FAWWAZ Fadil
Inilah manifestasi kebodohan dan kejahilan pada tahap tertinggi, sangkaan buruk dan prasangka jahat terhadap insan yang mencintai ilmu dan para ulama.
Apabila seorang Perdana Menteri mendekati alim ulama, khususnya tok guru pondok, ada pula yang menuduhnya sebagai propaganda.
Sedangkan itulah Anwar Ibrahim. Sejak usia mudanya, beliau telah rapat dan bersuhbah dengan ramai tokoh ulama, termasuk ulama pondok. Nama-nama seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Syeikh Niamat Yusuf, Syeikh Tajuddin al-Jarumi hanyalah sebahagian daripada rantaian panjang hubungan beliau dengan para alim ulama.
Malahan, tidak kurang ramainya ulama-ulama dari luar negara yang Anwar Ibrahim dekati. Almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, serta ramai lagi tokoh ilmuwan Islam dan cendekiawan antarabangsa yang menjadi sahabat, guru, dan rakan diskusi beliau dalam membincangkan isu-isu umat dan masa depan dunia Islam.
Masakan kita lupa, sebaik sahaja Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, kediaman rasmi Seri Perdana telah dibuka seluas-luasnya untuk majlis ilmu. Puluhan malah ratusan ulama dari dalam dan luar negara diundang menyampaikan syarahan serta kuliah sesuatu yang jarang berlaku, malah boleh dikatakan tidak pernah berlaku pada era perdana menteri sebelumnya.
Maka tidak hairan, penulis yang membuat tuduhan sedemikian kini mengangkat dan memuji bekas Perdana Menteri yang pernah menarik bantuan per kapita untuk sekolah agama rakyat. Ironi, bukan?
Kepada Anwar Ibrahim teruskan melangkah dan berkhidmat. Sebagaimana pepatah Arab menyebut:
“لا يضر السحاب نباح الكلاب، القافلة تسير والكلاب تنبح”
“Awan tidak terjejas oleh salakan anjing; kafilah terus berjalan sedangkan anjing menyalak.”
Teruslah berjalan dengan keberkatan Allah SWT.


No comments:
Post a Comment