BAPA NAFI ANAK TERLIBAT

 







Saya bapa kepada pelajar ini yang bernama Nurul Qurratu Aini binti Muhammad Yasim (berbaju merah-jersi Sabah) menafikan sekeras-kerasnya fitnah ke atas anak saya yang cuba dikaitkan dia dengan kes Zara Qairina. Anak saya bersekolah di sana pada tahun 2022 (tingkatan 1) sehingga 2024 (tingkatan 3) dan pada awal 2025 anak mendapat tawaran dan berpindah sekolah ke KVLD Lahad Datu sehingga kini. Oleh yang demikian  "SAYA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMBUAT SAMAN SIVIL KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG CUBA MENGAITKAN ANAK SAYA DENGAN KES INI", untuk makluman juga laporan polis telah dibuat untuk acc tiktok "BERITA SABAH" kerana memuat naik gambar dan video anak saya di dalam acc mereka, walaupun mereka telah memohon maaf dan memadam video tersebut tetapi masih ada beberapa individu yamg masih menyebarkan "fake news" tersebut. Saya juga berharap kepada semua agar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum sebar dan viral.


Kredit : Hasmin Selaku bapa


#justiceforzaraqairina

#justiceformydaughter




No comments: