PAK DOLLAH TAK TAU PENAUNG NUSANTARA ADALAH ANWAR IBRAHIM.


 

AKIBAT PERCAYA PADA POLITI, AKHIRNYA KENA BULI BERTUBI TUBI

Roaly Yusof 


Akibat percaya kepada orang politik yang mungkin pada firasat nya presiden MCA akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk dia masuk ke universiti yang dia nak, akhirnya menjadi mangsa buli cyber. 




Dia tak tahu presiden MCA tu hanya mempergunakannya untuk niat politik sebagaimana isu brader jual belon yang di perkudakan semaksimanya oleh orang politik yang akhirnya di biarkan keseorangan apabila sudah tidak di perlukan lagi.



ZURAIDAH OH ZURAIDH



Dalam satu podcasts malam tadi bekas Ketua Wanita Keadilan Zuraidah Kamaruddin kata dia marahkan Anwar Ibrahim kerana tidak dengar teguran agar jangan melantik Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak sebagai setiausaha politik. 


Alasannya kerana Farhah entah datang dari mana mana dan tidak dikenali. Sehubungan itu dicadangkan lebih baik lantik orang Abim memegang jawatan itu.


Kononnya kerana tidak berkenaan dengan pelantikan Farshah itulah beliau meninggalkan Keadilan. Betulkah Kak Zu, kerana Farshah atau kerana Kak Zu sudah terliur dengan tawaran jawatan menteri? 


Kalau hanya kerana marahkan disebabkan Anwar tidak peduli teguran, sepatutnya Kak Zu tidak sampai mengkhianati parti bersama Azmin Ali, Jaaffar Kamaruddin dan lain-lain. Kak Zu bertawakus sahaja dulu.


Tetapi apabila Kak Zu meninggalkan parti dan sedia pula bersekongkol dengan pengkhianat parti dan tergamak memberi bye bye kepada Kak Wan dan Nurul Izzah, jelas tindakan kak Wan itu bukan sangat kerana marahkan Farshah, tetapi sudah ada niat lain yang diburu. 


Apa yang boleh dipelajari oleh Zuraidah Kamaruddin itu tindakan mengkhianat itu tidak pun membawanya ke mana. Hanya sekejap sahaja seronok menjadi menteri, selepas itu kembali menjadi penganggur semula dan disumpah sepanjang zaman. 


Lebih memalukan ditolak oleh pengundi dalam parlimen Ampang yang selama ini memberi sokongan padu buatnya.


Apa dilalui Zuraidah Kamaruddin itu suatu sunah dalam perjuangan, menunjukkan begitulah kalau hilang kesetiaan kepada parti, tidak fatanah dalam tindakan, melawan ketua, bertindih kasih, betapa kita dahulunya hebat, diagung dan dipuja akhirnya akan jadi sampah sarap yang terbuang saja. Trims.




DAPAT KUTIP BALIK DUIT ..BOLEH BUAT 3 BUAH SEKOLAH.


 

BERTABAH LAH..USAHA UNIVERSITI LAIN


 

HAH...MENANTU TAK BALIK BALIK..


 

JANGAN BUAT KAT ORANG DIN..


 

WALAUN CAKAP TAK PANDANG ORANG


 

SAYA TAK DAK DUIT...NOH..RETA DI UK...


 

KES ISMAIL SABRI TERKINI


 

KAMU KRITIK SEKOLAH CINA..TAPI KUALITI SEKOLAH TAHFIZ BAGAIMANA PULA.?


 

TERIMA KASIH MARHAEN BUAT KERAJAAN MADANI.


 

HANGPA TAK NAMPAK KA SANUSI?

 


TAK PAYAH LA NAK CARI CABLE..BANYAK LAGI UNIVERSITI KAT MALAYSIA. SEMUA BAGUS.

 

Nazri Hamdan






Nama UM naik lagi. Lepas satu, satu lagi datang. Kali ni ada student mengadu sebab tak dapat masuk. Tapi KPT dah expain dan explanation mereka pada saya dah cukup baik.


Kalau tengok kes ni, pelajar STPM tu memang bagus, PNGK 4.0 penuh dengan merit 99.90%. 


Tapi bila apply Akaun di UM, dia jatuh ranking ke-1,127 daripada 2,291 calon layak. 


Masalahnya, UM cuma buka 85 tempat sahaja. Jadi walaupun dia “perfect score”, peluang dia basically 1 dalam 27 untuk dapat seat. 


Ini tunjuk persaingan memang gila sengit, sebab hampir semua calon yang apply pun datang dengan rekod akademik yang hampir sama kuat.


Dari segi data, kalau UM terima 85 orang daripada 2,291 calon, kadar kemasukan (acceptance rate) cuma 3.7%. 


Bandingkan dengan universiti top dunia macam Harvard atau Cambridge yang acceptance rate 4–5%, situasi UM untuk kursus Akaun ni sebenarnya lebih ketat lagi. 


Jadi, walaupun calon ada merit hampir sempurna, bila ribuan pelajar lain juga ada merit 100%, sistem terpaksa pilih ikut ranking halus seperti markah kokurikulum atau subjek. Itu sebabnya calon ni jatuh ke bawah walaupun dia 4 flat.


Kat sini kita kena tengok bahawa semua pelajar dengan PNGK 4.0 dijamin dapat tempat, tapi bukan automatik di kursus pilihan pertama. Ni adalah kerana faktor persaingan yang sengit.


Kapasiti kursus Akaun di UM cuma 85 seat, sedangkan permohonan lebih 2,200. Kalau nak semua calon 4 flat diterima, UM perlu tambah sekurang-kurangnya 1,000 tempat lagi, yang bermaksud gandakan pensyarah, dewan kuliah, dan kos operasi. Itu hampir mustahil dengan bajet semasa.


Sistem UPUOnline tapis ikut merit ranking sepenuhnya. Maksudnya, kalau kau nombor 86, kau tak dapat. Tapi kalau ada 10 orang tarik diri, calon nombor 96 akan naik. Proses ni telus, ikut nombor, dan bukannya ikut “backdoor quota”.




KENA LAH KAW KERANA FITNAH.

 

RMS.


Point No 1 - Jangan salahkan orang lain.

Point No 2 - Minta maaf difacebook bererti dah mengaku salah.

Point No 3 - Kehidupan dalam penjara sebenarnya ok, ada pembantu yang kejutkan tidur, uruskan makan minum dan penginapan..


#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni





SELAMA INI TIADA SIAPA YANG BERANI USIK ANAK BERANAK INI...TERMASUKLAH PM SEBELUM INI. KINI TIBA MASA NAK PASTIKAN HARTA YANG DISAKAW KEMBALI PADA RAKYAT.

 

Alif Jamil





Selepas puluhan tahun rakyat bertanya akhirnya harini SPRM mengesahkan secara rasmi bahawa siasatan terhadap aset Tun Dr Mahathir, anak-anaknya dan sekutu mereka telah dimulakan secara rentas sempadan. 






SPRM kini menjalankan siasatan rasmi terhadap aset bekas Perdana Menteri, ahli keluarga dan kroni beliau dgn kerjasama agensi luar negara melalui Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) khususnya dgn United Kingdom. 


Siasatan ini dijalankan dibawah Akta SPRM 2009 dan Akta AMLATFPUAA 2001 yg melibatkan elemen² pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. 


Dua anak Tun juga turut dipanggil untuk mengisytiharkan aset mereka didalam dan luar negara sebagai sebahagian dari proses siasatan menyeluruh ini.


Sumber menyatakan, proses ini mmg sangat rumit kerana ia melibatkan instrumen undang² antarabangsa serta kerjasama pelbagai agensi luar negara. 


Tapi SPRM dah tegaskan bahawa siasatan tetap diteruskan secara telus dan menyeluruh.


Kenapa Proses Ini Makan Masa? 


1. Aset² yg terkumpul tak pakai nama sendiri. 

Kebanyakan aset disimpan dalam nama Trust , nominee , syarikat offshore dan akaun² kroni. 

 

Sebagai contoh:- Kalau ada apartment mewah di London, tapi ia didaftar atas nama shell company di BVI, jadi SPRM kena jejak struktur lapis demi lapis. 


2. Kena lalui MLA (Mutual Legal Assistance)

SPRM tak boleh main terjah ambik dokumen di UK. 


Mereka perlu lalui beberapa proses seperti :

- Hantar permohonan rasmi melalui saluran diplomatik

- Tunggu kelulusan mahkamah UK

- Lantik peguam tempatan

- Terima dokumen ikut prosedur sah


Negara luar ada undang² kerahsiaan kewangan yg ketat. 


Setiap dokumen perlu disemak, ditentusahkan dan kadang² tu kena buktikan ‘reasonable suspicion’ dulu baru la boleh proceed. 


3. SPRM kena buktikan “illicit enrichment”..

Bukan hanya cukup dgn kenyataan “Dia kaya luar biasa.”


Sebaliknya SPRM kena buktikan:

- Wang itu datang dari sumber haram atau tak diisytihar.

- Tiada kemampuan sah miliki aset² tersebut. 

- Ada money trail yg membuktikan pengubahan wang haram. 


Itulah sebabnya siasatan ini memerlukan SPRM utk buat audit semula terhadap pelbagai dokumen lama yg merentasi puluhan tahun termasuk dgn akaun² syarikat korporat yg beroperasi sejak 20 hingga 30 tahun lalu.


Laporan² berkaitan kontrak konsesi yg dianugerahkan ketika era penswastaan, serta surat sokongan rasmi dari kementerian pada zaman pentadbiran beliau yg mungkin menjadi asas terhadap penganugerahan projek atau aset² bernilai tinggi kepada individu atau entiti tertentu.


Dalam kes berprofil tinggi seperti ini, pasukan peguam pihak yg disiasat biasanya akan guna pelbagai taktik melengahkan proses seperti memfailkan injunksi, mencabar kesahan siasatan, membina persepsi politik untuk alih tumpuan awam dan memanjangkan prosedur perundangan dgn harapan rakyat akan lupa. 


Ini strategi klasik "drag the case, kill the momentum". 


5. Tiada had masa untuk siasat kekayaan haram. 

Undang² SPRM dan AMLA takde ‘statute of limitation’.

Selagi ada bukti, SPRM boleh siasat kekayaan dari era 1980-an sampai sekarang.


Jadi siapa yang rasa dah 'terselamat' sebab zaman dah berlalu, berita buruk untuk anda.


Langkah ini bukan sekadar siasatan biasa. 


Sebaliknya ini isyarat kpd seluruh negara bahawa zaman “untouchable” telah berakhir. 


Kalau dulu rakyat yg bongkar skandal seperti kronisme, penswastaan seleweng, konsesi berat sebelah semuanya dianggap ‘anti-establishment’.


Tapi harini, kerajaan Madani sendiri membuka jalan siasatan dgn cara paling berani.


Ini juga mesej kepada pelabur dan rakyat bahawa tiada siapa diatas undang² hatta bekas perdana menteri paling lama berkuasa sekalipun wajib mengikut proses yg sama. 


Kes ini mmg akan makan bertahun² panjangnya. 

Entah sempat selesai ke tidak pon kita taktahu. 


Dan ya kita juga tak boleh terkejut kalau akhirnya siasatan ini tidak menemui bukti kukuh untuk mensabitkan sesiapa pun. 


Bukan kerana tiada salah laku berlaku tapi kerana segala bukti telah dibersihkan lebih awal melalui struktur kewangan yg rumit, disorok dibawah nama proksi atau syarikat luar pesisir, disimpan dinegara yg tidak sedia beri kerjasama penuh atau perlahan² dilupuskan sejak 20–30 tahun lalu sewaktu mereka masih berkuasa penuh.


Oleh sebab itu , Anwar Ibrahim mesti dijatuhkan by hook or by crook. 


Jika tidak , segalanya akan reset dan kembali seperti sediakala.



PM ANWAR TERANG TERANG SOKONG MISI INI.


 

MASA ADA KUASA KAUT HARTA...

 


SANUSI BUAT APA.

 


MALAYSIA AMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMPROSES SENDIRI NADIR BUMI


 

KISAH MBANK


 

BETUL SANGAT TUAN.... PUAK PUAK NI MEMANG MACAM TU


 

CALON PM11 MASIH BELUM BERES



8 September 2025


Apa yang dianggap masih ada yang tidak beres antara Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin berikutan tercetusnya insiden kekecohan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam, ia akhirnya boleh disimpulkan berakhir dengan keceriaan.


Ini berikutan Hamzah sendiri membuat pengakuan bahawa beliau adalah penyokong utama kepada Muhyiddin dalam memimpin parti.


Hamzah menegaskan, beliau akan terus bersama Muhyiddin dan Bersatu akan menjadi parti terakhirnya sampai ke akhir hayat.


“Saya nak sampaikan Tan Sri, percaya pada kami…kami di sini sayangkan Tan Sri, kami di sini sayangkan parti. 


“Kalau nak pecatpun, parti mana lagi saya nak pergi, cukup ini parti terakhir saya.


“Percayalah, saya telah berkorban untuk parti ini, macam-macam saya telah lakukan…saya lakukannya dengan ikhlas. 


“Saya lakukan untuk presiden kita. Saya nak maklumkan saya bukan pengkhianat, tapi saya seorang sahabat yang duduk di tepi presiden, ada kepada presiden, orang suruhan kepada presiden, tiada lebih daripada itu,” katanya ketika berucap di sesi penggulungan.


Dengan pengakuan Hamzah itu, bererti sudah bereslah masalah  yang dikatakan wujud antara beliau dengan Muhyiddin.


Kemudian daripada itu, PAT Bersatu semalam juga meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11 bagi PRU16 akan datang.


Perhimpunan turut menyokong sepenuhnya kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Presiden Bersatu.


Ertinya, selain terpadam sudah desus-desus ada cubaan mahu mengenepikan kedudukan Presiden Bersatu, lulusnya usul tersebut juga bermakna, tiada pemimpin lain selain Muhyiddin yang dipersetujui sebagai calon PM11.


Maka, tiada apa-apa masalah lagi dalam Bersatu selepas ini.


Untuk itu, penyokong-penyokong Muhyiddin dan Hamzah selepas ini janganlah gaduh-gaduh lagi mengenai perkara itu.


Buang yang keruh, ambil yang jernih; biduk lalu, kiambang bertaut.


Cumanya, walaupun Muhyiddin telah dinamakan sebagai calon PM11, ia sebenarnya hanya terpakai dalam konteks Bersatu saja.


Dalam konteks PN, untuk Muhyiddin dipersetujui sebagai calon PM11, ia perlu dibawa ke dalam mesyuarat gabungan itu terlebih dahulu.


Tanpa diputuskan dalam mesyuarat PN, ia masih dikira tidak sah, walaupun diluluskan dalam PAT Bersatu.


Sebab itu, Pas berani menegur Bersatu supaya tidak terlalu ‘ghairah bersendirian’ membuat keputusan politik penting  berkaitan calon Perdana Menteri.


Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor berkata sebarang keputusan penting tidak boleh dibuat secara solo oleh Bersatu tanpa konsensus bersama rakan komponen PN.


Makna kata, sekarang ini, meskipun Bersatu menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, dalam konteks PN, masih belum ada calon PM11 yang dipersetujui lagi.


Untuk seseorang itu dipersetujui sebagai calon PM11 mewakili PN, tidak dapat tidak, ia mesti dipersetujui oleh PAS.


Ini kerana PAS parti terbesar dalam PN dengan jumlah Ahli Parlimen paling ramai serta telah menguasai empat negeri.


PAS mungkin setuju Muhyiddin dan tak mustahil juga lebih  mahukan Hamzah sebagai calon PM11.


Selain itu, ada kemungkinan PAS kali ini mahu pemimpinnya sendiri sebagai calon PM11.


Yalah, sudah berjaya mentadbir empat negeri dan mempunyai 43 Ahli Parlimen, takkan tak boleh jadi Perdana Menteri?


Ehhh…tak beres lagi nampaknya? – ShahbudinHusin 08Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/mulai-sekarang-penyokong-muhyiddin-dan-hamzah-tak-usahlah-gaduh-gaduh-lagi/




JANGAN LEPASKAN MAIL SABRI





Baru sekejap tadi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengumumkan Ismail Sabri Yaakob tidak mencabar penyitaan aset dan wang membabitkan bekas PM itu bernilai  RM170 juta.


Ini bermakna katanya wang itu menjadi milik kerajan dan akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara. Tahniah. 


Menurut Azam setakat ini Timbalan Pendakwa Raya (TPR) belum menentukan untuk mendakwa Ismail Sabri atau mana mana individu berhubung penyitaan aset dan wang berkenaan. 


Penjelasan Azam itu kurang memuaskan dan sedikit membimbangkan. Apakah Ismail Sabri akan dilepaskan apabila aset dan wang sudah disita dan persetuannya untuk tidak mencabar sebagai kontra? 


Ingat kesalahan jenayah tidak boleh dijual beli. Kalau ianya boleh dijual beli selamanya golongan kaya akan terlepas dan yang dipenjarakan hanya golongan "sesak nak mampus" saja.


Jangan jadikan penyitaan itu sebagai imbalan atau tukarganti. Kalau Mail bersalah melakukan rasuah dan pengubahan wang haram cukup bukti dan evident dakwa beliau segera. Dan jangan diberi keistimewaan untuk tidak mendakwanya kerana masalah kesihatan.


Dalam hukum mana² agama kesalahan itu walaupun sebesar zaharah perlu menerima balasan setimpal. Jangan jadikan kes Mail ini sebagai percedent untuk kes kes akan datang. Bahaya. Anwar sebagai PM perlu tegas dan pastikan reform yang dijanjikan benar benar terlaksana bukan hanya tetorik. Trims.



Mencari calon PM dari Pas

Mencari calon PM dari Pas

PANDANGAN

Mohd Amar lebih layak 
jadi calon PM berbanding Annuar
Musa.
PARTI Islam se Malaysia, (PAS), seperti dalam kekaburan (blur) untuk menobatkan mana mana tokohnya sebagai calon PM bagi diletakkan sebaris dengan Mahiaddin Yassin. Selepas Tok Dor kian mereput ditelan usia dan keuzuran, parti itu seperti tercari-cari seseorang untuk diangkat atau dinamakan sebagai PM. Kalau pun ia tidak setanding dengan Mahiaddin tetapi cukup sebaris Hamzah Zainuddin (Mejah) ataupun Azmin Ali.

Pas tidak boleh berpegang selamanya kepada maslahat, atau alasan bahawa jawatan tidak perlu dicari, tetapi merupakan amanah atau anugerah Ilahi. Tidak ada satu benda dalam dunia ini yang bergerak secara semulajadi, yang bulat datang menggolek yang pipih datang melayang. Hatta hendak mati pun ia datang bersebab dan muasababnya.

Jawatan perana menteri bukan satu amanah, tetapi ia satu pemburuan dan perlu dirancang demikian rupa. Perlu ada strategi untuk meraihnya. Selepas ianya diperolehi, baru ia boleh dianggap amanah. Pemahaman ini kena mengerti sebaik mungkin agar kita tidak terpedaya dengan retorik fahaman palsu agama.

Kita faham kenapa kalau Pas seperti ketandusan atau tidak memiliki tokoh yang layak untuk menjadi PM. Krisis yang menimpa Pas tahun 2014 menjadikan Pas seperti kepupusan pemimpin berkualiti bila mana hampir separuh pimpinan tertingginya meninggalkan atau dipecat daripada Pas.

Nama-nama seperti Dr Hassan Ali, Husam Musa, Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan lain-lain adalah pemimpin berkualiti yang tidak malu kalau mereka dinamakan sebagai tokoh bertaraf PM. Mereka itu jauh lebih baik dan kompeten berbanding dengan Hamzah Zainuddin atau Azmin Alli, Khairy Jamaluddin yang pernah dinyanyikan untuk disandar ke jawatan itu.

Hari ini tokoh tokoh yang ada dalam Pas Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman), jika diikutkan hirearki boleh disetandingkan. Namun keupayaan Tuituman untuk memegang jawatan itu sangat naif apabila dilihat kepada kenyataan dan juga ualasan dan khulasan politiknya. Ada kalanya ulasan dan pandangan beliau masih bersifat keanak-anakan atau ustaz kampung. Belum matang dan berwawasan.

Bukan itu ahaja, Tuituman juga kurang berani, bukan seorang fighter, dimana kekurangan sifat ini tidak melayakkan untuk beliau menjadi orang berada dihadapan. Bukan sahaja untuk menyanggah sesuatu pandangan presiden yang jelas dan terang bercanggah dengan prinsip demokrasi dan agama, tetapi untuk memeprtahankan kenyataannya sendiri juga Tuituman kelihatan sering kali terkial-kial. Apabila pendapatnya ditegur Tok Dor, beliau akan membisu seribu bahasa menjadi pokok semalu yang disentuh. Layu...

Sikap demikian bukan lagak sebagai seorang pemimpin jauh sekali untuk dinobatkan sebagai calon peradana menteri yang bukan sahaja memerlukan seorang yang punya pengalaman, tetapi ada wawasan dan political will yang jelas. Sebab itu beliau awal-awal lagi memberi ulasan berhubung pengumuman Mahiddin sebagai calon PM ke-11 oleh Bersatu, beliau menegur ringan mengatakan jawatan adalah amanah.

Dalam pada itu apakah beliau sendiri berpegang kepada falsafah dan maksud amanah itu. Kalau beliau benar-benar beramanah dengan jawatan, Tuituam sudah lama perlu melepaskan jawatan itu kerana beliau realtif gagal menjalankan tangungjawab sebagai seorang ahli Parlimen di Kubang Kerian. Ujian kemampuan juga boleh diperhatikan apabila beliau diberi tanggungjawab menjadi menteri Alam Sekitar dan Air sebelum ini.

Apabila Hadi dan Tuituman “terkehek” daripada menjadi calon PM, bukan bermakna Pas tidak ada sosok untuk diasah ke jawatan itu. Pas ada tiga naib presiden ditambah bersama beberapa pemimpin yang memegang jawatan seksekutif parti. Naib presiden sekarang ialah Ahmad Samsuri Mokhtar, Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah, disamping ada Sanusi Mohd Nor, yang memegang jawatan Pengarah Pilihan raya, Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung.

Lima nama ini boleh dianggap sebagai tokoh Pas yang kompeten sesuai dan pantas berbanding dengan seorang mualaf Pas yang cuba menonjolkan dirinya konon suci dan layak untuk dicalonkan sebagai PM. Secara diam dan taktikal orang ini, Annuar bin Musa sedang berusaha ke arah itu.

Sebab itu dalam ceramah dan forum-forumnya dia sering mengungkit dan mengangkat dirinya sediri sebagai seorang ahli politik veteran berpengalaman. Dia sering menceritakan yang dia sudah lama berjuang dengan memegang pelbagai jawatan dari ketua cawangan kepada Setiausaha Agung parti Umno, daripada menjadi Adun kepada Senator, ahli parlimen dan menjadi menteri dengan memegang beberapa kementerian. Cerita dan bual itu untuk menggambarkan kehebatan dirinya. Padahal dengan jawatan itu apa yang ditinggal dan dihadiahkan untuk negara dan warga ini nihil kabe nihil.

Tiada suatu pun yang menjadi tanda mata dari aspek jasa dan pembangunan buat Kelantan dan Malaysia melainkan rakyat masih ingat dua peristiwa besar dicatatnya, menabalkan seseorang sebagai Raja dibawah pokok ketapang, di Ketereh dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mercedesnya ditahan.

Bekas ahli Umno ini seorang bercita-cita dan bernafsu besar yang lupa diri bahawa dia hanya mualaf dalam Pas. Dia mengira dengan membasuh muka dengan air suci Pas, menukar pakaian dan budaya dia menjadi suci dan murni berbanding dengan orang yang sudah berkabut dalam Pas sendiri.

Mualaf bermaksud orang baru dalam Pas, sebelum menjadi mualaf dia adalah "kufar" penentang Pas nombor wahid, di Kelantan. Yang menyekasakan negeri dan rakyat Kelantan berdekad bersama Dr Mahathir adalah orang ini. Mereka yang waras masih mengingati apa yang dilakukan terhadap Pas. Melihat kepada sejarah dan dosanya terhadap PAS, tidak sesuai untuk beliau berada disitu apa lagi cuba berangan-angan untuk dicalonkan ke jabatan itu. Realiti itu automatik mualaf ini terbuang dari pencalonan itu. Apabila dia bersyahadat memeluk Pas tidak bermakna noda dan dosanya sudah terhapus.

Maka yang ada kini hanya dari kalangan naib presiden, Mohd Amar, Idris Ahmad dan Samsuri Mokhtar disampjng Sanusi Mohd Noor dan Takyuddin Hassan sahaja. Jika kita nilai dan ukur dari berbagai aspek, kita akan menemui seseorang yang kompeten untuk dinobatkan sebagai calon perdana menteri daripada Pas. Apa lagi kalau diambil Pas dalam rangka kepimpinan ulama. Orang ini ada ciri-ciri Islam serba sedikit berbanding yang lain. Dari latar belakang pendidikan dan keluarga ia mengatasi tokoh lain.

Dia yang dimaksudkan itu ialah Mohd Amar Nik Abdullah. Sebagai anak Nik Abdullah latar belakang perjuangan dalam Pas tidak asing lagi. Nik Abddulah adalah bekas timbalan Persuruhjaya Pas dan bekas Adun dan ahli Parlimen. Bahkan dia juga diakui sendiri oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz, sebagai guru politiknya. Walaupun Mohd Asri bertanggungjawab membawa Nik Aziz ke arena politik, tetapi bekas MB Kelantan itu mengikhtiraf Nik Abdullah sebagai guru politiknya. 

Jika hendak dikira kehampiran dan memahamai perjuangan Pas, kedudukan itu memberi markah tinggi buat Mohd Amar. Dua lagi naib preisden Samsuri dan Idris Ahmad boleh dianggap adik kepada Mohd Amar begitu juga dengan Takiyuddin dan Sanusi Mohd Nor. Di sini Mohd Amar adalah paling senior.

Manakala jika dibanding dengan Tuituman juga Mohd Amar lebih berpengalaman punya pandangan politik lebih global, tidak gopoh dan seperti nama berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu. Peluangnya pernah belajar di England sedikit sebanyak mendedahkan Mohd Amar di persada antarabangsa. Sesungguhnya kalau Pas bercadang hendak menamakan calon PM, Mohd Amar lebih baik dan berhak daripada Annuar Musa. [wm.kl. 8:57 10/09/2025]


𝗞𝗶𝗳𝗮𝗿𝗮𝗵 3 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 1.

 

𝗞𝗶𝗳𝗮𝗿𝗮𝗵 3 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 1.


Baru je beberapa minggui 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 menjerit 𝗧𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Malangnya DS Anwar tak terjejas sedikit pun. Sebaliknya sekarang ahli partinya sendiri yang jerit 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻.


Setidaknya yang menjerit Turun Anwar adalah 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 beliau. Kita tahulah musuh memang tak akan senang dengannya. Tapi Mahiaddin ni, yang jerit tu 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Mahiaddin pun kita kenal orang yang 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 masa nak jadi PM dulu dan juga lepas PRU15. Sekarang ni 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 kumpul tandatangan untuk 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.


Dan mereka bacakan doa 𝗾𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗻𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵 agar Allah 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 kumpulan yang mereka gelarkan 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵. Akhirnya mereka sendiri berantakan. Siapa musuh Allah sebenarnya ni?


Menarik video pendek ni. Bagaimana kejahatan yang Mahiaddin buat beberapa tahun ini 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝘁𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 dalam satu malam sahaja. Berapa punya suwey la dia ni.


Paling menarik, tengok reaksi Mahiaddin masa ahli partinya bercakaran. Apa dia buat? Dia 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 je. Terus je baca teks seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Jadi 𝗸𝗮𝘆𝘂 terus.


Tapi memang begitulah sifat Mahiaddin. Masa jadi PM dulu pun, macam tulah dia. Rakyat setiap hari menjerit susah. Dia 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗿𝗸 je. Siap sempat lagi dia 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Mahiafdin ni 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 pun tak mampu tapi ada hati nak jadi PM lagi. Kalau parti yang ahlinya setakat 𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 pun tak mampu jaga, mampu ke dia nak jaga negara?


Bersatu sebelum ni pernah dakwa Mahiaddin 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 untuk jadi PM sekali lagi. Tengok tengok sokongan ahli sendiri pun dia tak ada. Tutup kedai je la Mahiaddin oi.


Ini sepatutnya 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 buat lebai. Tak usah lagi tunggang agama demi kuasa. 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗱𝗶𝗹. Semua yang lebai kata, dah berbalik kepada PN. Tak nampak lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



WOIII DERIS SPEAK MALAY DONT SPEAK ENGGERIS. DONT UNDRSTAND...BLOODYFOOL

 Che Ibrahim


Hahahaha guana terrr... Nak tinggal gu atau dah nak kena tinggal ke gu????




SELEPAS LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH MENTERI PENDIDIKAN , DIA MOHON MAAF...CILAKA . PALATAO YANG HARI HARI MEMFITNAH ISU ADIK ZARA.

 


FITNAH MENTERI PENDIDIKAN. 


Saya tak tahu tulis benda tanpa usul periksa ni SALAH !!!!


Sedapnya main alasan


Bila netizen jadi nerakazen.








HARAP MENTERI SAMAN 2 JUTA SAJA KERANA MEMFITNAH...

 


Zainuddin Omar



YB menteri dah buat repot polis. Harap jangan tarik balik. Kena ajar semua walaun dan walauntet agar jangan mudah buat fitnah. Ambil iktibar ustazah Pas yang kalah saman kes sepupu LGE.






WALAUN HASUT NAK BUNUH ANWAR




 


MACAM MACAM KAU FITNAH ANWAR.... TAPI NAMPAKNYA DIA LAH YANG BANYAK MEMBANTU. TANAH REZAB TENGAH BANDARAYA DI SG BESI DIA YANG TAMBAH DIJADIKAN TANAH REZAB MELAYU


 

WALAUN.... MANA ADA AKAL SANGAT PUN. CERITA BAB EKONOMI ZERO LAH.


 

MAMPOS LAH HARTA DI LUAR NEGARA NAK DI SIASAT....


 

DIA TAK PAHAM SST DAN GST


 

KALUT LAGI KES DUIT SARA


 

MALAYSIA DAN AI NATION

 


Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi AI Nation 2030, dengan sasaran menjadi peneraju kecerdasan buatan serantau.








Dalam Mesyuarat MED4IRN Bil. 4/2025 yang saya pengerusikan, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti seiring dengan pulangan nyata dari segi produktiviti dan kesejahteraan rakyat.


Sebagai langkah pendigitalan perkhidmatan awam, MyGOV Malaysia dibangunkan sebagai platform sehenti semua urusan kerajaan, justeru saya telah mengarahkan agar semua kementerian dan agensi segera mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi ini.


Usaha memperluas MyDigital ID juga diteruskan dengan sasaran 15 juta pendaftaran menjelang akhir tahun, dibantu proses pengesahan melalui JPN.


Pada masa sama, akses Internet di IPTA sedang ditambah baik dan saya menyarankan ia diperluaskan ke Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, IPG serta institusi TVET.


Pesanan saya, infrastruktur digital yang kukuh adalah asas penting dalam memacu ekonomi digital dan memastikan teknologi benar-benar memanfaatkan rakyat.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




OOOOOOK.FAHAM..POLITIK CELARU.

 

Che Ibrahim


Maknanya nak jadi PM tak semestinya kena jadi Presiden Parti @ Presiden Parti tak semestinya jadi calon PM. 


Sabit tu walaupun 120 Ketua Bahagian desak Muhyidin turun, tapi mereka sepakat menamakan Muhyidin sebagai PM ke 11.





Dulu apa je yang tak difitnah terhadap Anwar Ibrahim?


Alif Jamil





Dituduh ejen Yahudi.

Dikata barua Amerika.

Difitnah pro-Z1onis.

Dijaja konon musuh Islam dari dalam.


Fitnah ini diulang siar saban tahun oleh golongan penunggang agama dan pencatur politik yg tak senang tengok Anwar Ibrahim bangkit.


Tapi harini , aktivis kemanusiaan terkemuka sdr Nadir Al-Nuri sendiri yg umumkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) adalah penaung rasmi (patron) misi Sumud Nusantara.


Dan ini bukan misi biasa².

Ini adalah misi antarabangsa yang membawa suara dan solidariti rakyat dari serata dunia ke Gaza.

Ia melibatkan lebih 44 buah negara.


Kalau benar PMX tu ejen musuh Islam…

Kenapa gerakan pro-Palestin paling tulen dirantau ini sendiri jemput beliau jadi penaung utama?


Tak ke gila letak “ejen Amerika” pimpin misi kemanusiaan ke Gaza.. 


Terbukti harini siapa yg berdiri atas kebenaran dan siapa yg menyalak atas api fitnah & kebencian.. 


Mereka yg dulu galak menuduh, harini kelam.

Berselindung disebalik retorik bangsa & agama.


Namun apabila timbul isu skandal melibatkan kewangan dan kepentingan awam , mereka lah yg terlebih awal berpuas hati. 


Sedangkan Anwar Ibrahim tak perlu pakai lebai tak perlu menjerit nama melayu Islam.


Tapi beliau mengangkat maruah umat ini dgn berani dan tegas.


Beliau istiqamah bukan hanya untuk Malaysia,

Tetapi untuk kemanusiaan sejagat..




FADLINA SIDEK SAMAN MAKCIK PALATAO.


 Pakcu dulu Pas


Alhamdulillah... Fadhlina Sidek dah respon. Saman terhadap Betina kaki Fitnah bakal menyusul.👍