Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi AI Nation 2030, dengan sasaran menjadi peneraju kecerdasan buatan serantau.
Dalam Mesyuarat MED4IRN Bil. 4/2025 yang saya pengerusikan, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti seiring dengan pulangan nyata dari segi produktiviti dan kesejahteraan rakyat.
Sebagai langkah pendigitalan perkhidmatan awam, MyGOV Malaysia dibangunkan sebagai platform sehenti semua urusan kerajaan, justeru saya telah mengarahkan agar semua kementerian dan agensi segera mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi ini.
Usaha memperluas MyDigital ID juga diteruskan dengan sasaran 15 juta pendaftaran menjelang akhir tahun, dibantu proses pengesahan melalui JPN.
Pada masa sama, akses Internet di IPTA sedang ditambah baik dan saya menyarankan ia diperluaskan ke Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, IPG serta institusi TVET.
Pesanan saya, infrastruktur digital yang kukuh adalah asas penting dalam memacu ekonomi digital dan memastikan teknologi benar-benar memanfaatkan rakyat.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja




No comments:
Post a Comment