Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa tingkatkan sokongan kempen tamat darurat

 



POSTED BY AMIR WRLR


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan warta kerajaan di bawah Ordinan Darurat bahawa peruntukan kewangan tambahan boleh diperolehi tanpa melalui proses Parlimen sewajarnya menyedarkan rakyat untuk mendesak darurat ditamatkan segera.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, rakyat seharusnya menyokong kempen pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghentikan pemerintahan darurat yang semakin tersasar daripada tujuan asal melawan pandemik Covid 19

"Nak luluskan bajet tambahan tanpa dibawa ke Parlimen? Sebarang perancangan untuk membelanjakan duit rakyat perlu diteliti, dibahas dan diluluskan di Parlimen.

"Sokong kempen TamatDarurat dan kembalikan kuasa rakyat," katanya dalam cacatan di Facebook.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN tersebut menyeru agar rakyat menandatangani petisyen secara atas talian di https://tamatdarurat.com/tandatangan

Semalam, kerajaan mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baharu, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021

Ordinan Darurat juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Dengan itu kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.

 

No comments: