengan mengkaji undang-undang sedia ada serta memperkemas inisiatif semasa bagi melindungi pekerja ekonomi gig yang perlu diletakkan sebagai sebahagian daripada keutamaan kerajaan untuk disegerakan.



Tugas utama PH menyedarkan rakyat melawan kebobrokan - Anwar

 


POSTED BY AMIR WRLR


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tugas utama Pakatan Harapan (PH) adalah menyedarkan rakyat untuk melawan kebobrokan pemerintahan yang ada dan menggantikan kepada yang lebih baik dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika melawat galeri Theater Impian sempena ulang tahun ke 80 tahun tokoh karismatik DAP, Lim Kit Siang.

"Kalau kita lihat ini impian beliau. Saya katakan bahawa Kit Sing, saya dan rakan dalam KEADILAN, DAP terutamanya, kita harus menumpukan perhatian mempersiapkan jentera untuk membawa idea bernas dalam kalangan rakyat.

"Dan medan pertempuran itu adalah pilihan raya. Inilah yang menjadi fokus PH. Saya masih menanggap tugas utama kita ialah menyedarkan rakyat dan mengajak rakyat bersama memikul tanggungjawab menyelamatkan negara dari kebobrokan yang ada.

"Kalau yang melihat lukisan ini (dipamerkan dalam galeri). Ramai dari kalangan pelukis muda sangat menyentuh perasaan, melihat tokoh (Kit Siang) yang terpaksa mengharungi derita sekian lama.

"Saya rasa kita manfaatkan untuk ke depan. Ke depan itu ialah untuk menjadikan idealime ini kukuh dan mantap, kita terjemahkan dalam undi rakyat untuk PRU akan datang," katanya dalam sidang media ringkas, semalam.

Mengulas mengenai hubungan beliau dengan Lim Kit Siang yang berlaku sejak zaman aktivisme Abim, Anwar berkata rakan lamanya itu amat konsisten dalam perjuangan rakyat dan sukar untuk menemukan tokoh sedemikian dalam politik Malaysia.

"Saya sebagai sahabat rapat dengan Kit Siang tentunya mempunyai pandangan positif terhadap beliau.

"Beliau tokoh yang sangat konsisten. Politik ini perlu mencari tokoh politik yang ada idea dan konsisten mempertahanknya menghadapi pelbagai liku ranjau perjuangan. Itu tidak mudah. Oleh itu apa pun sikap kita terhadap Kit Siang, tidak dinafikan tokoh ini antara negarawan yang banyak menyumbang kepada kesedaran rakyat.

"Sejarah selalunya dilakar oleh penguasa. Penulisan sejarah, sejarah Tanah Melayu sejarah Malaysia, tokoh kerajaan, raja dan Perdana Menteri.

"Tetapi yang harus dilakar ialah sejarah kebangkitan rakyat, dan di sini kita lihat bagaimana tokoh yang mengabdikan diri kepada perjuangan rakyat, dapat dikenal," katanya lagi.

Theater Impian yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur mempamerkan 100 karya lukisan 80 pelukis tempatan mendokumentasikan perjalanan, pertempuran politik, impian dan perjuangan Lim Kit Siang sepanjang 55 tahun penglibatan beliau dalam politik.

Galeri itu diwujudkan sempena ulang tahun Lim Kit Siang ke 80 tahun.



Kepincangan lebih besar guna Ordinan Darurat lulus belanjawan tambahan

 




POSTED BY AMIR WRLR

Cubaan menggunakan Ordinan Darurat untuk meluluskan belanjawan tambahan sebagaimana sedang diusahakan kerajaan Perkatan Nasional (PN) akan mendedahkan negara ke dalam kepincangan yang lebih besar.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, ordinan baharu yang diumumkan semalam dan mengkesamping kuasa Parlimen meluluskan perbelanjaan tambahan, hanya akan merosakkan keseimbangan kewangan negara serta menjauhkan pelabur dari Malaysia.

"Pengumuman pengenalan Ordinan baru membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan tambahan tanpa pertanggungjawaban kepada Parlimen seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan, mendedahkan Eksekutif kepada kepincangan yang besar.

"Ini terutama ketika data-data terkini mengenai kedudukan hutang, hasil dan pelaburan masuk dalam situasi pandemik Covid-19 tidak begitu jelas.

"Darurat tidak harus dijadikan alasan untuk mengelak pertanggungjawaban Eksekutif kepada badan Legislatif dan rakyat secara umumnya.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab boleh dan mesti proaktif untuk menyalurkan maklumat serta menyediakan ruang dan cara supaya Legislatif boleh berfungsi seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amin lagi, peringatan oleh pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pertama, Friedrich Augustus von Hayek bahawa darurat atau kecemasan selalu menjadi alasan untuk menghakis perlindungan terhadap kebebasan individu telah semakin nyata dalam situasi terbaharu di Malaysia.

"Kenyataan ini kelihatan semakin tepat apabila pentadbiran PN pada hari ini terus memprorog Parlimen tanpa alasan kukuh ketika pelbagai sektor ekonomi telah dibuka hampir sepenuhnya," katanya.

Beliau memberi amaran bahawa ungkapan Perdana Menteri (PM) selepas bertemu dengan beberapa Menteri daripada Umno bahawa 'Kabinet akan berfungsi seperti biasa' perlulah diamalkan secara sejalan dengan hukum.

Katanya, PM harus sedar bahawa tanggungjawab Kabinet ialah kepada Parlimen, sebagaimana ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia




Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa tingkatkan sokongan kempen tamat darurat

 



POSTED BY AMIR WRLR


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan warta kerajaan di bawah Ordinan Darurat bahawa peruntukan kewangan tambahan boleh diperolehi tanpa melalui proses Parlimen sewajarnya menyedarkan rakyat untuk mendesak darurat ditamatkan segera.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, rakyat seharusnya menyokong kempen pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghentikan pemerintahan darurat yang semakin tersasar daripada tujuan asal melawan pandemik Covid 19

"Nak luluskan bajet tambahan tanpa dibawa ke Parlimen? Sebarang perancangan untuk membelanjakan duit rakyat perlu diteliti, dibahas dan diluluskan di Parlimen.

"Sokong kempen TamatDarurat dan kembalikan kuasa rakyat," katanya dalam cacatan di Facebook.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN tersebut menyeru agar rakyat menandatangani petisyen secara atas talian di https://tamatdarurat.com/tandatangan

Semalam, kerajaan mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baharu, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021

Ordinan Darurat juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Dengan itu kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.