ZURAIDAH OH ZURAIDH



Dalam satu podcasts malam tadi bekas Ketua Wanita Keadilan Zuraidah Kamaruddin kata dia marahkan Anwar Ibrahim kerana tidak dengar teguran agar jangan melantik Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak sebagai setiausaha politik. 


Alasannya kerana Farhah entah datang dari mana mana dan tidak dikenali. Sehubungan itu dicadangkan lebih baik lantik orang Abim memegang jawatan itu.


Kononnya kerana tidak berkenaan dengan pelantikan Farshah itulah beliau meninggalkan Keadilan. Betulkah Kak Zu, kerana Farshah atau kerana Kak Zu sudah terliur dengan tawaran jawatan menteri? 


Kalau hanya kerana marahkan disebabkan Anwar tidak peduli teguran, sepatutnya Kak Zu tidak sampai mengkhianati parti bersama Azmin Ali, Jaaffar Kamaruddin dan lain-lain. Kak Zu bertawakus sahaja dulu.


Tetapi apabila Kak Zu meninggalkan parti dan sedia pula bersekongkol dengan pengkhianat parti dan tergamak memberi bye bye kepada Kak Wan dan Nurul Izzah, jelas tindakan kak Wan itu bukan sangat kerana marahkan Farshah, tetapi sudah ada niat lain yang diburu. 


Apa yang boleh dipelajari oleh Zuraidah Kamaruddin itu tindakan mengkhianat itu tidak pun membawanya ke mana. Hanya sekejap sahaja seronok menjadi menteri, selepas itu kembali menjadi penganggur semula dan disumpah sepanjang zaman. 


Lebih memalukan ditolak oleh pengundi dalam parlimen Ampang yang selama ini memberi sokongan padu buatnya.


Apa dilalui Zuraidah Kamaruddin itu suatu sunah dalam perjuangan, menunjukkan begitulah kalau hilang kesetiaan kepada parti, tidak fatanah dalam tindakan, melawan ketua, bertindih kasih, betapa kita dahulunya hebat, diagung dan dipuja akhirnya akan jadi sampah sarap yang terbuang saja. Trims.




No comments: