MENTERI DAH MULAKAN LAWATAN DAN TELAH KESEKOLAH


 Amin Ahmad


Saya semak FB Menteri Pendidikan beliau telah ke Sabah bertemu keluarga seawal berita kematian diterima. Sebelum itu lagi arahan telah diberi mengikut prosedur dan polis bertindak. Sejak itu 60 saksi dipanggil untuk beri keterangan. Siapa kata 3 minggu tak buat apa? Yang beria kata buli dan belum ada didakwa ni boleh bagi nama tak siapa yang perlu didakwa?




MANA DIA PERNAH CERDIK

Cik Yanie


 Hah, ini memang level “bodoh sombong” fakta simple pun tak reti semak, terus gebang macam pakar politik. Asyraf Wajdi tu bukan MP, bukan senator, tapi depa boleh confident letak “Ahli Parlimen PN” siap cadang ganti menteri lagi.





Kalau benda asas macam ni pun dah salah, nak bercakap pasal isu besar apatah lagi… memang layak masuk kategori MP sampah.



KITA KENA ADIL JIKA MAHU DIHORMATI

 Norman Radzuan


Kenapa Cina buat kita kecoh, Melayu buat kita diam

KITA KENA ADIL JIKA MAHU DIHORMATI





Isu bendera ini bukan baru… malah dlm majlis sukan antarabangsa juga berlaku insiden seperti ini. Isu begini sepatutnya ditangani dgn baik bukan dipolitikkan.


Saya memang benci dgn isu ini dan mereka yg tidak prihatin dgn Jalur Gemilang kita. Cuma kita sebagai org Islam wajib adil utk bangsa lain melihat Islam ini bukan agama yg anti agama lain, bukan agama tiada keadilan kepada manusia.


Benarkah kita rakyat Malaysia dibuli kerana bendera terbalik ini? Atau kita org Islam sedang membuli mereka yg bukan Melayu???


Berlaku di balai Perak, berlaku di Masjid Kota Damansara, berlaku tadika Pasti, berlaku di Sarawak, … tetapi kenapa kita memilih jika org Cina lakukan kita perbesarkan atau menjadi batu api.


Nak tanya… adakah di negara ini orang Melayu boleh buat apa sahaja tetapi bangsa lain dianggap kurang ajar, pembuli dan sebagainya?


Kita kata kita beriman kpd Allah… solat tak tinggal tetapi kita tidak peduli apa yg Allah minta? Ingat bukan amalan kamu itu jaminan ke syurga tetapi ketakwaan dan byk Allah pesan dlm Al Quran… BERTAKWA DAN ADIL 


“ Wahai org2 yg beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) kerana ALLAH (dan) saksi2 (yg bertindak) dgn adil. Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan,"


Sebenarnya jika kita terpaling tentang isu2 seperti bendera atas dasar perkauman…percayalah sebenarnya anda sudah terpengaruh dan dirosakkan dgn pemikiran kebencian perkauman iaitu yg dibenci oleh agama tanpa kita sedari.


Manakan tidak di mana kita ketika Masjid Kota Damansara atau tadika  ‘membuli’ rakyat Malaysia? Sb itu kita kena adil… apa perasaan anda ketika kecil dahulu ibu bapa kita tidak adil dgn diri kita berbanding adik beradik yg lain???


Ingatlah org bukan Islam tidak membaca Al Quran tetapi mereka melihat Islam daripada kita sebagai org Islam. Adakah mereka akn tertarik dgn akhlak kita yg tidak adil dan membenci bangsa lain?




ROH ROH ROH NEH NEH NEH.....

'Syahir-Sulaiman-2024.jpg' failed to upload. TransportError: Error code = 7, Path = /_/BloggerUi/data/batchexecute, Message = There was an error during the transport or processing of this request., Unknown HTTP error in underlying XHR (HTTP Status: 0) (XHR Error Code: 6) (XHR Error Message: ' [0]')

 Selepas Pasti dikritik, MP Pas beri alasan guru diberi imbuhan lain

Isu gaji guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di bawah kendalian Pas yang tidak mematuhi perintah gaji minimum dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mewakili parti itu bangkit untuk mencelah.

Ia bermula apabila Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) meminta perkara itu diberi perhatian memandangkan kadar gaji guru Pasti antara RM600 hingga RM700 sebulan turut melanggar Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.

Ketika menyertai sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini, wakil rakyat PKR berkenaan turut mempersoalkan alasan Pas bahawa gaji mereka rendah kerana bekerja secara sukarela.

Menurut Nik Nazmi , berdasarkan statistik terbaru pada 2024, terdapat 2,497 Pasti di seluruh negara membabitkan 9,979 guru dan 125,065 pelajar.

“Kalau nak pakai alasan sukarela, semua syarikat akan sebut pekerja mereka adalah sukarela dan tidak tertakluk di bawah perintah gaji minimum.

“Tidak ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan lain-lain,” kata Nik Nazmi.


Ekoran itu, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang bangkit mencelah berkata, terdapat imbuhan lain diberikan, antaranya untuk tugas mengajar Iqra, walaupun gaji mereka rendah.

“Cuma saya nak perbetulkan sikitlah gaji guru Pasti yang dikatakan rendah atas sebab sukarela.

“Mereka bekerja empat jam, amat singkat dan sebenarnya banyak Pasti tampung dengan imbuhan lain seperti Iqra dan seumpamanya.

“Cuma adakah Yang Berhormat Setiawangsa setuju bahawa apabila Pasti ini tidak menggunakan dana cukai rakyat berbanding Kemas, prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga Tabika Perpaduan, ia membantu mengurangkan beban fiskal di pihak kerajaan tanpa menggunakan duit cukai rakyat,” kata Syahir lagi.





JAUHI DARI MAKCIK MONA

 


Ustaz Al Asri


4 orang pakar patalogi boleh dikalahkan oleh seekor makcik palatao.





ingat pesanan khidmat masyarakat sebelum ni, jika berlaku sesuatu kes hingga menjadi viral, tolong jauhi diri anda, mangsa dan keluarga mangsa daripada makcik Mona Din ni.


kalau dia datang dekat, tolong halau dia jauh²..buat menyemak je dia dekat situ nanti.



PM Anwar Panggil Pemaju Bincang Pembinaan Sekolah Menegak

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pemaju serta agensi berkaitan bagi pembinaan sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI di Putrajaya pada 11 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanggil pemaju bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi membincangkan pembinaan sekolah menegak di Residensi Aman MADANI di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata pihaknya telah mencadangkan agar diwujudkan sekolah menegak dalam kawasan pembangunan atau pembinaan sekolah berhadapan residensi yang disambung jejantas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pemaju serta agensi berkaitan bagi pembinaan sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI di Putrajaya pada 11 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sekolah ini terbuka kepada semua penduduk setempat selain kemudahan mengikut kerangka Madani termasuk tadika, surau, klinik, dan pusat keselamatan yang akan dibina kelak,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta wakil pemaju projek berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pemaju serta agensi berkaitan bagi pembinaan sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI di Putrajaya pada 11 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baharu selari dengan pertambahan penduduk.

“Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pemaju serta agensi berkaitan bagi pembinaan sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI di Putrajaya pada 11 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Majlis pecah tanah projek berkenaan telah disempurnakan Perdana Menteri baru-baru ini bagi memenuhi keperluan perumahan mampu milik di ibu negara.

YB FAHMI SCHOOLS PENDANG MP! PAS MP TRAPPED IN POLITICAL AGENDA!

MP PAS TANYA ISU GAJI GURU KAFA, BAGAIMANA PULA DENGAN GURU PASTI? PAS!

PARLIMEN : KETUA PEMUDA BERDESING TELINGA BILA SEKOLAH PASTI DISENTUH

IJ MIMPIKAN JAWATAN PM - BERSEDIA JADI CALON PAS | Adakah Azmin Ali dibe...

MAKI DIA NI BERLIPAT LIPAT...ESOK AMBIK STR...BULAN DEPAN DAPAT LAGI DUIT..BULAN SEPTEMBER MINYAK TURUN....KATA LA MAKI LAH..DIA TAK CURI DUIT RAKYAT


 

WALAUN NAK KATA APA KAALU MACAM NI. KITA TAK TAHU LA MEMANG TAK SEALIRAN..TAPI ADA HORMATNYA.

 


KIOK MACAM NI.


 Isu KWSP gelak besar baca balasan komen 😂😂😂




KO CEMUH KEMUDIAN KO MINTA MAAF..KRITIK TAK APA JANGAN MAIN BERITA BOHONG DAN MENCEMOH BERLEBIHAN


 

BANYAK BETUL KAWASAN KAMU YA..BUKAN EMAS TAPI DADAH

Tarmizi Md Jam





 Rakyat nak dengar komentar MP Pasir Mas yang genius beserta solusi Isley yang dipikulnya selama ini. Top pulak dadah kat Serambi Mekah nih. Amacam?




KERJA TUNGGANG ISU. SATU APA CADANGAN NAK MAJUKAN NEGERI SENDRI TAK ADA..PI TENGOH RUMPUT TENGAH PEKAN ALOQ SETAQ LAGI BAGUIH


Alif Jamil


 Kes Zaira Qairina tu masih dalam siasatan polis. 





Siasatan kes pelajar bukan dibawah kuasa Menteri tapi ia tanggungjawab PDRM, JPN dan pihak sekolah mengikut SOP. 


Menteri dah arahkan siasatan tapi menteri tak boleh masuk campur dalam isu teknikal. 


Biarlah pihak berkuasa teruskan siasatan tanpa ada gangguan khususnya dari pihak politik. 


Kita nakkan keadilan untuk mangsa dan keluarga mangsa terbela dgn sebaiknya. 


Jangan asyik nak tunggang isu je.



LAGU KHAS BUAT PM ANWAR

 


AAAUUUMMMM..KANTOI MAT.

 


Begini gaya 𝘄𝗶𝗿𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Cakap banyak tak guna. Dia terus nak buat 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮. Begitu sekali berkobar menjaga 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.




Tapi yang peliknya, makhluk yang sama, berasa 𝗼𝗸𝗲𝘆 pula dengan 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 yang telah 𝗺𝗲𝗿𝗼𝗯𝗲𝗸 𝗸𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 yang 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 nilainya.


Bukan setakat okay, dia desak pula supaya perompak itu dibebaskan ataupun diberi 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵. Mana semangat patriotiknya?


Antara 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 dan 𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 sampai negara 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 yang mega, mana yang lebih jahat?


Aku tak kata pasang bendera terbalik, kalau sengaja, bukan perbuatan salah. Tapi kalau rasa nak bertindak, biarlah saksama. Bukan separuh-separuh.


Atau mungkin sebab kaum? Kesalahan kecil, jika yang buat tu bukan Melayu, maka salahnya jadi besar  tapi kalau yang buatnya Melayu, negara bankrup pun tak ada masalah. Tetap sokong? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MUNGKIN SEBAB DEPA NI BUKAN APEK KOT...KENAPA TAK DITAHAN ?



 𝗣𝗔𝗦 pun sama juga 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 sebab 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸, kalau ikut komen-komen netizen. Patutnya pemimpin PAS juga dihukum sekeras-kerasnya.






Tapi yang peliknya, tak kedengaran pula salakan dari 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴-𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 seperti biasa. Mungkin seperti anjing peliharaan, kalau tuannya atau ahli keluarga tuannya, buat apa-apa memang dia senyap. Tapi kalau orang lain, setakat lalu depan rumah pun dia salak.


Jangan ingat lebai je pandai gunakan perumpamaan binatang 😏


Sampai 𝘄𝗶𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 pun acah-acah buta bila 𝗴𝗲𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘀𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮 buat. Ke mana perginya semangat patriotik mereka? Dah 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸?


Sebenarnya bukan semangat patriotik sangat. Tapi lebih kepada politik. Bila yang bukan Melayu buat, dia boleh dapat 𝙢𝙞𝙡𝙚𝙖𝙜𝙚 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 kalau diisukan.


Sebab tu aku kata hipokrit je semua ni. Bukan sayang negara tapi sebab 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Nak 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Semua isu ditunggangnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PAYAH KAALU OTAK KEMETOT

 


Dalam 𝗛𝗶𝗸𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗚𝘂𝗻𝘂𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴, tuan Puteri meminta pelbagai perkara yang 𝗮𝗻𝗲𝗵 sebagai satu cara untuk 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 Sultan Melaka.





Budak 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 ni cuba guna taktik PGL la tu. Dia tahu kalau buat 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮, pasti akan 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Jadi dia cakaplah nak dibuat 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁.


Sedangkan undi tak percaya cuma ada 𝗱𝘂𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗮 yang boleh dibuat iaitu dengan 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 atau 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶. Mana ada secara undi sulit.


Tapi dia sengaja ungkitsupaya nanti, kalau ditanya kenapa tak buat usul undi tak percaya dia boleh beri alasan sebab 𝘁𝗮𝗹 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁.


Ini semua 𝗮𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Memang dasar 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁 dia ni. Hakikatnya dia sendiri tahu yang PMX mendapat 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝘂 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 melebihi ⅔ ahli parlimen. Termasuk di kalangan PN sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI DARI AFRIKA.

 


Menerima kunjungan hormat Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Senegal, Yassine Fall, pagi tadi.









Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, haji, waqf dan industri halal yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan bersama.


Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk perkembangan di Asia Barat dan benua Afrika.


🇲🇾🇸🇳


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



BAPA NAFI ANAK TERLIBAT

 







Saya bapa kepada pelajar ini yang bernama Nurul Qurratu Aini binti Muhammad Yasim (berbaju merah-jersi Sabah) menafikan sekeras-kerasnya fitnah ke atas anak saya yang cuba dikaitkan dia dengan kes Zara Qairina. Anak saya bersekolah di sana pada tahun 2022 (tingkatan 1) sehingga 2024 (tingkatan 3) dan pada awal 2025 anak mendapat tawaran dan berpindah sekolah ke KVLD Lahad Datu sehingga kini. Oleh yang demikian  "SAYA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMBUAT SAMAN SIVIL KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG CUBA MENGAITKAN ANAK SAYA DENGAN KES INI", untuk makluman juga laporan polis telah dibuat untuk acc tiktok "BERITA SABAH" kerana memuat naik gambar dan video anak saya di dalam acc mereka, walaupun mereka telah memohon maaf dan memadam video tersebut tetapi masih ada beberapa individu yamg masih menyebarkan "fake news" tersebut. Saya juga berharap kepada semua agar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum sebar dan viral.


Kredit : Hasmin Selaku bapa


#justiceforzaraqairina

#justiceformydaughter




KERAJAAN DILIHAT LEMAH APABILA KERJA KERJA PENERANGAN DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT ITU TIDAK SAMPAI KE AKAR UMBI. BUKAN IKUT MANA PM PERGI

 Hamdan Taha


Satu perkara paling bahaya buat negara ialah bila Rakyat tidak lagi Pecaya kepada Sistem negara dan kepada Penguatkuasaan, PDRM, Kastam, PBT dan lain lainnya


Bila Rakyat percaya mereka ni adalah penerima rasuah dan boleh di bayar ini sangat bahaya, dulu pun ada perasan tak percaya pada polis dan Ejensi Penguatkuasaan ini, tapi sekarang lagi teruk dan Parah


Anata sebab ialah Gerakan Reformasi selama 27 tahun telah tanam kepada rakyat Polis memang tak boleh percaya... Kemudian berlaku pula sekarang macam macam kes melibatkan mereka, lagi pula Ketua Polis Negara pula tiba tiba lantik orang Pencen dan tidak di kenali ramai... Maka da banyak sebab Rakyat tak percaya pada PDRM


Sekarang di tambah pula rakyat tak percaya orang politik semua pihak Kerajaan dan Pembangkang, Perdana Menteri di maki hamun setiap saat di media sosial dan peratus tidak percaya pada Kerajaan.... Ini sebenarnya bahaya buat negara...


Perkara perkara ini perlu di bendung segera oleh pihak pihak Kerajaan, di PDRM kena ujudkan PR yang buat kerja memberikan penerangan kepada rakyat tentang kes kes yang rakyat nak tahu.... Menteri pulak kena bijak berikan kenyataan kepada rakyat tidak di lihat memihak... Kerna kerajaan Reformasi ialah kerajaan yang telus...


Kes Rasuah sekarang jika tanya rakyat hampir semua rakyat jika di tanya tak percaya kepada SPRM itu betul betul ada ketelusan dan tidak di kawal oleh pihak ahli politik.... Tanya lah siapa pun... Apakah anda percaya kepada SPRM hampir semua jawap SPRM adalah Ejensi Perdana Menteri dan ikut kehendak PM... Dari dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah... Berapa ramai pegawai SPRM sendiri di tangkap kerana menerima rasuah, ramai tapi di sembunyikan kepada rakyat... Maka rakyat tak percaya...


Saya sebagai rakyat tak suka keadaan seperti ini kerana negara akan rosak dan boleh runtuh dan sukar maju bila dalam pemikiran rakyat tidak percaya kepada Ejensi Ejensi penguatkuasaan ini... Orang berniaga tepi jalan tak percaya kepada PBT... Susah susah



KATALAH APA PUN..SAYA LAKSANAKAN AMANH YANG MAMAPU SAYA LAKSANAKAN


 

AMBIK DUIT BAGI KE PARTI. TU TETAP SALAH.


 

ULANG TAHUN KE 78 PM ANWAR


 

JANGAN BUAT SEBARANG SOEKULASI


 

BUKAN DESAK MAT NUSI TURUN, TAPI ADA 2 TAHUN LAGI UNTUK DIA KOTAK AN JANJI DIA PADA RAKYAT KEDAH


 

BERBAGAI PROGRAM DI KELANTAN TERMASUK PROGRAM BEKALAN AIR



 Hadir ke rencana terakhir di Kelantan untuk menutup Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan 2025 di Kota Bharu. Saya tegaskan bahawa kemajuan negeri lebih mudah tercapai jika Kerajaan Persekutuan dan Negeri bergerak seiring dalam pelaksanaan projek penting seperti tebatan banjir dan bekalan air hingga pembasmian kemiskinan tegar.



















Program MADANI Rakyat Program ini bukan sekadar ruang mengumumkan pencapaian, tetapi medan rakyat menilai, bersuara, dan memberi sumbang saran berharga. Pandangan tentang kos sara hidup, pendidikan, keselamatan dan teknologi baharu menjadi pemacu penting untuk memperkukuh dasar negara.


Pertumbuhan ekonomi yang kita rancang mesti mengangkat taraf hidup rakyat. Sebab itu Kerajaan MADANI menaikkan gaji minima, menambah pendapatan nelayan dan petani, serta menaikkan gaji penjawat awam, meskipun melibatkan peruntukan sehingga RM18 bilion, kerana setiap titis keringat rakyat wajar dibalas dan dihargai.


Generasi masa depan juga perlu dipersiapkan. AI, STEM dan pendidikan moden digabungkan dengan turath Islam dan nilai budaya, agar mereka teguh berakar pada warisan namun lincah bersaing di pentas dunia.


Kos sara hidup kita tangani secara berani dengan menyusun semula subsidi ayam, mengangkat hasil tempatan dan memacu produktiviti pertanian. Langkah ini bukan sekadar mengawal harga, tetapi membina kemandirian negara.


Inilah MADANI yang mendengar suara rakyat, bertindak dengan tekad, dan memastikan kemajuan yang inklusif untuk semua.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI



MASIH ADAKAH HUDUD PAS?


Che Ibrahim


1. Kematian lawyer Hisham Fauzi kelmarin mengingatkan ambo kepada gigihnya perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud suatu ketika dulu. Babo Hisham antara watak penting dalam menggerakkan semula Jkuasa Teknikal Enakmen Hudud Kelantan (maaf ambo tak ingat nama sebenar jkuasa tersebut) pada tahun 2014 bersama sama rakan rakannya dari pengamal undang undang syariah dan sivil selain beberapa orang pimpinan Pas. 

(Nota: sebahagian besar, hampir2/3 dari AJK Teknikal Hudud ini telah bersama Amanah)


2. Sejarah perjuangan hudud Pas bermula tahun 1990 apabila Pas berjaya mengambilalih pemerintahan kerajaan Kelantan dari BN pada Oktober 1990. Kemuncaknya ialah apabila Dun Kelantan telah meluluskan satu Enakmen Hudud dan Qisas yang dikenali sebagai Enakmen Kanun Jenayah Islam (II) 1993 Negeri Kelantan.


3. Pada tahun 1994, YAB ATGNA, MB Kelantan ketika itu telah menghantar satu surat kepada YAB Tun Dr Mahathir, PM ketika itu bagi mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud @ Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan. 


Tun Mahathir dalam jawapan balasnya menyebut bahawa beliau sekali kali tidak akan membenarkan "Enakmen yang zalim"  itu dilaksanakan dan beliau akan melakukan apa saja supaya enakmen itu tidak dilaksanakan. 


4. Kesungguhan Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada tahun 1999, apabila Pas berjaya memerintah Terengganu, sekali lagi enakmen Hudud Dan Qisas digubal dalam Dun Terengganu dan diwartakan sebagai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) 2002 Negeri Terengganu. 


5. Apabila Pas bersama Dap dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) tahun 2008, isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas mula "disembunyikan"  dan tidak lagi menjadi agenda utama perjuangan Pas.


6. Pada tahun 2014, isu pelaksanaan hukum hudud kembali menguasai pentas politik Pas sehingga MB Kelantan ketika itu, Dato' Ahmad Yakob berkata beliau sanggup melepaskan jawatannya jika hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. Kemuncaknya pada Mac 2015 Dun Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 iaitu satu enakmen yang diciplak dari  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dengan sedikit pindaan. 


Perlu dingat, antara sebab terputusnya hubungan "tahalluf siyasi" antara Pas Dan Dap pada tahun 2015 ialah ada kaitannya dengan hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud.


7. Pada tahun 2015, Pas semakin ghairah untuk melaksanakan undang undang hudud dan qisas terutama di negeri negeri di bawah kekuasaannya melalui RUU 355, iaitu satu usul persendirian untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut hukum syarak. Malangnya usaha tersebut menjadi isu tertangguh yang ditangguhkan sendiri oleh Pas tanpa apa apa penjelasan. 


8. Saya menanti nanti semula suara Pas terutama dari MBnya Dato' Panglima Perang Ustaz Dato'  Haji Nassarudin Haji Daud, atau Panglima hududnya, Dato' Sri Amar Draja Nik Mohd Amar, atau paling kurang dari hulubalang barunya YB Ustaz Ahmad Fadhli Syaari untuk kembali menuntut Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada kerajaan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pas melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri negeri tersebut. 


9. Saya yakin Tun Mahathir sebagai Penasihat SG4, dengan pengalamannya perihal percubaan pelaksanaan hukum hudud di era atgna dulu boleh mendesak PMX tidak mengulang sejarah jawapannya kepada atgna tahun 1994 dulu.



MISI TAK JADI

 




BANYAK KES NI.





APA YANG MERISAUNKAN PAKAR FORENSIK

 

Mohammad Naim


Bagi seorang doktor forensik, perkara yang paling mereka takutkan adalah apabila hasil bedah siasat mereka berjaya diragukan di mahkamah; dan mahkamah memutuskan bahawa kekurangan dalam kerja mereka telah menjejaskan keadilan untuk mangsa. Ia tidak terhenti di situ sahaja; selepas itu, kredibiliti serta kesaksian mereka dalam kes-kes lain juga akan terus dipersoalkan.





Sebab itulah mereka sangat teliti ketika menjalankan bedah siasat. Mereka susah untuk mempercayai sesiapa pun selagi kes tak selesai kerana sabotaj boleh berlaku di mana-mana peringkat.


Salah seorang pakar forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah adik Zara bukanlah calang-calang orang. Beliaulah yang membangunkan perkhidmatan forensik di Sabah, dan suatu ketika dahulu, beliau seorang diri menjalankan autopsi di seluruh negeri. Majoriti pegawai perubatan yang pernah dilatih di bawahnya kini menjadi pakar forensik yang disegani.


Saya sendiri pernah dilatih dan banyak bekerja bersama beliau ketika saya memegang jawatan sebagai ketua unit forensik. Banyak ilmu yang saya pelajari daripadanya, khususnya dalam mencari punca kematian.


Pernah saya katakan kepadanya: kalau bukan kerana cita-cita sejak kecil untuk menjadi pakar kecemasan dan saya sudah pun mengambil peperiksaan kepakaran, pasti saya akan mengambil Master dalam bidang forensik dan menjadi seperti beliau. Sememangnya beliau adalah idola saya.


Beliau sering menasihatkan saya bahawa tugas seorang doktor forensik adalah mencari keadilan untuk si mati. Kerana orang yang telah meninggal dunia tidak mampu bersuara bagi pihak diri mereka sendiri. Orang boleh mereka pelbagai naratif tentang si mati, namun tugas doktor forensik adalah membantu menegakkan kebenaran.


Dalam kes adik Zara, peguam keluarga turut dibenarkan masuk untuk memastikan ia berlangsung dengan betul. Tak kan lah peguam keluarga adik Zara pun menyeleweng?



ANWAR BUKAN BARU MENDEKATI ULAMAK

 


FAWWAZ Fadil


Inilah manifestasi kebodohan dan kejahilan pada tahap tertinggi, sangkaan buruk dan prasangka jahat terhadap insan yang mencintai ilmu dan para ulama.







Apabila seorang Perdana Menteri mendekati alim ulama, khususnya tok guru pondok, ada pula yang menuduhnya sebagai propaganda.


Sedangkan itulah Anwar Ibrahim. Sejak usia mudanya, beliau telah rapat dan bersuhbah dengan ramai tokoh ulama, termasuk ulama pondok. Nama-nama seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Syeikh Niamat Yusuf, Syeikh Tajuddin al-Jarumi hanyalah sebahagian daripada rantaian panjang hubungan beliau dengan para alim ulama.


Malahan, tidak kurang ramainya ulama-ulama dari luar negara yang Anwar Ibrahim dekati. Almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, serta ramai lagi tokoh ilmuwan Islam dan cendekiawan antarabangsa yang menjadi sahabat, guru, dan rakan diskusi beliau dalam membincangkan isu-isu umat dan masa depan dunia Islam.


Masakan kita lupa, sebaik sahaja Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, kediaman rasmi Seri Perdana telah dibuka seluas-luasnya untuk majlis ilmu. Puluhan malah ratusan ulama dari dalam dan luar negara diundang menyampaikan syarahan serta kuliah sesuatu yang jarang berlaku, malah boleh dikatakan tidak pernah berlaku pada era perdana menteri sebelumnya.


Maka tidak hairan, penulis yang membuat tuduhan sedemikian kini mengangkat dan memuji bekas Perdana Menteri yang pernah menarik bantuan per kapita untuk sekolah agama rakyat. Ironi, bukan?


Kepada Anwar Ibrahim teruskan melangkah dan berkhidmat. Sebagaimana pepatah Arab menyebut:


“لا يضر السحاب نباح الكلاب، القافلة تسير والكلاب تنبح”


“Awan tidak terjejas oleh salakan anjing; kafilah terus berjalan sedangkan anjing menyalak.”


Teruslah berjalan dengan keberkatan Allah SWT.