Hamdan Taha
Satu perkara paling bahaya buat negara ialah bila Rakyat tidak lagi Pecaya kepada Sistem negara dan kepada Penguatkuasaan, PDRM, Kastam, PBT dan lain lainnya
Bila Rakyat percaya mereka ni adalah penerima rasuah dan boleh di bayar ini sangat bahaya, dulu pun ada perasan tak percaya pada polis dan Ejensi Penguatkuasaan ini, tapi sekarang lagi teruk dan Parah
Anata sebab ialah Gerakan Reformasi selama 27 tahun telah tanam kepada rakyat Polis memang tak boleh percaya... Kemudian berlaku pula sekarang macam macam kes melibatkan mereka, lagi pula Ketua Polis Negara pula tiba tiba lantik orang Pencen dan tidak di kenali ramai... Maka da banyak sebab Rakyat tak percaya pada PDRM
Sekarang di tambah pula rakyat tak percaya orang politik semua pihak Kerajaan dan Pembangkang, Perdana Menteri di maki hamun setiap saat di media sosial dan peratus tidak percaya pada Kerajaan.... Ini sebenarnya bahaya buat negara...
Perkara perkara ini perlu di bendung segera oleh pihak pihak Kerajaan, di PDRM kena ujudkan PR yang buat kerja memberikan penerangan kepada rakyat tentang kes kes yang rakyat nak tahu.... Menteri pulak kena bijak berikan kenyataan kepada rakyat tidak di lihat memihak... Kerna kerajaan Reformasi ialah kerajaan yang telus...
Kes Rasuah sekarang jika tanya rakyat hampir semua rakyat jika di tanya tak percaya kepada SPRM itu betul betul ada ketelusan dan tidak di kawal oleh pihak ahli politik.... Tanya lah siapa pun... Apakah anda percaya kepada SPRM hampir semua jawap SPRM adalah Ejensi Perdana Menteri dan ikut kehendak PM... Dari dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah... Berapa ramai pegawai SPRM sendiri di tangkap kerana menerima rasuah, ramai tapi di sembunyikan kepada rakyat... Maka rakyat tak percaya...
Saya sebagai rakyat tak suka keadaan seperti ini kerana negara akan rosak dan boleh runtuh dan sukar maju bila dalam pemikiran rakyat tidak percaya kepada Ejensi Ejensi penguatkuasaan ini... Orang berniaga tepi jalan tak percaya kepada PBT... Susah susah
No comments:
Post a Comment